Jumaat, 18 September 2009
PUCUK dah abis. Raya dah dekat.
Hi guys,
PUCUK dah abis. So macam mana? Suke dengan jalan ceritanya? Ada ciri2 jejaka anggun bakal mendapat tempat dlm anugerah sayembara penulis tak? Ataupun standing tak dengan jalan cerita filem-filem hebat arwah Kak Min yang sentiasa menang kat anugerah antarabangsa tuh?
Ahaks. Lepas raya ni, insya allah kalo ada masa aku akan mula menulis cerita baru berjudul - 4 Dara. Baca tajuk jer dah tahu la, cerita pasal orang perempuan lah kan. So, aku nak korang komen bagus ke tak citer PUCUK nih. Manalah tau kalo ada apa2 yang perlu aku tukar or repair ker supaya penghasilan cerita 4 Dara tuh nanti lebih ummphh.
Anyway, aku nak ambil kesempatan yang ada ini utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua yang berpuasa di bulan Ramadhan dan sebelum aku mengundur diri, aku nak menyusun dua puluh jari tangan dan kaki memohon seribu kemaafan andai ada tersalah kata sepanjang menulis (kot2 ada mencetuskan kesentapan di hati pembaca semua).
Bak kata orang, mata pena lagi tajam dari mata pedang, ini kan pula mata aku yang sepet nih…. Hik hik…
10 tanda-tanda puasa bakal habis….
1. Orang dah tak buka TV1 time azan maghrib. Orang dah malas dah nak dengar azan langsung pun.
2. Dah takder lagi citer masakan melayu atau kuih raya kat TV petang-petang.
3. Rashid Sibir punyer drama yg sedih2 pun dah makin kurang dah. Kalo ada pun stok ulang tayang.
4. Kedai baju melayu/kurung especially kat Masjid India yang sales agak2 ada ngan xder tuh sama jer dulu skang dah kembali meriah.
5. Citer kanak-kanak cedera parah main mercun digantikan pulak dgn kemalangan jalan raya.
6. Lagu raya tak habis2 kedengaran mengalahkan lagu Michael Jackson masa dia mati dulu.
7. Setiap shopping complex mesti decorate theme raya tuh ngan set rumah kampung. Cam org bandar tak beraya plak kan?
8. Org dah start antar kad raya atau e-greeting card. Yg terkini kad raya, kuih raya, baju raya kat Facebook. Apa jadah?
9. Orang beli kuih raya berbalang-balang padahal kalo budak2 dtg bukan nak makan pun. Dia orang nak duit jer. Orang tua pun sama. Dia orang aim rendang dengan ketupat lemang jer la kan. Yang lain2 tuh berbulan-bulan terletak lah kat situ x terusik langsung.
10. Last but not least, orang minta maaf zahir dan batin. Time frame rasa berdosa ni pagi raya jer. Tengahari dah expired dah. Masing2 dah start mengumpat dah balik kan?
*Fakta di atas nih rekaan aku sendiri. Tapi ideanya aku cilok dr blog ceritakuduniaku. Makasih.
** HP aku hilang siang tadi. NIAMAH!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hehe!rasa seronok lak ade gak org amik kira idea aku masa time2 melaghakan diri kt sekolah tu...hiks!selamat ari raya!mcm dh pernah ucap dah rasenya...x pe ucap lagik!
BalasPadamouh..teruskan menulis!
BalasPadamselamat hr raya..maaf zahir batin~
buyui;
BalasPadamselamat la kite. main mercun tu ingat2 sikit insan tersayang....
green;
selamat hari raya!!!!!
selamat hari raya... maaf zahir batin..
BalasPadam