Ahad, 30 September 2012

baca bola.



Ok, selama ni korang dengar orang main bola, orang tengok bola, orang tidur bola mahupun orang peluk bola je kan? Pernah ko dengar orang baca bola? Pernah? Ada?

Haaa…. Kalo nak baca bola, meh sini rapatkan saf. Aku nak citer sikit.

Idea Bola ni datangnya dari tokey Fixi yang tanya sama ada aku nak join tak penulis2 tersohor yg lain utk tulis satu cerpen dlm antologi dorang yg baru berjudul BOLA. Aku nih memang x reti apa2 pasal bola. Usah kata nak sepak, nak baling pun aku tak reti. Yg aku tau pasal bola cuma gomol2 cium je. Ok, ayat misleading. Abaikan.

Tapi memandangkan aku ni memang sukakan cabaran maka terhasillah BAHLUL vs BEAUTIFUL. Bagi sesiapa yg dah dapatkan naskhah Bola, silalah bagi review utk cerpen aku. lokasi berlaku di luar stadium, so bola apakah yg dimainkan itu, silalah baca sampai habis.

Oh ya, BOLA merupakan antologi cerpen Fixi yg kedua selepas KOPI. Ada 19 cerpen kesemuanya n hanya 1500 keping yg dijual. Ia takkan dijual kat mana2 kedai buku waima kedai buku telefon sekalipun. So kalo anda nak dapatkannya, silalah buat belian online di kedai FIXI atau datang je di events yg tertentu spt yg akan di war2kan dlm FB fanpage BOLA.

Sama seperti KOPI, kalo buku nih habis dijual, takkan ada ulang cetak so awas ya jangan ada yg meroyan!

Dah, malas nak tulis panjang2. ni dia 19 cerpen yg ada dlm buku tersebut. Aku berada di bawah sekali. Save the best for last kaedahnya… ko mampu?

10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar

Rabu, 19 September 2012

ko ingat artis Malaysia je yg sibuk nak berhijrah??

Lady Gaga pun tak nak kalah yer....









ko mampu???


ps: orang zaman sekarang ni yg dah tak rajin nak blog ke atau aku yg dah tak rajin nak update blog skang nih? musykil plak tetibe.