Selasa, 27 April 2010

merepek meraban.



Someone told me I should start writing my blog in English. He said my grammar has turned from bad to worse. I couldn’t believe it at first but when it took me almost an hour just to think about what to write or how to say it right, I finally agree to what he said. Damn.

Anyway, I finished reading Taqwacores, a controversial book written by Michael Muhammad Knight last night. Great book, I must say. Can't wait for the movie to come on DVD in Sungei Wang because I seriously doubt our censorship board wants to play it in the cinema here.




Talking about censors, I think whoever in charge in this board is really funny, unpredictable and very interesting to work with. My advice as a Malaysian, if you want to be a good filmmaker, you have to make a good movie about good Malaysian. No sex, no racism, and nothing against government in it. Make sure you highlight all the elements of 1Malaysia and I bet you'll win at least best director or best picture in our own film festival. Blah blah blah.


And speaking about book-turn-movie, my other favorite book Eat, Pray, Love will be in the cinema as well. It’s a memoir of the author's trip around the world after her divorce, and what she discovered during her travels (very interesting especially when she was in Bali). Her character will be played by great Julia Roberts and my friends in Australia told me that his family/friends in Bali claimed that she was acting a bit like a bitch while she was there. Hahah. I don’t blame her. She's a diva. She has every right to act like one.






Next book that I'm gonna put in my carry-on bag is Air Kisses by Zoe Foster. I bought it in Melbourne last year when I was staying there. I don’t know anything about it really. Perhaps just another chick lit story like Devil Wears Prada or Lipstick Jungle but I'll read it anyway.




OK. I think I babbled enough tonite. You guys should clearly know by now that I don’t have any point to say. So I guess should stop here.

Before that, allow me to ask you guys something, should i just carry on embarrassing myself writing my blog in my broken English? or keep on continue it with my bahasa melayu pasar?



ps: english or malay comments are welcome. i understand both. sedikit-sedikit.

Ahad, 25 April 2010

taqwacores.


aku sedang menghabiskan satu novel hebat bertajuk taqwacores. terlalu hebat hingga aku x sabar nak habiskan lagi seratus lebih muke surat yg ada. buku ini menceritakan tentang sekumpulan anak muda beragama Islam di Amerika yg menjadikan irama punk utk menyalurkan pandangan n persepsi tentang islam, taqwa, n iman cara mereka.



cara mereka maksud aku spt: minum, ganja, zina, mempersoalkan nabi muhamad kerana berkahwin dgn kanak2 usia 9thn, mempersoalkan pandangan n cara hidup muslim yg berubah mengikut adat resam n budaya masing2, shiah n sunnah, pahala n dosa, quran, syurga n neraka, semayang, semayang berimamkan wanita, berimamkan non muslim, n sudah semestinya isu2 mengenai allah swt.


buku nih adalah fiksyen semata-mata. mungkin boleh dikatakan salah satu ajaran sesat berlandaskan agama islam. terlalu banyak sensitiviti tentang agama suci nih yg disentuh. tp bagi aku, aku beruntung dpt peluang baca buku nih cuz sikit sebanyak aku boleh menyoal diri sendiri di manakah kekuatan/landasan islam, taqwa n iman aku sendiri.


*contohnyer, perlu ker aku pakai baju melayu (or bertudung) utk membuktikan aku org islam?


btw, taqwacores akan dijadikan filem jugak. m pretty sure filem ni x kan ditayangkan kat sini. but pada yg interested, just view trailer kat bawah. n those yg nak beli buku tuh, beli jer lah kat amazon.com (aku x rase ada jual kat borders or kino).





ps: rase2 ada jual kat sg wang x dvd filem nih?

Khamis, 22 April 2010

kau nak kena tanduk?



aku x faham la apa yg berlaku kat China nih. ntahla apa yg diorang makan sebab dah mcm2 perkara pelik yg terjadi kat negara tuh. ada kes kucing tumbuh kepak laaa.... ada kes budak tumbuh sisik laa.....

yg nih plak kisah pasal sorang nenek di China yang dikatakan tumbuh satu tanduk di dahi sebelah kiri. katanya tanduk tuh mulanya tumbuh mcm kulit keras pastuh bila dibiarkan makin lama makin besar plak n skang nih dah mcm ada tanda2 nak tumbuh lagi satu belah kanan. scary la!!!


pastuh ada lagi satu story sama mcm nenek nih kat China jugak. kali nih lelaki n kepala dia tumbuh jugak satu tanduk. sian, dah nampak mcm teletubbies dah.... doktor kata dia kena skin cortex hyperplasia. apa jadah tuh pun aku x tau sebab aku bukan doktor mahupun misi. kotex aku taulah. dulu mak aku suh beli, pastuh org kedai tuh bungkus ngan suratkhabar. bengong.



mungkin inilah yg dikatakan evolusi. dulukan manusia berasal dr monyet maybe in the future manusia akan jadik hellboy plak.... kan? kan? apa2 pun tanduk nenek ngan atuk tuh x leh kalahkan tanduk awek nih. ini yg baru dikatakan tanduk minang kabau.... hahahahahaha....




ps: sila ajak geng bas sekolah anda ke laman web nih Penulisan2u (sila klik) utk membaca karya sulung aku, PUCUK. menarik citernya, kalah citer bile musang berjanggut tau!!!!

ps2: sekarang sedang habiskan teen novel, BOBBY BIKIN PANAS. dah80% siap. ada mana2 publisher yg berminat?

ps3: aku jugak ada satu cerpen tajuk MILAH yg aku x tau nak antar kat mana. kalo ada sesapa yg tau mana2 publisher yg tengah carik cerpen utk dimasukkan dlm buku antologi sile roger2 aku eh.....

ps4: lepas habis nih, next project is adult novel title ANAK IKAN pulak. ada berani?


Rabu, 21 April 2010

x yah lah kepit suara tuh. org x faham laaa.....


paper Daily Mail semalam dah kuarkan satu artikel pelik.



katanya di London ada sorang British woman nih yg tetibe bertutur dgn chinese accent selepas mengalami migraine yg teruk.

wanita malang nih namanya Sarah Colwill, 35 thn. dia dipercayai menghidapi penyakit Foreign Accent Syndrome (FAS), penyakit pelik yg bole menukar slang mangsa kpd loghat yg lain walaupun pesakit tuh x penah melawat negara tuh. pelik kan?

ketika ditanya mcmana semua nih terjadi, si sarah nih kata ianya bermula apabila dia kena migraine yg teruk sampai merosakkan sebelah kiri otak dia yg lebih kechik dari matanya tuh.




lepas dia sedar kat hospital, dia pun call lah anak tiri dia. skalik budak pompuan tuh kata suara dia dah mcm ah soh dah. budak tuh x caya mak tiri dia yg call, dia ingatkan pekerja telemarketing nak jual pakej penginapan percuma kat hotel legend. heheh. aku tipu.

kawan2 dia pun camtuh. terus hang up tepon kalo dia kol ker apa ker sebab x nak kena punked. memule tuh jenuh gak la dia melayan n bersabar tapi bila dah lama2 dia tensi plak.

so skang nih dia tgh menjalani speech therapy dgn harapan suara lama dia sbg sorang pompuan omputeh tuh kembali... hahaha. dia dah x mo jadik nyonya lagik dah.



dah beberapa kes FAS gak la yg doktor dah jumpa b4 this n semuanya related to brain damage actually. sile klik pic di bawah:


hmmm.... aku pun x faham. dah mcm2 penyakit pelik yg ada kat dunia nih skang nih.

siang tadi muke sorang kenalan aku tetibe herot ke sebelah kanan lepas bangun pagi. doktor kata bukan strok, cuma muscles paralysed n kene buat facial therapy utk pulihkan facial muscles tuh supaya bole bergerak balik. takut x?????





ps: kan best kalo suara aku tetibe bertukar jadik slang mat saleh? sah2 aku dah jadik host atau MC kat red carpet events skang kan?

Selasa, 20 April 2010

eh pondan? kenapa kau suke tiru mak aaa?


"Well, you know, I've seen some things she's worn that I've worn, and that does kind of piss me off."

"I’d just prefer to work with someone who is more original and someone who is not copying me, actually."



kata mak ayam Grace Jones kepada wartawan London Guardian apabila ditanya sama ada dia mahu bekerja dgn Lady Gaga atau tidak.

korang kenal sapa mak ayam Grace Jones nih? pada yg x kenal tuh, dia nih actually Jamaican-American singer, model, and actress yg popular sekitar thn 70an, 80an, 90an dulu. idola Lady Gaga sendirik jugakla. baru2 nih dlm interview ngan London Guardian tuh dia agak x berkenan ngan Lady Gaga sebab katanya fashion yg pompuan nih pakai sama mcm fashion yg dia jugak pakai. gitu.......



kalo aku jadik dia, aku rase bangga sebab ada org nak tiru style kita. tp lain org lain la plak ragam memasing kan? kononnya dia marah sgt sebab rimas lah ngan org yg xder identiti sendiri nih. ahaks!!!

aku rase maybe semua tuh coincidence jer kot? kire coincidence yg menjadilah. tapi sbg mangsa yg ditiru nih aku pun faham gak perasaan dia. iyalah, kadang2 dia dah bersusah payah nak cipta sesuatu imej tuh skalik tibe2 muncul pendatang baru senang2 jer nak copy. mcm x appreciate la identity/signature org lain plak kan?




aku pun kengkadang terasa gak camtuh. contohnya, bile aku dah bajet2 beli office shirt warna purple kat isetan konon2 xderla org berani pakai baju kaler tuh skalik sampai jer kat depan pintu office, berduyun plak pakai baju yg sama.

ataupun kes kawan aku sorang nih lagi sadis. ada satu mlm tuh aku temankan lah dia n geng 6 jahanam yg lain gi clubbing. excited lah nih sebab dah lama x berjimba mcm dulu2 tp bile kitorg masuk2 jer dlm club tuh, org pertama yg kitorg nampak pakai baju yg sama mcm dia.

tetibe dlm kalut2 tuh, dia bole menghilangkan diri. aku ingat dia bunuh diri dlm toilet ker apa, skalik rupe2nyer sanggup drive balik umah tukar baju.

gigih x?



ps: apa2 pun aku kagum ngan pompuan giler nih. 61yo n still fierce. no botox or nip tuck ok!!!!

Ahad, 18 April 2010

posing maut.


salam 1malaysia dan salam berhujung minggu

hari nih aku nak citer pasal cara berposing. memandangkan aku nih bekas model & catwalk extraordinaire era 90an, so aku nak bagi tips2 pada adik2 yg baru nak meningkat naik dlm dunia model nih cara berposing yg betul yg juga boleh membuatkan tyra banks kagum n model lain makan ati.

so kat bawah nih aku ada kepilkan (attach: kepil lah kan dlm bahsa melayu?) beberapa keping portfolio yg penah aku gayakan sewaktu beraksi di depan lensa kamera utk beberapa majalah peragaaan antarabangasa dulu2.




antaranya pose menanti laki x pulang di malam jumaat....



atau pose bermandikan serbuk penaik di dalam makmal di rumah sendiri...




atau pose sidai kain selepas seminggu terbiar di dlm bilik air...



dan last skalik pose buang kotak2 lepas pindah umah baru....



haaaa...... so caner? dah dpt idea yg sesuai utk berposing?

aku bukannya apa, sengajalah nak bagi tips nih. yer lah drpd korang amik gambar waktu clubbing dgn botol2 arak atau cium2 ngan couple masing2 kat dlm swimming pool pastuh post kat dlm FB, baik korang pose gambar2 mcm yg aku buat nih. at least, xder lah kene kecam dek wartawan. wartawan skang nih dah suke godek FB orang carik story yg bukan2 u ols. hati2.


ps: al fatihah kepada keluarga achik spin. semoga rohnya disayangi allah swt. amin. bagai terngiang2 suara arwah n si nana tanjung nih nyanyi lagu bola bola api kat radio dulu2.





Jumaat, 16 April 2010

cube carik betul2....

hari nih aku nak buat kuiz. nama kuiz nih sama tapi tak serupa. syaratnyer mudah. cuma cari 5 saja perbezaan pada setiap gambar di bawah. ada 3 pics kan so kene carik 15 lah (5 each).

hadiah misteri akan diberikan kpd pemenang2 yg memberikan jawapan yg tepat dan cepat so apa tunggu lagi? gunakan kepakaran jari, mata dan mungkin otak anda utk memenangi hadiah misteri tersebut.

ingat!!! anda buat, anda dapat!!!!!!









memang agak payah utk carik perbezaan lebih2 lagi pada gambar yg last....

tp ingatlah yer adik2... usaha itu tangga kejayaan. tangga tuh plak staircase. ngegehehe...


ps: thanx suara sepi yg buat entry khas utk blog ini... terharu sangat.

Khamis, 15 April 2010

tips meng-cover dahi licin sampai ke tengkuk


entry nih khas utk kaum lelaki.


aku terjumpa satu website yg berguna nih: Phil Says Head Design. website nih kepunyaan seorg mamalia kreatif bernama Philip dr London. dia nih katanya dah menggunakan kepala jingga dia tuh sbg canvas utk menghasilkan karya2 unik bg membantu menangani masalah dahi licin sampai ke tengkuk. kire selain cover ngan songkok atau shave kepala tuh, dia ada ide yg lebih bernas lah. lihat aje contoh2 di bawah:


*nak letak butterfly pun bole...


* kalo ada lebih2 jarum peniti pun bole buat hiasan cucuk2 ala akupuntur....


* nak jahit benang pun bole..... jahit tepi ngan tulang belut x sure la plak. mungkin bole jugak.



* nak letak glitter pun bole....



*letak bling-bling pada yg gile glitter pun boleh....


katanya skarang nih design2 kepala si phil nih dah jadik iconic utk fashion and art scenes di London & di merata tempat termasuk Japan & China. kat msia pun nampaknya dah ade org yg tiru. mcm pompuan kat bawah nih....



DIA LETAK TUDUNG SAJI DAAAAA.... KAU ADA X, DEK NON?????



so pada sesiapa yg mengalami masalah yg sama, kalo dah cube pelbagai jenis minyak bijan, kepala laut africa, & ramuan2 asli yg lain semata mata nak melebatkan rambut atau dah berabis ribuan ringgit kat yun nam tp ubun2 tetap jugak cukur bantal, so apa kata korang ikut jer idea "Head Art" si phil nih... mudah2an cita2 murni korang tuh kesampaian.... amin.

Rabu, 14 April 2010

mengapa masih setia?

sila klik pic di bawah kalo korang mengalami masalah rabun ayam atau mata bercili. mata bercili tuh yg mcm org yg ada tahi lalat sekeping mcm cili merah kat mata putih dia.

penah nampak kan?





siang tadi aku tanya kawan aku yg sedang jiwa kacau....

Q: apakah sebab seseorg tuh terus setia kat partner dia bertahun2 sedangkan hidup dia sendiri x happy bertemankan partner yg katanya slalu buat hidup dia miserable tuh?

jawapan pilihan:

1. sayang.
2. x sampai ati.
3. dah banyak invest.




dia jawab, depends. x sampai ati tuh kenkadang sampai gak kalo nak di sepak terajang, sayang tuh pun leh tukar jadik benci kalo dah idup siang mlm asik gaduh. so jawapan yg paling close biasanya, sebab dah banyak invest.

pastuh dia sambung lagi..... thn ke 6, 7, n 8 dlm rship adalah thn goyah sebab masing2 masa tuh dah sampai tahap boring tp kalo masing2 masih sayangkan rship tuh, ianya akan pulih n kembali mekar pd thn ke 9.

hmmm.... aku x tau plak buku love for dummies mana yg dia baca tp korang rase betul ker x fakta tuh???



ps: thanx saharil.com for the cute cartoons. love is fckng hurts, is it not?

Ahad, 11 April 2010

sampah masyarakat kata kau???

*gambar atas nih sampah masyarakat ker masyarakat sampah?


aku nak citer pasal si benjy ni ha. kenal x benjy yg mana nih? benjy saintis mude yg katanya buka makmal dlm umah tuh la. kenal?

tadi, kawan aku datang la keja masuk shif petang. blom sempat tarik nafas, terus kak nam sampaikan satu citer pasal si benjy punyer kes yg x abis2 nih.

dia kata kak yan nak pihak polis mintak maaf atas tuduhan dorang yg mendakwa anak dia tuh kene tahan sebab memiliki 800 gram kokain bernilai lebih RM650,000... padahalnya benda tuh cuma serbuk sodium bikarbonat atau serbuk penaik. ha.... kau ada?

*serbuk penaik tuh tabur sikit jer, dlm secubit... ha! naik lah kuih pau tuh setinggi langit nanti!


aku x sure plak camana kak yan tau bende alah tuh serbuk sodium bikarbonat. mungkin dia slalu buat kek atau kuih apam gula hangus so dia taulah rupenyer camner. aku carik2 gak berita pasal kisah benjy ngan serbuk nih kat online tp x jumpa plak.

balik2 aku jumpe entry dlm blog gossip. laporan polis ker, statement dlm berita online ker, mmg x der jumpa. so aku no komen lah... takut kene saman. aku pun xder duit... mcm kak yan jugak!

yg bestnyer, kawan aku musykil lagi. dia kata kalo betul serbuk tuh sodium bikarbonat, apa ke hey nyer siap nak bermakmal2 bagai? nak buat jualan secara besar2an ker? bazaar ramadhan blom bukak lagi. masjid india pun sunyi sepi jer lagi.



*sapa kata aku tokey dadah? aku tokey serbuk penaik la!! x nampak berat badan aku naik bagai di pam-pam nih??


skalik aku jawab, "esok kan perayaan hari vaisakhi utk penganut sikh, sah2 la tempahan kuih muih banyak. ko ingat org melayu jer yg reti beraya?"

pastuh dia sound aku balik.... "anggun, setakat manisan ngan ladu tuh perlu ke serbuk penaik?"

aku tergelak. ya tak ya jugak, kan?



ps: happy vaisakhi day to my fren; sushmita sen, aishwarya rai, n priyanka chopra. bile nak lepak2 minum kat starbucks pavi?

Khamis, 8 April 2010

sakit perut apa petuanye ya?




ari nih perut aku pagi2 dah buat hal. aku x tau la apa yg aku dah makan semalam. seingat aku, pagi aku makan muffin, tengahari aku makan french fries, petang aku makan nasi goreng kampung, malam aku makan nasi lemak dua bungkus, roti coklat dua bungkus, twisties kari sepeket besar. tuh jer....

apakah ianya bersangkut paut dgn apa yg aku makan? ntahlah. ubat sakit perut xder la plak. nasib baik ari nih cuti so maybe nak kuar jap gi beli panadol menstrual ataupun actifast.

dlm pada tuh aku sempat jugakla google2 carik ubat sakit perut secara tradisional. manalah tau aku bole petik bunga2 an kat luar rumah aku buat sup ker, makan rumput ker mcm kucing, atau hirup air akuarium kan.... cube jer la kalo mujarab. skalik aku jumpa citer nih....




dikatakan lelaki bernama Jiang Musheng, 66 thn dr provinsi Jiangxi nih makan katak & tikus hidup dlm diet dia utk mengatasi masalah sakit perut & batuk yg dialami sejak berumur 26 thn. katanya petua tuh dia dpt dr seorg tua bername Yang Dingcai. kire petua org dulu2 lah...

kata Jiang lagi, lepas sebulan dia mentekedarah katak, n ada satu masa tuh dia sampai telan 20 ekor anak tikus, baru sakit perut ngan batuk dia hilang.



aku teruja membacanya. memandangkan petua dia nih nampaknya berkesan so kalo sakit perut aku nih x ilang lagi sampai malam kang, aku nak gi tasik belakang rumah nak kutip katak jugak.

nak makan2 idup idak ler kan... tp mungkin aku nak buat kari ker, asam laksa ker, x pun goreng sambal.. hmmm... tentu menggiurkan selera.



ps: mungkin jugak aku datang bulan... maklumlah asik pregnant jer, dah lama x rasa senggugut... ahaks!!