Rabu, 2 September 2009
Bab 21. Surprise!
Semua orang terkejut dengan apa yang telah aku lakukan. Jujurnya, aku tak terkejut langsung kerana aku tahu aku mampu melakukannya ~ Ralph Waldo Emerson (1803-1882)
Pagi-pagi lagi Bob telah dikejutkan dengan sekeping nota kuning bertulis URGENT! MEETING PUKUL 10! di atas meja. Dia pelik. Entah siapa yang meninggalkan nota pesanan itu, dia tidak tahu. Yang pastinya matanya mula melihat sekeliling.
Kosong. Sunyi. Tiada bunyi sekelumit kuman pun yang lalu.
Kemudian matanya itu beralih pandangan pula tepat ke jam bulat tua di dinding. Jarum pendek di nombor sepuluh manakala yang panjang tepat di angka empat.
Alamak! Bob bingkas berdiri. Digagahkan juga dirinya yang beberapa tan itu untuk berlari menuju ke lif. Dia perlu ke tingkat atas. Ke bilik mesyuarat. Ini semua gara-gara perut besar aku ni. Asyik nak memulas setiap pagi, rungutnya. Dia cepat-cepat berlari. Mampus, Iqram mesti sound aku ni!! Jeritnya lagi di dalam hati.
Lima minit kemudian dia tiba di bilik mesyuarat. Suasananya agak sunyi sepi waktu itu. Masing-masing sibuk memerhatikan Iqram yang berdiri sambil membaca nota-nota yang tertulis di atas papan putih.
Nirina sebagai setiausaha, nampak sibuk tekun menyalin setiap butir kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Rakan kerja yang lain kebanyakannya sudahpun menerawang ke alam yang lain. Ada yang menconteng kertas, ada sesetengah yang menguap, ada juga yang menundukkan muka ke bawah sedikit.
Dia mengetuk pintu.
"Sorry, I am late," ucapnya dalam nada yang ketakutan.
Mesyuarat yang sedang berlangsung, tiba-tiba terhenti di situ. Wajah-wajah yang tekun menghadap Iqram tadi telah berpaling kepadanya kini. Bob makin seriau. Wajah-wajah yang memerhatikannya dirasakan seakan-akan mahu membahamnya waktu itu.
"Sorry," ucapnya sekali lagi.
"Kau ke mana saja, Bob?" Tegur Iqram dengan jelingan yang tajam.
"Sorry, Bos. Biasalah, pagi-pagi ada tanggungjawab rutin kat toilet," jawabnya dengan terketar-ketar.
Semua yang ada di dalam bilik itu ketawa. Bob juga ketawa sama.
Iqram cuma tersenyum lebar, "ada-ada aja kau ni kan? Dah! Pergi duduk!" Arahnya.
Tanpa membuang masa, dia menarik satu kerusi kosong bersebelahan Nirina untuk melabuhkan punggungnya di situ.
"Ada orang duduk sini?" Soalnya dengan gembira.
Nirina menggeleng.
"How are you?" Soalnya sekali lagi.
"Syyy..." jawab Nirina pendek.
Dia mengerti.
Matanya tekun memerhati Iqram yang kembali membaca nota-nota yang tertulis di atas papan putih itu. Sesekali mereka semua dihulurkan dengan satu dua soalan. Ada yang menjawab, ada juga yang mengangguk. Bob tidak tahu menahu langsung. Tiada satupun butir kata yang keluar dari mulut Iqram itu yang masuk ke dalam kepalanya.
Kemudian Iqram bertanya lagi, "ada apa-apa soalan lagi?"
Suasana di seluruh bilik mesyuarat sunyi sepi tiada jawapan. Semuanya seakan-akan bersetuju untuk tidak terus meleretkan mesyuarat yang sudah sedia ada memakan masa itu.
Iqram kemudiannya duduk di atas meja lalu memeluk tubuh. Matanya memerhati seorang demi yang berada di situ. Lalu dia membuat satu pengumuman, "Baiklah. Kalau tak ada apa-apa, saya ada satu berita nak beritahu. Esok saya akan mula bercuti selama dua minggu. Saya akan ke Australia. Ada mesyuarat dengan rakan niaga kita di sana dan sementara saya tak ada di sini, pandai-pandailah kamu semua jaga diri ya! Jangan nak asyik ulang alik ke tandas je ya, Bob!"
Serentak itu juga, berderai gelak-gelak kasar dari kesemua yang ada di dalam bilik itu. Bob turut sama menumpang gembira.
Tiba-tiba Nirina pula menyampuk, "I pun ada news nak beritahu semua, ni!"
Keadaan kembali menjadi sepi.
Dia menarik nafas panjang. "Today will be my last day…."
Masing-masing terdiam.
"Terima kasih kepada semua yang banyak memberikan tunjuk ajar selama I bekerja di sini. Especially you, Bos kerana menaruh kepercayaan yang tinggi kepada I," sambungnya sambil memerhati rakan kerja lain yang berpandangan sesama sendiri.
"But why?" Soal Iqram kembali.
"Sebab ada hal-hal peribadi yang tak dapat nak dielakkan. I perlukan masa untuk berehat selama dua tiga bulan untuk menenangkan fikiran.
"Tak boleh ke awak ambil cuti dua tiga bulan je? Kenapa nak berhenti secara tiba-tiba ni?" Tanya Bob pula.
"Ya, lah Rina. Kenapa macam sudden je?" Celah Tan seakan-akan tidak percaya.
"Sorry, it's too personal. I tak tahu bila akan settle hal ni so I rasa daripada you all semua tertunggu-tunggu bila I akan balik, might as well Iqram cari je secretary baru yang boleh uruskan office ni, kan?"
Keadaan di dalam bilik kembali menjadi riuh rendah. Rata-rata mereka termasuk Iqram dan Bob sendiri terperanjat mendengar berita yang menggemparkan itu.
"Excuse me," dia mengundur diri.
Sebaik saja Nirina keluar dari bilik itu, masing-masing mula menimbulkan hujah dan spekulasi mereka sendiri. Lourdes hanya tersenyum simpul. Meena dan Ridhuan berbisik. Tan memandang Bob. Bob masih terjegil. Dan Iqram pula terus berlari keluar.
Ramlah tiba-tiba berdiri lalu bersuara, "betullah tu dia dah pregnant. Sebelum perut dia lagi besar, kan baik dia blah!"
"Eh, Ramlah! Cuba hidup tu jangan asyik nak memfitnah orang. Badan kau pun berisi juga. Kau pun pregnant ke?" Tegur Bob yang membantah kata-kata lancang yang keluar dari mulut Ramlah itu.
Ramlah mencebik kembali, "badan aku berisi ke, kembang ke, pregnant ke, aku dah sah-sah lah ada laki, Borhan! Kau tak payah nak back up dia lah! Gi cari perempuan lain!"
Bob geram. Kertas-kertas yang tersusun di atas meja habis berselerak dilemparnya ke tepi. Dia berlari keluar. Hatinya mula berkata-kata waktu itu. Otaknya juga ligat berpusing memikirkan berita yang baru didengari. Satu dunia tahu kini yang kekasihnya itu sudah berbadan dua. Jika dahulu semua kata-kata nista itu boleh ditepisnya dengan mudah tapi tindakan Nirina tadi bagaikan mengundang kebenaran pada mulut-mulut puaka yang mengata itu. Dia kesal apabila Nirina tidak langsung mahu berbincang dengannya tentang tindakan yang diambil.
Kata Nirina sebulan yang lalu, dia telahpun berubah fikiran. Dia tidak mahu Bob mengahwininya hanya kerana terpaksa. Hatinya telah tegar kini untuk menerima nasib bayi yang dkandung seadanya. Dia pasrah, seandainya ini ketentuan tuhan, dia telah berjanji akan menjaga sendiri bayi itu seorang diri tanpa suami.
Namun sehingga kini Bob masih lagi tidak percaya dengan alasan yang diberi itu.
Aku perlu bersemuka dengan dia! Aku perlu tahu jawapan yang sebenar!
Dia terus berlari.
Tiba saja di ruang pejabatnya, kelihatan Nirina sedang berbicara dengan Iqram di dalam bilik lelaki itu.
Bob tersentap. Dia memeluk tubuh menunggu. Matanya tepat memerhati mereka berdua. Adakalanya nampak serius dan ada pula masa-masanya mereka berdua tersenyum mesra.
Dia tidak mengerti dengan apa yang mereka bincangkan. Tetapi jika Iqram bersetuju untuk melepaskan kekasihnya itu pergi, dia tidak akan teragak-agak untuk bersemuka dengan lelaki itu juga. Hatinya sudah tidak tahan untuk mengetahui apa alasan sebenar Nirina melarikan diri.
Nirina keluar dari bilik itu lima minit kemudiannya.
Bob terus mendapatkannya selepas itu. "What is wrong with you?" Soalnya dengan wajahnya yang menahan marah.
"What are you doing here?" Soal Nirina kembali sambil menarik tangan lelaki itu ke belakang.
"Sekarang semua orang sedang ketawakan awak. Mengata yang rumor pasal awak pregnant tu betul. Awak pula ambil jalan larikan diri. Kenapa awak tak nak berbincang dengan saya dulu?"
"Bob, dia orang nak ketawa ke, mengata ke, itu hak dia orang. Saya dah tak nak ambil peduli lagi. Keputusan yang saya buat tadi muktamad. Ini hidup saya jadi saya rasa saya tak perlu nak berbincang dengan sesiapa, kot?!"
"Anak tu anak saya, kan? Saya perlu tahu!"
Nirina menundukkan wajah sayunya. "Bukan, Bob. Anak tu bukan anak awak," jawabnya perlahan.
"Apa maksud awak bukan anak saya?" Soal Bob lagi semakin tidak mengerti.
"Maksudnya dia bukan anak awaklah. Anak orang lain. Faham?"
Bob terduduk. Mukanya menunduk ke bawah menahan geram. Geram yang teramat sangat waktu itu. Dia rasa benar-benar tertipu. Matanya bertukar merah. Wajah Nirina makin lama makin kecil dilihatnya. Sebaik saja dia berjaya untuk berdiri semula, tubuh Nirina ditolak ke tepi dinding.
"Anak siapa?" jeritnya sekuat hati.
Nirina terkejut. Tubuhnya lemah berlaga di dinding waktu itu. Tangannya mula menggeletar. Seluruh anggotanya juga semain merembes berpeluh waktu. Dia mula ketakutan.
"Anak siapa?" jerit Bob sekali lagi.
"Orang…"
"Orang mana?!"
"Orang lainlah, Bob! It's none of your business! Awak boleh lupakan saya sekarang sebab saya dah ada orang lain!"
"Jadi selama ni awak tipu saya? Kenapa tak beritahu saya dari dulu?"
"Sebab saya tak tahu ini anak siapa…"
"Oh, jadinya awak tak tahu ini anak siapa, tapi awak nak saya yang bertanggungjawab? Berapa jantan yang awak ada?"
Nirina mula tak tentu arah. "Bob please. Yang sudah tu sudah, OK. Move on. Saya nak pergi dari sini. Nak mulakan hidup baru. Saya minta maaf kalau selama ni saya menipu awak. Saya tak tahu apa nak buat waktu tu, saya takut…"
"Jadi sekarang awak senang-senang nak pergi dari saya? Nirina, saya memang pantang orang menipu saya," Bob menumbuk dinding.
Jari-jarinya digenggam erat. Jika diikutkan hati mahu saja dia menumbuk wajah ayu Nirina waktu itu. Biar pecah mukanya. Biar dia tahu betapa pecah dan terluka hatinya waktu itu. "Tapi tak apa. Hari ini awak hancurkan hidup saya, esok - esok bila hidup awak hancur baru awak faham apa itu karma. Oh ya, saya doakan yang awak akan menyesal dengan apa yang awak buat kat saya hari ni," balasnya sebelum berlalu pergi.
Bagaikan air yang baru menggelegak di atas dapur, hati dan jiwanya panas membara waktu itu. Dia benar-benar kecewa kini. Jantungnya terasa bagaikan dihiris-hiris dengan pisau yang tajam. Makin lama dia berdiri di situ, makin payah untuknya membendung perasaan yang dialami. Akhirnya dia berlari ke tandas. Menguncikan diri dan menangis di situ.
Nirina masih lagi terduduk di situ. Matanya tiba-tiba berair. Sedih dengan segala yang terjadi. Bukan niatnya untuk menipu Bob. Bukan sengaja dia ingin melukakan hati sesiapa. Dia sedar dirinya telah bersalah. Dia juga mengerti perasaan lelaki itu waktu itu. Tetapi tiada apa yang boleh dilakukannya kini. Semuanya telah terjadi.
Apa yang dia tahu kini ialah dia akan terus melangkah ke hadapan. Mahu melupakan semua yang terjadi. Padanya, ini erti sebenar sebuah kehidupan. Jangan selalu menunduk ke bumi. Orang yang selalu tunduk, memang selalu dipijak kepalanya.
Dia berdiri. Airmatanya dikesat. Punggungnya disapu agar habuk yang melekat akibat duduk di lantai tadi hilang. Dia melangkah perlahan. Terus maju ke hadapan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cian Bob!! tu lah kalau wat kijer tak baik tu kan .. kacau bilau ..
BalasPadamAiLing.
wah3x
BalasPadambest3x ni
rttp ade makcik kepochi kan?
surprise tp dlm cara berbeza... ingatkan td diorang wat surprise besday bob ke heheh
isk isk!naseb la ko bob at least ko x kena kawen tanggung dosa org lain...
BalasPadam