Selasa, 31 Mac 2009

cousin aku sudah tiada


aku terima berita mengejutkan pagi tadi.
kakak aku beritahu yang cousin aku di kampung
sudah tiada.
sudah meninggal dunia.
katanya masuk paper berita dia dilanggar trailer.
dekat highway Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Sungai Petai
arwah pergi dengan 3 orang rakan dia yang lain
malam 27hb hari tuh.
innalillah.

aku terkejut.
masih lagi dalam trauma.
last skali aku jumpa arwah
raya puasa tahun lepas
di kampung.
tak sangka dia dah pergi menghadap ilahi.
semoga dia ditempatkan di sisi orang2 yang beriman
amin.

ps: baca blog ni: http://jejakaanggun.blogspot.com/2009/03/cerita-pasal-mimpi.html
jadi mimpi mak aku call, kakak aku call malam itu ada makna rupanya.

Isnin, 30 Mac 2009

persiapan akhir seorang pemandu pelancong



ada dua orang kawan aku bakal tiba khamis nih.
aku cakap kat diorang jumaat baru aku free
so suka ati diorang lah nak buat aktiviti bebas
hari khamis tuh ek?

anyway,
tadi aku buat persiapan akhir
merancang apa yang patut aku offer untuk tetamu aku tu.
masing masing blom tiba sini
so banyak la pulak demand kan?
nak suruh aku jadik tourist guide
aku pun ikut kan je la.
selain tuh aku pun
nak gak menunjuk kehebatan
bandar melbourne yang tak seberapa nih....

niat utama diorang datang sini
sebab nak meronggeng malam jumaat dgn sabtu
so aku pun gi lah carik kelab tadi
gila beb, aku dah bertahun tak pergi kelab
baik di KL mahupun seantero dunia yang aku dah pergi
kelab tuh macamana rupa pun aku dah lupa
tapi demi kengkawan
aku layan....
kang tak layan moody plak memasing

yang penting berpusing pusing aku carik
tetap tak jumpa.
salah jalan rupanya aku.
patut belok kiri
aku belok kanan

dalam tren aku termenung.
apakah maksudnya tuhan itu sudah murka
sebab niat aku keluar rumah untuk pergi cari tempat maksiat?
atau aku tak baca niat keluar rumah dengan betul tadi?

nak kena tanya cik vida ni apa niat nak pergi disko....

tamu yang diundang



sudahya yang datang umah aku semalam
cuma dua orang.
kononnya seramai 40 orang dijemput.
masing masing punya alasan tersendiri.
sakit, tayar pancit
yang bagi alasan umah jauh pun ada.
bengong.

aku tak kisah.
bukan kawan kawan aku.
cuma kesian kat teman aku nih.
yang dijemput tuh semua
kawan kawan dia.
sian.

apa-apapun aku berterima kasih pada yang datang
khamis ni lagi dua orang bakal tiba dari KL
yang dua orang ni kawan kawan aku
so kecohlah umah aku sampai rabu depan
esoknya pula aku terbang ke sydney.
hati aku gumbira sangat-sangat.
nak jumpa kawan lama.
nak pergi sydney.
dan nak naik Qantas.


ps: aku rasa aku nak delete http://jejakaanggunmalaya.blogspot.com sebab blog yang itu macam kesunyian. what say you?

Sabtu, 28 Mac 2009

bantal dan bola

aku memang tak ada kerja ari nih.
memang niat asal aku ari ni
nak membuang sebanyak masa yang boleh.
so lepas berperang dengan air panas
bestnyer mandi dengan hot shower
aku pun kuar jalan jalan sorang diri.

akhirnya, ini yang aku sempat sambar
untuk hias living room umah.



esok katanya ada orang nak datang
entah berapa ramai yang nak datang tuh tak tau la!
so biar lah umah kecik aku ni nampakla comey sikit.
kaaaannnnn...

Jumaat, 27 Mac 2009

kidd anakku



aku beli pet plant semalam.
pet plant tuh sejenis kaktus.
kaktus jenis apa aku tak tau.
maybe kaktus jenis yang suke kaum sejenis.

nama penuh pet plant aku nih Zac Efron
tapi aku panggil Kidd saja.
sebab aku rasa nama tuh cute.
cactus aku pun cute.
ada ciri2 kelucahan sikit
so aku letaklah nama tuh.

aku tak tau lah berapa lama kaktus nih bole hidup.
aku tak pernah bela apa apa pet sebelum nih.
mari kita doakan usia dia panjang di bawah belaan aku.
amin.

Khamis, 26 Mac 2009

cerita pasal mimpi



aku mimpi pelik2 sejak dua menjak ni.
bukan mimpi basah.
mimpi basah dah lama aku tinggalkan
sebab skang kalo nak basah
tak payah mimpi2
dia otomatik terus basah....

bukan juga mimpi kering.
sebab kalo mimpi kering
mesti aku haus.
atau aku panas.
atau aku perlukan pelembab
bibir atau tumit kaki
info: bibir dan tumit aku masih lembap dan seksi.

ni mimpi aku terima dua panggilan telefon

first call dari emak.

mak: balik! balik! balik!
aku: hari raya eh?
mak: alah.....
*aku terjaga.

second call dari kakak.

kakak: abang dah meninggal.
aku: huh?
*aku terjaga.

tadi aku chat ngan kakak ok jer family semua...
apakah ini mainan tidur?
atau aku yang dah lama tak main sebelum tidur?
hmmm....

ps: aku kebimbangan ni....

Selasa, 24 Mac 2009

8 angka ong meh?



orang kata nombor lapan tuh nombor ong
orang katalah bukan aku yang kata
aku kata nombor tujuh tuh yang ong
sebab banyak significant nyer nombor tujuh tuh ngan hidup aku.
tapi aku tak nak citer pasal nombor tujuh kat sini
sebab aku nak citer pasal nombor lapan.

berbalik pada nombor lapan nombor ong
mungkin ong ka ting sendiri yang ngaku nombor tuh nombor dia
atau mungkin ong chia peng pun ngaku jugak
sebab tuh nombor tuh nombor ong
aku sendiri tak sure
tapi aku nak citer malam ni aku buka blog aku
sudah lapan kosong lapan kali kena view
sapa yang ceroboh tak tau la
mungkin aku yg buka lapan ratus lapan kali
tapi yang pasti aku baru jer buat amazing counter dalam hujung bulan lepas
dah banyak tuh blog aku kene view.
tahniah.

sekarang aku nak mencapai target ke seribu pulak.
lepas tuh sepuluh ribu
lepas tuh seratus ribu
lepas tuh sepuluh ratus ribu (ada ke?)
kalo aku sampai ke angka yang ribu ribu lemon tuh
aku nak ucap tahniah pada diri sendiri
dan tahniah pada rakan rakan yang sudi
membuang masa mereka memview blog aku
yang tak seberapa nih....
baca niat tak buka blog aku nih?

niat buka blog aku : saja aku membaca blog jejaka anggun ni sebab dia anggun sangat. amin.... (niat nih tiru cik vidadarisakura nyer blog sebenarnya. trima kasih ya!)

ps: follower aku baru 13 orang (sian) ...ajak kawan2 memeriahkan lagi blog nih. aku ada entertainment blog jugak - http://jejakaanggunmalaya.blogspot.com/ so sudi2kan lah follow blog tuh sekali.... jangan risau, niat buka blog tuh sama....

Isnin, 23 Mac 2009

jejaka anggun di alam flora



aku baru pulang dari hiking di Otway Forest Park petang tadi.
penat berjalan agak-agak 3km semata mata nak berpusing dalam hutan.
hutan belantara kat malaysia takde pulak aku nak redah.
sampai sini terhegeh-hegeh pulak cari hutan dengan air terjun.



tapi hutan kat sini hutan hujan tropikal namanya.
pokok-pokoknya tinggi tinggi
daun fern aka paku pakis besar besar
memang tak boleh buat gulai pucuk paku
buat atap boleh lah...




aku panjat Otway Fly
tinggi yang amat.
menara paling tinggi 45 meter
gayat lah aku sekejap
tapi pandang hutan di bawah kaki
aku terasa cam burung plak
bebas terbang tinggi
best!




dalam sibuk2 menggeledah hutan
mencari haiwan kelahiran negara ini
aku ternampak dua ekor kanggaru kelabu
sedang makan
yang penting masa aku snap gambar
pakai handphone buruk aku ni
pandai pulak kanggaru ni pose...




overallnya
aku suka dengan pencapaian aku petang tadi
dah lama juga tak merasa masuk hutan ni...
insya allah seminggu dua lagi aku datang sini balik
nak cari koala, platipus dengan wombat pulak!
boleh?

ps: hiking dalam kesejukan lagi semput dari hiking kepanasan di tmn negara bako dulu!

Ahad, 22 Mac 2009

rich maha.... maha yang rich bukan aku




aku dinner kat malaysian restaurant malam tadi.
dengan harapan nak makan nasi lemak and teh tarik.
plus, aku sewa kereta siang tadi
untuk gi jenjalan esok....

so dengan kereta sewa tu
aku pergilah ke rich maha.
satu-satunya malaysian mamak restaurant
yang aku tau
yang ada kat area rumah aku ni....

aku beli nasi lemak satu pinggan
dengan teh tarik satu cawan
harga....
teh tarik = AUD2.50
nasi lemak + rendang ayam = AUD9.00
memang rich maha tuh dengan harga yg ditawarkan

tetibe aku teringat nasi lemak city garden
kat kg baru
kalau aku beli
teh tarik dengan nasi lemak 3 bungkus
campur rendang ayam kat sana
belum tentu sampai RM10.

dalam berat hati aku bayar jer lah
nak buat caner ek
orang dah mengidam
ikut jer la
kang kempunan plak anak dlm perut aku nih nanti....

ps: termenung kekenyangan....

Jumaat, 20 Mac 2009

puki in Taipei



ini bukan cerita porno.
atau separa porno.
ini cerita pasal sekeping gambar lama.
yang aku jumpa waktu aku tengah selak selak pictures folder
dalam komputer aku malam semalam.

aku selak selak pictures folder
kononnya sebab nak buat frame
untuk dua keping gambar
dalam master bedroom.

so dalam aku memilih gambar yang terbaik
antara yang terbaik
err...memang gambar aku semua baik
aku terjumpa gambar di atas.
waktu itu aku sedang transit di airport Taipei
dalam perjalanan ke negara kaya
US of America.

aku gelak.
orang sana gelak tengok aku gelak
dia ingat aku gelak sebab puki tu cute
aku gelak sebab bende cute tu dipanggil puki.
akupun gunalah kamera yang ada
untuk ambil gambar sendiri.

waktu tu zaman jahiliah
kamera yang aku guna waktu tu pakai kodak
jadi jangan betulkan kaca TV anda kalo pic ni gelap.
betulkan mata anda.
*double click pic tuh untuk besarkan gambar. your welcome!

ps: jadi betullah kata orang nama itu cermin peribadi....

Khamis, 19 Mac 2009

aku tonton gamelan



semalam aku berkesempatan untuk menonton persembahan gamelan
di Melbourne University
terus terang aku katakan
ini first time aku tengok gamelan.
aku sendiri tak tahu gamelan ada macam-macam jenis
ada gamelan Melayu, Jawa, Bali pun ada
tapi semalam aku tengok Gamelan Cirebon.
pada yang tak tau
Cirebon tuh kat kepulauan Jawa.

anyway,
kesemua pemain instruments gamelan tu terdiri dari bekas pelajar
atau pensyarah Uni itu sendiri.
yang menariknya,
diorang ni semua mat saleh.
atau pun omputeh.
atau kata orang kampung aku
white people.

sepanjang satu jam persembahan
timbul macam-macam perasaan dalam diri

teruja sebab
aku sendiri yang lahir dalam kelompok nusantara ni pun
malas nak ambil tahu hal2 gamelan nih
orang puteh yang datang dari jauh pulak
yang sibuk nak jadi macam orang kita

sedih sebab
mat saleh tuh dgn bangganya menunjukkan skil menari dan memukul
adat kesenian kita
sedangkan aku nak hentak gong pun tak reti

mengantuk sebab
muzik gamelan ni alahai
mengantukkan!!!

ps: jadi mungkin sebab itu aku malas nak ambil peduli dengan gamelan nih....

Ahad, 15 Mac 2009

mak aku kaki komplen



aku ternampak satu buku berjudul a complaint is a gift
dari janelle barlow dan claus moller
sebentar tadi.

terus aku teringat dengan panggilan telefon ke KL semalam.
rutin biasa, aku call mak aku untuk bertanya kabar.

ayat pertama keluar dari mulut dia
komplen pasal semput.
dia ada asthma sejak dua menjak ni.
tak lalu makan.
tak boleh bernafas.
tak ada selera.
aku dengar je.

ayat kedua terpacul
komplen pasal dapur.
adik dengan kakak aku tak nak basuh pinggan lepas makan.
tau makan je.
masak pun malas.
semua tau nak bersuap.
tak prihatin yang dia dah tak kuat macam dulu.
aku senyum.
masih lagi menjadi pendengar yang setia.

ayat ketiga cuba teka?
ya, komplen lagi.
kali ni pasal sepupu aku
yang sejak kebelakangan ini gemar enter frame dalam berita TV
ada juga muka terselit dalam surat khabar
perjuangkan BN
tapi kampung sendiri terbiar.
aku melawak.
iakan kata kata mak aku tu.

ayat ke empat
masih lagi komplen.
pasal jiran aku di kampung
buat pagar untuk tutup jalan utama
kata mak aku,
menyusahkan dia nak berjalan keluar masuk
ke dalam kampung aku yang terbiar tu.
aku setuju.

ayat ke lima
tema cerita tetap komplen.
pasal karpal singh saman sultan
pastu sambung pasal makcik aku tak boleh harap
pastu sambung lagi
pasal main switch rumah kampung adik aku lupa padam
dan terakhir sekali
pasal kakak aku langgar anak kucing masa reverse kereta
(anak kucing tu satu hal, sapa suruh main kat jalan. kan dah arwah!)
semua itu dalam satu nafas.
aku dah mula penat.

ayat ke enam
tiba-tiba komplen pasal aku.
"kau ni lama dah bergayut ni. pergi lah tidur!"

ayat aku.
"ok. bye!"

aku picit butang end. tut!

ps: sebelum tidur, aku terkenang arwah nenek aku. dulu mak aku yang selalu jadi mangsa komplen dia.....

Jumaat, 13 Mac 2009

sofa aku datang




sofa aku datang hari ini.
sekarang rumah aku baru lah nampak macam rumah sikit.
kalau tak selama ini nampak macam reban.
sebab dah lah rumah aku ni sekangkang aku
pastu ruang tamu lengang je.
nak duduk pun kena duduk atas permaidani bulu bulu
warna merah yang seksi ini.

sekarang kalau orang datang
sambil tangan kanan letak atas jantung
dan menuding ibu jari kiri
aku jemput duduk atas sofa aku ini.
kalau ada orang datang lah.
kalau tak ada,
aku je lah yang duduk.

dok gitu?

ps: lepas ni nak cari bantal dengan bola bola kecil untuk decor.

kamera aku hilang



aku rasa aku dah semakin tua.
ingatan makin lama makin sikit tuhan bagi.
fikiran pun dah makin jauh melayang.
melayang ke mana aku tak tahu.
yang aku tahu
melayang tanpa hala tuju.

minggu lepas aku tertinggal kamera dalam kereta.
bukan kereta aku
kereta sewa.
seperti maklum, bila call orang kereta sewa itu,
jawapan ringkas, tak ada!
hmmm.. alahai
kena beli kamera baru lagi.

lagi dua minggu kawan aku nak datang dari KL.
lepas tu aku nak gi jenjalan kat Sydney.
kalau tak ada kamera macamana aku nak pose
depan kawan aku ngan kat Sydney nanti?

hmmm... alahai
kena beli kamera lah gamaknya ni....

ps: duit lagi......

Isnin, 9 Mac 2009

menarik dan berkerut

hari ini aku tak ada apa nak cerita sebenarnya.
tiba-tiba aku hilang idea untuk menulis.
entahlah, aku pun tak tahu kenapa.
tapi yang pasti,
teman-teman di MSN telah memberi aku beberapa keping gambar
yang buat aku termenung
dan *berfikir.

*aku memang suka termenung dan berfikir

mungkin gambar ini tidak memberi makna apa-apa pada semua.
tapi pada aku
dari gambar inilah aku mulakan senyuman aku pagi ini.
dan ada juga yang membuat dahi aku **berkerut seketika

**belum letak botox, boleh lah kerut. lepas letak, tegang. tak gitu, kak nita?

jadi korang semua boleh lah
merenung dan berfikir
tersenyum dan terkerut
melihat gambar-gambar yg aku lampirkan di bawah.

tapi kalau rasa tak ada apa-apa perasaan yang timbul dalam hati.
abaikan saja.
mudah!



kita mulakan dengan gambar Governor California yg juga bekas jaguh bina badan dan aktor terkenal, Gov. Arnold Schwarzenegger mengucapkan tahniah kepada Iris Kyle yang telah memenangi Miss International dalam pertandingan bina badan yang diadakan di Columbus, Ohio sempena Arnold Sports Festival. hmm... aku tak nak komen panjang pasal gambar ini. aku tak tahu apa kena ngan perempuan nih sebenarnya. tapi kalau dia rasa comel ada badan macam ni, suka hati dia lah kan?



yang kedua, gambar seorang model memperagakan fesyen ciptaan Leandro Cesar, pereka fesyen dari Brazil yang kini menetap di Spain sempena fashion show di Burgos, Spain. gambar ini mengenangkan aku pada konsep wanita jilbab di seluruh dunia. seandainya anda masih ingin menutup aurat ataupun sesetengahnya yang ingin mengambil langkah drastik menutup segala anggota termasuk mata, fesyen ini bersesuaian untuk anda.



seterusnya gambar seorang wanita berjalan di tanah gersang di sebuah perkampungan di Basudevpur, daerah Bhadrak kira-kira 130 kilometers (81 batu) arah timur laut dari Bhubaneswar, India. satu perkataan, masya allah.



dan gambar Aisha Calliber, 25, pula dipilih selepas memenangi title Miss Night Queen 2009 di Guatemala City. jumaat lepas, komuniti Mak Nyah (transgender) di Guatemala membuat perarakan untuk meminta pihak berkuasa mengetatkan lagi kawalan undang-undang terhadap pembunuhan ke atas komuniti mereka yg disebabkan oleh faktor homophobia. agak-agaknya bila pulak kaum ini nak buat perarakan di Malaysia pulak ek?



lagi gambar fesyen. seorang model sedang memperagakan pakaian yang dicipta oleh pelajar jurusan fashion design di Universidad Pontificia Bolivariana semasa fashion show in Medellin, Colombia. OK, peringatan pada kaum ibu-ibu dan juga anak dara yang suka mengemas. andai ada tali rafia ataupun rotan ataupun holla hoop yang lama di sekolah-sekolah awam, jangan dibuang. mungkin boleh digunakan atau ditransformasi menjadi bentuk yang lain.



akhir sekali gambar seorang bapa di Pakistan menunggang motosikal dengan membawa anak kecil (kemungkinan anak-anaknya) bersiar-siar di Rawalpindi, Pakistan. haha! gambar ini aku kira biasa di kampung-kampung. masa kecil dulu lepas balik mengaji kat kampung pun aku selalu buat!!!

itu saja gambar-gambar yang aku ada. lain kali kalau aku terjumpa gambar yang menarik lagi, akan aku paparkan untuk tontonan semua. insya allah.

Sabtu, 7 Mac 2009

masa depan untuk cinta



semalam aku berfikir panjang.
tentang erti sebuah percintaan itu.

apakah ianya satu yang tulus
jika datang dari hati yang makin rapuh.

apakah masih ada jalan yang panjang
jika kaki dah hampir berhenti melangkah

dan apakah akan terukir kembali sebuah senyuman
jika hari-hari aku sentiasa dilewati kekacauan.

jadi persoalan untuk diri sendiri
apakah ada masa depan untuk cinta itu...

aku sayang kamu
tapi aku tak tahu apa lagi yang perlu aku buat
untuk gembirakan kita.
tanda tanya.

Isnin, 2 Mac 2009

marah.



aku skang ada kat luar negara.
aku tak ada kawan-kawan nak mengadu.
kawan aku semua kat luar negara
dari negara yang aku diami sekarang.
sudahnya aku mengadu pada blog.
nasib baik blog aku ni faham.
kalau dia tak faham pun
dia buat buat faham.
sebab dia tahu aku sedang marah.
dia tak suka naikkan darah aku lagi kalau aku marah.
kalau tak, dengan dia dia kena marah.

tadi aku masak nasi goreng paprik.
sedap sebenarnya (statement confident yg realistic).
tapi selera aku hilang bila aku scratch kuali mahal aku
dengan spatula mahal aku juga.
bila aku mengadu pada teman
dia marah aku balik.
katanya aku tak dengar pesan dia.
aku keliru.
sudahnya aku marah kat dia
sebab dia marahkan aku pulak.

patutnya dia marahkan kuali tu.
sebab sudahlah mahal
tetibe boleh scratch pulak.
ataupun marahkan spatula tu
sebab scratchkan kuali mahal tu.
ataupun senang cerita
tak payah marah sesiapa
sebab...

kuali tu manalah tahu tangan aku yang gatal ni nak pegang spatula tu.
spatula tu pulak manalah tahu tangan chef diva ni nak guna dia untuk sudip nasi kat kuali itu.
dan aku yang ala-ala chef diva ni tak tahu pula kuali mahal ngan spatula mahal boleh jahanam kan mood aku nak makan malam ni!!!!!

ah, jahanam lah!
tanda seruan.

ps: baik aku layan lagu The Killers - Human.
klik di sini: http://www.youtube.com/watch?v=d97XFG

"are we human or are we dancer
my sign is vital, my hands are cold
and I´m on my knees
looking for the answer
are we human or are we dancer
"