Sabtu, 28 Februari 2009

hati aku rasa gumbira.


kris bertanya sebentar tadi,
kenapa aku jerit?
aku jawab, aku sudah boleh log on ke myspace.
dia jeling. mungkin bingit.
tapi senyum aku makin lebar.
mungkin gembira.

account myspace aku mereng sejak akhir-akhir ini.
aku tak boleh buka.
aku tak boleh baca mesej apa-apa.
tapi petang ini entah apa gilanya
aku dapat password baru di account hotmail aku.
bibir aku kembali tersenyum.
bukan maksud senyum aku itu kerana aku kerang busuk.
tidak sama sekali.
aku senyum kerana akhirnya dapat juga membaca komen peminat.
dapat juga berkongsi cerita.
dapat juga meluah rasa.

haha! ini lah susahnya kalau hidup bertemankan internet.
pada rakan-rakan lama di sana, aku akan cuba membalas segala mesej anda.
pada yang baru ingin menambah aku
ini alamatnya: http://www.myspace.com/malay_rhapsody
atau cari aku atas nama "shaz johar" di facebook.
insya allah, kalau ada jodoh, bertemu lah kita di sana!
kalau adalah.
aku tak berani janji.
titik.


*nota tambahan: aku bukan kerang. dan aku juga wangi. terima kasih pada minyak wangi XS Paco Rabanne yang aku pakai hari ini.

Rabu, 25 Februari 2009

tag dr marlena

ari tuh baru jer tulis note pasal pompuan beranak 8 dlm OctuMom (refer to blog: http://jejakaanggunmalaya.blogspot.com) dah si marlena ni tag aku plak. nak tau pasal pengalaman aku pregnant anak pertama lah tuh.... dah sah2 aku jantan, leli. saluran peranakan pun dah pecah ko saja nak sentap kan aku dgn tag ni kan? anyway, amik kau! nak percaya ke x, suka ati ko....

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
tak.. semua lelaki durjana yg pregnant kan aku x nak bertanggungjawab masa tuh. dah berbagai cara aku cube termasuk minum air nenas, lidi, malah gi klinik kat chow kit nak buang anak ni tp tuhan tuh maha kaya. lahir juga baby comel yg diberi nama nur arianna suri jolie pitt johar.

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
mesti lah tak. tok kadi x nak kawinkan sebab sesama lelaki. lgpun first wife masing2 x nak approve. x sanggup jadik madu aku lah tu! cibai.

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
mula2 sedih sebab bunga di taman dah ditebuk tupai. tp sebab best, biarkan jer lah. esok nak lagi....

4. HOW OLD WERE YOU?
baru lepas sunat. ubun2 pun lembut lagi. tp yg lain, mantap!

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
muntah2, loya2. pastu perut aku besar, ada rasa baby tendang2. pregnant lah tu kan? x kan busung pulak?

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
tak ada bgtau sesiapa pun. malas nak kecoh2.

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
tak kisah sangat. aku terima je anak apa pun. anak kan anugerah tuhan. (masa type ni wajah aku tgh menunduk sayu ke bumi nih). yg penting, anak comel spt aku.

8. DUE DATE?
14 feb. tahun dirahsiakan.

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
morning sickness xder. morning crazeeness selalu. morning horny pun ada gak selalu...

10. WHAT DID YOU CRAVE?
spt biasa, anak pun dah sah2 anak keturunan mewah kan so masa tuh aku craze:
caviar, champagne, kasut mary jane dr manolo blahnik, dress labuh dr Elie Saab, dan x lupa air selusuh. sebab mak aku ckp elok tuk org bersalin.

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
angelina jolie ngan brad pitt... hasilnya.... faham2.

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
pompuan lah. senang aku nak pakai litik ngan kutek (lipstick n cutex) kat dia.

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
tak kisah, anak tu kurniaan tuhan (kali ni tangan menadah ke langit pulak, bersyukur ala2 gaya cikgu dlm citer long khong)

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
maintain slim. kata model size zero. ko ingat aku tyra banks? hips semakin besar skang?

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
mestilah. tuh kan tradisi. kawan2 dtg bawa hadiah. hadiah paling istimewa berupa jet peribadi utk baby aku, hadiah dr Air Asia. now, everyone can fly.... (promo Air Asia ni)

16. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
x surprise lah. dah 4 5 kali gak aku buang sebelum nih. tinggal depan masjid pun ada.

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
tak. bak kata org kg aku, practice makes perfect.

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
umah bidan Limah. bidan terkemuka kampung aku.

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
kejap jer. x sedar pun nak beranak masa tuh. dah renggang kan?

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
naik cab. sempat tukar nombor ngan abg driver cab tuh. meletop siot!

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
bidan limah ngan abg driver cab tu la... anak2 bidan limah pun ada gak intai2 celah dinding.

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
natural lah. bidan limah tuh bukan ada cert pun. mcm dr ling jugak!

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
mak aku suruh minum air selusuh. aku minum air nenas. selain tu ada gak aku mkn mamee,potato chips, makan sengkuang letak topping kacang, gula ngan pewarna merah lebih pun ada. aiskerim jagung pun ada. asam boi letak limau pun ada. dindang pun ada gak. kam kam pun ada sebab dpt mainan best. dapat subang kelip x salah aku.

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
bayi tak cukup bulan... dlm 2 kg je kot...

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
entahlah, birth cert pun x buat

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
nur arianna suri jolie pitt johar. korang mesti sentap dengar nama ni kan?

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
entah. lepas beranak, aku tinggalkan kat tepi sungai..

28.WOULD YOU DO IT AGAIN?
tak mo lah! amik anak angkat jer....

atas membalas jasa budi leli, aku pun tag lah kawan2 aku semua dalam Facebook. kalo rasa nak kongsi pengalaman pertama mengandungkan anak pertama tuh... bole lah kita share...
hahahahahahahahahahahhaah!!!!!

Rabu, 18 Februari 2009

mak aku = OK


sinambungan pada blog/note yang sebelumnya.

aku call mak siang tadi.
tengah buat kerja sambil-sambil telefonlah mak.
kan aku dah janji pada diri sendiri.

aku: apa khabar?
mak: khabar baik.
aku: dah race dengan cik nah?
mak: (gelak). tak pakai pun kerusi roda tu.
aku: kenapa?
mak: tak perlu. mak masih boleh bergerak.

aku diam.
senyum.
malas nak tanya lebih.
yang pasti mak dah sihat.
dah boleh gerak.
betul ke tak, aku tak tahu.
aku tak nampak.

sebelum letak telefon, aku pesan dengan mak jangan biasakan diri duduk atas wheelchair.
bawa-bawa exercise.
bawa-bawa berjalan.
mak terus jawab, "tak. mak OK bukan OKU".

aku senyum.
lega.

Selasa, 17 Februari 2009

mak aku = OKU



aku borak dengan kakak siang tadi...

Sue: Shaz, mak tak sihat. abang balik dari *Lumut bawa wheelchair.
Aku: (berubah dari tersenyum seorang diri ke termenung). mak dah tak boleh gerak kah?
Sue: dah tak kuat macam dulu.
Aku: *OIC. so now dia boleh lah race dengan Cik Nah, kan?
Sue: LOL.

Cik Nah jiran aku.
dia pun pakai kerusi roda.
bukan aku tak simpati pada dia.
bukan pun sengaja tak nak simpati pada Mak.
Sumpah! Shaz simpati pada Mak.
Rindu sangat pun ada.
Tapi Mak mesti faham, anak comel Mak ni bergurau kan?
Kalau Mak dengar statement tadi mesti Mak ketawa kan?

Mak kenal aku siapa.
Aku pun kenal siapa Mak aku.
Kami sekeluarga memang suka bergurau.
Nanti Shaz balik kita main sorong-sorong, eh?

ps: esok ingatkan aku nak call Mak.


*Lumut di Perak. bukan lumut di akuarium yang tak dibasuh.
*OIC bukan Organisation of the Islamic Conference tapi Oh, I see.

Ahad, 15 Februari 2009

tadi yang pelik



tadi aku bangun pagi ada sarapan tersedia atas katil.
kemudian masa aku keluar ke melbourne
kami berbual dengan mesra
tak seperti biasa.
pembetulan.
tak seperti seminggu dua ini.
bualan kami tak berapa mesra.
pelik.

tadi di melbourne
kami memilih untuk bersetuju membuat perkara yang sama.
kami memilih untuk mengalah pada citarasa yang berbeza.
pokok pangkalnya kami memilih untuk lebih mesra.
pelik.

jadi tadi yang pelik
makin jadi pelik bila aku pelikkan
kenapa pelik sangat siang tadi
tanda tanya.

ps: mungkin tadi yang pelik tanda baik untuk hari esok. insya allah.

Sabtu, 14 Februari 2009

masa

aku berbual tentang masa dengan rakan.
masa zaman sekolah rendah.
masa zaman sekolah menengah.
masa kini.

banyak kenangan terutama yang berlaku di alam remaja dulu.
banyak juga yang aku senyumkan dari menangis.

tapi semenjak dewasa ini
masa aku penuh dengan persoalan.
persoalan tentang hidup.
persoalan tentang diri.
persoalan tentang masa depan.

bila persoalan itu akan terjawab.
atau apakah ada jawapan pada setiap soalan yang dihulur
aku tak tahu
nyatanya aku keliru.

marlena tanya semalam, benarkah ada orang yang benar-benar cintakan kita? atau benarkah kita benar-benar cintakan seseorang itu? hmmmmm....
tanda tanya.

Khamis, 12 Februari 2009

hari ini

aku buka lembaran hari ini dengan hati yang bersih.
mahu pelajari apa yang telah berlaku.
mahu berjanji tak akan ulanginya lagi.
dan kalau boleh
mahu kotakan apa yang dijanji hari ini.

berjaya atau tidak aku belum cuba.
kan aku kata aku cuma berjanji
tiga titik.

Rabu, 11 Februari 2009

apa rasa hati

sekarang rasa hati aku ada macam-macam.

marah pada insan yang bergaduh dengan aku sekejap tadi.
rindu pada rakan-rakan jauh di perantauan: mereka tempat mengadu rasa hati.
keliru pada minda yang tiba-tiba berhenti berfikir.
bengang pada ingatan; lupa pada password Myspace.
dan amat kecewa pada diri sendiri.

kenapa hidup perlu ada pergaduhan
tanda tanya.

salam permulaan

ada satu sahabat lama mengajak aku untuk menulis blog tentang diri sendiri.
aku tertanya pada diri yang tidak berapa kerdil ini.
diri sendiri? kenapa?
jawapan yang aku dapat dari otak yang lebih besar dari matanya ini...
"cerita tentang sendiri lebih bersih dari cerita-cerita yang belum tentu benar dari mulut manusia yang lain, tentang manusia yang lain."
betul juga.

makanya terhasillah blog bernama "akulah jejaka anggun itu".
ianya kesinambungan dari blog asal "dan jejaka anggun Malaya pun menulis".
bezanya blog ini lebih banyak menceritakan tentang diri dan kehidupan aku sendiri.
yang tak berapa bezanya, blog ni tetap menceritakan sesuatu.

salam permulaan pada yang baru ingin membaca.
pada yang tak ingin membaca, jangan paksa diri anda.
noktah.