Isnin, 17 Ogos 2009

Bab 10. Teratai layu di tasik Toba.

** hahah... aku ada terbaca satu berita tp x sure plak nak katgorikan berita nih lucu ker berita sedih...

nih melibatkan aktor shah rukh khan. eh silap.. dato shah rukh khan. beliau semalam telah ditahan di Newark Liberty International Airport, New Jersey kerana namanya dikatakan telah muncul dlm diorang punyer computer's alert list (terrorist lah tuh).

sudahnyer dia ditahan dan disoal siasat selama 66 min. sian ek? khan di US sempena mempromosi filem terbaru beliau My name is Khan yg kebetulannya mengisahkan tentang perbalahan kaum di India yg berlaku selepas tragedi Sep 11.

so nampaknya, x kisahla ko diva ker dato ker raja ker... kalo dah nama ko blacklist tuh sesuai jugak kene di interrogate... rase2nyer kalo golongan macam tuh kat msia nih... lepas jer kot? biasa la tuh.....

eh okelah.... sambung citer PUCUK kat bawah....





Anak lelaki: bagaimana aku boleh mendapat wanita yang sesuai, Ibu?

Ibu: jangan peningkan kepala mencari wanita yang sesuai, tumpukan perhatian dalam menjadi lelaki yang terbaik.




Tempikan pemandu teksi dan penunggang beca bermotor di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan tak langsung dipedulikan oleh Faireen. Matanya liar memerhati sekeliling, tercari-cari di mana buah hatinya. Dalam e-mel yang dikirim beberapa hari yang lalu, Syafiq mengatakan bahawa dia akan menunggu Faireen di luar balai ketibaan jika kapal terbang yang dinaikinya tiba dahulu di situ. Tetapi setelah sekian lama dia tercegat berdiri di situ namun bayang buah hatinya masih juga tidak kelihatan.

Dia melabuhkan punggung ke bangku yang kosong. Cuba juga diselitkan tubuhnya di celah-celah orang ramai yang riuh rendah di situ. Hatinya mula berkata-kata. Perlukah dia ke warung berdekatan untuk menjamu selera atau menunggu saja sehingga Syafiq tiba memunculkan diri?

Perut yang makin hebat berkeroncong, ditekup. Diusap-usapnya sedikit agar hilang bunyi-bunyian yang tidak diingini. Tekak yang sudah kekeringan makin terasa haus pula. Matanya memerhatikan anak-anak kecil yang bermain-main dengan botol-botol mineral yang kosong. Alangkah enaknya jika dapat meneguk air sejuk di dalam cuaca panas begini, fikirnya sendiri.

Akhirnya dia kembali berdiri untuk mencari-cari kedai yang menjual makanan dan minuman ringan yang berdekatan.



"Faireen!" Tiba-tiba kedengaran suara halus menyapa dari belakang. Dia memberhentikan langkah lalu menoleh, dan sebaik saja terlihat wajah yang ditunggu muncul di depan mata, bibir yang kekeringan tadi spontan itu juga tersenyum lebar sehingga ke telinga.

Mereka berpelukan. Mata masing-masing tidak berkelip merenung raut wajah kekasih yang telah seminggu ditinggalkan.

"How are you?" Soal Faireen dengan suara manja.

"Tired," jawab Syafiq sambil mengeluh.

"Ahhh… Kita ada lagi empat jam dalam van ke Toba. I dengar jalan raya kat Sumatera ni disaster sikit"

"Itu lah masalahnya," Syafiq merungut sambil mematah-matahkan jari. "You dah makan?"

"Belum."

"Jom kita makan dulu. Lepas tu baru fikir pasal empat jam ke Toba…"

Faireen mengangguk. Bersetuju.



Selesai menjamu selera di salah sebuah restoran nasi Padang yang ada, mereka terus bergegas ke pejabat pelancongan di bangunan sebelah. Kata pekerja wanita di situ, van ke Danau Toba yang sepatutnya bergerak dalam masa lima minit lagi dikatakan bakal lewat. Apabila ditanya selama mana waktu yang harus ditunggu ataupun mengapa pemandunya tidak menunjukkan diri seperti yang dijanjikan, pekerja wanita tadi hanya mampu mengangkat bahu saja.

Tiga puluh minit kemudiannya, van yang dijanjikan oleh syarikat pelancongan itu masih juga tidak muncul-muncul. Faireen sedari tadi sudah mengipas-ngipas kepanasan manakala Syafiq yang masih belum hilang penatnya dari perjalanan jauh tadi sudahpun terlelap di atas kerusi.

"Kak, Bang, bis nya sudah sampe!" Akhirnya mereka berdua dikejutkan oleh pekerja wanita tadi dengan telor Indon yang pekat, hampir satu jam kemudiannya.

"Boleh kejutkan I bila sampai di Toba nanti? I nak tidur sekejap," pinta Syafiq sebaik saja dia mengambil tempat duduknya di dalam van usang itu.

Faireen mengangkat kening. Bibirnya cuba untuk menguntumkan senyuman pada permintaan kekasihnya itu tetapi entah mengapa hatinya merasa tersentuh sedikit.



Semenjak mereka bertemu di lapangan terbang tadi , Syafiq tidak banyak bercerita. Begitu juga ketika menjamu selera di restoran padang tadi, mulutnya lebih banyak mengunyah makanan dari berkongsi pengalaman yang dikecapi selama berada di bumi Amerika.

Faireen membelek-belek rambutnya yang telah dipotong pendek separas bahu. Hatinya terkilan apabila Syafiq tidak langsung menegur akan perubahan pada dirinya itu. Kemudian, dia merenung pula pada baju kemeja T yang baru dibelinya dari jualan murah minggu lalu. Syafiq tidak langsung memberitahu sama ada potongannya itu sesuai untuk dipakai.

Wajah Syafiq yang terlentok di tepi tingkap van itu, sekali lagi ditenung. Hatinya mula berkata-kata.

Aku faham kau masih jet lag tapi tak kan lah tak terlintas langsung depan mata kau dengan perubahan aku ni? Tak kan baru seminggu berpisah kau dah lupakan aku?

Tidak. Cuba berfikiran positif sikit,Faireen. Mungkin dia terlalu penat. Jangan terlalu cepat untuk membuat keputusan, OK. Berikan dia masa di Danau Toba nanti. Tasik besar itu akan menjadi saksi kisah cinta kau. Sebaiknya, kita biarkan saja saksi itu yang bersuara…

Faireen setuju dengan nasihat hatinya itu. Ya, biarkan saksi saja yang bersuara….



Lagu "Aku dan Dirimu" berkumandang semula di dalam MP3 yang baru dipasang. Bak kata Syafiq dahulu itu lagu cinta mereka. Faireen suka juga pada lirik lagu yang dinyanyikan oleh pasangan penyanyi dari seberang itu. Baitnya ringkas tetapi maknanya begitu puitis. Dia mula menyanyikan lagu tersebut perlahan dan dalam jauh mengelamun itu, tiba-tiba tapak tangan Syafiq terjatuh ke atas pehanya.

Dia meramas jari-jemari kasar lelaki itu. Apabila diciumnya lembut, spontan itu juga bibir Syafiq menguntum senyum. Dia terkejut. Syafiq yang disangkakan sudah terlena masih lagi terjaga walaupun kedua belah kelopak matanya terpejam erat.

I love you, gerak bibirnya perlahan tanpa mengeluarkan suara.

Ya, sayang. I love you too, Faireen membalas kata-kata cinta itu di dalam hati. Sesekali rambut Syafiq yang makin kusut ditiup angin, diusap dengan lembut. Matanya lantas memandang keluar. Memerhati hutan belantara dan debu-debu jalan kampung yang menyusuri perjalanannya ke destinasi.



Perjalanan ke Toba memang mencabarkan. Jalannya pecah seribu. Berkali-kali mereka terhuyung hayang di dalam van putih tua itu. Debu-debu pasir di udara pula benar-benar menyesakkan. Faireen mula terasa mual. Sedari tadi, dia tidak putus-putus menilik jam di pergelangan tangan. Berkira-kira entah bila agaknya mereka berdua akan tiba ke tempat yang dituju. Tingkap yang terbuka luas, ditutupnya sedikit. Kepalanya diletakkan di atas bahu Syafiq yang sudah semakin jauh di buai mimpi. Sebelum aku pening, baik aku tidur sekejap, nasihatnya pada diri sendiri. Dia terus terlelap.

"Tuk Tuk Island!!" Jerit pemandu van sekuat hati. Masing-masing terpinga-pinga sebaik saja tersentak dari tidur. "Samosir!" Jerit pemandu itu lagi. Kali ini kedua-dua mereka segera bergegas keluar.

Van berhenti di satu kawasan yang berlopak beerdekatan pasar pagi. Kasut putih yang dipakai oleh Faireen bertukar kekuningan apabila terpijak tanah yang berlumpur. Begitu juga halnya dengan kaki seluar kargo Syafiq. Basah akibat terpercik dari lopak air kotor yang bertakung. Geli. Itu pandangan pertama mereka terhadap Tasik Toba. Masing-masing mula mencebik.

"Tuk Tuk Island, Mas?" tegur salah seorang pemuda di situ kepada Syafiq. Syafiq tahu lelaki itu di antara mereka-mereka yang datang dari hotel di Pulau Tuk Tuk di seberang sana. Menurut buku Lonely Planet yang dibaca, lelaki itu sama ada ditugaskan untuk mencari pelanggan atau mencuri pelanggan yang mahu menginap di hotel yang lain. \

"Sudah ada hotel, Mas?" Soal lelaki itu menguatkan lagi tanggapan Syafiq tadi.

"Sudah. Rumah Tabo," sampuk Faireen pula.

Lelaki itu tersenyum lebar. Kad perniagaannya dihulur. Nama Rumah Tabo jelas tertera di atas kad kecil itu. "Mari, feri akan ke sana dalam 15 minit lagi," ajaknya ke jeti berhampiran.



Tiga puluh minit berada di atas feri sambil dihembus angin tasik cukup mendamaikan. Syukur, Faireen ada membawa kain selendang pashmina bersama. Dapat juga dia membalut tubuhnya yang kesejukan. Batu-batu besar dan bukit bukau menemani sepanjang perjalanan ke Pulau Tuk Tuk menambahkan lagi keindahan pada pemandangannya. Faireen mula jatuh cinta pada tasik besar itu. Sesekali dia melemparkan senyuman pada Syafiq yang masih termenung di sebelah.

"Apa you cakap dengan parents you pasal trip kita ni?" Soalnya tiba-tiba.

Faireen mengerut dahi. "Kerja," jawabnya sepatah.

"Kerja?"

"Ya, kerja…"

Senyum Syafiq semakin lebar mendengar jawapan ringkas itu. "Siapa yang kerjakan siapa?"

"Tak tahulah"

Lantas kedua-duanya tertawa.

Makin hampir dengan Rumah Tabo, rasa girang di hati Faireen makin bertambah. Tambahan pula apabila dari jauh, sudah jelas kelihatan deretan rumah-rumah tradisional Batak yang terletak di lereng bukit di tepi tasik besar itu. Unik kerana bentuk bumbungnya sama seperti rumah Minangkabau cuma ianya agak runcing ke atas sedikit.

"OK. Rumah Tabo," kata wakil dari hotel tadi menunjuk salah satu rumah penduduk tempatan yang telah dijadikan hotel di situ. Katanya tabo bermaksud indah di dalam bahasa Batak. Sesuai dengan nama yang diberi, hotel tersebut memang cukup indah kelihatannya.

Sebaik saja mereka turun dari feri, mereka terpaksa melalui denai kecil di tepi tasik buatan yang dipenuhi oleh kuntuman teratai. Ada beberapa orang anak kecil tempatan yang bermandi-manda di tepi tasik buatan tersebut. Kesemuanya berbogel.

Faireen tersenyum. Leka dia seketika melihat keletah budak-budak itu bermain air.

"Mak I cakap, mata boleh kena ketumbit kalau tengok orang mandi," tegur Syafiq sambil menjeling manja.

Namun Faireen tak langsung ambil peduli.



Setiba saja tiba di ruang lobi, Syafiq mengeluarkan salinan tempahan bilik yang dibuat.

"Dua bilik standard ya?" Soal staf wanita di situ.

Dia mengangguk. "bukan muhrim, kan?" Bisiknya perlahan.

Mendengar bisikan Syafiq itu, Faireen mula tersipu malu.

Selesai urusan di kaunter, datang seorang pekerja lain membawa mereka ke bilik masing-masing. Syafiq mendapat nombor 515. Faireen pula 514. Mereka menginap di bilik yang bersebelahan.

"I nak mandi. Waktu Asar pun dah masuk. Nanti lepas dah siap I ketuk bilik you, OK?" Pinta Syafiq sebelum membuka pintu biliknya.

Faireen mengangguk saja. Dia melangkah masuk ke bilik kecilnya juga. Tiada apa yang istimewa di dalam bilik itu. Hiasan dalamannya cukup ringkas. Tiada alat penghawa dingin. Cuma kipas berdiri menjadi pengganti.

Punggungnya dihempaskan ke katil bersaiz sedang yang dilitupi kelambu berwarna putih itu. Terdapat satu lubang kecil di sudut tepi kelambu yang terpasang. Masuk juga nyamuk nanti, rungutnya.

Telefon yang terpadam sejak dari dalam kapal terbang tadi diambil dari dalam beg pakaian. Sebaik saja dinyalakan, ada dua tiga mesej yang baru diterima. Satu dari Faisal dan yang selebihnya dari syarikat telekomunikasi Indonesia mengalu-alukan kedatangannya ke situ.

Dia membuka SMS yang diterima dari adiknya itu.



WHERE ARE YOU? AYAH MASUK HOSPITAL. HEART ATTACK"



Dengan tulisan besar dia baca bulat-bulat mesej yang diterima. Darahnya berderau. "Ayah masuk hospital???!!!!!" Jerit hatinya kuat.

2 ulasan:

  1. Rasa nak p lagi ke Danau Toba ..


    AiLing.

    BalasPadam
  2. Org US ni nampak sgt x kenal Dato' SRK tu sape..maunyer kasik dia tgk Kuch2 Hota Hai br dia kenal kot..

    BalasPadam