** selamat menyambut bulan ramadhan... memandangkan ada suara2 yg ingin aku menyambung naskhah pucuk nih, aku teruskan jugaklah permintaan peminat itu. thanx kerana sudi membaca.
Bab 13. Anak mak
Manusia tidak pernah terlihat segala pengorbanan ibunya sehingga apabila tiba masanya dia tidak sempat pula untuk menyatakan apa yang jelas di pandangannya itu ~ William Dean Howells (1837-1920)
"Ya, Mak. Hujung minggu ni Fiq balik," janji Syafiq pada ibunya di telefon siang tadi. Dia termenung sendirian. Matanya menilik pada dua benda di tangan. Satu kad nama pemberian Faireen yang masih disimpan waktu mereka mula bertemu dulu dan satu lagi telefon bimbit kecil yang masih sepi semenjak kali terakhir ianya berbunyi siang tadi.
Dia termanggu. Di dalam perbualan telefonnya tadi, sekali lagi ibunya di kampung mengingatkannya tentang satu perkara. Perkara tentang kata. Kata pada satu benda. Satu benda yang keramat. Kahwin.
Syafiq menelan air liur apabila kali pertama dia diajukan tentang perkara itu. Malam itu malam ke dua puluh satu seluruh umat Islam berpuasa. Sudah jadi kebiasaannya sejak dahulu lagi, apabila tiba saja malam ke sepuluh atau ke sembilan yang terakhir di bulan Ramadan, dia akan pulang ke kampung berterawikh bersama ibunya di sana.
Di dalam perjalanan pulang dari surau setelah selesai menunaikan solat sunat itu, tiba-tiba terpacul kata keramat itu dari mulut ibunya. Katanya Syafiq adalah satu-satunya anak yang dia miliki dan semenjak ayahnya ADUN di kampung itu dahulu pergi meninggalkannya untuk berkahwin dengan perempuan muda yang lain, Syafiq seorang sajalah yang menjadi peneman di hati.
"Mak tak ada anak-anak lain, Fiq. Anak tiri ayah kau dengan bini baru tu sorang pun Mak tak kenal. Mak tak nak ambil peduli pun…"
"Umur Mak nih pun dah meningkat senja. Mak teringin juga nak tengok anak tunggal Mak ni duduk bersanding atas pelamin sama seperti anak orang lain."
"Tengok si Maznah Dolah kat hujung kampung tu. Bukan main meriah lagi dia sambut menantu sulung. Mak nak jugak merasa macam dia. Nak tahu macamana sibuknya menguruskan kenduri kahwin anak sendiri. Lagipun lagi cepat kau kahwin lagi cepat kita tambah keluarga. Tak ada lah Mak sorang-sorang duduk kat kampung, kau pulak sorang-sorang kat KL tu tak ada orang jaga…"
"Tangan Mak ni dah lama tak timang budak. Last sekali kau lah yang mak timang, Fiq…"
Makin dibiarkan, ibunya makin terus-terusan berleter tanpa henti. Syafiq waktu itu terpinga-pinga. Antara bingung memikirkan mengapa ibunya seakan-akan tergesa-gesa meminta dan menyedari akan kegesaan permintaan ibunya itu.
Dia memerhati kalendar cap kicap yang tergantung di atas dinding papan rumah kayu itu. Lagi dua tiga bulan, dunia akan melangkah ke tahun baru. Begitu jugalah dengan usianya. Akan juga melangkah setapak lagi menjadi lebih dewasa.
Tetapi baginya, alangkah indahnya satu kehidupan itu jika dia tidak perlu untuk melangkah ke mana-mana lagi. Tubuh dan mindanya sendiri juga sudah tidak berdaya untuk menyambut dunia yang baru itu. Jika perlu mahu saja dipotong kakinya agar ianya berhenti dari terus melangkah jauh.
Baginya tahun baru sudah tidak semeriah dahulu lagi. Bunyi dentuman bunga api yang bersinar di ruang langit dilihatnya seperti petir yang memanah bumi kini. Suara sorak orang ramai memberi ucapan selamat baginya lebih berbau takziah dari tahniah.
Jika dulu dia rela bersesak-sesak bersama penghuni kota yang lain menyaksikan dunia melangkah ke fenomena yang baru kononnya, kini dia lebih rela duduk bersembunyi di dalam biliknya sendiri. Terperusuk di dalam gelap. Mengharap semua kekalutan dalam jiwanya itu hanya sekadar mimpi.
Realitinya, usia Syafiq tetap akan bertambah. Dunia tetap semakin tua. Dan ibunya semakin lama semakin labuh senjanya.
Syafiq tercari-cari nombor telefon teman wanita yang pernah didampinginya suatu ketika dulu. Malangnya, tiada satupun yang tersimpan di dalam telefon. Begitu juga diari lama yang sudah berhabuk yang terselit di dalam almari bujangnya. Nama wanita yang tersenarai hanyalah kenalan biasa di Kuala Lumpur yang rata-ratanya kini sudahpun berumahtangga.
Dia mula membuat perhitungan. Dicongak-congaknya bilangan wanita yang pernah bertakhta di hati dahulu. Setelah lama berfikir, jumlah yang diperolehi cuma kurang dari lima orang. Dibandingkan pula dengan bilangan lelaki yang sering berada bersamanya sehingga kini.
Tidak terkira.
"Apa nak jadi dengan aku ni?" Dia menepuk dahi kerana menyesal. Senarai nombor-nombor yang tersimpan di dalam telefon bimbit, dibuka satu persatu.
Aaron, Abi, Adam, Afzan, Aidil, Akim, Al, Amin, Aqil, Arab, Ariff, Aslan, Aswan, Azriel, dan lagi dan lagi dan lagi sehingga ke huruf C, masih tiada satupun nama wanita yang timbul. Akhirnya dia membaling telefon kecil itu ke bawah katil. Jarinya tidak sanggup lagi untuk menekan butang anak panah ke bawah.
Kad nama Faireen yang sedikit konyok direnung kembali. Kenapa aku perlu menyimpan nombor perempuan ini? Dia tak berdosa! Marahnya pada diri sendiri.
Malam terakhir sewaktu dia di kampung dulu, ibunya ada berpesan, "setiap tahun Mak akan jumpa keajaiban di malam Lailatur Qadr tapi tahun ni tuhan masih belum buka pintu rezeki tu lagi. Mungkin dia tunggu kau untuk tunjukkan sendiri kat Mak…"
Syafiq terkedu. Waktu itu dia tidak dapat memberi jawapan yang pasti. Dia bukannya tuhan. Makanya dia tak berupaya untuk memberikan apa-apa janji kepada ibunya. Dia juga bukan ahli silap mata. Dia tidak boleh memberi keajaiban sesuka hati.
"Insya allah, Mak," itu saja jawapan yang mampu dihulur.
Di dalam kereta sewaktu berjalan pulang ke Kuala Lumpur, dia banyak berfikir tentang pesanan ibunya itu.
"Kau tak teringin nak jadi raja sehari?" Soalnya seakan-akan bermain dengan psikologi.
Sehari? Syafiq termenung lagi. Otaknya ligat membayangkan bagaimana agaknya keadaan dirinya apabila bergelar raja sehari nanti.
"Sedangkan sejam pun aku masih belum bersedia, inikan pula sehari?" Soalnya kembali pada diri sendiri.
Bulu romanya tiba-tiba berdiri apabila memikirkan kata keramat itu. Perempuan mana yang mahu menjadi ratu sehari untuk aku? Perempuan mana yang sukakan lelaki seperti aku? Aku mana sukakan perempuan!
Mak! Kalau raja sehari ini boleh bersanding dengan raja sehari yang lain, sudah lama dia duduk di atas pelamin angan Mak tu. Dengan bangganya dia akan memotong kek bertingkat-tingkat dengan suami tercinta. Biar terpaksa naik lif, dia akan gagahkan diri memotongnya juga.
Mak! Tolong lah fahami hati anak kesayangan Mak ni, Mak!
Dia terkenang lagi.
"Syafiq, kalau boleh bawalah perempuan tu hari raya nanti. Tunjuk kat Mak," pinta ibunya di telefon seminggu selepas dia berkenalan dengan Faireen.
"Insya allah, Mak. Dia pun malu-malu lagi"
"Allah, nak malu apanya. Kau kata dah berbulan-bulan kau kawan dengan dia. Kalau dah masing-masing suka sama suka, bawa je lah jumpa Mak!"
Buat kesekian kalinya fikirannya menjadi buntu. Bukan sebulan, Mak. Seminggu, jawabnya di dalam hati.
Ya. Baru seminggu dia mengenali wanita bernama Faireen itu. Logiknya, mana mungkin seorang anak dara itu akan terlalu berani berjumpa untuk dengan keluarga lelaki yang baru saja dikenalinya begitu saja. Tetapi Faireen cukup berbeza dari anak dara yang lain.
"Apa salahnya. Lagipun kampung you kan dekat dengan KL. Boleh balik hari je," jawabnya mudah apabila diajukan soalan.
Waktu itu Syafiq tersenyum lebar. Nampaknya apa yang dirancang hampir berjaya kini.
Dia mula menyusun strategi.
1. Perkenalkan Faireen kepada ibunya.
2. Dua tiga bulan kemudian, mengadu kepada ibu bahawa perhubungan yang terjalin itu telah berakhir
3. Alasannya, Faireen telah bermain kayu tiga.
4. Kerana terlalu kecewa dia tak ingin bersama wanita lain lagi.
Syafiq percaya, ibunya akan mempercayai kisah dongeng yang tragis sebegitu.
Tiba masanya di kampung, lain pula yang terjadi. Ibunya menatang Faireen seperti minyak yang penuh. Apa yang keluar dari bibir anak gadis itu, nampak manis saja dimatanya. Setiap langkahnya dihormati. Malah setiap tuturgayanya juga disenangi hinggakan Syafiq sendiri tertanya-tanya di mana indahnya pada perempuan yang bernama Faireen ini.
"Lain kali tidur lah sini semalam dua. Boleh kita kenal dengan lebih mesra lagi. Syafiq tak pernah bawa perempuan datang sini jumpa Mak nya. Faireen bertuah, tau!" Kata ibunya sebelum mereka mengundur diri.
Bertuah? Syafiq bingung sekali lagi memikirkan di mana letak tuahnya itu.
"Eh, nanti. Terlupa pulak," Ibunya teringatkan sesuatu. Dia terus berlari ke dalam bilik. Dua tiga minit kemudian dia muncul kembali dengan membawa sebuah kotak kecil di tangan. "Ambillah," hulurnya.
Faireen terkejut. Dibukanya kotak kecil itu perlahan-lahan. "Eh, rantai kaki? Ish, saya tak boleh ambil nih, Makcik. Mahal ni," dihulurkannya semula rantai kaki yang baru diterimanya itu.
"Mak. Bukan Makcik. Ambil saja lah. Ikhlas..."
"Tapi mahal ni, Makcik!"
"Mak..."
"Mak..." Faireen mula menggaru-garu kepala. "Lagipun inikan hari raya. Bukan Krismas. Kenapa nak bagi hadiah pulak ni?"
"Habis nak duit raya lah ni?"
"Ish, bukan lah macam tu," Faireen mula rasa janggal.
"Ya lah Mak. Kenapa nak bagi barang kemas semua ni?" Sampuk Syafiq yang semakin keliru dengan perlakuan ibunya itu.
"Kau orang berdua ni banyak betul soal. Ambil saja lah. Kan tadi Mak cakap tuah, inilah tuahnya…"
"Kira tuah ayam lah ni eh, Mak? Nampak di kaki?"
"Ya lah tu!"
Soalan Faireen itu disambut dengan gelak ketawa oleh semua.
Semenjak dari itu, hubungan Syafiq dan Faireen menjadi semakin akrab. Jika di awal pertemuan dulu, niatnya hanya sekadar untuk menjadikan wanita itu sebagai watak pendukung di dalam sebuah drama ciptaannya sendiri, kini sedikit demi sedikit rasa sayang mula timbul di dalam hatinya.
Tidak! Faireen hanya sekadar bahan untuk diujikaji. Jika hasilnya memuaskan, maka benarlah tuah sepertimana yang dikatakan Mak itu. Jika tidak, aku tak akan teragak-agak untuk membuangnya begitu saja.
Aaahhh… Syafiq keliru. Tergamak kah aku untuk membuang orang yang tak berdosa begitu saja?
Telefon bimbit kembali diambil. Butang nama ditekan kembali. Dia menyambung semula apa yang terhenti seketika tadi. Ebbie, Ed, Ehsan, Ejan, Eric, Es, Fadhil, Faisal...
jarinya terhenti di situ.
Faisal.
Direnungnya nama itu lama-lama. Butang call ditekan. "Hello, Faisal?" Ucapnya tidak lama kemudian.
alahhhh
BalasPadamsuka buat cerita camni
asyik kerat2 je =((
puteri sepi:
BalasPadamkalo nak buat sampoai abis... panjang plak lah jadiknyer dik oi....
adeila..org len baru nak start posa, shafiq da mlm 21..
BalasPadamhadoyai mana anak bulan dia tgk neh huahua...
aku baru hengat nak ekjas si shafiq tuh, taw2 gay lak..hmpeh..patot ar aku xde pakwe..
dahla kaum korg maken pupus, ada gak spesis cmnih..huuu truk ar aku wahaha
sll dilema pada lelaki cm shafiq ni cmni....isk isk isk...itulah tuhan dh kata benda yg melawan fitrah mesti akan huru hara...[sempena ramadan so komen berbau warak sikit)~selamat berpuasa!
BalasPadamheppie....
BalasPadamx leh la nak adjust.... cuba lagi yer usaha tangga kejayaan!!!
buyui;
hahaha..... sama2 la kita membantunyer....
Banyak lagi ka? tak sabar nak tunggu ending nih ..
BalasPadameHHHh demam dah baik ka?
AiLing