Khamis, 20 Ogos 2009

Bab 12. Cacing.

dialog antara pakar astronomi (aku, 31) dan ahli falak (eera, 7) 3 mlm sebelum ramadhan....

Aku: Eera buat apa kat luar malam2 nih? Masuk!
Eera: Eera nak tgk anak bintang.
Aku: Anak bintang?
Eera: A'ah. kan esok nak puasa....
Aku: (gelak besar) so esok puasa tak?
Eera: Tak. bintang belum beranak lagi.
Aku: ye ker. tuh yg banyak kat langit tuh...
Eera: tuh adik beradik dia, baby dia belum ada lagi. apalah, tuh pun tak tau ke?
raudhah: a ah... baby dia kecik jer yg putih-putih tuh kan?

* disahkan oleh ahli falak kedua - raudhah, 3 tahun.

Aku: oh, x perla. duduk la kat luar ni, ye. nanti kalo dia datang, ajak dia masuk... (ikut skrip mak jah ngan mariani dlm hantu raya).

pakar2 ahli falak terus berlari ketakutan.....








Bab 12. Cacing.



Mari kita bangun dan bersyukur ke atas apa yang telah kita pelajari hari ini, kerana walaupun ianya sedikit, sekurang-kurangnya kita telah mempelajari sesuatu. Dan jika kita tidak memperolehi sebarang pelajaran sekalipun, sekurang-kurangnya kita masih sihat. Dan walaupun kita jatuh sakit, kita masih lagi tetap bernyawa. Jadi marilah kita bersyukur ~ Gautama Siddharta, Buddha (563-483 B.C.)







Seperti yang dijanji, Bob menumpang kereta yang dipandu Nirina untuk ke hospital. Dalam perjalanan, wanita di sebelahnya itu lebih banyak mendiamkan diri. Sesekali apabila terjeling, kelihatan dia cuba mengesat airmatanya yang gugur.

Hatinya sibuk berkata-kata namun dia tidak mahu Bob tahu apa yang bersarang di dalam kepalanya waktu itu. Jiwanya semakin berserabut dan keliru dalam membuat pemilihan. Antara memilih Iqram, seorang lelaki tua yang sudah semakin dekat dengan ajalnya ataupun Borhan, seorang anak muda yang masih bekum cukup mengenal erti sebuah kehidupan.

"Ada sesiapa lagi budak office yang tahu selain kita?" Tiba-tiba dia bersuara.

Bob menggeleng, "saya tak ada beritahu sesiapa lagi kat pejabat tu. Saya rasa awak yang patut beritahu. Kan awak secretary dia?"

"Kan awak anak buah dia?" Jawab Nirina kembali dengan nada yang lebih serius.

Bob terdiam.

"Jadi mak awak datang KL?"

Kali ini Bob tersentak pula apabila nama ibunya disebut. Otaknya kembali berputar pada malam bersejarahnya bersama Nirina dahulu. Dia mula mencari-cari di mana kesilapan pada dirinya yang terlalu mudah untuk diperdaya supaya bermalam di rumah wanita pujaanya itu.

Fikirannya kosong. Segala-gala yang berlaku seakan-akan samar di dalam ingatan. Hatinya pernah tercuit untuk bertanya sebelum ini tetapi setiap kali diajukan soalan, Nirina cuma tersenyum manja. "Awak nakal, Bob. Biasalah orang lelaki…" Jawabnya mudah.



"Jadi ke mak awak datang KL?" Soalan yang sama diajukan sekali lagi.

"Entahlah. Kenapa?"

"Kalau jadi boleh lah saya jumpa dengan dia kan?"

"Ish, kenapa awak nak jumpa dengan dia pulak?"

"Salah ke baby dalam perut ni nak jumpa nenek dia, Bob?"

Bob terkesima. Basah tapak tangannya mengusap peluh yang mula keluar di dahi. "Saya memang nak kahwin dengan awak Nirina tapi saya nak kan keluarga yang halal."

Kereta yang dipandu laju tiba-tiba berhenti di bahu jalan. Merah padam wajah sugul Nirina mendengar jawapan yang baru keluar dari mulut Bob itu.

"Nirina, saya minta maaf..."

"Ni lagi seorang! Asyik nak minta maaf!"

"Lagi seorang?"

"Ya. Awak dengan lelaki lain sama saja! Masa buat tak fikir pula halal haram. Dah jadi macam ni senang je nak lepaskan tangan!"

"Rina, gugurkan kandungan tu. Saya janji saya akan pinang awak lepas semua ni selesai. Tolong saya, Rina. Saya tak nak kehilangan awak," Bob merayu lembut.

"Gugur? Eh, Borhan! Saya tak nak tambah dosa yang baru, tau!"

"Rina tolonglah saya, saya tak nak hubungan kita jadi begini..."

"Eeeehh... Minta tolong dengan tuhan la!" Nirina mendengus.

Enjin kereta kembali dinyalakan. Belumpun jauh kereta yang dipandu bergerak, dia memalingkan wajah ke arah Bob di sebelah. Dengan mata yang terjegil marah, dia memberi amaran, "Saya bagi awak masa satu minggu untuk berfikir masak-masak. Sama ada awak nak biarkan saya terboyot sorang-sorang usung anak yang tak berbapa ni, ataupun awak terima je dengan hati yang terbuka."

"Tapi ingat Bob, cacing yang menyorok dalam tanah pun orang boleh jumpa so kalau awak rasa awak tak nak bertanggungjawab, awak terima je lah akibatnya nanti!"

Bob menelan liur mendengarkan peringatan yang diberi itu. Satu minggu? Apa yang harus dilakukannya sekarang? Cukupkah wang simpanan yang ada untuk menampung perbelanjaan perkahwinan dalam masa satu minggu? Bagaimana kalau dibiarkan saja Nirina terkontang kanting sendirian. Biarkan saja dia selesaikan masalah itu sendiri.

Tapi aku tak tergamak untuk melakukan semua itu!! Satu minggu?!!

"Tapi ingat Bob, cacing yang menyorok dalam tanah pun orang boleh jumpa so kalau awak rasa awak tak nak bertanggungjawab, awak terima je lah akibatnya nanti!" Kata-kata Nirina tadi kembali terngiang-ngiang di fikiran.

Kalau aku jadi cacing, tentulah aku ni jadi umpan. Entah-entah perempuan ni nak mengumpan aku tak? Soalnya kembali di dalam hati.


*****






"Awak ni asyik nak komplen je. Makan pasta ni. Apa cacingnya pulak?" Leter Balqis bila Iqram merungut di depan makanan yang diberi oleh pihak hospital.

Macam-macam yang dirungutkannya. Katanya pasta yang diberi berasa tawar. Isinya pula agak keras bagaikan tidak berebus. Rupanya panjang-panjang tidak ubah seperti cacing pita dan sos krimnya tidak cukup untuk menetapi seleranya petang itu.

Kembang tekak Balqis apabila mendengarkan rungutan suaminya itu. Troli makanan di depan mata, ditolak ke tepi. Dia geli. Faireen dan Faisal baru saja bergerak keluar sekejap tadi. Faireen mahu pulang ke rumah, katanya. Penatnya menghabiskan masa di atas jalan dan udara berulang alik dari negara seberang masih lagi belum hilang.

Faisal pula mengikut saja bontot kakaknya itu. Katanya dia lebih rela untuk meluangkan masa dengan kakaknya itu daripada menatap wajah Ayah yang menanggung sakit.

"Assalamualaikum!" Tiba-tiba mereka berdua terkejut apabila disapa seseorang dari belakang.

Iqram cuba menegakkan badannya di kepala katil walaupun sendi-sendinya masih juga terasa sakit sedikit.

Balqis pula berdiri menghulurkan salam, "datang seorang?" Soalnya pada Bob yang baru ingin melangkah masuk.

"Tak lah. Ini Nirina," jawab Bob pula sambil memperkenalkan wanita itu yang berselindung di balik pintu.

Iqram yang tersenyum kelat tadi mula menampakkan wajah ceria.

Tetapi lain pula reaksi yang datang dari Balqis. Tiba-tiba saja darahnya naik apabila mendengar nama itu. "Nirina? Iqram baru je sebut nama tu tadi…"

Nirina membalas salam yang dihulur dengan lembut. "Saya secretary dia, Kak. Kat hospital pun you masih fikir tentang kerja ke boss?" Sindirnya.

Bob ketawa kecil.

Iqram makin berseri-seri.

"Peliknya dia suruh awak lap badan dia dengan kain basah. Kat office pun ada kerja lap-lap badan ke?" Tegas Balqis menjawab.

Nirina terkejut.

Bob terdiam.

Iqram terjegil mata.

Dan Balqis menjeling tajam. Entah kenapa hatinya meluat melihat perempuan cantik yang berdiri di depannya itu. Entah kenapa juga nalurinya waktu itu kuat menyatakan bahawa inilah sebenarnya punca suaminya jarang berada di rumah semenjak kebelakangan ini.

"Apa yang awak merepek ni, Balqis?" tegur Iqram dengan nada yang tersekat-sekat. "Saya sakit kat sini, awak fikir pulak yang bukan-bukan!"

"Baik fikir yang bukan-bukan sebelum terjadi apa-apa. Tak gitu, Bob?"

Bob tergaru-garu. Serba salah.

"Awak ni cuba buka sikit otak tu, Balqis. Orang datang dari jauh, itu yang awak balas?"

"Eh awak tu sakit. Yang banyak sangat suara ni, kenapa?"

"Makcik, pakcik" Bob memotong.

"Apa?!" kedua-duanya menjawab serentak.

"Sudahlah tu. Saya minta maaf kalau kedatangan saya ni tak diterima. Tak apalah, saya balik sekarang..." sampuk Nirina pula.

"Rina," Bob menahan perempuan itu dari terus berlalu pergi.

"It's OK, Bob. I'll see you in the office. Boss, you take care, ya! Assalamualaikum, Kak!"

"Waalaikumsalam. Tutup pintu tu, Bob!" Jawab Balqis lantas melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Awak ni memang dah nyanyuk agaknya. Awak boleh halau tetamu yang datang?"

"Bila masa saya halau? Kan dia yang nak balik sendiri?"

"Orang tu tak tahu apa-apa tiba-tiba kena sergah dengan awak. Awak ni suka malukan saya depan orang kan?"

"Awak jangan nak cari pasal dengan saya, bang! Saya ni dah tua. Awak tu pun dah ganyut. Ingat saya tak nampak cara awak pandang dia tadi?"

"Awak ni memang sengaja nak suruh saya mati agaknya. Sudah! Keluar! Saya tak nak tengok muka awak kat sini!" Iqram menengking sekuat hati. Jantung yang mula beransur baik tadi kembali terasa seperti dicucuk-cucuk. Dia bagaikan tercekik. "Ya Allah, Ya Allah,"

"Pakcik?" Bob mula bimbang lalu pantas keluar dari bilik untuk memanggil doktor.

Balqis mula berasa serba salah. "Abang, mengucap bang. Mengucap," sebutnya berkali-kali.



Sebaik doktor tiba, Balqis dan Bob dipinta untuk menunggu di luar. Masing-masing berdebar-debar menunggu keputusan. Bob terduduk di bangku kecil di tempat menunggu sementara matanya leka memerhatikan ibu saudaranya itu yang bermundar-mandir tidak keruan. Sekejap dia duduk. Tidak sampai seminit, dia berdiri pula.

Air matanya juga makin banyak yang tertumpah di pipi. Dia menyesal meninggikan suara kepada Iqram sebentar tadi. Dia tidak mahu menjadi isteri yang derhaka. Yang paling ditakutinya jika Iqram pergi dengan meninggalkan seorang isteri yang derhaka.

Akhirnya pintu bilik dibuka tidak lama kemudian. Doktor lelaki muda berbangsa Melayu yang merawat Iqram tadi melangkah keluar dengan lemah. "Doktor macamana dengan suami saya?" Soal Balqis tanpa terus menunggu.

"Dia tak apa-apa. Cuma makin lemah. Buat masa sekarang ni dia perlu lebih banyak berehat lagi. Saya nasihatkan awak balik saja ke rumah. Bagi dia bersendirian dalam sehari dua."

Sendirian? Balqis berkerut dahi. Perlahan-lahan dia mendapatkan suaminya yang terbaring lesu. "Abang..." Tegurnya.

Dalam nada yang sayu Iqram berkata, "awak pergi balik. Biar saya berehat seorang kat sini. Jangan ganggu saya."

Balqis akur. Air matanya semakin banyak yang mengalir. Bibirnya lembut mengucup dahi Iqram sebelum berlalu pergi. "Maaf kan saya, bang. Abang jaga diri baik-baik," pesannya.

Bob turut meminta diri juga. Apa yang terlintas difikirannya waktu itu ialah untuk menghubungi Nirina yang telahpun membawa diri sebentar tadi. Dia ingin meminta maaf atas kekasaran ibu saudaranya. Nombor telefon wanita itu didail sekali lagi namun setelah lama menunggu panggilannya masih juga tidak berjawab. Dia mula kematu.





Setengah jam kemudiannya, Iqram yang terbaring lemah tadi kembali mengangkatkan kepalanya. Dia menggagahi tubuhnya yang lemah itu untuk berjalan keluar terus ke meja penyambut tetamu.

"Boleh saya pakai telefon?" Pintanya pada jururawat yang bertugas di situ dan sebaik saja tangannya mencapai gagang telefon berwarna merah itu, dia mula mendail satu nombor.

"Hello, Rina. Maafkan isteri I. Dia tak sengaja nak marah-marah kan you…"

"I tak kisah, Iqram. Perempuan mana yang suka suaminya kena rampas kan? Lagipun dia bakal jadi madu I," jawab Nirina tenang.

"Madu?"

"Ya, madu. I bagi you masa satu minggu je, Iqram. Sama ada you yang nak datang sorang jumpa family I ke atau I yang nak bawa perut ni datang jumpa family you. You fikirlah sendiri, ya!" Jawabnya ringkas.

Iqram terdiam. Serentak itu juga jantungnya sakit semula.




ps: memandangkan aku sudah mempunyai tenet di rumah... perlukah aku meneruskan utk meng copy/paste citer pucuk aku nih???? atau aku biarkan saja ianya tergantung.....

5 ulasan: