Isnin, 16 November 2009

what-a-weekend.

gile penat aku hari nih. yg penting mata ngantuk but still nak post blog. tuh wajib cuz esok aku nak spend time ngan mak aku n Dato K plak nak guna usb broadband jadi makanya aku x kan dpt guna internet for almost a day jugak lah.







anyway, aku nak citer pasal kejadian hari minggu aku yg sungguh x dirancang nih terjadi.

memula aku plan nak gi ulu yam. nak mandi manda air terjun utk membasahkan tubuh sambil nyanyi lagu suriram ala2 latifah omar dlm citer Tun Fatimah (kot?) dulu2. tp memandangkan rakan pemandu yg katanya tertido sampai kul 5pm maka aku pun ajak Dato K ubah destinasi ke sogo.




sogo spt biasala. tiap2 hari ada sale. kalo xder sale, tuh bukan sogo namanya. tuh namenya, kedai jeans levis. ataupun kedai kak ara kat BB tuh.

so dlm tercarik2 brg tuh akhirnya aku pun sambar la langsir buat penutup tingkap kat master bedroom. brg lain yg aku nak mcm paintings ker, cermin ker, frames ker, aku xder beli cuz xder jual.

seriously, aku miss shopping kat wallmart or target masa kat US dulu. ckp jer apa yg aku nak, semua ada. kat sini, hampeh. brg sentiasa x cukup. or x der jual langsung. menci!





destinasi seterusnya, ke KLCC. x plan pun nak ke sana tp memandangkan banyak waktu terluang kitorg sudahnyer sanggup beratur panjang2 nak tgk movie. citer apa lagik. citer buhung 2012. sanggup nih walaupun dpt seat lane yg paling depan. ahaks!!

overall, aku rase citer nih menarik. teknik CGI n penceritaan kena dgn situasi yg digambarkan. part LA yg terbelah dua n dunia ditenggelami air tuh mmg betul mengikut facts dr scientist. tuh blom campur lg ttg hawaii yg dibanjiri dgn larva gunung berapi n dunia kehilangan semua kecuali part of benua afrika. masya allah.

tp yg aku x berapa setuju pasal airplane terbang melintasi dust yg timbul dr rekahan tanah or runtuhan bangunan. hmmm... c'mon guys, x kan ader flight yg bole lepas terbang ke mana2 kalo dunia dilitupi kabus tebal cam tuh. even dust dr gunung berapi pun bole buat flight terhempas. x tengok discovery channel ker?

and the big ship yg selamatkan semua orang...hmmmm... no komen la. bagus la kalo china betul2 bina ship tuh utk selamatkan manusia. hahaha. but again. utk manusia yg bertuah jer lah. yg kaya raya sahaja.

apa2pun, my personal view akan kata filem nih akan jadik filem yg dikenang sampai bile2. mcm filem titanic dulu. filem u jump, i jump tuh. ingat?





dah abis menonton, aku pun bergegas mentekdarah ke rasa sayang ngan si driver yg membuta sampai kul 5pm tadi. dah kenyang, sambung plak melalak kat karaoke superstar. hahah.

first time aku dtg sini. kat wangsa walk mall. konsep sama jer mcm karaoke Just K kat kepong cuma nampak classy sikit la dr karaoke jamban. lagu pun oke2 la. ada gak lagu2 baru yg xder kat redbox. satu jam pun rm18 jer. okelah tuh kan?

setelah dua jam lebih aku meraung kat dlm bilik karaoke tuh, kitorg finally decided nak balik umah jer. no more rayau2 lagi. masing2 dah kepenatan. contact lenses aku pun dah menjerit2 minta ditanggalkan dr anak mata aku yg dah merah kekuningan nih. sian ek jadik org buta nih?

hmmm.... tuh jer lah citer aku sepanjang hari minggu nih. panjang x citer entry aku kali nih? best x korang baca? best? bagus. nnt aku post lagi panjang biar kalah hikayat merong mahawangsa panjangnyer. hahahah.





okelah, mau tido sudah. nnt aku sambung lagi esok2 kalo aku ada citer baru. till then, talk later n ciao!

14 ulasan:

  1. mak aih..wekend sakan ah ne???apsal sume da tgk 2012..menci gak ah korg..huuuu

    BalasPadam
  2. wangsa walk?wei ak xsuka tempat tu....design dia fail ok....huhu

    BalasPadam
  3. alamak, dh lama tak 'karok' ataupun karaoke kat redbox.. hum.. silap membership pun dh expired.. huhuhu..

    missed sogo too... nak shopping jugak.. tapi nampaknye next month aje... KL, nantikan kedatanganku ok!! huh?? (ape kes??)

    BalasPadam
  4. chokio: gi ah tgk. xpun tunggu jer dvd cetak rompak kuar.

    bulan: teman tapi mesra. refer to this link: http://jejakaanggun.blogspot.com/2009/07/perihal-seorang-teman.html

    daya: xder lah sakan sgt. sikit jer sakannya.

    toilet: aku pun x tp saja nak try.

    aznee: apa lagi. marilah kita sesama memeriahkan majlis karoke.

    BalasPadam
  5. ko buat nafsu aku membuak2 utk tgk 2012 tuh

    BalasPadam
  6. serakah gak nafsu ko nih.... tahniah!

    BalasPadam
  7. yups
    film 2012 tu mungkin boleh dikenang mcam titanic...

    BalasPadam
  8. hahahaha! saya nak tanya satu soalan! siapakah dia gerangan dato' K yang dimaksudkan ni. ooo... nakal eh? =p

    BalasPadam
  9. hans: x sangka hans isaac baca blog jejaka anggun nih. yes. naseb baek u setuju. kalo x, mmg akan i pertikai kan komen u. hahaha.

    may: apa nakal2 nih? dato K itu adalah sejenis mamalia yg agak rapat dgn saya posisinye.

    BalasPadam
  10. erm....2012?kurang menarik kot sebab tajuknya terlalu besar dari ceritanya...entahlah kali ini tgk ceritanya seperti cerita biasa.

    BalasPadam
  11. aireel: xperla. lepas nih kite review filem new moon plak eh??

    BalasPadam
  12. 2012?..besh2! tp ending hampas..ada ke tahun 0001..hukhuk..

    BalasPadam