Jumaat, 20 November 2009
tapak kaki.
aku terbaca dua entry kawan2 blogger aku yg bercerita tentang tapak kaki dan syurga. sorang menyatakan bahawa syurga tu di bawah tapak kaki ibu. sorg lagi menguatkan fakta bahwa syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami. apehal masing2 nak tulis pasal syurga ni ek?
aper2pun, aku senyum bile baca entry syurga di bawah tapak kaki laki tuh.... ahaks!!
katanya, ada kenalan beliau yg telah diminta utk tidak bekerja oleh suaminya atas alasan isteri selayaknya duduk di rumah saja melayan suami sementara suami yg harus keluar mencari rezeki.
logik? masuk akal? oke. malas nak citer banyak. baca jer story di bawah dan renung2kan...
nih story dr mak aku sendiri.
mak aku nih wanita kampung yg ayu. berkahwin plak ngan ayah aku dari bandar. dah la ayah aku gorgeous, bekerja so adalah duit setiap masa. mak aku plak yg tetibe feeling2 wanita kampung melayu terakhir nih kununnye bangga la dpt laki camtuh.
dia x reti bawak keta. dia x reti bekerja. yg dia tau buat kuih, masak lauk, buat anak n cantekkan diri. unfortunate event tuh kan berlaku di mana2. so satu ari tuh ayahku dipanggil utk menghadap tuhan.
waktu tuh mak aku jadik kelam kabut. duit xder. keje satu pun x tau buat. harapkan jer lah EPF ayah aku yg x seberapa tuh menyara anak2. duit EPF dulu bukan cam skang. sikit benar pastuh abis. so caner dia nak besarkan anak2 dia?
barulah terhegeh2 nak carik keje. dah xder pengalaman org pun malas nak amik. so dia end up kerja kilang. sambil2 tuh jual plak kuih. petang2 amik plak upah jaga budak2. mcm2 kerja buruh lah yg dia kene buat semata2 nak sekolah kan kami adik beradik.
bila kakak aku kawin, tau apa pesanan ringkas dr dia?
ko dah kerja elok2, jgn nak berangan berhenti kerja lepas kahwin. duit laki kau tuh, duit dia. kita org perempuan, carik duit sendiri. esok kalo dia ninggal ker, dia ceraikan ko ker, dia sakit x leh kerja ker, mana ko nak korek duit? apa ko nak bagi anak2 kau makan? zaman skang lauk x leh cabut kat belakang umah atau cekau kat tengah laman. semua kene beli.
waktu tuh aku dengar, aku ketawa besar. setuju sangat. korang setuju x?
x setuju? lantak korang lah!!!!
pada mamalia di luar sana yg bercita2 nak duduk di rumah melayan laki semata2, aku nasihatkan buatlah solat hajat dr sekarang. mintak kat tuhan temukan jodoh korang nnt dgn donald trump ataupun sultanah bolkiah. insya allah, doa insan yg teraniaya nih selalu diperkenankan....
n pada lelaki yg bagi alasan, "alah, xper aku mampu. lgpun aku jeles bini aku tuh nanti terjumpe ngan org lain kalo time bekerja tuh. dah lah bini aku tuh cantik, anggun, simbol seks plak tuh.....
haaaaa....ini pesanan aku plak.
"yg korang gi kawin ngan pompuan gatal tuh kenapa????!!!!"
*bingai.
ps: walaupun tapak kaki laki tuh ada syurga, tapi yg biasanya aku dengar, bini lebih banyak diberi penerajang dari bau2an syurga itu sendiri. renung2kan dan selamat beramal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hehe..setuju sgt. walo pun tak wajib, tp demi masa depan..tak salah pompuan keje. baru je sy wat entry lebih kuang gini (kat mcm2 aznil pun pnah kuar).
BalasPadamfird sokong entry kamu nie...
BalasPadamhahah...fird pown tulis pasal syurga dibawah telapak kaki ibu nie dalam entry yg lepas2....huhuhu....
tapi bagi fird...syurga dibawah telapak kaki ibu atau syurga dibawah telapak kaki suami...
adalah merupakan simbolik...maksudnya kita kena hormat, kasih, taat dan mendapat restu dari mereka...
seorang anak akan digelar derhaka kalo melawan ibubapa...makanya redha ibu dan bapa akan terputus...makanya redha kita untuk jalan ke syurga akan sukar sebabnya ada hadith nabi menyebut tiga kali perkataan ummi dan kemudiannya ayah....makanya restu ibu itu penting...
begitu juga seorang suami...rasanya ikutlah zaman sekarang, ekonomi kita baru mula pulih...lagipun kos sara diri semakin tinggi, tak salah kalo membenarkan isteri bekerja untuk tambah pendapatan keluarga...tapi kalo dah kaya raya, tapi isteri nak bekerja, apasalahnya beri galakan...makanya diaorg ada duit sendiri...taklah mintak kat ko yang kaya tue kan....lagipun kalo berkelayakan dan berkebolehan buat apa simpan kan...gunakalah sebaiknya...
wah dah macam entry pulak..hhahha
haha btol2 aku nk keje..nnti wat borang perjanjian ar masa nk kawen hhaha
BalasPadamhehe..
BalasPadamsetuju jugak laa..
suka nota kaki tu..mendalam sungguh..
bang..senyum eh bace entri aku??aku gelak bace entri ko..siyes...
BalasPadamn gelak2 pon,tersentuh bace kesah mak ko..aku tatau mate aku berair sbb bace kesah mak ko or sbb gelak byk sgt..huuu
btw aku sokong 100% entri ko..memang btol..tapak kaki laki byk hinggap kat muke bini...ko jgn wat gtu bang kat bini ko nati..kang tapak kaki aku hinggap kat muke ko..
pjg gak kan komen aku??haha
Cenggitulah dugaan Allah untuk menaikkan martabat hambaNya. Alhamdulillah, mak u tabah dan sabar.
BalasPadamsekarang tanggungjawab you lah pulak JA menyenangkan mak you. jgn plak kang dah beristeri, mak di secondary kan. lelaki tak tukar tanggungjawab, cuma tambah saja .. tetaplah mak menjadi numero uno selagi ada hayat!. bukan cam ppuan .. bila dah kawin, semua perintah somi kena taat, kecuali kalo suami suruh buat mungkar.. banganglah pulak kalo taat juga!. dah gitu hukum Allah ..
AiLing.
hahahahahaha(nak gelak jer)
BalasPadamnota kecik: pompuan kena cari duit sendiri.. >>>>setujukkkk...
"aman skang lauk x leh cabut kat belakang umah atau cekau kat tengah laman. semua kene beli."
BalasPadamsape kata x leh cabut belakang rumah atau cekau kat tengah laman.....ehehheheh...
aku suka bangat entry kamu....ketawa besar!
1. salam takziah walaupun dah ketinggalan zaman.
2. emaknya pompuan melayu terakhir anaknya teruna melayu terakhir...akhs..ahah
psl citer tu..erm...semuanya kena ada sifat tolak ansur,berbincang dan saling memahami.Selalulah berpandukan pada alquran dan ajaran islam mudah2han rumahtangga bahagia
amin
lyn: dah lama x tgk mcm2 aznil. dancer kat atas stage tuh menyeramkan....
BalasPadamfird: panjang sungguh. leh copy paste buat entry nih. hehehe. thx for the comment anyway.
heppie: yer. mat saleh kawan ada prenups. org melayu pun kene la buat camtuh supaya kebajikan isteri terpelihara.
green: nota kaki tuh x dlm sangat. ada lagi yg dalam.
chokio: aku pun sedih baca entry nih balik. sian kat mak aku kan? ko nak jadik camtuh?
liling: tetibe ai tunduk baca komen u. syahdu siot.
jed: keje dah siap? FB jer memanjang. ahaks!
aireel: lauk apa yg bole cabut belakang umah, beb? lauk tempe goreng berlada ngan ikan bilis bole?
dua2 pun betol... syuga di bwh tapak kaki suami bagi perempuan yg dh bersuami dan syurga di bawah tapak ibu khusus untuk lelaki sebenarnye.. timbal baik untuk lelaki dan perempuan...
BalasPadamkalo belum kawen, dengo la ckp mak.. sbb Tuhan tue Dia turunkan wahyu melalui naluri seorang ibu... jadi, kalo dia xstuju tue, mesti ada sebabnye.. mesti ada hikmahnye..
tapi kalo dh kawen, mmgla isteri kena ikot ckp suami.. tapi jika x langgar hukum hakam Islam.. soal keje, lg bagus keje sbb pegang duit sendiri.. make sure ade duit, ada kete, ada umah, ada simpanan duit serta insurans.. if jadi ape2 sape yg susah????
betul tuh cik nee....
BalasPadamkalo slalu sgt harap duit laki susah jugak... nnt laki terasa yg bini dia suke perabihkan duit jer....
sokong ah...pempuan as a wife kena survive jgn terlampau bergantung ngn husband..flow future life takda sapa tahu..
BalasPadamnice entry..hehe
tapak kaki ijau tapak kaki toyol!!!!!!!!!!!!
BalasPadamhihihi........
Syiqa stuju ngn pendpt ur mom tu. sgt bernas. pesanan dari seorg wanita utk wanita @ "anak perempuan" yg lain. huhuhu..
BalasPadamjgn berhenti keje walaupun laki suruh. pujuk la dia balik,kan? sbbnya, esok2 kalau dia yg jumpa perempuan lain, gatal plak nk kawen ngn pompuan tu, sahih yg bini tua kne abai,kan? so, perempuan ada jugak back up nnt..
kebnykn lelaki mmg agak hampeh ckit skrg nih. kebnykn. tak semua. ok?
*jgn la aku kena sambar petir* hahaha
my umi pon selalu pesan nanti kalo dh kawen jgn berhenti keja, carik duit sendiri...kalo jd apa2 at least kita leh tanggung diri sendiri dan juga anak2...
BalasPadampesanan sama dgn ur mom...
dan skrg, my umi ada kereta sendiri, rumah sendiri...
walopon mcm tu.. si lelaki jgn amik kesempatan xbg nafkah plak dgn alasan si isteri ni dh mampu serba-serbi...
sarah: bagus. bagus.
BalasPadamain: ye ker. bukan ceplos?
puteri: betul tuh setuju. org lelaki mmg camtuh. dasar jantan dayus!
gadis kg: a ah betol tuh. org laki skang suka cari pompuan kaya. senang sket idup... ahaks!!
hey..that's kinda true laa..
BalasPadami was tinking nk dok umah jge ank2 and my family je jga one day. tak terlintas pula bab2 ni.hmm..
thx again~
mefree: jangan!!!!
BalasPadamhttp://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
BalasPadamSalam dari kami walau pun lambat...
sebenarnya itulah keistimewaaan wanita syurga bawah tak kaki ibu....
tapi syurga isteri di bawah tapak kaki suami... adilkan....
yup kita sekarang ni syukur kerana taak sesusah mak ayah... aku juga beruntung dapat ibu yang amat rajin cari duit lebih untuk sara kami sekeluarga...
apepun bagi aku tak salah wanita berkerja dan bekerjaya.....
"Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
"Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
tanak la...aku nak keje..tajuk entri tu tade kene mengene ngan pendirian aku..huhu
BalasPadamsetuju sgt!tu hanya kes suami meninggal..kes suami carik pompuan lain...pastu kena cerai..pon ade gak....renung2kan..
BalasPadamafzai: panjang siot komen nih. tahniah.
BalasPadamchokio: bagus. keje jgn x keje.
buyui: yer. dan selamat beramal.
saya SETUJU!! :)
BalasPadam*tiba-tiba je :D*