
aku terbaca dua entry kawan2 blogger aku yg bercerita tentang tapak kaki dan syurga. sorang menyatakan bahawa syurga tu di bawah tapak kaki ibu. sorg lagi menguatkan fakta bahwa syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami. apehal masing2 nak tulis pasal syurga ni ek?
aper2pun, aku senyum bile baca entry syurga di bawah tapak kaki laki tuh.... ahaks!!
katanya, ada kenalan beliau yg telah diminta utk tidak bekerja oleh suaminya atas alasan isteri selayaknya duduk di rumah saja melayan suami sementara suami yg harus keluar mencari rezeki.
logik? masuk akal? oke. malas nak citer banyak. baca jer story di bawah dan renung2kan...

nih story dr mak aku sendiri.
mak aku nih wanita kampung yg ayu. berkahwin plak ngan ayah aku dari bandar. dah la ayah aku gorgeous, bekerja so adalah duit setiap masa. mak aku plak yg tetibe feeling2 wanita kampung melayu terakhir nih kununnye bangga la dpt laki camtuh.
dia x reti bawak keta. dia x reti bekerja. yg dia tau buat kuih, masak lauk, buat anak n cantekkan diri. unfortunate event tuh kan berlaku di mana2. so satu ari tuh ayahku dipanggil utk menghadap tuhan.
waktu tuh mak aku jadik kelam kabut. duit xder. keje satu pun x tau buat. harapkan jer lah EPF ayah aku yg x seberapa tuh menyara anak2. duit EPF dulu bukan cam skang. sikit benar pastuh abis. so caner dia nak besarkan anak2 dia?
barulah terhegeh2 nak carik keje. dah xder pengalaman org pun malas nak amik. so dia end up kerja kilang. sambil2 tuh jual plak kuih. petang2 amik plak upah jaga budak2. mcm2 kerja buruh lah yg dia kene buat semata2 nak sekolah kan kami adik beradik.

bila kakak aku kawin, tau apa pesanan ringkas dr dia?
ko dah kerja elok2, jgn nak berangan berhenti kerja lepas kahwin. duit laki kau tuh, duit dia. kita org perempuan, carik duit sendiri. esok kalo dia ninggal ker, dia ceraikan ko ker, dia sakit x leh kerja ker, mana ko nak korek duit? apa ko nak bagi anak2 kau makan? zaman skang lauk x leh cabut kat belakang umah atau cekau kat tengah laman. semua kene beli.
waktu tuh aku dengar, aku ketawa besar. setuju sangat. korang setuju x?
x setuju? lantak korang lah!!!!

pada mamalia di luar sana yg bercita2 nak duduk di rumah melayan laki semata2, aku nasihatkan buatlah solat hajat dr sekarang. mintak kat tuhan temukan jodoh korang nnt dgn donald trump ataupun sultanah bolkiah. insya allah, doa insan yg teraniaya nih selalu diperkenankan....
n pada lelaki yg bagi alasan, "alah, xper aku mampu. lgpun aku jeles bini aku tuh nanti terjumpe ngan org lain kalo time bekerja tuh. dah lah bini aku tuh cantik, anggun, simbol seks plak tuh.....
haaaaa....ini pesanan aku plak.
"yg korang gi kawin ngan pompuan gatal tuh kenapa????!!!!"
*bingai.
ps: walaupun tapak kaki laki tuh ada syurga, tapi yg biasanya aku dengar, bini lebih banyak diberi penerajang dari bau2an syurga itu sendiri. renung2kan dan selamat beramal.