Jumaat, 26 Jun 2009

jacko wacko sudah tiada...


baru jer aku baca dlm blog sorg artis nih, (zed zaidi kot?) katanya dramatis Syukeri Hashim meninggal dunia. katanya sebab sakit jantung. terkejut sikit lah sebab aku slalu gak tengok dia nih berlakon. suka jadi watak dato atau org tua gatal...


pastuh semalam, teman aku di MSN news bagitahu yg bintang sexy charlie angels thn 70an dulu, si farrah Fawcett plak meninggal dunia sebab penyakit kanser colon yg kronik. kat TV dah berbulan2 gak kuar citer dia sakit n dapatkan rawatan di Germany. akhirnye, dia pergi jugak.


pagi tadi, satu dunia dikejutkan dengan berita raja pop dunia, Michael Jackson juga sudah tiada. sebab kematian - cardiac arrest. kata pihak Los Angeles Fire Department paramedics, mereka menerima aduan dr rumahnya pukul 12:30 p.m. mengatakan dia mengalami sesak nafas. setelah bantuan CPR gagal, mendiang terus dikejarkan ke hospital namun doktor masih juga tidak dapat menyelamatkannya.



mendiang meninggal dunia dua jam kemudian di UCLA Medical Center in Los Angeles di usia 50 tahun meninggalkan 3 cahayamata, Prince, Paris n Blanket. lihat saja pics di bawah. kalo aku jadik anak2 dia, sure aku pun hidup tertekan.






semasa hidupnya mendiang x serik2 diburu paparazi n dilanda kontroversi. konsert comeback yg dikhabarkan bakal berlangung di London (yg dah beberapa kali ditunda tuh) akhirnya telah confirm dibatalkan. so pada sesiapa yg dah beli tiket tuh cepat2 lah claim. x pun, korang mintak jer mamat india Michael yg cube2 nak masuk Malaysian Idol 1 dulu tuh utk perform. aku sure dia mesti sedih tahap gaban sekarang ni....

*daripada dia kita datang... kepada dia juga kita pergi...

ps: jejaka anggun expresses deep sadness and sorrow at the unexpected passing and extends wishes of sympathy and condolences to all of Michael's family, friends and fans around the world. may he rest in peace.



9 ulasan:

  1. "people come, people go,
    people come and come some more..."
    Roket by Yuna

    BalasPadam
  2. aznee....

    dah xder lagi citer2 n wajah2 pelik dia.

    BalasPadam
  3. act, dia dikebumi cara islam ker yek??
    nak tau jugak...??

    BalasPadam
  4. i dont think so....

    dia join nation islam yg tidak diketahui kesahihan islamnya....

    BalasPadam
  5. aku tak penah minat MJ, tp bila dier m'nggl smlm br lah tbuka ati sibuk cari lagu dier dkt itnet nak dgr hahahahahahah

    BalasPadam
  6. hahah... MJ semua org kenal. sampai kiamat pun org akan kenal dia....

    BalasPadam
  7. mendiang ke allahyarham ? confuse

    BalasPadam
  8. Allahyarham Mikael Jackson Bin Abdullah. :)

    BalasPadam