Tajuk: SAYA ANAK MALAYSIA
Masa aku kecil dahulu, aku dibesarkan di satu kawasan kampung. Hidup sebagai anak penoreh waktu itu boleh dikatakan hanyalah sekadar kais pagi. Ayah sudah hampir setengah tahun tiada di sisi keluarga. Bila aku tanya Mak ke mana dia pergi, jawapannya ringkas.
"Ayah naik kapal terbang. Pergi jauh-jauh!"
Sejak dari itu aku mula menanam niat. Aku pun ingin naik kapal terbang seperti Ayah. Asal lalu saja kapal terbang di atas kepala, aku sorak gembira kerana aku bangga Ayah aku ada bersama dengan orang lain waktu itu.
Mak menangis. Kadang-kadang dia sorokkan tangisannya itu dengan senyuman lembut. Bila aku tanya kenapa dia menangis, jawapan yang sama juga diberi.
"Mak sedih tengok citer Oshin ni…"
"Mak, nanti Shaz dah besar, Shaz nak naik kapal terbang macam Ayah, eh?" Soal aku pula.
Dia tergamam, "Jangan nak mengada-ngada. Naik kapal terbang, nanti tak balik-balik. Dah! Gi mandi! Sembahyang!"
Aku terkedu tiba-tiba apabila Mak mula meninggikan suara sebegitu. Seperti anak kecil yang lain, makin ditegah makin sifat ingin tahu itu terus melekat dalam diri. Aku janji. Habis sekolah, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan merantau jauh-jauh ke negara orang.
Masuk sekolah rendah, kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Aku berkawan baik dengan Lim, anak doktor berketurunan cina. Dia bijak dan baik. Dia ajar aku bahasa Inggeris seperti mana aku ajar dia bahasa Melayu. Dia ajar aku Matematik, seperti mana aku ajar dia macamana nak main tikam 50 sen sebab selain BM, aku memang tak pandai belajar.
Hobi Lim baca kamus. Aku teruja tengok setiap kali ada masa terluang, dia akan duduk baca kamus sambil buka buku buat rujukan. Aku waktu itu sibuk dengan main SOS ataupun Hangman dengan budak-budak yang pilih jalan gelap yang lain.
Selepas UPSR, Lim dan aku masuk ke sekolah menengah yang sama. Tetapi kami ditempatkan di kelas yang berlainan. Waktu itu keadaan sudah jauh berbeza. Jika dulu, dia dan aku sama-sama duduk di bawah pokok menunggu bas sekolah ataupun makan bersama di kantin, kini masing-masing telahpun membuat haluan sendiri. Aku perhati, anak Melayu seperti aku lebih senang untuk bersama pelajar Melayu manakala kaum yang lain lebih mudah untuk bersekutu dengan kaum mereka sendiri.
Waktu itu, aku mula terfikir. Apakah faktor budaya dan bahasa sudah semakin menjauhkan kami?
Tamat tingkatan 5, aku terus bekerja. Di sana, aku terjumpa lagi besar lingkungan manusia yang pelbagai ragam. Aku mula kenal pada Kak Nab yang lebih suka duduk di meja kerani hingga bertahun lamanya, Abang Ramu yang lebih senang menggunakan kekuatan kipas yang ada untuk berjaya menaik taraf hidup, dan tak lupa juga pada Mr. Tan, yang bermotto kan hidup dan matiku hanyalah di pejabat ini.
Aku baik dengan semua kerana aku kira hidup akan lebih berwarna jika kita bersosial dengan manusia yang pelbagai ini. Jika di sekolah menengah dulu, rakan karib aku cuma satu bangsa, di sini, aku kembali rapat dengan rakan dari bangsa dan agama yang lain. Aku ada Lourdes, perempuan serani yang hanya ke gereja setiap Ahad semata-mata kerana hendak menunjukkan baju dan kasut yang baru, aku juga baik dengan Brett, kasanova yang pernah meniduri semua wanita yang ada di pejabat, Halim yang memang alim orangnya, dan juga Ranjeet, satu-satunya manusia dalam dunia ni yang menggunakan tangan kiri untuk menyuap makanan.
Kemudian, aku bertukar kerja sebagai penulis sambilan di syarikat yang baru. Kerja sambilan memberikan aku peluang untuk menguruskan masa dan lokasi kerja aku sendiri. Maka aku memilih untuk menggunakan peluang yang ada itu dengan bekerja sambil bercuti di negara lain.
Destinasi aku yang pertama ialah Melbourne, Australia. Kemudian, tahun berganti tahun, aku luaskan langkah ke negara lain. Ke Amerika, ke Eropah, ke Egypt, ke negara-negara Asia, dan akhirnya aku kembali ke Australia dan mengambil keputusan untuk bermastautin di sini.
Aku tinggalkan Mak, aku lupakan tanahair seketika, dan yang paling penting, aku kotakan niat aku untuk naik kapal terbang untuk pergi jauh-jauh.
Rindu? Ya, aku rindu. Aku anak Malaysia. aku rindu dengan teh tarik. Teh tarik dalam paket yang aku beli di kedai runcit tak sama dengan teh tarik yang panas berasap di kedai mamak tepi jalan. Roti canai yang cuma kurang dari seringgit sekeping di KL dulu kini aku bayar hampir RM5 harganya, dan nasi lemak, aku kira tiada yang dapat menandingi kehebatannya di Kg. Baru.
KLCC. Satu-satunya bangunan yang aku rindu di KL itu. Segah manapun Eifel Tower menyinar di Kota Paris, atau rekahan-rekahan batu Coloseum di Rome itu, belum dapat menandingi Twin Tower yang tersergam berdiri di dalam hatiku ini.
Dan Mak, walaupun aku kini mempunyai keluarga baru di US, sayang mereka tak sama dengan sayang yang Mak beri sejak aku kecil lagi. Susah payah dia membesarkan aku dulu aku kira sampai ke mati tak akan dapat aku lupakan.
Akhir sekali Malaysia, cuma satu saja yang aku tidak rindu. Politik di dalam negara. Kalau di sekolah dulu, aku percaya dengan apa saja yang disogokkan di dalam berita, kini semakin jauh aku berjalan, aku sudah semakin bijak untuk menilai. Maaf. Terus terang aku akui, pentadbiran negara masih lagi kucar kacir, 2020 sudah semakin hampir tetapi wawasannya entah hilang ke mana. Dan satu Malaysia seperti yang dicanangkan kerajaan dahulu, pada aku sama seperti canangan yang lain. Hanya sekadar hiruk pikuk yang kosong.
Kata Mak aku dulu, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri."
Aku jawab, "emas dengan batu mana yang boleh kayakan kita, Mak?"
Mak terdiam.
Aku tersenyum.
d best entry ever dude!!!
BalasPadamlike seriously!!!
antara emas dan batu, walaupun batu menyakitkan... namun... err. haha
once again, well done! nice entry
thanx Karl.... appreciate it....
BalasPadamcerita tentang diri sendiri itu lebih ikhlas dan jujur.
bes gle....
BalasPadam:) nice bro...
tersentuh sangat2.
wow.
BalasPadamhey..ade jga ur pengalaman yg membuka sedikit my pandangan tentang kehidupan.
kiranya ur mum keseorangan kat malaysia ke?
BalasPadamnape tak bawak dia sekali...?
joll;
BalasPadamkite bukan muhrim,
batal air semayang kalo tersentuh... hik hik
meffree;
kehidupan itu sesuatu yg kompleks. pandang dgn dua belah mata belom tentu boleh nampak semua.
qishie;
mum kat KL ngan siblings n cucu yg lain. dia x kan keseorangan...
=) thx.
BalasPadamhidup lagi sweater hijo ko eh?
BalasPadamp/s: caiyok..caiyok shaz where ever u are..
jed;
BalasPadamsweater tuh dah lama berkubur!!!
tau tak i 3 kali baca entry ni....best entry la...good job!
BalasPadambuyui,
BalasPadamthanx!
tuh baru sikit....