tajuk: dapat RM300 - ke manakah hala tujunya?
aku suka kanak-kanak. aku kira semua kanak-kanak itu adalah satu makhluk yg jujur, suci, dan seni ciptaan tuhan. kanak-kanak istimewa yg dilahirkan dengan sifat dan kelebihan yang tiada pada kanak2 normal yang lain pula bagi aku adalah satu anugerah yang pastinya ada hikmah dan azimat yg tersendiri.
baru2 nih aku terbaca satu entry dlm blog favorite aku - Niamah!!! (klik here) tentang seorang reader blog yg bernama Mr. Yong (klik here) yg memerlukan bantuan demi meneruskan sumbangan amalnya untuk menubuhkan pusat baru bagi kanak2 yg menghidapi penyakit autisme nih.
Mr. Yong mempunyai 2 org anak yg autistik. menurut beliau, pusat autistik yg diuruskannya dahulu dijalankan secara percuma especially kpd keluarga yg tidak berkemampuan. mungkin kerana itu dia tidak mendapat pulangan dr segi wang ringgit yg cukup untuk meneruskan niat murninya itu. hasilnya, hujung bulan lepas dia telah diberi tempoh sehingga 14 Jun sebelum diarahkan untuk ditamatkan perkhidmatan. memandangkan hari ni hari terakhir tempoh yg diberi, aku kurang pasti dengan apa kesudahan kisah tragis nih.
timbul persoalan di dalam diri. dimanakah badan2 kebajikan kerajaan yang sepatutnya dapat menghulurkan bantuan? apakah kerana jumlah kewujudan anak2 istimewa spt ini yg dikatakan kecil untuk dibandingkan dgn penyakit "popular" kanak2 yg lain, maka mereka dilupakan begitu saja? sedarkah kita bahawa sesuatu yg kecil itu akan menjadi besar apabila tidak dibendung sedari awal?
aku tidak punyai wang untuk membantu. jika diberi RM300 ini mungkin ianya akan dapat diagihkan kepada pusat seumpama ini. aku akui, jumlahnya mungkin agak kecil tetapi ianya sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli makanan atau mainan ataupun alat tulis/lukis untuk digunakan bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak sebegini.
mungkin juga hasrat aku untuk membantu Mr. Yong sudah terlambat memandangkan tarikh akhir yg diberi kepada beliau ialah hari ini tetapi itu tidak bereeri kita harus berhenti membantu. siapa tahu mungkin beliau dapat menggunakan wang yg dihulur bagi membuka pusat yang baru dan seterusnya membantu keluarga2 lain yg juga mengalami nasib yang sama.
renung2kan dan selamat beramal....
2 fakta tentang autisme:
1. Autisme bukan down syndrome. ia ialah gangguan perkembangan minda dlm interaksi sosial dan komunikasi kanak-kanak dan hanya tertumpu kepada pelakuan yg berulang spt menggerak2kan tubuh atau menyusun sesuatu di satu tempat yg sama ataupun mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.
2. kanak2 lelaki dikatakan mempunyai peluang 4 kali ganda untuk menghidapi penyakit ini berbanding kanak2 perempuan.
cm cliche kan?
BalasPadamhuhu
kiddin'
all d best dlm cabaran yoyooh squad nih! hanya org2 yg rajin je leh join!
apa yg cliche nyer karl?
BalasPadamhuhu.if i got lotsa money.i want to make a place for a all down syndrome.
BalasPadamhelp all those ppl.. and that also because, my sister is a down syndrome. =)
i wish i can help u giving some money for these special kids..but i pn tade duit nie..huhu..
but hey,gdluck!!
tgk muka Mr Yong ni teringat plak dulu ade satu citer Korea pasal pak cik ni miskin tp still nak bela kanak2 yatim...rmi plak tu...tp tu ceritalah...in realiti kisah mcm Mr Yong ni patutlah dibantu demi kehidupan insan tanpa mengira keturunan...bley?
BalasPadammefree;
BalasPadamno worries. maybe sapa2 yg baca blog nih terbuka ati ingin membantu.
buyui;
betul tuh. keturunan ke bangsa ke agama ke kan kita semua manusia. mr. yong nih bantu kanak2 autistik bangsa lain jugak. 20 org kesemuanya.
xsangka ade org prihatin ttg kanak2 autisme ni.. i igt kami para guru sahaja yg lebih tertarik.. mcm terharu jugak dgn kata2 u itu..
BalasPadamhem.. susah nk kata ttg mereka nih.. mereka ni ade dunia mereka sendiri.. imaginasi mereka sendiri.. ada yg bijak.. ada yg plus wif hiper active.. so, more complicated...
yup.. lelaki lebih cenderung utk dpt autisme.. mostly, mereka juga ada masalah penghadaman.. ada kajian kata, faktor ibu mengandung jugak boleh risiko baby dpt autisme..
hem.. simpang malaikat 44..tapi dorg ni mmg susah nk trace sbb nmpk normal.. doa2la anak2 kita terkecuali.. tapi kalo itu kehendakNya.. kita kena tabahla.. walaupun perit sebenarnya utk terima hakikat..
panjangnye komen.... mcm entry!!! hahah. tahniah.
BalasPadamgitula nampaknyer cik aznee. kita kenela prihatin kat semua kejadian tuhan.
Amount penting, tapi adalah lebih penting keikhlasan pemberi dan penerima tu! insyaALlah akan diCUKUPkan Nya ..
BalasPadambetul tuh dingdong!!!
BalasPadamjejaka anggun.