*plus, aku memang suka story pasal witches witches ni…. Hahah!!!
Sebelum tu, aku nak beritahu kepada reader semua, bentuk penulisan aku kali ini berbau serius dan anda seakan-akan seperti membaca buku ataupun Wikipedia ketika membaca entry ini. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada pengkritik di luar sana bahawa, selain menulis dengan cara yang bersahaja, aku juga mampu untuk menulis artikel dengan nada serius. Diminta, reader di luar sana yang ingin mendapatkan mood, sila baca dengan nada yang sama seperti pembaca berita, ya!!! Harap maklum.
Wicca dianut oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai witchcraft, iaitu ahli sihir. Tujuan mereka mewujudkan agama ini ialah semata-mata untuk mengelakkan segala tanggapan negatif yang diberikan oleh masyarakat kepada ajaran mereka. Wicca juga dipercayai sebuah agama yang menyanjung alam semesta dan setiap kejadian atau kehidupan di dalam alam itu sendiri adalah suci. Di samping itu, penganut Wicca juga mempercayai kewujudan sepasang tuhan (deity) yang dikatakan telah saling bekerjasama untuk mencipta alam semesta ini.
Tiada ilmu hitam atau putih di dalam ajaran Wicca kerana mereka menghormati roh alam (human nature) itu sendiri iaitu roh yang dikatakan tidak langsung mempunyai elemen positif ataupun negatif. Bacaan mentera (spells) yang digunakan oleh penganut ajaran ini pula adalah sama seperti ritual atau sembahyang yang bertujuan untuk meminta pertolongan atau mencari sesuatu di dalam hidup. Setiap bacaan itu hendaklah berteraskan amalan Wiccan Rede iaitu amalan yang mengharamkan penggunaannya untuk memanipulasi, mendominasi, atau mengambil kesempatan ke atas orang lain. Setiap bacaan itu juga berbeza mengikut personaliti pengikut Wicca tersebut.
Sama seperti agama lain, mereka juga mempunyai sebuah kitab suci yang diberi nama A Good Book of Shadows di mana di dalamnya tertulis petunjuk, bacaan, dan ritual yang perlu diikut atau digunakan. Maksud mistik yang terkandung disebaliknya juga dipercayai dapat membantu penganut ajaran ini dalam melalui kehidupan mereka berlandaskan agama yang mereka anuti.
Undang-undang Witchcraft yang diberi nama Threefold Law pula dipercayai digunakan ke atas ahli sihir yang telah menyalahgunakan kuasa mereka. Seperti karma, undang-undang ini menekankan bahawa setiap perlakuan yang dibuat itu akan dibalas kembali kepada si pelaku sama ada dengan cara baik ataupun tidak.
So itulah serba sedikit entry aku tentang kerohanian dan kepercayaan masyarakat Eropah kuno dahulu. sehingga kini aku masih percaya bahawa ajaran Wicca ataupun Pagan ini masih lagi diikuti oleh sesetengah pihak yang mempercayai terhadap kewujudan ilmu mistik dan mandrem mandrem nih. di Malaysia ni pun ramai juga bomoh khurafat ataupun Mak Esah 12 yang kita dengar cuma nama jer saja yang berbeza, kan?
Esok lusa, aku tulis pasal agama kerajaan langit pulak eh….
kalo aku tere bab ni leh gak aku nyampuk..
BalasPadamp/s: baca je la untuk pengetahuan..
errrr....expectooo petrooooooooooooooonummmmmmmm !!!!!!!!
BalasPadameh...tak leh gak ??
adabab.....cadabab !!!!!
ehhh tak leh gak ??
errmmmmm
capipotttttttttt capituuuuuuuuuttttttttt
hah baru buleh !!!!
jed;
BalasPadamnih utk sebagai bahan bacaan ringan saja.
cik me;
salah spell tuh. cube lagi yg lain!
tetiba teringat citer CHARMED..ke u tulis pasal ni sempena harry potter ke?
BalasPadamsudah semestinya pasal harry potter!!!!!!!
BalasPadamagak dh.....i pon sudah kumpol bala tentera nak menyaksikan harry potter...
BalasPadam*plus, aku memang suka story pasal witches witches ni…. Hahah!!!
BalasPadamkita sama la beb..
aku pon sgt suka citer² pasal witch ni..
contoh yg sgt aku folo, sabrina the teenage witch, charmed, the witches, the covenant and byk lg la.. kalu ada je pasal magic, sihir, witch baik lawan witch jahat.. mmg aku agak teruja.. hehhe
yer adam,
BalasPadami dream of jenie yg paling cute skali. tuh blom lagik the craft, witch of eastwick, harry potter, lords of the ring, etc etc etc.....