Isnin, 29 Jun 2009

kerja...

aku x siap keje mlm nih. siang tadi aku busy carik rumah kat KL disamping leka bermain FB. sudahnye bile tibe malam, malas plak aku nak sambung keje yg tertangguh kan? biasalah, org melayu... ehem! ehem! macam aku... mmg pemalas!!!!

so memandangkan aku dah nak balik KL, aku pun bukak lah expatriates.com. niatnye nak carik keje sbg writer ker columnist ker tapi tetibe aku terjumpa 4 ads kat bawah nih yg aku kire ditampal dgn beraninya oleh manusia2 yg berada di malaysia. haha.

dan memandangkan juge yg aku nih seorg manusia yg berniat baik, aku nak lah menolong mereka2 nih semua dgn meletakkan semule ad diorg tuh secara free dlm blog aku nih. jadik kalo rasa2 ada sesiapa yg berkenan nak membantu tuh... sila2 lah contact diorang...




From: boypower_75@yahoo.com

Date: Saturday, May 30, 2009

Category:

Region: (Shah Alam,PJ)

Description: i am male 33yr....good looking
can give good services for any job.....
for pleasure..cll me 0172934640...only ladies

*key point - for pleasure yer...


From: umair.junior.ent@gmail.com

Date: Tuesday, June 02, 2009

Category:

Region:

Description:
Hi, I am looking for 20-28 yr old girls need extra cash around RM1000.00-RM3000.00 a night depending on your looks. Should you require financial assistance please send your photo and details to umair.junior.ent@gmail.com

*depending on look? haha!!




From: pertz_85@hotmail.com

Date: Thursday, April 30, 2009

Category:

Region: (Kuala Lumpur, Shah A)

Description: Hi my name is boy, 24yo, happy-go-lucky, a good listener, a perfect person for companianship, we can have a lot of fun togather indoor and outdoor.

A little bit about me:

-Malay(fresh, clean-chaven facial, brown eye color, dark hair)
-Educated, Bubbly, easy going person
-Stats, height:168cm weight: 57kg
-english, malay

further information or services contact me via email

pertz_85@hotmail.com

warmest kiss, boy

*bubbly??? ke flammy? klaka la y'all!!




From: Click here to reply to [anonymous]@hotmail.co.uk

Date: Saturday, May 02, 2009

Category:

Region: (KL & Selangor)

Description: A Malaysian Chinese guy who lives outside Malaysia, looking for a girl for several days of company in a beautiful beach resort in May 09. I am 32, tall, good-looking, well-educated and jovial in personality.

She must be between 18 to 29, has a good figure and pleasant-looking. Must be discreet with no string attached. Generous allowance for qualifying female, especially student, nurse etc. Write to introduce yourself ok.

* richard gere ngan julia robert ke apa nih?



ngeheheehehehe.. so caner? ada yg berkenan? actually ada banyak lagi tapi cukup2 la aku bagi peluang kat 4 ekor nih dulu!





ps: jejaka anggun will be in KL by end of july. ada sesapa tahu rumah yg kosong n keje yg kosong jugek?

Sabtu, 27 Jun 2009

world's youngest smoker

dalam satu dunia sibuk membenteras amalan merokok timbul plak satu berita di Fox News tentang sorang kanak2 berusia 2 thn di Tianjin, China yg dikatakan ketagih dengan gejala kurang sihat ini.


menurut bapanya, kanak2 yg dikenali sebagai Tong Liangliang itu lahir dengan penyakit hernia. apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia masih terlalu kecil untuk dilakukan pembedahan, bapanya telah mengajar anak itu untuk menghisap rokok bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. masuk akal x?

kini, Lingliang semakin ketagih dengan asap pembunuh itu dan akan menghisap sekurang-kurangnya dua kotak rokok sehari. seperti kanak2 yang lain, jika dihalang dia akan buat perangai dengan menjerit dan menghempaskan dirinya ke lantai.


apabila ditanya kepada pihak Guinness Book of World Records sama ada ingin menyenaraikan Liangliang sebagai world's youngest smoker, mereka keras membantah dengan alasan tidak bersetuju untuk mempromosi harmful habit. kaaaaan.....

tuh dia!!!! ni bapak mana la yg bengong kecik2 lagi dah bagi anak dia hisap rokok. sian budak nih. mesti x sempat masuk skolah sebab dah mati kene kanser paru-paru...

* layan iklan indon kat bawah. klaka!!!




ps: jejaka anggun ada satu lagi cerita menarik pasal kejadian tuhan. esok lah citer yer....


Jumaat, 26 Jun 2009

jacko wacko sudah tiada...


baru jer aku baca dlm blog sorg artis nih, (zed zaidi kot?) katanya dramatis Syukeri Hashim meninggal dunia. katanya sebab sakit jantung. terkejut sikit lah sebab aku slalu gak tengok dia nih berlakon. suka jadi watak dato atau org tua gatal...


pastuh semalam, teman aku di MSN news bagitahu yg bintang sexy charlie angels thn 70an dulu, si farrah Fawcett plak meninggal dunia sebab penyakit kanser colon yg kronik. kat TV dah berbulan2 gak kuar citer dia sakit n dapatkan rawatan di Germany. akhirnye, dia pergi jugak.


pagi tadi, satu dunia dikejutkan dengan berita raja pop dunia, Michael Jackson juga sudah tiada. sebab kematian - cardiac arrest. kata pihak Los Angeles Fire Department paramedics, mereka menerima aduan dr rumahnya pukul 12:30 p.m. mengatakan dia mengalami sesak nafas. setelah bantuan CPR gagal, mendiang terus dikejarkan ke hospital namun doktor masih juga tidak dapat menyelamatkannya.



mendiang meninggal dunia dua jam kemudian di UCLA Medical Center in Los Angeles di usia 50 tahun meninggalkan 3 cahayamata, Prince, Paris n Blanket. lihat saja pics di bawah. kalo aku jadik anak2 dia, sure aku pun hidup tertekan.






semasa hidupnya mendiang x serik2 diburu paparazi n dilanda kontroversi. konsert comeback yg dikhabarkan bakal berlangung di London (yg dah beberapa kali ditunda tuh) akhirnya telah confirm dibatalkan. so pada sesiapa yg dah beli tiket tuh cepat2 lah claim. x pun, korang mintak jer mamat india Michael yg cube2 nak masuk Malaysian Idol 1 dulu tuh utk perform. aku sure dia mesti sedih tahap gaban sekarang ni....

*daripada dia kita datang... kepada dia juga kita pergi...

ps: jejaka anggun expresses deep sadness and sorrow at the unexpected passing and extends wishes of sympathy and condolences to all of Michael's family, friends and fans around the world. may he rest in peace.



Khamis, 25 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu terakhir

Photobucket

aku diberi dua tugasan utk kali yg terakhir ini. in short, mereka mau aku menulis tentang apa transformasi yg aku dah buat n apa yg aku dah faham n iktibar yg aku dah amik sepanjang join cabaran nih.

n sec, blogger mana yg aku rase yg dahpun berjaya menjadik transformer, layout palling kemas n tulisan paling kreatif.


oke. aku bukan pelajar AF atau pelajar OIAM yg asik nak rendah diri depan TV konon2 nye bila reporter tanya, siapa yg layak menang pastuh jawab si polan ni or si polan tuh or x kesah x dpt masuk final sebab rase ada rakan2 lain yg bole buat lg baik di final....

aiyo! tuh skrip biasa masa kene tendang kuar sebab x cukup undi. haha. please! i like to be honest here.

sesungguhnya, soalan kedua tuh aku x leh nak jawab cuz aku x bijak menilai or mengkritik. maybe dats why aku masuk cabaran nih supaya ada org yg bijak menilai n mengkritik aku. plus, if this is a competition i think id rather put myself first. so kalo org tanya aku siapa yg dah buat transformasi ker layout kemas ker kreatif ker... rasenyer, kalo bukan blog aku sendiri, aku x tau lah blog siapa. aku sendiri jarang2 masuk blog orang especially yg join cabaran nih so i couldnt answer dat question lah eh. mahap. utk menyedapkan hati semua pihak, aku bg sama rata jer semua.... xder kurang xder lebih. fair?


berbalik pada soalan ketama: apa yg aku dah pelajari selama aku join cabaran nih?

well, honestly again, overall judges hanya mau aku tulis sesuatu yg lebih n berilmu supaya org gain something bila baca. then, judges juga mahu aku ubah layout or cara penulisan supaya lebih mudah dibaca, x nampak suram, n timbulkan reader utk terus melawat blog aku yg x seberapa nih. last but not least, diorg juga mahu aku teruskan menulis n share info dgn cara yg tersendiri supaya aku x jadik hipokrit atau terlalu mengikut kehendak org lain sampai lupa apa matlamat sebenar aku menulis.

n thx for that... aku rasa aku dah achieved apa yg mereka n diri sendiri mahukan. at the same time, aku rasa aku perlu untuk terus menerima advice serba sedikit utk terus menjadi blogger yg baik. reader aku pun dah bertambah dr masa ke semasa, so hopefully, dgn tranformation yg aku blaja selama nih aku dpt menarik lebih ramai lagi org ramai utk memfollow blog jejaka anggun ini.


so thx to yoyooh for the opportunity. to kak el, adi n cik me... thx juga sebab meluangkan masa utk baca n drop tips n advices, jejaka anggun appreciate that so much.


ps: good advice is always certain to be ignored, but that's no reason not to give it.. kan??? so my beloved reader yg x henti2 singgah n drop comments... what say you? ada apa2 yg masih kurang yg aku perlu perbaiki ker?

Selasa, 23 Jun 2009

terima kasih tuhan kerana mencabar aku...


mood ari nih sesuai dgn suhu yg sejuk kat luar. mendung. lepas slow talk (yg tersangat la loooooong) ngan dato K tadi, aku mula kemas2 barang. hajat hati nak balik KL minggu depan jer tapi ada few things yg aku kene settle plak kat sini terlebih dahulu.

1st, aku kene call foxtel. kata CSR tuh kalo aku nak cancel subscription pay TV nih, aku kena bayar aud300 for cancellation fee.

then, aku call australian unity plak. confirm lepas sept insurance aku mati. pheewww....

next, mintak quotation shipping barang dr international movers company. spt biasalah, tunggu email dr diorang. furnitures aku especially TV yg sekeping dan besar tuh aku nak bawak balik. sayang kalo aku jual sebab baru sangat lagi....




settle semua, aku cek email plak. ada masuk dua yg baru. satu dr KarnaDya, minta aku submit lagi skali manuskrip PUCUK. aku reply n forward manuskrip tuh lagi skalik.

satu lagik email dtg dr flight center. nak buat phone interview minggu depan. hmmmm.... dah aku set nak blah, mulalah ada yg nak panggil suruh aku stay plak kan? sentap!!!!!!

lima minit lepas tuh, kakak aku plak muncul kat dlm MSN.

sue: mak masuk wad. jantung dia bengkak. 3/4 masuk air.



aku termenung..... tetibe rasa otak aku terbelah dua.



ps: moga-moga tuhan izinkan aku bertemu dengan dia hujung bulan nih.... sob sob...

Isnin, 22 Jun 2009

that's it


hari ni hari paling tak bermakna dlm hidup. aku dah pun luahkan satu perkataan yg aku takut nak luah. tapi yang penting, aku rasa aman dan nyaman lepas tuh.

sepanjang jalan dlm kereta dr canberra tadi, aku banyak mendiamkan diri. merenung dan mencari di mana silap dan kenapa kesilapan itu sering ada. lama jugak lah aku termenung sudahnya aku dapat satu jawapan dari dlm hati.


kata hati, jalan yg paling akhir (atau yg paling selamat?) untuk aku mengelak dari terus melakukan kesilapan atau menjadi jahat ialah dengan pergi jauh dari anasir2 yg membuatkan aku terus menjadi jahat atau melakukan satu kesilapan itu.

kau orang pening? bingung? tak apa. aku faham.

kata kawan aku, "if you really love something, set it free. if it comes back, its yours. if not, it wasnt meant to be."

kata aku, "oh well...."



ps: hari nih hari jadi dato K. mungkin ini hadiah harijadi yg dia inginkan.

Jumaat, 19 Jun 2009

gay is happy


aku terjumpa satu artikel dlm blog sorang teman. dia menulis tentang 10 tanda bahawasanya boyfriend anda seorang gay. gay bukan happy yer... gay yg menjurus ke arah lelaki pencinta lelaki. tentu korang especially kaum wanita di luar sana takut apabila nak mencari boyfriend kan? ye lah dah dpt lelaki beriman, bertanggungjawab, kaya raya, hensem plak tuh sekali tup tup dia aim abang atau adik korang sedangkan korang puaslah mencantikkan diri. haram.....

so maybe tips nih dpt membantu anda kaum wanita di luar sana mendalami kaum lelaki. walaupun tips nih x semestinya betul but at least korang dah mencube utk melepaskan diri dari salah satu azab yg diturunkan tuhan kat korang di muke bumi ini. okelah, x mo citer banyak. enjoy!!!



10. ritual di bilik/bilik mandi.

sila luangkan masa untuk pay attention apa yg dia buat di bilik/bilik mandi. berapa lama masa yg dia amik utk siapkan diri, set rambut, produk yg dia pakai, aksesori, designer shoes, dll yg sewaktu dengannya cuz orang lelaki straight selalunya hidup dlm keadaan sempoi. kalo dia amik masa yg lagi panjang dr anda, itu tandanya sudah tiba masanya untuk anda bagi dia lipstik n blusher pula ya. sama2 main mekap mekap gitu.


9. fanatik terhadap diva.

gay biasanya memang die hard fan kat diva2 yg ada kat dlm dunia nih. madonna, cher, kylie, whitney houston, mariah carey, celine dion, lady gaga, to name a few. jika anda terperasan yg boyfriend anda tahu lirik penuh lagu2 diva nih termasuk menyanyikan lagu nih dgn sepenuh hati (siap falsetto skalik) tuh tanda2 awal perhubungan anda bakal kiamat.


8. obses terhadap beauty pageant.

golongan gay valuekan event yang celebrate beauty n glamour. jika ditanya siapa miss malaysia ke miss world ke miss universe ke miss understanding ker miss take ke.... n dia boleh jawap dengan sekelip mata siap tahu tahun misses2 nih semua menang n crown kene tarik balik, tuh salah satu tanda gak tu. so buat2lah tanya soalan cepumas ni sebelum anda plak yg terpaksa menarik rambut dgn jantan lain semata-mata kerana berebutkan laki.


7. dari kerana mata.

lirikan mata tuh penting. jika anda berdating ngan boyfriend anda kat mall ker, taman ker, perhatikan lirikan manja dan pancaran seri wajah dari pati urang aring yg dia keluarkan di muka. kalo balik2 sinar tuh lebih cenderung dari sorang ke sorang lelaki hensem yg lain, tiba masa anda tahan cab dan blah. jgn buang masa anda!



6. dilema urinal.

yg nih kene minta jasa baik dr rakan lelaki anda yg lain sebab ia melibatkan tandas awam. kebiasaannya lelaki straight akan membuangkan najis mutawasitahnyer (kencing) di urinal tapi golongan gay pula lebih cenderung untuk masuk ke dlm toilet dan kencing di toilet bowl walaupun tandas awam tuh tak penuh.

ini kerana biasanya gay (especially yg closet) x suke mempamerkan sexualitinya di hadapan lelaki straight. manalah tahu, terjeling plak yg sama saiz ngan anu kuda, takut stim lah plak kan? x ke terpecah lobang nanti?


5. Mengagungkan ikon gay yang berjaya.

ramai lelaki inspire someone, especially gay people yang telah terbukti berjaya di dlm sejarah. ini kerana timbul di dlm diri mereka satu sifat bangga apabila seseorang gay itu telah berjaya memiliki sesuatu. contoh golongan gay yg berjaya spt Ellen de Generes.

so kalo mulut dia asyik tak berhenti cerita pasal gay itu, gay ini, berjaya, bangga, kaya raya, hensem, ataupun dia suka menonton Oprah (salah satu gay ikon yg terkemuka), seperti biasa... anda cuba letak tangan di dada dan iqamat di telinganya secara lembut. mudah2an dia kembali ke jln yg benar.



4. X-Men Factor

bukan X factor, tuh dah lama berkubur. ini X-Men faktor. berkaitan dengan game ataupun movie.

anda pernah main video games dengan boyfriend anda? bukan main yer, main video games. oke. kalo pernah, apa karekter yg dia selalu pilih? kalo dia lebih cenderung utk memilih karekter perempuan mcm lara croft ke, storm ke, tuh faham2 la. dia nak jadik mcm pompuan nih sebenarnya. tp jgn cepat merasa lega apabila dia memilih cyclop plak. tuh sebab cyclop tuh hensem... haha!! keliru x? keliru nih!!!


3. puji-pujian tentang fesyen.

wanita memang suke dipuji tapi agak2 sikit kerana kadang2 puji2an juga membawa maksud yg bertentangan dengan tabii manusia.

jika boyfriend anda memuji dgn cara yg cukup unmanly mcm instead of saying “You look beautiful,” tapi dia komen “I suka dgn tudung u nih nampak sedondon dengan tona wajah u," atau "kasut u melambangkan identiti wanita timur yg sebenar sesuai dengan konsep busana yg cukup anggun disarung ke badan ari nih. i rasa bertuah berjalan dengan u."

ha!!! lelaki spt tuh dikategorikan sebagai boyfriend-slash-fashion police. cool? maybe not cuz fashion police nih jarang2 yg straight.




2. benci pada lelaki gay yang lain.

nih paling menakutkan. kata omputeh, greatest homophobe is a homosexual in denial. jika boyfriend anda terlalu mengutuk kaum gay yang lain mcm menyampah lah, geli geleman lah, bapok huduh la, nak bakar dlm oven la, nak ikat kat pokok biar kerengga gigit la, tuh kemungkinan tanda2 yg sebenarnya dia cuba untuk mengcoverkan diri dia sendiri.

lelaki straight, nyampah2 pun dia oke jer nampak adik2. lagi nak ngorat ada. tp kalo lelaki spesis nih... pelik sikit. dia mungkin takut terpecah lobang, kot? so berwaspada akak2 ya!!


1. akhir sekali, "the beautiful strangers".

jika boyfriend korang ada Myspace, Facebook atau Friendster sila semak senarai frenslist dia. jika penuh dgn lelaki2 yg tidak dikenali tambah2 lagi lelaki can do .... hahahahahaha... buhunglah dia straight tuh.

average straight guy tak akan view, atau pun add lelaki stranger yg lain dlm list of contacts diorang. unless kalo dia artis ker, ikon orang ramai ker, politician ker, tuh lain lah... dia nak memancing undi. tapi kalo setakat boyfriend anda tuh rakyat biasa.. apa ke hey nyer dia nak add jantan lain banyak2 dlm page dia? siap ada page bukak2 baju lagik? komen2 berbau lucah lagik. gurau senda lagik. apa kah itu?


haha!!!! so berguna tak tips2 yg diberi nih? actually tips2 nih buat aku tersenyum sendirian. tetibe terasa dlm 10 tuh lebih 11 ada kene mengena dlm diri aku yg anggun nih. jadik bermakna apa gay kah aku? hehehe... tepuk dada, tanya selera.



ps: ada kenalan aku kene cerai dgn bini dia bila wife dia tuh balik keje n terserempak laki dia tuh atas katil dengan lelaki lain.... coi!!!!!!!

Khamis, 18 Jun 2009

lelaki


ari nih aku terpanggil utk bercerite tentang sejenis mamalia yg diberi nama lelaki. weekend lepas, aku terpinjam satu DVD spanish mexican bertajuk Y Tu Mama Tambien (And Your Mother Too) dr library kat sini. hik hik. aku dah lama x masuk khutub khanah kat KL. library kat sana leh pinjam DVD gak ker?


filem ni road trip movie. ianya mengisahkan perjalanan 2 orang sahabat, Tenoch (Diego Luna) n Julio (Gael García Bernal) juga sorang rakan wanita mereka, Luisa (Maribel Verdú) utk mencari sebuah pantai bernama la Boca del Cielo (Heaven's Mouth). masalahnye pantai nih mmg x wujud n diorang ni actually nak main jer dengan pompuan nih. haha.


dlm perjalanan mereka mule bertukar cerita tentang kisah cinta, seks, onani, ganja dan kehidupan masing-masing. in short, pada aku ini sebuah filem tentang remaja lelaki yg jujur. aku dulupun remaja jugak so aku faham apa yg remaja lelaki suke buat. menariknya, dlm pada 2 sahabat nih sibuk2 citer kehebatan kejantanan masing2, akhir di penghujung citer, diorang berdua kissing dengan separuh rela. kenapa? haha!!! tuh kene tengok sendiri. aku x nak review filem nih panjang2 sebab aku bukan adam arjuna.



anyway, lepas tengok movie nih aku terus teringat dgn beberapa kenalan lelaki di KL. menarik citer diorang ni hingga akhirnya aku jadikan buku yg bertajuk PUCUK. buku nih dah siap sepenuhnya 2 3 minggu lepas tp masih belum hantar kat publisher lagik. insya allah, aku akan hantar dlm minggu depan n kalo ada rezeki or dlm erti kata lain publisher tuh berani nak publish story yg jujur dr penulis yg amatur mcm aku nih dptla korang membelinya di pasaran. kalo x, jawabnya, aku jual secara online jer la eh??



ps: maaf jejaka anggun dah lama x baca buku melayu. selain alaf 21, ada sesiapa yg tahu publisher mana yg sesuai utk dikirim?

Isnin, 15 Jun 2009

misi mencari kerja dengan gigih


visa aku bakal abis hujung tahun nih. kalo aku x inform immigration utk tax clearance atau dgn erti kata lain dpt kerja baru, maksudnye aku terpaksalah angkut barang2 dgn diri aku yg anggun nih pulang semula ke tanahair. masalah problemnya skang, bukan aku x nak balik ke kampung laman aku tuh (KL jer, heheh) tapi nak mengangkut barang satu rumah yg besar2 nih yg payah sikit.

*ongkos dah makin nipis babe... shipping barang mahal!!!!!



petang tadi, aku buat lawatan berkala ke job agency. lepas submit resume n fill up form, aku pun ringan2kan mulut bertanya selama mana diorg nak perap resume aku tuh sebelum ianya dicampak di tong sampah yg berdekatan.

kata pompuan cantik staf kat situ, "honestly, it has been slow lately."

*maknanya, bukan lah dia kata aku nih slow atau sengal, tapi keadaan ekonomi gawat kat sini yg buat bisnes agen pencari kerja nih makin slow.

aku jawab dgn senyum kelat, "ya, i thought so," pastuh blah dgn ati yg kecundang.

on da way balik kepala aku yg lonjong nih mula ligat berfikir.



1. perlu ker aku balik KL jer?
2. aku nak buat apa kat sana nanti kalo keadaan sama gak mcm kat sini? nak harap mak aku yg bagi makan? tak mo eh!
3. visa aku kat sini apa citer plak? sia2 jer kena batal. bukan senang nak dpt visa stay kat negara orang, babe!
4. furnitures aku yg bagak2 nih tak kan nak campak jer atau sedekah kat rumah kebajikan? mahal la!!
5. hish, perut nih lapar la plak. oke! singgah mcD beli french fries.

at last, aku dpt satu keputusan. malam nih, aku nak carik keje kat state lain. maybe rezeki aku bukan kat sini. maybe aku leh jumpa kat tasmania. lepas tasmania, aku nak carik kat adelaide plak. lepas adelaide maybe misi mustahil aku nih akan diteruskan ke cairns. yg penting, usaha.

usaha tuh tangga kejayaan! tangga tuh stair case!

ye, kalo wonderpets bole berjaya menyelamatkan anak haiwan yg lain, aku juga boleh berjaya menyelamatkan diri aku sendiri!!


"ya! saya boleh!" sambil mengangguk & jari tunjuk peace sign ala2 citer drama alihbahasa jepun.



ps: happy hunting to myself n wish me luck to you guys!





Sabtu, 13 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu ketujuh

tajuk: dapat RM300 - ke manakah hala tujunya?


aku suka kanak-kanak. aku kira semua kanak-kanak itu adalah satu makhluk yg jujur, suci, dan seni ciptaan tuhan. kanak-kanak istimewa yg dilahirkan dengan sifat dan kelebihan yang tiada pada kanak2 normal yang lain pula bagi aku adalah satu anugerah yang pastinya ada hikmah dan azimat yg tersendiri.

baru2 nih aku terbaca satu entry dlm blog favorite aku - Niamah!!! (klik here) tentang seorang reader blog yg bernama Mr. Yong (klik here) yg memerlukan bantuan demi meneruskan sumbangan amalnya untuk menubuhkan pusat baru bagi kanak2 yg menghidapi penyakit autisme nih.



Mr. Yong mempunyai 2 org anak yg autistik. menurut beliau, pusat autistik yg diuruskannya dahulu dijalankan secara percuma especially kpd keluarga yg tidak berkemampuan. mungkin kerana itu dia tidak mendapat pulangan dr segi wang ringgit yg cukup untuk meneruskan niat murninya itu. hasilnya, hujung bulan lepas dia telah diberi tempoh sehingga 14 Jun sebelum diarahkan untuk ditamatkan perkhidmatan. memandangkan hari ni hari terakhir tempoh yg diberi, aku kurang pasti dengan apa kesudahan kisah tragis nih.

timbul persoalan di dalam diri. dimanakah badan2 kebajikan kerajaan yang sepatutnya dapat menghulurkan bantuan? apakah kerana jumlah kewujudan anak2 istimewa spt ini yg dikatakan kecil untuk dibandingkan dgn penyakit "popular" kanak2 yg lain, maka mereka dilupakan begitu saja? sedarkah kita bahawa sesuatu yg kecil itu akan menjadi besar apabila tidak dibendung sedari awal?


aku tidak punyai wang untuk membantu. jika diberi RM300 ini mungkin ianya akan dapat diagihkan kepada pusat seumpama ini. aku akui, jumlahnya mungkin agak kecil tetapi ianya sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli makanan atau mainan ataupun alat tulis/lukis untuk digunakan bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak sebegini.

mungkin juga hasrat aku untuk membantu Mr. Yong sudah terlambat memandangkan tarikh akhir yg diberi kepada beliau ialah hari ini tetapi itu tidak bereeri kita harus berhenti membantu. siapa tahu mungkin beliau dapat menggunakan wang yg dihulur bagi membuka pusat yang baru dan seterusnya membantu keluarga2 lain yg juga mengalami nasib yang sama.

renung2kan dan selamat beramal....




2 fakta tentang autisme:

1. Autisme bukan down syndrome. ia ialah gangguan perkembangan minda dlm interaksi sosial dan komunikasi kanak-kanak dan hanya tertumpu kepada pelakuan yg berulang spt menggerak2kan tubuh atau menyusun sesuatu di satu tempat yg sama ataupun mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.

2. kanak2 lelaki dikatakan mempunyai peluang 4 kali ganda untuk menghidapi penyakit ini berbanding kanak2 perempuan.


Jumaat, 12 Jun 2009

rezeki

mak aku dulu pernah berkata, "benda depan mata tak semestinye rezeki kita...."

dulu aku main2 dgn kata2 dia tuh tapi tuhan tuh kan maha kaya. dia turunkan balasan yg setimpal ke atas anak yg bermulut biadap aka hanj mcm aku nih.

korang mestilah pikir aku jadik ikan pari ker batu belah ke kan? korang nih suke fikir ngan bende2 khurafat kan? aku jadik burung merak lah!! oke tipu.

nih lagi worse actually.

last week, kan aku ada tulis entry pasal pergi interview so dlm seminggu nih aku teruja lah menanti jawapan interview aku tuh. pg tadi tetibe diorang call. aku punyerlah excited giler masa terima call tuh. dah siap sedia dah nak buat suara konon2 terkejut dgn nada gembira dlm tepon... alah, konon cam x caya lah padahal dah tau.... tup tup... dialog dia berbunyi begini...

"itu kerja bukan kau yang punya!!! ahmad albab yang punya!!!"


sentap tahap maha! terus aku terdiam dlm sejam dua. pala otak aku tertanya naper la aku x leh dpt kerja tuh. x cukup anggun ke resume aku beserta tuannya sekali? FYI, semenjak aku tiba sini, x penah sekalipun aku diterime keje. even aku apply keje kitchen pun kene reject. hampeh!

at last, aku gembirakan hati yg lara dgn membawa diri mentekedarah buffet kat smorgys. lantak ah. nak size zero punye pasal, lepas aku melantak 4 pinggan tadi sekarang pinggang aku dah size 2. caner nak catwalk dgn giselle bunchen lepas nih? muat ke tubuh anggun aku nih menyarung busana victoria secret siap kepak angel tuh nanti? adusss..... tensi lah!



* pic sebelum masuk. yg penting sempat pose dgn wajah yg masih separa sedih.

Rabu, 10 Jun 2009

chinna papa periya papa


sebelum aku cerita ingin aku terangkan situasi yg berlaku supaya korang faham. nih kisah yg berlaku dlm tren sewaktu aku nak gi melbourne utk rehearsal gamelan petang tadi.

penumpang A (MGR) - nak pergi melbourne tapi beli tiket sampai werribee.
penumpang B (rajhni khan) - nak pergi werribee tapi beli tiket sampai melbourne.

fakta 1. - melbourne lagi jauh dr werribee.
fakta 2. - dua2 nama di atas sengal tahap maha.

kisahnye:


MGR + rajhni khan borak x hengat dlm bahasa urdu + telugu tentang kehebatan lakonan mereka dlm filem masing2. oke aku tipu. aku x paham apa yg diorg borakkan sebenarnya.

tetibe, pemeriksa tiket datang dgn wajah: aku sejuk beku nih tapi bini takde plak nak lambakkan air dlm badan nih ha... atau dlm erti kata lain, muke x dapek2.

penjaga tiket: ticket pls!!
MGR: bla bla bla bla melbourne...
penjaga tiket: oke. aud5.60 or else turun kat werribee...
MGR: bla bla bla bla melbourne...
penjaga tiket: (ulang) oke. aud5.60 or else turun kat werribee...
MGR: (ulang jugak, ingat nih berbalas pantun?) bla bla bla bla melbourne...
penjaga tiket: (sentap). turun kat werribee kalo x nak bayar!
MGR: oke, oke. turun kat werribee.

sampai werribee, rajhni khan yg turun pastuh bg tiket melbourne dia kat MGR. seminit lepas tren gerak (betul kiraan masa nih aku x tipu), penjaga tiket dtg balik.

penjaga tiket: ko kata nak turun werribee kenapa kawan ko yg turun?
aku: suke ati dia lah nak turun mana2 ... err dlm ati.
MGR: no. no. melbourne - sambil tunjuk tiket kawan dia.
aku: chenna papa periya papa sangat ko kan? (masih dlm ati)
penjaga tiket: takde, takde, bayar. aud5.60. nih bukan tiket ko. x leh tukar hak milik tiket. kalo x, aku call polis sekarang. ko org mana? india eh? kat india x de undang2 ker?
aku: kat india org naik tren x payah beli tiket la bai... dia panjat atas tren! (dlm ati).
pompuan blondie giler: (tetibe berdiri) a ah takde, takde, tak boleh. tak boleh. turun. tak aci.
aku: eh eh, pompuan nih nyampuk plak (maseh lg bermonolog dlm ati).

dipendekkan citer, penjaga tiket naik syeh bila ada pompuan gile menyampuk. marah2. yg penting, MGR xder cash plak. org mintak aud5.60, dia bagi gold credit card. sentap x?

suasana hingar bingar hinggalah ada 2 org makcik2 omputeh mendamaikan keadaan. dia bagi duit kat penjaga tiket yg emo tu...

masing-masing bersurai.

persoalannya ialah: walaupun MGR dah beli tiket salah or sengaja beli tiket salah n tukar tiket tuh ngan kawan dia yg sengal jugak beli tiket salah, perlu x penjaga tiket tuh kesah org tuh pegang tiket melbourne sapa punya sebab kawan dia yg beli tiket tuh dah pun turun b4 sampai destinasi?

statement yg x bole lupa dia bole ckp kat australia undang2 mengatakan nak kuar rumah kene bawak duit. rase2 ada ke polis saman org x bawak duit? ngarut x?

Selasa, 9 Jun 2009

doggie style


korang mesti pikir lucah je kan?

nih aku terbaca kat E News pasal Paris Hilton dan hanjeng hanjeng nyer. dek kerana dah kaya yang melampau, pompuan giler nih bina mansion 2 tingkat (bukanlah dia, dia upah org la) utk hanjeng2 tuh menumpang teduh. aiyo!!

mansion 2 tingkat nih lengkap dgn spiral staircase, chandelier, and air-conditioning/heating utk keselesaan hanjeng tuh semua. nasib baik dia x kata ade TV ngan astro. kalo x, sure aku sentap tahap maksima.

* hanjeng gile posing macam tuannya. dari kiri: Marilyn Monroe, Dolce, n Harajuku Bitch.

* sekor lagi : Prince Baby Bear (yang nih comel giler kan?)


so kalo rasa2 nak dtg menumpang bermalam ke tapi x dpt masuk umah dia, tidur ngan hanjeng2 nih pun oke. kalo korang rase muat la...


ps: teringat kat kucing mak aku yg semuanya tidur kat luar umah. terus aku nak nyanyi lagu tema Bersamamu...

"berbumbungkan angkasa kelabu, lantainya bumi retak seribu....
setiap langkah perjalananmu, beronak berliku"