Rabu, 22 April 2009

mari jual anak kat orang kaya




lagi cerita tentang kanak kanak dalam filem hebat Slumdogs Millionaire.

kali ni pasal Rubina Ali. pelakon yang menjayakan watak Latika kecil. dikatakan baru-baru ini dia cuba dijual oleh bapanya dengan harga £293,000 kepada seorang wartawan akhbar Britain's News of the World British yang menyamar sebagai jutawan Arab.

bapanya Rafiq Quereshi yang kini sedang disoalsiasat oleh pihak polis, menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa ini semua adalah tindakan wartawan luar yang cuba bermain api dengannya.

hmm... aku tersenyum kecil. kalau tidak benar perkara ini berlaku bagaimana situasi jual beli ini boleh terjadi?

mulanya, wartawan luar ini mendapat aduan dari keluarga terdekat Rubina (dipercayai ibu kandungnya sendiri) bahawa bapanya cuba menjual anak kecil ini dengan nilai setinggi mana yang boleh dengan alasan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga disamping untuk memastikan masa depan anak kecil ini terjamin. ketika sesi perundingan harga dibuat di hotel mewah Leela Kempinski, dengan tanpa usul periksa tentang latar belakang "si saudagar Arab" ini dan tujuan pembelian kanak-kanak tersebut, Rafiq bersetuju untuk menyerahkan anaknya dengan nilai jutaan rupee melebihi £200,000. alasannya, "anak ini istimewa sekarang. ini bukan kanak-kanak biasa. ini kanak-kanak Oscar!"

katanya lagi, dia cuma bekerja sebagai tukang kayu yang mendapat gaji harian sebanyak £2 to £3 sehari. setakat ini anaknya cuma diberi 150,000 rupees (£2,040) sepanjang bekerja di dalam filem hebat tersebut. janji kerajaan untuk memberikan keluarganya sebuah apartment mewah bernilai £12,000 di Kerala juga hanya sekadar kata-kata kerana sehingga kini apartment itu masih lagi dalam pembinaan. tambahnya lagi, jika apartment itu sudah siap didirikan, berkemungkinan besar dia tidak akan berpindah ke sana kerana katanya dia tidak mahu meninggalkan Mumbai. alahai.

babe, kalau tak mahu berpindah, bagaimana hidup nak berubah?

lama aku termenung. penjualan kanak-kanak miskin India ke Timur Tengah ini adalah penyakit baru di negara itu. kebanyakan dari mereka tidak mengira nasib anak-anak kecil yang bakal dieksploitasi sebagai camel jockeys atau dijadikan mangsa penderaan seksual bawah umur di sana. yang mereka fikirkan cuma wang ringgit. kalau semasa kecil bapa sendiri sanggup menjual anaknya, jangan berasa sedih jika apabila dewasa kelak, anak itu derhaka pada bapa kandung itu sendiri. itukan pusingan alam?

renung-renungkan dan selamat beramal....

4 ulasan:

  1. ntah ape2 la bapak rubina nih

    tp karl rs better jual jelah

    sbb if rubina's dad dh ada dh kind of motive nk jual anak die, means die xsayang la ank die tu n xpenting for him

    hehe

    BalasPadam
  2. tapi kalau jual anak ikan ok x?

    anak burung ke..
    haha

    BalasPadam
  3. ish2 tak tgk ke penderitaan kanak2 dlm slumdog tu sendirik wahai bapak rubina oii...sungguh.....very the.....

    BalasPadam
  4. karl;
    anak itu anugerah tuhan kalo nak jual jual kat celebrity hollywood. sure kaya raya anak tu nnt....

    abhir;
    anak ikan x yah jual. anak ikan kene beli...

    buyui;
    sebab tengok la dia nak jual. mana tau leh dpt untung lebih!!!

    BalasPadam