Sabtu, 25 April 2009

hujung minggu yang sejuk...



aku betul2 dah nampak cam orang pantang kat umah.
siap selimut, baju tebal ngan stokin. kunyit jer tak tempek kat dahi
kalo x sure orang ingat aku baru lepas beranak.

nih semua gara2 kesejukan. suhu dah semakin sejuk kat sini.
so untuk mengelakkan aku meroyan duduk kat sini
aku keluar jalan jalan ke melbourne.

kebetulan hari ni ada pre-screening filem Laskar Pelangi.
ingat lagi masa aku kat Indon awal tahun dulu
nak tengok filem nih tapi niat aku tuh dibatalkan
sebab aku takut tak faham, babe!!
most filem indon kan pakai javanese jakarta slang
manalah aku nak reti. bahasa melayu pun fail...
so aku tunggu DVD kuar at least ada subtitle english
or at least aku leh pause n play kalo aku tetibe blur.

tapi bila aku tonton filem nih tadi aku rasa happy sangat.
first diorang guna bahasa Melayu Riau
so 99.9% aku faham lah apa yg diorang carutkan
n sec, aku rasa filem nih sebuah filem jujur
dan antara yg terbaik yg pernah aku tonton...
teringat juga zaman aku kecik2 nak pergi sekolah dulu

*ehem ehem!! aku budak miskin tinggal kat kampung gak dulu!!!

so pada parents yg nak mengajar anak2 diorang
betapa susah payahnya anak2 kuli indon nih nak blaja
n nak jadik manusia
ajaklah dorang tonton filem nih
konpem nangis dan insaf sekejap....

ps: cebisan lirik Laskar Pelangi dari Nidji...

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

6 ulasan:

  1. bagus kan muvee ni..
    insaf tau

    BalasPadam
  2. hehehe

    bru je suke lagu laskar pelangi nidji tuh

    b4 dis i found dat song..hambar

    BalasPadam
  3. abir,
    sebagai student amik iktibar dgn ketekunan budak2 nih....

    karl,
    lagu tuh mmg best. x pernah hambar di hatiku.

    buyui,
    dptkannya segera. beli buku dia skali. elok suh budak2 kat sekolah u baca...

    BalasPadam
  4. alamak kalau suruh bebudak baca mau my english klas tuka jd bahasa indonesia...:)

    BalasPadam
  5. tak apa buyui.
    seorang guru itu harus inovatif dlm menyampaikan maklumat....

    BalasPadam