Sabtu, 22 Disember 2012

APOKALIPTIK.

Sunrise at Cancun, Mexico.

 Day 1, year 0001.

menurut kalendar Maya, hari ni merupakan hari baru di dunia baru. dunia lama dah berakhir semalam dengan bumi yang bergegar dan lautan besar dah melenyapkan dataran sehingga takda apa yang tinggal.

well... bull shit.

dunia belum berakhir lagi. masih lagi sama. manusia-manusia yg ada masih lagi belum berubah dgn perangai-perangai lama. masing-masing leka mencatit azam baru walhal dah bertahun-tahun azam tu tak pernah tercapai.

akupun macam tuh. juga berdoa kepada Tuhan utk jadikan aku manusia yg lebih baik dari semalam, lebih sihat dari sebelumnya (supaya aku dapat bekerja n kumpul duit n dapat shopping apa yg aku suka) dan lebih happy, at least happier dari situasi2 yg tak menyenangkan mcm tahun2 yg sudah2.

so tuh je azam aku utk dunia baru ni. aku taknak mintak lebih2, takut tak tercapai nanti aku jugak yang kechiwa. so apa pula plan anda?



abaikan muka aku yg penat gara2 berposing di bawah panas itu... hik hik...


ps:  aku tengah tulis cerpen berjudul APOKALIPTIK. kisah manusia di akhir dunia. tiba2 aku terfikir, maybe mayan calendar tu bukan troll semata-mata, maybe kita yg selama ni dah salah hitung.... kan? kan?

Isnin, 26 November 2012

MENTAL lagi....

pic courtesy of Penang Global Tourism, my best candid pic so far... ahaks!


baru sampai dari Penang sejam dua tadi. penat masih belum ilang. satu rumah bau najis mutawasitah si Snow White yg terperap 3 hari 2 malam. pitam.

aku nyaris2 tak jadi ke Penang hari Jumaat haritu. ntah kenapa, Tuhan tu kasi perut aku sakit kaw2 macam org kena senggugut. mujur doktor Somalian yg jaga klinik kat ofis bagi ubat yg power... heheh... risau jugak aku kalau tetibe perut aku buat hal dlm bas... coi!

sampai Penang kul 1am. thanks to rakan penulis, Gina penulis NGERI  dan MANGSA yg memang dah dekat setahun stay kat sana, datang jemput aku kat Sg. Nibong bas stesen.

actually aku n Gina dijemput utk mempromote novel baru kitorg kat GEORGETOWN LITERARY FESTIVAL 2012. event bermula dari Jumaat sampai Ahad n aku punya turn hari Sabtu pukul 4pm kat Studio@Straits. susah jugak nak carik tempat nih sebab lokasi dia tersorok sikit. tapi alhamdulillah, ramai jugak pencinta buku yg hadir dan memeriahkan majlis.

seperti biasa ada sesi soal jawab ala2 melodi bersama tuan guru Fixi, Amir Muhammad ketika acara berlangsung b4 kitorg baca sikit lines yg menarik dlm buku tuh... lepas tuh ada plak sesi mingling bersama tetamu2 yg hadir. thank you kepada semua and anda semua memang cool!

lepas tuh sesi diteruskan lagi dgn Amir Muhammad introduce plak next projek Fixi yg berjudul KL Noir. sebuah antologi cerpen in inglish tentang dark side yg berlaku di dalam kota kolumpo ini. menarik?

aku ada submit satu story dlm antologi tuh berjudul Asian Angel n aku ada baca sikit petikan dr story tu utk semua. the best part, sapa yg hadir dapatlah copy story aku tuh dengan beberapa story yg lain utk dibawa pulang secara free... hmmm... feeling2 Oprah Winfrey tak tokey Fixi? ko mampu??

oklah, xyah nak citer panjang2. nih ada few pics yg sempat aku upload dlm twitter. pic amik guna BB so layankan je lah eh...

sesi repekan di antara tokey Fixi dan anak2 buah kesayangannya...

bersama Gina, satu2nya penulis bukan Melayu yg tulis novel Melayu yg aku kenal.

bersama Bernard Chauly, a very nice guy. dia tanya aku pasal Istanbul Aku Datang... aku cakap, Lisa terlalu gedik. his next movie, dengan Fazura. excited?

funny, this mat saleh guy came to me and cakap melayu. bila aku tanya nama, dia cakap Zarul, terus aku tanya, "are you Zarul Al Bakry?" insya allah diapun akan kuar dgn movie next year. interesting storyline i tell you....


overall, ini experience baru buat aku. insya allah kalo ada rezeki (dlm ertikata lain dapat jemputan) aku akan datang lagi kat event2 yg macam ni dan jumpa dgn manusia2 yg appreciate event2 mcm nih.

so kalo ada, ill keep you guys updated. till then, selamat malam.

bye.




Khamis, 15 November 2012

Malam Pesta Muda Mudi!!



pengumuman.

sesiapa yg free pada weekend ni silalah hadir ke KL WRITERS & READERS FESTIVAL yg bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka). kalo x tau, sila google. aku pun baru jer tau... ahaks!!

kata mahaguru Buku Fixi, setiap publisher hanya diberi 10 minit untuk sesi promo so Khairul Nizam Khairani akan promo GERGASI pada hari Sabtu, dan 10 minit untuk aku promo BOLA dan of course, novel terbaru MENTAL pada hari Ahad. Slot ialah somewhere between 12pm-2pm.

anyway, korang dah beli ke belum ketiga-tiga buku tersebut? kalo belum, korang bole beli kat sana nanti.

kalo dah, korang juga dijemput hadir dan silalah bawa buku yg dah dibeli tu kalo mau dapatkan tandatangan serta tandakaki (jika perlu) penulis. dengar citer ramai jugak penulis yg bakal hadir, bukan saja Fixi malah publisher2 lain jugak so marilah kita sama2 memeriahkan acara!

ha, faham kan?

bagus. sila sebarkan berita gumbira ini dan jumpa di sana.

ciao.



ps: Salam 1 Muharram. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna. Amin.

Jumaat, 9 November 2012

saya tak gila.




hi kengkawan!!!

apa kabar? sihat??

saja nak beritahu yg korang yg buku ke tiga aku telahpun selamat lahir ke dunia. tajuknya MENTAL. sepertimana tajuk, sebegitulah jalan ceritanya so aku harap korang takkan mental setelah habis membacanya.

anyway, printing baru saja siap dan tempahan secara online sudahpun dibuka. di mana lagi nak tempah, kalo bukan di Kedai FIXI.

yg paling best, sempena kelahiran anak aku yg ke3 nih, x sah kalao xde gimmick. so, tokey FIXI sendiri telah melancarkan kempen Threesome bersama Shaz Johar. suka tak? sukalah tuh. dah tau dah...

kempen nih utk menggalakkan korang yg suka pinjam2 buku tuh utk beli buku aku secara pakej. beli 3 dgn harga diskon. murah je korang mesti mampu. oh ya, diskon nih dr harini sehingga 30 November 2012 saja. lepas dari tarikh tuh, kalo nak ber-threesome lagi dgn shaz johar, sila contact dia secara peribadi. yg tuh siap dgn pakej foreplay. ahaks!

eh, oklah. sila baca dan review. nak tweet pun bole. nak letak dlm blog korang pun bole. nak review kat Goodreads pun boley. sukati koranglah. aku suke baca review kat Goodreads, kat sana, dorang suke letak 1 bintang je utk buku2 aku.

ahaks!!!


ps: setelah ditapis, diolah, dirombak, dicerca serta bertegang-urat, bertikam-lidah dan bertongkat-paruh bersama panel berwajib, akhirnya terhasillah cover di atas. harap2 korang suka.

Ahad, 4 November 2012

main BOLA dalam hujan.

semalam dah berlangsung perlancaran buku antologi cerpen BOLA di Silverfish Books, Bangsar.

terima kasih kepada yg sudi hadir dan memberi sokongan. kepada yg tidak dapat hadir dan memberi sokongan dari jauh pun terima kasih jugak. MALAH kepada yg tak nak hadir dan tak nak beri sokongan ataupun kepada yg tak nak hadir MALAH memberi kutukan juga, TERIMA KASIH.

tanpa anda siapalah kami.

ni ada few pics yg sempat aku amik dan post. korang enjoyz.....


Tuan FIXI menyampaikan sepatah dua kata dgn gaya Oppa Gangnam.


seperti biasa, the famous Shaz Johar (bak kata Siz, xtau lah famous tang mana aku nih) dipanggil untuk menyerlahkan lagi sifat kemaluan dan adab timur beliau. sila pitam.


antara barisan penulis2 cerpen yg hadir. Nami, Dayang Noor, Faizal Sulaiman, Sizarifalina, Shandye, Zara and Jejaka Anggun.


tak sah kalo gi event buku tak grab buku (and dvd). so this is what i got. buku sendiripun beli sebab ada orang kirim. ahaks!


ok, tuh jer yg aku sempat amik. banyak pic blur2, mungkin sebab ujan atau tangan aku kene parkinson ke apa so xder lah aku nak upload kat sini.

my next event, maybe kat KL library plak. bila dan untuk apa, x sure lagi. but 24th Nov ni aku akan berada di penang sempena The George Town Literary Festival 2012 utk promote novel baru dan diskusi tentang kebangkitan new malay fiction gitu, insya Allah.

so jumpa di sana.


ps: sapa dah baca BAHLUL vs BEAUTIFUL tu sila review, ya?!

Sabtu, 20 Oktober 2012

mengeteh bersama bola....



ingat lagi entry aku pasal antologi cerpen BOLA sebelum nih?

well, kepada sesiapa yg nak beli buku tuh n jumpa dgn penulis2 nya (insya Allah kalo semua datang), bole lah menghadirkan diri ke Jamuan Teh dan Bola di Silverfish Books, Jalan Telawi, Bangsar pada hari Sabtu, 3 November ni, bermula dari jam 3pm hingga 4.30pm.

more info ada di sini: JAMUAN TEH & BOLA

bak kata bos Fixi, kepada yang belum pernah pergi Silverfish (macam aku), inilah peluang baik untuk kalian semua mengenali sebuah kedai buku yang berjiwa merdeka. Selain buku2 Fixi, kedai ini juga ada jual beberapa buku Malaysia yang susah nak cari. so, mungkin buku2 yg anda ingin2kan selama ni, yg x jual kat kedai2 buku tempatan ada di sini. manalah tahu....

anyway, buku BOLA cuma tinggal sikit je lagi, so siapa yg lambat n tak dapat beli jangan meroyan sehingga ada yg mencederakan diri sendiri atau lain2 pihak. kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kecelakaan yg berlaku.

jumpa di sana!


ps: aku sendiri belum ada masa nak amik copies aku sendiri. sedih!


Isnin, 8 Oktober 2012

6 packs.

TETAP NAK LETAK PIC SENDIRI...



hmmm.... korang!!  kalo korang spesis yg suka borong buku tapi duit x berapa nak cukup utk borong2 buku2 kesukaan korang tuh, better korang baca entry aku nih sampai abis.

aku nak citer sket yg FIXI skang nih sudah muncul dgn kempen 6 packs!!!

6 packs???? apa????

eh, jangan teruja. 6 packs di sini bukanlah maksudnya, tokey FIXI nak menjual aku dan penulis2 lain kerana kami memiliki 6 packs yg hangat lagi menggiurkan.... sabar ya... kawal gelora nafsumu itu.

6 packs di sini bermaksud, sebuah kempen di mana pembeli digalakkan membuat belian buku2 FIXI secara pukal dgn kadar harga yg berpatutan. ha.... teruja tak?


cara2nya sangat mudah:

korang cuma perlu pilih 6 buku FIXI yg ko paling idam2kan kat SINI pastu beli dgn harga diskon iaitu RM14 secara online (harga biasa RM20, kot?). belian secara online saja. kedai MPH  tak ada kempen macam nih. POPULAR pun tak ada.

untuk pengetahuan semua, bukan semua buku2 FIXI ada dijual di kedai buku.

contohnya, POPULAR x amik HILANG, MURTAD, CEKIK, DOSA, SUAMI, ISTERI, dan CERPEN NADIA KHAN (yang 3 terakhir tu mungkin sedang dipertimbangkan, allahualam). yg peliknya, dorang ada jual novel AKU DUDA, KAU JANDA dlm satu novel. motif?!

MPH plak x jual, CEKIK, DOSA dan ISTERI. *aku x sure sama ada ISTERI tu mintak fasakh atau nusyuz, sebab SUAMI nak plak diorang jual. hmmm....

so, xyah lah korang gigih ke sana utk cari buku2 tersebut. tolonglah support kempen 6 packs FIXI nih. lagipun, kami nih semua penulis miskin2. tolonglah support kami. :)

ok, dah faham kan semua konsepnya....

JAGA JAGA ADA YANG MERATIIIIIIIIIIIIIII...............


ps: dengar2 nya, novel ketiga aku bakal berada di pasaran sebulan dua lagi. nantikan kemunculan beliau....

Ahad, 30 September 2012

baca bola.



Ok, selama ni korang dengar orang main bola, orang tengok bola, orang tidur bola mahupun orang peluk bola je kan? Pernah ko dengar orang baca bola? Pernah? Ada?

Haaa…. Kalo nak baca bola, meh sini rapatkan saf. Aku nak citer sikit.

Idea Bola ni datangnya dari tokey Fixi yang tanya sama ada aku nak join tak penulis2 tersohor yg lain utk tulis satu cerpen dlm antologi dorang yg baru berjudul BOLA. Aku nih memang x reti apa2 pasal bola. Usah kata nak sepak, nak baling pun aku tak reti. Yg aku tau pasal bola cuma gomol2 cium je. Ok, ayat misleading. Abaikan.

Tapi memandangkan aku ni memang sukakan cabaran maka terhasillah BAHLUL vs BEAUTIFUL. Bagi sesiapa yg dah dapatkan naskhah Bola, silalah bagi review utk cerpen aku. lokasi berlaku di luar stadium, so bola apakah yg dimainkan itu, silalah baca sampai habis.

Oh ya, BOLA merupakan antologi cerpen Fixi yg kedua selepas KOPI. Ada 19 cerpen kesemuanya n hanya 1500 keping yg dijual. Ia takkan dijual kat mana2 kedai buku waima kedai buku telefon sekalipun. So kalo anda nak dapatkannya, silalah buat belian online di kedai FIXI atau datang je di events yg tertentu spt yg akan di war2kan dlm FB fanpage BOLA.

Sama seperti KOPI, kalo buku nih habis dijual, takkan ada ulang cetak so awas ya jangan ada yg meroyan!

Dah, malas nak tulis panjang2. ni dia 19 cerpen yg ada dlm buku tersebut. Aku berada di bawah sekali. Save the best for last kaedahnya… ko mampu?

10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar

Rabu, 19 September 2012

ko ingat artis Malaysia je yg sibuk nak berhijrah??

Lady Gaga pun tak nak kalah yer....









ko mampu???


ps: orang zaman sekarang ni yg dah tak rajin nak blog ke atau aku yg dah tak rajin nak update blog skang nih? musykil plak tetibe.

Khamis, 30 Ogos 2012

Taboo yah!



Get ready writers and writer-wannabes.

I am sponsoring another short story writing competition. Amazing, isn't it?!?

Here are the terms and conditions:

 1) The story has to be about a taboo of some sort. If you're not sure what that is, Google it to find out.

 2) The story must be written in English, not Malay. Feel free to use Manglish, Singlish, Indolish in any dialogue if it is relevant to the story though.

3) The story should ideally be between 5 and 5,000 words. Use your imagination and see where it takes you.

Once you are happy with your efforts, send it to me at malayrhapsody(at)hotmail(dot)com. It’s as easy as that.

The deadline for submissions is Monday, 8 October. But the sooner you get it in, the better. It gives me more time to savor your fine words!

The jury will decide the winner in mid October. The winner will then receive a signed copy of Tabu. But the best part is that the winning story will be published in Anak Sastra Online Magazine in its October 2012 edition.

So who's up for the challenge? Grab your pen and paper and get started!!!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Tulis Tabu




kpd semua yg berminat menulis, sila rapatkan saf sebab aku nak buat pertandingan menulis cerpen sekali lagi....

teruja tak? teruja tak? cummed tak???

kalo dah teruja sampai cum, sila baca syarat2 penyertaan yg teramat mudah spt berikut:

1. cerpen mesti berkisar tentang Taboo. bukan Tebu mahupun Tabu, pelakon Hindi itu. Taboo. kalo tak tau apa tu Taboo, cek Wiki atau google saja!

2. pertandingan cerpen ni dibuka kpd semua yg pandai menulis dalam bahasa inglish. ya, cerpen hendaklah ditulis dlm bahasa Inglish SAHAJA. kalo nak tulis dlm Manglish (Malaysian English) or Singlish (Singapore English) or Indlish (Indon English) pun bole asalkan panel juri paham. ok?

last but  not least....

3. cerpen hendaklah sepanjang 5 ker 5000 patah perkataan. tulislah sekreatif yg mungkin ikut imaginasi terlampau anda sendiri.

dan... cerpen yg telah disiap hendaklah dihantar ke alamat email berikut: malayrhapsody(at)hotmail(dot)com

mudah, bukan?

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Isnin, 8 Oktober. Lagi cepat korang hantar, lagi bagus. sapa menang, akan dapat novel Tabu siap signature dan kata2 azimat dari aku secara free.

yg paling best, cerpen yang menang akan diterbitkan di dalam majalah online Anak Sastra edisi bln October.

So who's up for the challenge? Grab your pen and paper and get started!!!

Sabtu, 18 Ogos 2012

EID MUBARAK.




sempena syawal yg tinggal sehari je lagi nih, aku sepertimana manusia2 yg lain ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

kepada semua ahli keluarga (especially Mak), Kris, Angelina Jolie, Zac Efron, saudara mara, sahabat handai, kenalan, rakan2 di FB, rakan2 bloggers, followers di Twitter, pembaca2 Kougar, Tabu dan semua hasil penulisan aku yg lain, pendengki, pengkhianat, musuh dalam selimut, confused admirers, admirers, stalkers, boyfrens, girlfrens, teman ketawa, teman berduka, teman sekerja di pejabat, teman2 di Fixi, Kak Enon PTS, dan kesemua mereka2 yg penah muncul atau terlibat dlm hidup aku secara langsung ataupun tidak.

SEMOGA LEBARAN INI TIDAK TERUS MELEBARKAN DIAMETER PERUT KITA. AMIN.


kepada Arwah Johar Husin, semoga Ayah terus tenang di sana. You are deeply missed and loved.

by the way, aku terjumpa satu cerpen inglish lama yg aku penah post kat blog wordpress dulu. tajuknya duit raya. so, kalo korang buhsan2 tuh bacalah....

DUIT RAYA

hmmm... dah baca? best tak? ke tak best? ada aku kesah?

Selasa, 14 Ogos 2012

10 fakta lagu raya ikut sukati aku sendiri.





1. lagu raya favorite aku ada 2 je. lagu  Sepasang Kurung Biru dari Khairil Johari Johar and lagu Hari Mulia dari Sheila Majid. yg lain, biasa2 jer...

2. satu2nya lagu raya dr penyanyi kanak2 yg popular adalah lagu Suasana Hari Raya dari Anuar Zain dan Ellina. btw, aku tak kenalpun siapa si Ellina ni? apa jadi dgn dia, ek? mesti dah hijrah dgn bertudung.

3. lagu raya yg aku rasa best kalau di remake kan adalah lagu Kurniaan di Aidilfitri dari kump. Feminin. Nak bagi lagi best kalo lagu tuh feat David Guetta. Pegggh! Mesti meletop.

4. lagu raya yg paling seng2 ubs (sengal2 ubi) adalah dari Jalil Hamid. informatif tapi seng2 ubs. tajuknya Raya. mcm lagu Ayam dia jugak.

5. lagu raya popular di malam raya sudah semestinya lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda dari Mamat Exist. khas utk anak2 yg jauh di perantauan. (teringat zaman2 aku di obersi masa raya dulu. sedih oi!)

6. lagu raya paling monotonous datangnya dari Noor Kumalasari, Pulang Di Hari Raya. sesuai dinyanyikan semula oleh Maya Karin, Liyana Jasmay, ataupun Diana Danielle. Sarimah Ibrahim pun ok. Amy Mastura pun boleh gak lah.

7. lagu Suara Takbir dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah lagu iklan yg paling best so far.

8.  lagu Rap raya yg popular satu ketika dulu adalah lagu dari Kumpulan Nico. nih lagi satu, apa jadik ngan budak2 ni eh? mesti dah jadik bapak2 org...

9. lagu yg paling syahdu utk pasangan yg baru break up, gila talak atau bf/suami yg kerja jauh di tempat orang adalah lagu Pulanglah dari Aisyah. Manakala lagu yg berbaur lucah adalah lagu Suasana Hari Raya dari Ummi Tok Pah. contoh lirik double meaning: Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali. Sudilah rasa kuihku pilihlah yang mana satu...  ha nampak?

last but not least...

lagu raya yang akan terus popular sampai kiamat sudah semestinya, lagu Selamat Hari Raya dari biduan negara Saloma.

SETUJU??

HAPPY EID MUBARAK!!!

Jumaat, 10 Ogos 2012

apabila yg tak masuk akal jadi yang tak ada akal...

korang tau apa bezanya between PhD  Philosophiae Doctor (Doctor of Philosophy) dgn PhD Perasaan Hasad Dengki?

ataupun beza falsafah dgn falsampah?

ataupun beza tak masuk akal dgn tak ada akal?

ha... kalo nak tau, apa kata korang baca artikel di bawah nih dan fahamkan...

enjoyz!

Penjelasan drp rangkaian buku Popular tentang keputusan mereka untuk tidak menjual novel HILANG dan MURTAD


Risiko Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Rendah: POPULAR Tidak Lagi Menjual Buku-Buku Terbitan Fixi


so, korang dah faham ke belum??

okebai!

ps: rezeki ada di mana-mana. semoga syawal yg bakal menjelang memberikan kita lebih keberkatan.

ps2: The haters are motivators. Let them hate.

Ahad, 5 Ogos 2012

kisah sang penulis dan sang Snow White nya...



the diva.

 baru dapat news yg novel ke 3 aku insya Allah akan keluar November ni. working title is MENTAL (tajuk sebenar belom decide lagi). cerpen seterusnya yg akan dibukukan juga akan kuar pada tarikh yg sama, Insya Allah.  tajuknya, BAHLUL vs BEAUTIFUL.

the best part, cerpen Inglish pertama yg dibukukan (kalo di online tuh ada gak satu dua dah publish) plak akan kuar in Dec nanti. tajuknya, ASIAN ANGEL.

ha, teruja tak?????

so, utk meraikan keterujaan anda, apa kata korang tengok lagi pose2 Snow White di bawah. hahahah...



the cuter

the thinker

the poser

the eater

the saviour

the hunter...

the humper

the seducer

the sleeper


ps: tup tap tup tap dah sebulan dah Snow White berada di bawah empayar aku.  comel kan? harap2 dia akan terus comel dan disayangi sampai bila2. amin...

Ahad, 29 Julai 2012

A friend is one who knows you and loves you just the same - Elbert Hubbard

Since 1987, every five years, they agreed, they would return to the same place. They’d sit on the same bench with the same mountains in the background. And, they’d sit in the same order, Wardlaw on the far left, Dickson on the far right, and Rumer, Burney, and Molony in the middle. Molony always holds a jar in his right hand. Rumer has a hat of some sort on his right knee. They all wear serious expressions. (pic courtesy of John Wardlaw)












wow. aku ingat BFF macam nih hanya wujud dalam filem jer... best nye kalo aku n kawan2 aku dapat buat macam nih jugak... anyway, to all of you (you know who you are), even though we're not always together, thank you for being a great friend.

Rabu, 25 Julai 2012

Onoja "Diperkosa hingga Tewas" oleh Lima Istrinya

begitulah tajuk sari berita penting untuk kali ini.



seorang pengusaha kaya Uroko Onoja dari Lagos, Nigeria yang punyai 6 isteri telah tewas (mati) kerana telah  dipaksa utk membuat hubungan seks secara marathon dengan kesemua isterinya atas dasar cemburu.

Pengusaha kaya  itu dilaporkan sedang membuat hubungan seks dengan isteri termudanya ketika kelima-lima isterinya yang lain menyerbu masuk lalu menuntut dan memaksa beliau membuat hubungan seks dengan setiap seorang dari mereka juga, atas alasan mereka juga harus mendapatkan nafkah batin dari suami. Kesemua mereka dilaporkan memegang pisau dan tongkat sebagai senjata.

Onoja hanya sempat melakukan hubungan seks dengan 4 orang isterinya secara berturut-turut, tetapi kemudian "berhenti bernafas" ketika isterinya yang kelima naik ke ranjang.

Isteri ke enamnya kemudian membuat laporan polis dan mengatakan kelima-lima isterinya yang lain itu telah lari ke dalam hutan untuk menyembunyikan diri.

lawak tak berita ni???

ok, nih cerita benar. aku tak tahu lelaki ni Gorilla ke apa sebab ada 6 bini n lima drpd nya dah lari masuk utan. apa2pun, aku doakan semoga roh mendiang dicucuri rahmat oleh Tuhan mendiang.

utk kawan2 yg berangan nak kawin 6 tuh, sila jauh2kan diri anda dari hutan ya. kang ada plak bini2 korang yg lari ke sana.... ahaks!


Sabtu, 21 Julai 2012

kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna...


ko mampu pose macam nih? tak, kan?


kepada semua pembaca Kougar, Tabu, Kopi 3 Rasa, semua buku Fixi, pemfolo setia blog nih, pemfolo setia twitter @malayrhapsody, kenalan di FB, rakan2 siber, rakan2 di alam nyata, stalkers, famili, sedara-mara, pemegang status in relationship with Shaz Johar, famili bakal mertua, pembenci dan pengkhianat, talam dua muka, serta anda yg sedang tertanya-tanya mengapa anda berada di sini...

aku ingin mengucapkan, 

SALAM RAMADHAN 1, 1433 AL MUBARAK.

May the Ramadan bring you peace and prosperity, good health and wealth,and brighten your life forever. Amen.



Selasa, 17 Julai 2012

tips utk jadi penulis.



utk hadek2 yg baru nak blaja jadik penulis, yg sibuk tanya cana aku leh jadik penulis n caner nak menulis... well, aku dapat tips nih masa buat research utk children's author yg bernama Avi. bukan Zee Avi, itu penyanyi. nih Avi lain. kalo nak tau siapa dia n berapa ratus buku dia dah tulis, sila google.

dia kata ada 6 rahsia utk jadi penulis yg baik. cuma ada 6 jer, tak banyak. so korang ingatlah 6 perkara sebelum 6 perkara kat bawah nih.  n kalo korang apply 6 perkara aka rahsia ni dlm cara penulisan korang, nescaya korang akan berjaya utk jadi terbaik or at least one step further utk jadi penulis yg terbaik.

so malas nak citer banyak. apa kata korang baca dan fahamkan...


Six Secrets to Good Writing One: 

1. Read, read, read. Reading is the key to good writing. The more you read, the better the writer you can be. You can never read too much. 

2. Write! It's not written until it's on the paper. Story telling is a great art, but it is not story writing. 

3. Write what you would enjoy reading. You'll have more fun, and it will be better. 

4. Rewrite! No one ever writes anything well the first time. The first draft cannot be the last draft. (I rewrite my work fifty-sixty times—or more). Here's a tip: read your first draft, and if you think it's good, you are in trouble. But, if you read it and you see it's not that good, you are in great shape—to get going. The more you rewrite the better your writing will be. 

5. Write for readers. Maybe you understand what you have written, but the writer's job is to have the reader understand it. Keep in mind: writers don't write writing, they write reading. 

last but not least....

6. Listen. Read your work out loud (pencil in hand) and it will let you hear your own writing. It will almost improve itself. 


FAHAM?

KALO FAHAM, GOOD LUCK!



KALO TAK FAHAM... HMMM... ENTAH. TANYA ORANG KOT?

Sabtu, 14 Julai 2012

Snow White. a week after...

seminggu selepas berada di bawah empayar aku, nampaknya Miss Snow White dah semakin sihat n semakin pandai pose... lihat je cara dia pose depan TV, makan hati tak uolz semua??

my little Kougar.


yg penting, dia takut ngan Dato K. asal nampaknya bayang Dato K, dia lari masuk dlm bilik dia n nyorok bawah futon. oh by the way, dia ada bilik sendiri. ko hado??


ok,  nih ada few pics lagi yg aku sempat pose minggu nih.... sangat persis Snow White and the Huntsman. eh wait, Snow White and Queen Raveena sebenarnya... heheh.


menetek time...

french kiss...

we both cat napping...




gilakan aku? nih lah bahananya kalo takde anak. anak kucing pun bole jadik toys/aksesori.... sian.

oklah, nanti aku upload banyak2 gambar lagik ya!

bye!


ps: Dato K is afraid that I'm turning into a crazy cat lady. LOL!