Selasa, 14 Ogos 2012

10 fakta lagu raya ikut sukati aku sendiri.





1. lagu raya favorite aku ada 2 je. lagu  Sepasang Kurung Biru dari Khairil Johari Johar and lagu Hari Mulia dari Sheila Majid. yg lain, biasa2 jer...

2. satu2nya lagu raya dr penyanyi kanak2 yg popular adalah lagu Suasana Hari Raya dari Anuar Zain dan Ellina. btw, aku tak kenalpun siapa si Ellina ni? apa jadi dgn dia, ek? mesti dah hijrah dgn bertudung.

3. lagu raya yg aku rasa best kalau di remake kan adalah lagu Kurniaan di Aidilfitri dari kump. Feminin. Nak bagi lagi best kalo lagu tuh feat David Guetta. Pegggh! Mesti meletop.

4. lagu raya yg paling seng2 ubs (sengal2 ubi) adalah dari Jalil Hamid. informatif tapi seng2 ubs. tajuknya Raya. mcm lagu Ayam dia jugak.

5. lagu raya popular di malam raya sudah semestinya lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda dari Mamat Exist. khas utk anak2 yg jauh di perantauan. (teringat zaman2 aku di obersi masa raya dulu. sedih oi!)

6. lagu raya paling monotonous datangnya dari Noor Kumalasari, Pulang Di Hari Raya. sesuai dinyanyikan semula oleh Maya Karin, Liyana Jasmay, ataupun Diana Danielle. Sarimah Ibrahim pun ok. Amy Mastura pun boleh gak lah.

7. lagu Suara Takbir dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah lagu iklan yg paling best so far.

8.  lagu Rap raya yg popular satu ketika dulu adalah lagu dari Kumpulan Nico. nih lagi satu, apa jadik ngan budak2 ni eh? mesti dah jadik bapak2 org...

9. lagu yg paling syahdu utk pasangan yg baru break up, gila talak atau bf/suami yg kerja jauh di tempat orang adalah lagu Pulanglah dari Aisyah. Manakala lagu yg berbaur lucah adalah lagu Suasana Hari Raya dari Ummi Tok Pah. contoh lirik double meaning: Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali. Sudilah rasa kuihku pilihlah yang mana satu...  ha nampak?

last but not least...

lagu raya yang akan terus popular sampai kiamat sudah semestinya, lagu Selamat Hari Raya dari biduan negara Saloma.

SETUJU??

HAPPY EID MUBARAK!!!

7 ulasan:

  1. setuju ngan fakta no.9 JA tu...kelasss

    BalasPadam
  2. hahaha fakta no 9 tu psl double meaning. ko ckp br aku pn rs double meaning. hahaha!

    BalasPadam
  3. saya suka lagu warna warni di aidilfitri

    BalasPadam
  4. best per lagu jalil hamid tu. best kalau remake. dengan syarat jgn letak suara najwa latif

    BalasPadam
  5. suka fakta no 9. tang lagu tok pah dan fakta lagu aishah. hahahaha

    BalasPadam
  6. nampaknya semua setuju ngan fakta no. 9. alhamdulillah...

    BalasPadam
  7. 10 fakta yang menarik ! haha. yg bikin gelak, fakta pasal lagu Tok Pah. haha. btw, lagu favorite kita sama ! hehe.

    BalasPadam