Rabu, 7 April 2010

12 unbelieveable wedding & marriage records.... kau ada?



aku terjumpa story menarek nih dlm blog shine yahoo last month n memandangkan aku dah xder citer apa nak bagitau kalian pembaca tegar blog jejaka anggun nih semua maka mlm nih aku postkan lah story nih kat sini. hmmm... so enjoy jer lah!!!



1. perkahwinan paling lama bertahan.


rekod nih dipegang oleh pasangan Herbert n Zelmyra Fisher dari New Bern, North Carolina (US). mereka berdua (Herbert, 104, n Zelmyra, 101) telah berkahwin pada thn 1924 dan sehingga kini kekal menjadi suami isteri selama 86 thn. wow!!! inilah yg baru dikatakan jodoh sehingga ke akhir hayat. alangkah indahnyer kalo aku dpt pasangan yg sehidup semati u jump i jumpe mcm nih kan? hmmm...



2. perbezaan umur yg paling ketara.


jatuh kepada pasangan Sudar Marto dari Malaysia, 105, yang telah berkahwin dengan org gaji dr seberang bernama Ely Maryulianti Rahmat, yg berusia 22 tahun pd bln Sep 2006. jarak perbezaan usia antara mereka yg sebanyak 83 thn itu telahpun mengalahkan rekod nek wok dan cik musa. hahaha. kata tok sudar lagi, usia bukanlah satu penghalang utk mereka membina istana cinta yer... *oke. sila keji.

aku simpati dgn nasib atuk sudar nih sebenarnya. khabarnya, dia kawin dgn pompuan nih pun sebab nak jaga makan minum dia jer sebab isteri pertamanya waktu tuh sedang terlantar sakit.

okelah tuh kan? kang kalo bini dia xder at least ada bini baru cum org gaji yg boleh jaga makan minum dia kan? nak harap2 kan anak2 mmg nan ado lah. silap2 aribulan kene antar rumah kebajikan lah org tua nih, betol x?



3. pasangan suami isteri tertinggi


Keisha Bolton yg mempunyai ketinggian sebanyak 6 kaki 5 berkahwin dgn Wilco van Kleef, tujuh kaki setelah menjalinkan hubungan sebaik dijadikan pasangan menari dalam sebuah kelab di UK (Tall Person's Club).



4. pasangan suami isteri terpendek



jatuh kepada pasangan dari Brazil - Douglas Maistre Breger da Silva, 2 kaki 11 inci dan Claudia Pereira Rocha, 3 kaki. mereka telah berkahwin pd thn 1998.



5. kek kahwin terbesar di dunia.


Chef Lynn Mansel, pastry chef dr The Mohegan Sun casino telah mencipta sebuah kek setinggi 17 kaki dan seberat 15,032 lbs di dlm pameran New England Bridal Showcase pd thn 2007. dikatakan kek nih bole menampung 59,000 perut manusia yg kelaparan. hmmm... yummy!



6. pertunangan paling lama (pic dorang xder so aku letak pic org lain).


bukan nasha aziz dan faizal husin ataupun jejaka anggun dan dato K yer. nih pertunangan di antara pasangan Octavio Guillen dan Adriana Martinez dari Mexico. mereka berdua dikatakan telah mengikat tali pertunangan pd thn 1902 sewaktu berumur 15 thn dan hanya mendirikan rumahtangga ketika masing2 berusia 82 thn (67 years later). hmmm... perlu?



7. perkahwinan paling banyak.



rekod dunia nih dipegang oleh seorang paderi dr Blythe, California bernama Glynn Wolfe, org yg sama pegang title bercerai paling banyak jugak. sepanjang 88 thn dia hidup dia dah pernah berkahwin sebanyak 29 kali. gile kawin betul org tua nih... mesti dia suke kutip duit yg org bagi masa dtg majlis kawin dia kan? x pun dia 50-50 duit kutipan tuh ngan mak dia. mcm mak aku ngan adik aku buat. hahahah.

perkahwinan paling pendek dia selama 19 hari n yg paling panjang bertahan selama 7 thn. perkahwinan pertama pd thn 1926 n yg terakhir 1996. skang dah 2010.... aku x sure dia dah mati ke apa. kalo dia masih idup mesti dia fikir nak kawin lagi. barua betul. ahaks!



8. pasangan pengantin paling tua
(yg nih pun aku letak pic org lain).


jatuh kepada pasangan dr Perancis bernama Francoise Frenandez n Madeleine Francineau. mereka telah berkahwin di rumah orang2 tua pd thn 2002 ketika masing2 berusia 96 n 94 thn. how sweet...



9. renewal perjanjian perkahwinan terbanyak.


org puteh kalo kawin kan ada vow, i do u do, till death do us part, segala kan? korang mesti tau punyer sebab feeling2 tgk omputeh kawin dlm TV kan.... konon korang la pakai gown putih meleret2 tuh kan... jgn tipoooo.....

n yg korang x tau, ada jugak pasangan yg suke renew vow diorg nih or dlm erti kata lain kawin lagi skali lah. ada yg buat sethn sekali. ada yg buat 5 thn skalik. ada 10 thn skalik. 25 thn. 100 thn. kire ikut sukati pasangan nih la. dah namapun janji sehidup semati so dorang renew n review lah balik vow yg dorang buat masa kawin dulu apakah masih relevan utk diguna pakai lagik. kalo dah x relevan, dorang cerai. dpt duit pampasan juta2. senang kan gitu?

so adalah pasangan giler nih yg dah kawin semula sebanyak 83 kali. nama dorang Lauren Lubeck Blair dan David E. Hough. hmmm... aku x sure nak kata apa. maybe dorang nih banyak duit or giler kawin gak mcm Glynn Wolfe kat atas. yg bagusnya dorang kawin sesama sendiri. so aku wish kan all the best jer lah. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



10. perbezaan berat paling ketara.



berlaku di antara pasangan suami isteri Jon Brower Minnoch yg memiliki berat badan sebanyak 1,290 lbs n Jeannette, seberat 110 lbs. Jon meninggal pada thn 1983 selepas 5 thn bersama isteri dan dikurniakan dgn 2 cahayamata. masya allah.... dah mcm daging batang pinang!!!



11. perkahwinan paling mahal.


mungkin majlis perkahwinan aku satu hari nanti tp so far title nih masih dipegang oleh Vanisha Mittal, anak kpd lelaki kelima terkaya di dunia. dia telah berkahwin dgn Amid Bhatia, seorg investment banker & majlis diadakan di Versailles, Perancis.

majlis resepsi yg diadakan selama 6 hari tuh dikatakan bernilai $55 million dollars & telah menjemput Kylie Minogue utk membuat persembahan. hahah. rase2 datin paduka umi yg kawin baru2 nih jemput kak ziana nyanyi ada sampai kena bayar ratus2 ribu x? ker FOC sebab kire cincai, harga kawan2?



12. last but not least, bakal pengantin paling anggun.....


akulah............... kau ada?




ps: oke... tuh lah dia serba sedikit story menarik pasal org kawin. aku nih blom kawin so aku x tau lah nasib aku nnt macamana.... pd sesapa yg nak senaseb ngan aku, sila lah dptkan borang utk menjadi isteri atau suami aku di stokis2 yg berdekatan. harga boleh dirunding. tatak sumbung. sumpah!


22 ulasan:

  1. haha..paling xley blah no 12 tu..from malaysia..haha..nak2 isi borang..

    BalasPadam
  2. mcm2 skang.. pakcik bile nak kahwin ni??

    BalasPadam
  3. best gak ade entry mcm ni sekali sekala...next entry ape plak [nampak sgt aku pembaca tegar]

    BalasPadam
  4. gambar last jambu x tahan.aq rs rmi yg nk apply utk jdik suami nnt.LOL.lawak2 je k.

    tapi,family mittal mmg dahsyat ah.kekayaan india nih boleh kata mcm 65% sebab diorang je kot.dominasi melampau!

    sori lama x tempek kat sini.baru ada laptop balik.[perlu ke mntk maaf?hahah]

    BalasPadam
  5. iyl: boleh dptkan dlm majalah mangga jugak.

    syah: pakcik dah kawin. dah cerai.

    buyui: bagus jadik pembaca tegar.

    faridah: lama ko menghilang. everything's oke?

    BalasPadam
  6. xpela.. dlm byk2 ada jugak org malaysia kan?? huhuhu.. itupun, kalo Islam offer kawen 20x ke 30x sure org malaysia jugak yg rembat piala tu gamaknye.. huhuhu..

    musykil sket dgn gmbr bakal pengantin tuh.. huhuu.. gamaknya di bahu siapakah dagunya itu terlanding ek??

    BalasPadam
  7. aznee: seorang wanita spt lelaki. oke?

    BalasPadam
  8. neh mcm hint2 da nk kawen je neh..
    amboihhhhhh2.. siap promote diri lagi tuh..

    BalasPadam
  9. Suke bace blog JA..
    sngt sngt sngt menarrik..
    thumbs up!!!

    BalasPadam
  10. gle lah bang oi..mane ko dpt info ne?paling taleh blah Yg tunang lame2..kalo putus tak ke naye..haish

    BalasPadam
  11. nk borang..tpi nk jadi suami..tknak jadi bini..
    no 11 tu tk syok ar takat panggil kylie..anak sultan brunei siap panggil madonna n pussycat dolls lagi..tpi bukan masa kawin..masa besday tk silap..

    BalasPadam
  12. lawakkkk


    hantaran mau berapa dulang ni? ahahaks

    BalasPadam
  13. riben: dah kawin dah... banyak kali!!!

    dong sun: lu x der blog ker?

    hid: klaka ker? i dah cube yg terbaek.

    chokio: kan? bertunang sejam cukup ah kan?

    akukah: a ah. dia siap panggil mariah carey jugak masa bday. i ada kat party tuh. ahaks.

    ikanbilis: tujuh. feveret number tuh.

    BalasPadam
  14. Salam ziarah salam muhibbah dari
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    uhhh rasanya ini adalah entry terpanjang ko lah.... dan entry terlama kau baca.... entry terkagum aku... ko dapatkan fakta yang aku nampak jelas beb...

    dan terkedu melihat jejaka anggun tetap ade seri kat muka sambil menanti pinangan yang sampai... wooooo...

    lelaki pun ade perasaan gak kan... kawin kena isi borang... kalau kawin sekali empat pun masuk gak ye....

    BalasPadam
  15. ye ker??? oke lepas nih aku tulis yg pendek2 jer...

    BalasPadam
  16. kat mane i leyh dapatkan borang?
    hantaran berapa?
    mas kahwein brape?
    haha. :D

    BalasPadam
  17. kat carrefour ada. hantaran juta2 lah beb. kata anggun. mas kawin senaskhah al quran. ahaks.

    BalasPadam
  18. haha..
    xde mase nk berblog..
    bace blog org jew la..
    =)

    BalasPadam
  19. kalau jejaka nanti x yah laer tunag kalau boleh terus khawin sejam kemudia dapat anak...boleh?ahaks

    kat man nak dapt borang tu...alamatnya?no phone?...

    dah ready ni tunggu isyaratje.....ahahahha

    BalasPadam
  20. dong: kira setaraf ngan anonymous la nih?

    aireel: senang jer... kawin sejam dpt anak? ingat kucing ker apa?

    BalasPadam
  21. :D best punya ulasan dgn gaya tersendiri..tulis la lagiii...

    BalasPadam