Isnin, 25 Januari 2010

cintailah sungai kita

aku terjumpa pic World's Dirtiest Rivers and Lakes dlm treehugger.com.

xder apa ayat yg terkeluar dlm mulut aku selain mengucap panjang diikuti dgn muntah kecil sikit. ada 15 pics sebenarnya tapi aku cume masukkan yg top 4. top 4 nih aku yg pilih sendiri randomly sebab yg lain tuh xder lah ngeri sgt kekotoran dia kalo nak comparekan ngan sungai2 kat bawah nih.

peliknya, sungai kelang ngan sungai gombak x termasuk plak dlm top 15. tasik kat belakang umah aku pun sama. aku rase cam nak nominate jer kat blog treehugger.com nih. biar satu dunia tgk betape bersihnye sungai kita yg ala2 warna teh tarik tongkat ali ginseng kurang susu isian pekat manis tuh.




Sungai Kuning di China yg sering dicemarkan oleh sisa-sisa kilang & empangan yg membuatkan sungai nih menjadi kering atau bertukar warna ke warna merah. so lebih afdal dipanggil Sungai Merah la kan?


Tasik Tai, tasik ketiga terbesar di China. airnya berlumut & bertukar hijau akibat dr industri pembuangan & pembentungan. mcm kaler air spirulina pun ada gak, kan?


Sungai Yangtze di China. selain dicemari oleh sisa-sisa & bahan buangan dr industri di sekeliling, penambahan bilangan penduduk pun jadi faktor penyumbang kpd kekotoran sungai nih. dikatakan sungai nih juga bertanggungjawab menghasilkan sebanyak 35% fresh water fish supply utk keseluruhan negara itu.

tahniah. mesti ikan2 kat situ gemuk2 belaka.
atau mungkin jugak diorang supply ikan bandaraya skalik. heheh.


Sungai Citarum di Indonesia yg dikelilingi oleh 500 buah kilang disekelilingnya. digelar sebagai sungai yang paling tercemar di dunia. nih sungai ker jalan raya?



ps: dah lama x mandi manda kat sungai. skali skala nak feeling2 jadik anak dara berendam sambil nyanyi lagu suriram ala2 latifah omar oke gak kan?

15 ulasan:

  1. Ya~ Tuhankuuu. hanya padamuuuu.. huhu! da macam lagu ct plak! i tak berkata apa2 bila tengok sungai-sungai yang terpampang ni! terutama nya yang kat indonesia tu! rasa macam nak g amik pengaut sampah n kaut semuanya! kotor gila! euwwww!!!

    BalasPadam
  2. buekkkkkkkkkkkkkkkk
    buekkkkkkkkkkkkkkkkk
    euwkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ya aii..tasik yg berlumut tu. sure banyak ikan bandaraya sebesau paus.
    :P

    BalasPadam
  3. kotornya........erm..


    jom jejaka anggun mandi sungai bukit....lagi bersih dah sejuk...jom?

    BalasPadam
  4. ala JA, kalo nak mndi sungai pi je kat bukit cerakah..habis citer kekekeke.... aku xpenah mndi sungai lg, setakat mndi kat tali air sawah padi penah sekali hehehe

    BalasPadam
  5. may: yg tuh bukan setakat pengaut sampah nak turap sungai tuh pun dah x mampu dah nak ilangkan segala kotoran degil mcm tuh.

    mat: muntah2 nih dah berapa bulan dah nih. jgn lasak2 sgt oke...

    aireel: jom?!

    ibi: rasenyer x penah pun gi bkt cerakah. jauh.

    BalasPadam
  6. sian sungai tu dah xnmpak air dah..btw bro, berendam dalam bath tub je la nyanyi lagu suriram..haha

    BalasPadam
  7. vivi: kat sabah nyer sg pun camni kan?

    iyl: umah xder bathtub. besen bole?

    BalasPadam
  8. serius.. tergamam.. air penting dalam kehidupan kita

    BalasPadam
  9. a ahkan bulan. air tuh mmg penting. banyak air lagi penting..

    BalasPadam
  10. yaks!plg teruk gamba yg last tu....so terbuktilah sungai klang/gombak pasni selamat utk diminum..yey!

    BalasPadam
  11. mak aiii... naik juling mataku melihat sungai2 yg dh jijik tu.. huhuhu.... harap2 jgn ar sungai kat tmpt kite jd mcm tu. KARAM Singh Walia, mainkan peranan anda sebelum terlambat. hehehehe...

    BalasPadam
  12. apa kene mengena karim sigh walia ngan sg yg kotor kat indon ngan china?

    BalasPadam
  13. yeeee.geli tgk..baik mandi air hujan jer..kena panggil karam singh walia mai terjah..pastu sure sg tu jadi bersih..

    BalasPadam