Jumaat, 26 Ogos 2011

lagi kupon raya....

last day in the office before aku balik kampung esok (hopefully). then, i wont be available for a couple of days. maybe a week. hmmm.... kampung aku tuh dah lah kawasan pendalaman. dgn astro pun xder, laptop pulak buat hal, sure aku sangap giler nanti.

so, sementara korang terindu-rindukan aku nih, apa kata korang kerat2 kupon2 raya kat bawah nih. kalo ada rezeki, bole hulurkan masa kite berjumpa nanti (insyaallah), kan?

by the way, credit to pencipta kupon. namanya Mr. Saharil. semua kupon dicurik dr blog beliau - Saharil Conteng. cute blog. cerfolo.










ok, till then, selamat hari raya idul fitri mohon maaf lahir dan bathin. pecah kaca lepas romen, dah baca blog nih, harap komen. okebai!



ps: mungkin akan menggunakan waktu2 di kampung utk menulis. 3/4 sept nnt ada discussion utk novel seterusnya, Bibi dgn bos Fixi. kalo ada rezeki, adalah nanti di pasaran....


Rabu, 24 Ogos 2011

syawal bakal menjengah....



lebih kurang 5 hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya utk tahun nih.

wow... cepat betul masa berlalu ek? rasa2nya baru jer semalam aku gigih bersahur, tup2 x esok lusa dah nak raya. sedihlah nak meninggalkan ramadhan. bole gitu?

speaking bout raya, thn nih aku akan celebrate kat kampung. seingat aku last skali aku celebrate kat sana masa umur aku 8 thn. gile lama tuh. sedihlah. ayah aku meninggal kot arituh. dats why mak aku pun malas2 nak balik sana. kalo balik pun dah 2-3 ari raya kat KL.

kalo kenang2kan balik sebijik mcm drama Rashid Sibir. cuma mak ayah aku tak tepok ataupun kaki berulat2 sampai busuk jer waktu tuh. plus, xder scene asap2 satu serambi rumah. kalo x, sah2 layak menang Anugerah Skrin.

hmm... okelah. raya2 kene gembira so x mau ingat memori silam yg sedih2. not nice.

so sempena hari raya yg mulia nih aku nak mengucapkan jutaan ampun dan maaf kalo ada yg sakit ati terbaca entry2 dlm blog yg x seberapa nih. kununla ada yg baca blog nih. hahah. blog nih bukannya glamer pun, yg glamer tuannya jer... hahah...

and pada kalian yg nak meminta maaf plak, sila gunting keratan di bawah dan tunjuk ketika bersalaman yer. kalo xder, aku x layan.





*kupon dicurik dari blog Saharil Conteng.


ps: semoga lebaran ini tidak melebarkan perut kita. amin.

ps2: ada org tulis entry kenapa lagu raya or drama raya mesti sedih2, aku jawab sebab kite org melayu. mmg cepat emo. betul tak?


Ahad, 21 Ogos 2011

sa-tegok membuka selera, sa-gelas memuleh tenaga.

9 hari jer lagi kita nak menyambut syawal. apakah kalian masih gigih berpuasa atau lebih kpd sekadar berlapar dan dahaga spt jejaka yg anggun ini?

jika ya, pernahkah kalian mencuba minuman ini ketika berbuka puasa?




jika pernah, syabas. kalian mmg lahir dr mazhab yg lain.



ps: anyway, bagaimana dgn imej bertudung ai sempena hari2 terakhir bulan ramadhan nih? kalian suka? ini bkn satu penghijrahan yer tp bak meniru kata2 penyanyi Alyah, ia hanyalah sekadar utk menghormati event semata2. boleh?



*gambar iklan Guiness itu dicuri dr blog Niamah!


Jumaat, 19 Ogos 2011

sembang adik2 laha...

perbualan bermula apabila kakak tulis status TERINGIN NAK MAKAN BATANG BURUK YG SEDAP kat BBM.



adik: kakak, kakak teringin nak mkn batang buruk ker? batang zack buruk kot, cuba kakak tanya dia...

kakak: bengong.

adik: kakak kat mana nih? kerja ker?

kakak: kerja ler. kakak kan wanita bekerjaya... x macam adik, wanita cur. mana reti bekerja, malah hanya tahu dikerjakan saja, kan?

adik: LOL. kakak memang kelass... syabas!

kakak: suke kau kan? adik jaga2 tau, jgn cur sgt nanti kene simbah asid. skang nih port adik cur depan abang remp kat sogo tuh dah jadik black area dah... bile kene simbah nanti jgn ingat tuh pesta songkran tau! itu bkn air yer dik, tp sesungguhnya itu adalah asid. cuke getah yer, bukan cuka masakan. dont play2.

adik: tu lah. byk warga tasik dengki kat kita skarang nih sebab kita lagi cantik dr dia orang. takut kene simbah asid, kakak. mmg kecantikan itu membawa padah, kan? susah cantik nih...

kakak: yer, yg cantik mcm kakak memang susah ati. tp yg huduh mcm adik nih beria-ia sangat kenapa? kakak musykil lah!

perbualan terhenti. mungkin si adik sentap. hahah!



*kakak pose gigit bahu pun nampak cantik dik... adik mampu, ker?


ps: apa2pun aku doakan semoga mangsa terkini, Mohd Raffie Abdul Latiff, tabah dan sabar dgn dugaan tuhan. besar manakah dosa beliau sampai dibalas begitu. dan kpd si penyimbah asid tuh, moga2 kau dikenakan balasan yg setimpal. Hinalah hidup kau sampai akhirat! coi!!!



Selasa, 16 Ogos 2011

entri persiapan raya.

lagi 2 minggu jer kita nak meyambut syawal. tentu korang semua dah start planning nak buat kuih raya, kan?



aku spt biasa, mmg xkan buat apa2. malaslah aku. maybe nak beli kerepek2 manja dan kuih batang sedap buruk jer. siapa yg dtg nanti, aku lambakkan dgn apa yg ada. itupun kalo aku rajin, kalo aku malas, aku x jemput masuk. senang.

baju pun camtuh. baju kurung cekak musang melayu warna merah menyala tuh dah 2 thn dah aku pakai. niat ati malas dah nak beli yg baru tp kalo aku jumpa yg comel2 n murah nnt, aku sambarlah sepasang. bkn apa, sah2 aku pakai baju melayu 2 kali jer setahun. yg lain dlm wardrobe aku semua baju omputeh designer label. jd perlu ker aku beli banyak2, kan?



lagipun duit banyak kuarkan bulan nih. dgn bajet duit raya utk anak buah lagi. setiap thn ada jer bertambah sorang, anak sendiri non ado plak nak timbul2. yg paling best, anak buah yg sepanjang thn x penah berjumpa tp tetibe muncul di pagi syawal pun ada. yg tuh magik sgt. mak bapak dia blaja ngan chris angel kot? pandai betul memanipulasikan keadaan.

kad raya... ha, nih lagi satu. aku dah dpt terima hakikat yg dunia dah semakin go green. no more kad raya. yg ada semua online greetings. bole antar2 kat phone bagai. so x yah risau bajet kad2 nih. hahaha. tp rindu jugak saat2 dpt kad raya mcm zaman aku kecik2 dulu... waktu tuh dpt kad raya terasa mcm dihargai sgt. terasa mcm abang angkat kitela yg paling ramai kat sekolah... ahaks!

this year, aku dah balik KL. no more beraya di perantauan so dah x rindu dgn lagu Beduk Berbunyi lagik. utk sedara mara kawan2 aku kat bawah nih... mereka tujukan ucapan ini khas utk kalian.



ps: pada sesiapa yg sakit hati baca blog nih ada aku kesah? aku ingin ucapkan selamat hari raya. mahap zahir dan batin. aku insan yg lemah. hanya mampu berserah. wasalam.

Jumaat, 12 Ogos 2011

aku sepasang selipar...



lihat pic di atas. selipar nih dicipta oleh Chipkos. harga sepasang $18,000. yer, bukan $1.80 atau $18. tapi $18,000. korang mampu? sah2lah x kan?

kenapa harga dia mahal sgt, ek?

sebab lukisan yg mcm conteng2 anak buah akupun reti buat nih dilukis by hand oleh renowned LA-based artist, David Palmer. katanya utk buat charity di mana dgn setiap kutipan pembelian, Chipkos akan adopt 100,000 sq ft keluasan hutan di Costa Rica utk permuliharaan hutan tuh n segala isi kandungan di dlmnye. murnilah kan?



benefits kpd pembeli plak...

selain melabur $18,000 utk tujuan charity, pembeli flip-flops nih juga akan dpt bertemu secara private dgn artistnya (Mr. Palmer) sendiri. pembeli juga berpeluang utk stay selama 2 mlm di Montage Hotel, hotel mewah yg eco-friendly di Beverly Hills, akan dpt sekeping lukisan istimewa (one-of-a-kind hand painted) dr Mr. Palmer, dpt mahogany wood and glass display case, dpt certs, dpt Chipkos carrying bag n last skalik dpt 6 gram hand-made solid 18 carat eco-friendly gold Chipkos emblem. dah mcm hadiah pemenang More Jutaria. interested??

kalo interested, sila dapatkannya di pasaran. but ada satu masalah, selipar nih hanya mucul dlm satu saiz jer iaitu 8/9 men. so kalo agak2 kaki anda persis gajah atau sang kancil, sila dermakan duit anda ke tempat lain. tp dah beli berbelas ribu, xkan la korang nak bawak gi pasar plak kan? sah2lah korang nak frame. so x kisahlah size apa pun...

bole????




ps: aku x mampu nak beli selipar mahal2 nih. skang nih pun pakai selipar tat sing jer...

Selasa, 9 Ogos 2011

Nek Wok versi omputeh.

kenal x nenek nih?



dia nih adalah salah seorg wanita terkaya di Spain, punyai 12 istana n sedara bau2 bacang dgn King James II, Winston Churchill and Diana, Princess of Wales.

nama sebenar dia Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. oke, sila tarik nafas dan baca sekali lagi. Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. mampu? syabas.

anyway, nama panggilan dia, Duchess of Alba. aku x sure plak kenapa Alba, maybe dia feeling2 dia Jessica Alba. dia kini dah berusia 85 thn. pencapaian dlm hidup:



selain diiktiraf sbg pemegang title terbanyak di dunia, iaitu 7x duchess, 22x countess n 24x marquesa. dia juga dilantik sbg ketua di House of Alba, ada privilege utk x payah kneel down depan pope n ada kuasa utk menunggang kuda masuk ke dlm Seville cathedral. ajaib kan kuasa dia?

yg paling penting, harta dia? well... dia ada duit berkepuk2 sekitar $850 million and $5 billion.

ok, now korang mesti tanya kenapa aku nak citer pasal dia dlm entry kali nih? haha. actually, aku ada terbaca news pasal nenek nih tadi. katanya dia nak kawin dgn org biasa. org kebanyakan yg 24 thn lg muda dari dia. nama mamat tuh Alfonso Diez. dia claim dia nak serahkan semua harta di kat mamat nih. demi cinta katanya. bertuahkan?



anak2 dia merentan. anak2 dia kata jgn nak feeling2 mcm Nek Wok yer, mamat nih nak pau duit dia jer but nenek nih tetap dgn rasa hati yg mamat nih pun cinta mati jugak kat dia. alahai....

mungkin betul apa yg dia katakan. kita rakyat jelata nih jgn nak menyangsang x tentu arah. dah tuh rezeki dia. ahaks!!!

ps: utk Nenek Alba, cucu doakan nenek kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
bile cucu nak dapat sejuta nih? bukannya banyak manapun, sejuta jer... thanx....

Ahad, 7 Ogos 2011

citer monyet....

tadi aku tgk citer rise of the planet of the apes kat pavi. terus-terang aku cakap, citer nih memang best. on the whole, aku bagi 8 out of 10 stars.


mamat yg jadik monyet dlm citer memang mantap. nama sebenar dia Andy Serkis. dia nih kalo korang nak tahu dlm citer Lord of the Rings, dia yg jadik Gollum tuh. dlm citer King Kong plak, dia jadik King Kong n dlm filem nih sekali lagi bawak watak bukan manusia. kire mmg bakat dia tahap haiwanlah... syabas!

citer nih xde kene mengena ngan citer Apes lakonan Mark Wahlberg dulu tuh or citer Apes thn 60an dulu. semua guna teknik CGI so xder topeng yg nampak mcm Michael Jackson.





jln citer dia pun lain sket. ia mengisahkan tentang sorang doktor yg sibuk carik ubat utk penyakit alzheimer. so doktor nih n geng2 lab dia guna chimpanzee utk test ubat tuh. at the end, ubat tuh dah makan diri n chimp tadi nih dah jadik bijak pandai mengalahkan manusia. evolution sgt!

so pada siapa yg suke mendera binatang tuh, tgk lah citer nih. sikit sebanyak filem nih ajar kita menyayangi haiwan cuz dia orang dia binatang pun ada perasaan lebih kurang sama mcm kita jugak.

ok, next movie yg wajib ditonton... Life of Pi. tarikh tayangan Dec 2012. gile lambat lagi. ntah ada rezeki ker tidak time tuh... hmmm....




ps: still menerima penyertaan utk KOUGAR KONTEST. maklumat lanjut sila klik pada link tersebut. tengs!

Rabu, 3 Ogos 2011

gigih part 2.

dulu aku ada buat entry tajuk Gigih (sila klik) and sekarang nih aku nak buat satu lagi entry pasal kegigihan sorang lagi manusia...

manusia nih bernama Vaibhav Bedi, seorang lelaki India berusia 26 tahun yg dilaporkan telah menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited) kerana katanya produk keluaran sykt tersebut iaitu perfume AXE telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’ kepada dirinya. sian...

mental dia menderita sebab dia dah guna produk AXE nih selama lebih dari 7 tahun tp sampai sekarang dia masih belum berjaya memikat perempuan. hahah. ko mampu?



korang baca kegigihan mamat nih pastuh renung2kan....

dia nih dah ikut segala arahan pada pek produk2 yg dia beli. contohnya mcm menyimpannya di tempat sejuk dan kering, letak jauh dr cahaya matahari atau tempat panas, menggunakan penggaris sebelum menyemburkan deodorant utk memastikan jarak di antara nozzle n ketiak dia at least 15 cm n yg paling penting, dia pernah pukul anak buah dia yg berumur 5 thn just because budak tuh main2 kat area almari dia. sesuailah dgn arahan produk tuh yg kata produk nih harus dijauhkan dari kanak2.

muke dia not bad lah utk stok2 tintidis tapi sampai ke sudah xder siapa pun yg ingin nak berdating ngan dia... sian ek?



so, skang dia dah serahkan semua produk yg dipakai (deodorant sprays,perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels) utk dijadikan bahan bukti. *tilam ngan cadar jer dia x antar sebab tuh kes lain. ahaks.


aku doa2kan agar dia menanglah dlm kes nih. kesian campur klaka gak citer dia nih. tp aku rasa kalo kalahpun x per jugak. aku yakin ada ramai lelaki di luar sana yg teringin nak ajak dia dating. muke dia bole tahan sedap jugak, kan? ahaks!

ps2: penyertaan KOUGAR KONTEST masih dibuka. sila klik di sini KOUGAR KONTEST utk mendapatkan maklumat lanjut. wasalam.