Selasa, 9 Ogos 2011

Nek Wok versi omputeh.

kenal x nenek nih?



dia nih adalah salah seorg wanita terkaya di Spain, punyai 12 istana n sedara bau2 bacang dgn King James II, Winston Churchill and Diana, Princess of Wales.

nama sebenar dia Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. oke, sila tarik nafas dan baca sekali lagi. Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva. mampu? syabas.

anyway, nama panggilan dia, Duchess of Alba. aku x sure plak kenapa Alba, maybe dia feeling2 dia Jessica Alba. dia kini dah berusia 85 thn. pencapaian dlm hidup:



selain diiktiraf sbg pemegang title terbanyak di dunia, iaitu 7x duchess, 22x countess n 24x marquesa. dia juga dilantik sbg ketua di House of Alba, ada privilege utk x payah kneel down depan pope n ada kuasa utk menunggang kuda masuk ke dlm Seville cathedral. ajaib kan kuasa dia?

yg paling penting, harta dia? well... dia ada duit berkepuk2 sekitar $850 million and $5 billion.

ok, now korang mesti tanya kenapa aku nak citer pasal dia dlm entry kali nih? haha. actually, aku ada terbaca news pasal nenek nih tadi. katanya dia nak kawin dgn org biasa. org kebanyakan yg 24 thn lg muda dari dia. nama mamat tuh Alfonso Diez. dia claim dia nak serahkan semua harta di kat mamat nih. demi cinta katanya. bertuahkan?



anak2 dia merentan. anak2 dia kata jgn nak feeling2 mcm Nek Wok yer, mamat nih nak pau duit dia jer but nenek nih tetap dgn rasa hati yg mamat nih pun cinta mati jugak kat dia. alahai....

mungkin betul apa yg dia katakan. kita rakyat jelata nih jgn nak menyangsang x tentu arah. dah tuh rezeki dia. ahaks!!!

ps: utk Nenek Alba, cucu doakan nenek kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
bile cucu nak dapat sejuta nih? bukannya banyak manapun, sejuta jer... thanx....

9 ulasan:

  1. panjangnya nama dia =.='

    dia nak bagi SEMUA kat mamat tu.tak de sikit pun untuk anak dia? 0.0

    BalasPadam
  2. hohohhohoho.. tercungap2 nak menyebut nama opah alba tu... primadona sgt... bertopi reben2...

    BalasPadam
  3. hana: anak dia dptlah sikit tapi laki dapat lagi banyak lah kan.....

    faiz: kan? ko x nak kawin ngan dia?

    ed: so bole guna utk nama time drag kan?

    BalasPadam
  4. tu la ko duduk kepuk lg kt mesia cuba dia nampak ko mau dia tolak tepi je mamat tu kannn???

    BalasPadam
  5. buyui: aku pun rasa cam tuh... ish!

    BalasPadam
  6. yezza !!! sangat boleh... makan ati hakak2 kat sekitar BB.. bungkus.. oppss

    BalasPadam
  7. Mohon diberikan ruang untuk menyampaikan berita baik ini!

    Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

    Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi super kool edisi terhad + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

    Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out - butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:

    http://diskopi.wordpress.com

    Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda supaya kawan-kawan anda yang lain juga tahu tentang peluang baik ini.

    Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline.

    Terima kaseh.

    BalasPadam