Rabu, 7 April 2010

12 unbelieveable wedding & marriage records.... kau ada?



aku terjumpa story menarek nih dlm blog shine yahoo last month n memandangkan aku dah xder citer apa nak bagitau kalian pembaca tegar blog jejaka anggun nih semua maka mlm nih aku postkan lah story nih kat sini. hmmm... so enjoy jer lah!!!



1. perkahwinan paling lama bertahan.


rekod nih dipegang oleh pasangan Herbert n Zelmyra Fisher dari New Bern, North Carolina (US). mereka berdua (Herbert, 104, n Zelmyra, 101) telah berkahwin pada thn 1924 dan sehingga kini kekal menjadi suami isteri selama 86 thn. wow!!! inilah yg baru dikatakan jodoh sehingga ke akhir hayat. alangkah indahnyer kalo aku dpt pasangan yg sehidup semati u jump i jumpe mcm nih kan? hmmm...



2. perbezaan umur yg paling ketara.


jatuh kepada pasangan Sudar Marto dari Malaysia, 105, yang telah berkahwin dengan org gaji dr seberang bernama Ely Maryulianti Rahmat, yg berusia 22 tahun pd bln Sep 2006. jarak perbezaan usia antara mereka yg sebanyak 83 thn itu telahpun mengalahkan rekod nek wok dan cik musa. hahaha. kata tok sudar lagi, usia bukanlah satu penghalang utk mereka membina istana cinta yer... *oke. sila keji.

aku simpati dgn nasib atuk sudar nih sebenarnya. khabarnya, dia kawin dgn pompuan nih pun sebab nak jaga makan minum dia jer sebab isteri pertamanya waktu tuh sedang terlantar sakit.

okelah tuh kan? kang kalo bini dia xder at least ada bini baru cum org gaji yg boleh jaga makan minum dia kan? nak harap2 kan anak2 mmg nan ado lah. silap2 aribulan kene antar rumah kebajikan lah org tua nih, betol x?



3. pasangan suami isteri tertinggi


Keisha Bolton yg mempunyai ketinggian sebanyak 6 kaki 5 berkahwin dgn Wilco van Kleef, tujuh kaki setelah menjalinkan hubungan sebaik dijadikan pasangan menari dalam sebuah kelab di UK (Tall Person's Club).



4. pasangan suami isteri terpendek



jatuh kepada pasangan dari Brazil - Douglas Maistre Breger da Silva, 2 kaki 11 inci dan Claudia Pereira Rocha, 3 kaki. mereka telah berkahwin pd thn 1998.



5. kek kahwin terbesar di dunia.


Chef Lynn Mansel, pastry chef dr The Mohegan Sun casino telah mencipta sebuah kek setinggi 17 kaki dan seberat 15,032 lbs di dlm pameran New England Bridal Showcase pd thn 2007. dikatakan kek nih bole menampung 59,000 perut manusia yg kelaparan. hmmm... yummy!



6. pertunangan paling lama (pic dorang xder so aku letak pic org lain).


bukan nasha aziz dan faizal husin ataupun jejaka anggun dan dato K yer. nih pertunangan di antara pasangan Octavio Guillen dan Adriana Martinez dari Mexico. mereka berdua dikatakan telah mengikat tali pertunangan pd thn 1902 sewaktu berumur 15 thn dan hanya mendirikan rumahtangga ketika masing2 berusia 82 thn (67 years later). hmmm... perlu?



7. perkahwinan paling banyak.



rekod dunia nih dipegang oleh seorang paderi dr Blythe, California bernama Glynn Wolfe, org yg sama pegang title bercerai paling banyak jugak. sepanjang 88 thn dia hidup dia dah pernah berkahwin sebanyak 29 kali. gile kawin betul org tua nih... mesti dia suke kutip duit yg org bagi masa dtg majlis kawin dia kan? x pun dia 50-50 duit kutipan tuh ngan mak dia. mcm mak aku ngan adik aku buat. hahahah.

perkahwinan paling pendek dia selama 19 hari n yg paling panjang bertahan selama 7 thn. perkahwinan pertama pd thn 1926 n yg terakhir 1996. skang dah 2010.... aku x sure dia dah mati ke apa. kalo dia masih idup mesti dia fikir nak kawin lagi. barua betul. ahaks!



8. pasangan pengantin paling tua
(yg nih pun aku letak pic org lain).


jatuh kepada pasangan dr Perancis bernama Francoise Frenandez n Madeleine Francineau. mereka telah berkahwin di rumah orang2 tua pd thn 2002 ketika masing2 berusia 96 n 94 thn. how sweet...



9. renewal perjanjian perkahwinan terbanyak.


org puteh kalo kawin kan ada vow, i do u do, till death do us part, segala kan? korang mesti tau punyer sebab feeling2 tgk omputeh kawin dlm TV kan.... konon korang la pakai gown putih meleret2 tuh kan... jgn tipoooo.....

n yg korang x tau, ada jugak pasangan yg suke renew vow diorg nih or dlm erti kata lain kawin lagi skali lah. ada yg buat sethn sekali. ada yg buat 5 thn skalik. ada 10 thn skalik. 25 thn. 100 thn. kire ikut sukati pasangan nih la. dah namapun janji sehidup semati so dorang renew n review lah balik vow yg dorang buat masa kawin dulu apakah masih relevan utk diguna pakai lagik. kalo dah x relevan, dorang cerai. dpt duit pampasan juta2. senang kan gitu?

so adalah pasangan giler nih yg dah kawin semula sebanyak 83 kali. nama dorang Lauren Lubeck Blair dan David E. Hough. hmmm... aku x sure nak kata apa. maybe dorang nih banyak duit or giler kawin gak mcm Glynn Wolfe kat atas. yg bagusnya dorang kawin sesama sendiri. so aku wish kan all the best jer lah. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



10. perbezaan berat paling ketara.



berlaku di antara pasangan suami isteri Jon Brower Minnoch yg memiliki berat badan sebanyak 1,290 lbs n Jeannette, seberat 110 lbs. Jon meninggal pada thn 1983 selepas 5 thn bersama isteri dan dikurniakan dgn 2 cahayamata. masya allah.... dah mcm daging batang pinang!!!



11. perkahwinan paling mahal.


mungkin majlis perkahwinan aku satu hari nanti tp so far title nih masih dipegang oleh Vanisha Mittal, anak kpd lelaki kelima terkaya di dunia. dia telah berkahwin dgn Amid Bhatia, seorg investment banker & majlis diadakan di Versailles, Perancis.

majlis resepsi yg diadakan selama 6 hari tuh dikatakan bernilai $55 million dollars & telah menjemput Kylie Minogue utk membuat persembahan. hahah. rase2 datin paduka umi yg kawin baru2 nih jemput kak ziana nyanyi ada sampai kena bayar ratus2 ribu x? ker FOC sebab kire cincai, harga kawan2?



12. last but not least, bakal pengantin paling anggun.....


akulah............... kau ada?




ps: oke... tuh lah dia serba sedikit story menarik pasal org kawin. aku nih blom kawin so aku x tau lah nasib aku nnt macamana.... pd sesapa yg nak senaseb ngan aku, sila lah dptkan borang utk menjadi isteri atau suami aku di stokis2 yg berdekatan. harga boleh dirunding. tatak sumbung. sumpah!


Isnin, 5 April 2010

hiburan yg menyesatkan telinga.

memule skalik aku nak tanya, sapa di kalangan pembaca blog aku nih yg masih setia menonton AF?

huh?! maseh ada? kenapa?!!!!



setelah 3 minggu aku luangkan masa menonton AF, aku rase citer lawak nyanyian nih mmg betul mencabar intelektual aku sebagai penggemar lagu. aku rase macam menonton bintang RTM zaman siti menang dulu. no wait, aku rasa bintang RTM tuh pun lagi bagus. eh jap, bintang kecil lagi bagus dr bebudak tuh semua. budak2 AF nih dah lah xder bakat, rupa pun ke laut. sian.

aliff, pls la hentikan suara parau ko tuh cuz its very annoying n maulana, be realistic. you are in the competition so you shd smile and happy kalo ada org yg kuar so stop crying for god sake. ko ingat ko nangis tuh org nak vote ko? ko tetap kat bottom three every week kan? and sarimah, x yah jadik aznil. x yah nak buat drama sedih2 masa ko nak announce sapa yg kena kuar. your malay isnt that good so dont waste your time. ckp jer, "OK, you're out. adios. see you after the show," mcm ryan seacrest. kan abis citer....





then, mari kite beralih plak ke anugerah bintang popular 2009 (or "sort of award" bak kata dato khaty) malam tadi.

overall, i think it is just oke. pemenang semua dah well expected. siti again? of course. nabil? of course! aznil? fafau? rabbani? of course! of course! of course! tp aku x nak blame org msia cuz dah balik muke2 tuh jugak yg disogok kat mass media so muke2 tuh jugaklah yg glamer, kan?




n aku jugak setuju sgt bila siti kata dia dah x nak bertanding dlm anugerah nih lagi. 1st, dia sendiri dah muak jadik pemenang so hadiah keta yg dia dpt tuh dia bole beli lagi sepuluh bagi kat org lipis. n 2nd, better dia tarik diri sekarang b4 jatuh tersungkur mcm artis yg kene boo mlm tadik. sian ek?

performance, xder satu pun yg buat aku wow. aku tunggu gak gaya performance ala pink, or beyonce or gaga tp haram... yg ada gaya budak2 mana ntah nyanyi lagu feminin dgn pitching entah ke mana, penyanyi nasyid yg lupe lirik (how could you lupe lirik masa nyanyi lagu utk kawan sendiri?), and penyanyi rock (or pop rock) yg merasakan jeritan itu wajib jika anda mau menjadi pendengar setia lagu2 rock tegar.



x cukup dgn tuh, dress artis yg naik pentas plak mmg OMG. aku speechless so i thk i better reserve my comments la. i x nak jadik mcm joan rivers. ucapan2 pendek mmg bersesuaian so org x komplen cuma yg buat aku tertarik bile mendengar ucapan dato khaty yg dah mcm khutbah jumaat. n david teo.... kau kenapa?

oke. oke. cukup dgn komplen. kang ada plak org yg saman aku. tp apa2pun aku tetap nak ucapkan kudos pada kak engku n shira yg jadik host mlm tuh. at least lawak korang buat aku gelak sikit. n bebudak adnan sempit yg klaka, statement "ticklish ticklish stock" korang tuh mmg buat aku gelak cam shial. n 1 more thing, aku baru perasan yg tiz zaqyah tuh chantek orangnyer....






ps: buyui tanya napa aku x review american idol lagi. jawapannya mudah. american idol thn nih pun x best. so far, xder sorang pun yg berjaya kalahkan crystal bowersox. kalo dia kuar mcm nasib daughtry, mmg kesian.

Ahad, 4 April 2010

lelaki berhalkum kecil... apa kata survey!




ada kawan aku citer kat dlm phone tadik...

dia punyer partner sorang lelaki hensem tapi penuh tatasusila. ckp perlahan, lemah lembut, susah betul nak tinggikan suara.

memula, dia suke la dpt laki mcm tuh tapi bile lelama, dia rasa cam bosan plak. asal borak jer, dia x dengar apa yg laki tuh cakap. kalo kat umah rasenyer bole lah tutup TV ker radio ker sliding door ker kan semata mata x nak bagi gangguan dr pencemaran bunyi di luar tp kalo lepak kat luar, caner?




nak2 nyer kat kedai mamak. pastuh mamak tuh plak pasang game bola kat skrin besar. sah2 lah hiruk pikuk kan? so caner dia nak borak2 ngan partner dia tuh?

tadi dia org gaduh lagi. dia kata dia suruh bf dia tuh increase volume sket kalo nak bercakap sebab dia x dengar. pastuh bf dia salahkan TV terlalu kuat. fine, dia decrease kan volume kat TV tuh tp bile dia still x dengar, dia sound lah bf dia skalik lagi.

yg mencetuskan kemarahan bile bf dia buat x reti jer. terus jugak bercerita dgn nada ringtone yg termat lah rendah. last2 dorang gaduh. dia tensi bile bf dia ignore request dia so dia pun ignore jer lah citer yg dia x berapa nak dengar yg kuar dr mulut bf dia tuh...




hahahaha. klaka kan?

so skang, yg jadik mangsanya aku. bile aku suh dia mintak mahap balik, dia kata asyik dia jer yg mintak mahap. bukan skalik dua dia suh bf dia tinggikan suara sikit. n bukan skalik dua jugak dia mintak mahap sebab ignore citer bf dia tuh atas alasan yg sama.

nak tunggu bf dia mintak mahap plak, ntah bila la plak kan? memasing kalo dah stubborn susah lah kan?




aku tetap ngan nasihat aku suh dia mintak mahap jer lah. buat apa nak muncung2 ngan bf sendirik sebab bende kecil. sapa suh dia kawan ngan jantan halkum kechil cam tuh??? betul x???? or korang ada nasihat yg lebih bagus utk di sua kan ke muke budak nih?




ps: anyway, happy easter sunday everyone.... pada yg kristian tuh jgn puasa yang yok oke....

Sabtu, 3 April 2010

pengantin popular

happy good friday pada yang celebrate jumaat yg baik tadi n happy easter pada pekerja2 reban ayam yg dok sibuk mengutip telur2 gred A omega 3 utk dijadikan easter eggs pada tahun nih.....

aku xder citer apa. penat bekerja. meeting pagi2 buta tadik pukul sembilan sampailah ke pukul satu n lepas lunch break, sambung keje lapan jam sampai kul 10 mlm. gilo kan? balik umah, lepak2 tgk desperate housewives n sbl tido gigih jugak nak pose satu entry.

bukan apa, aku terjumpa gambar kawin pasangan pengantin nih n aku rase nak share kan la kat semua. menariknya bila aku tgk pic2 nih, pic pertama buat aku teruja, pic kedua buat aku terkesima, n pic ketiga menimbulkan rasa simpati.

hmmm... kenapa? gunakan imaginasi anda & renung2kan picz di bawah....







aku harap jodoh datuk n datin paduka berkekalan. nampaknya mereka berkongsi minat dan rahsia kecantikan yg sama. ;p



ps: salam takziah kpd keluarga allahyarham din beramboi. semoga roh arwah ditempatkan di sisi roh2 yg disayangi allah swt. amin.

Khamis, 1 April 2010

tamu tengah malam.


malam tadi tepat pukul 12.30 tgh malam hp nokia 3310 aku tetibe jer berbunyi. mulenyer aku ingatkan kawan aku yg kol nak ajak berembun tp rupe2nyer adik aku yg kol. dan2 tuh jugak darah aku berderau cuz slalunye kalo dia kol pasti ada family member yg masuk spital or meninggal.

bile aku jawab phone tuh dgn muke penuh ketakutan ala2 muke drew barrymore dlm filem the scream, skalik adik aku bgtau aku yg dia, mak aku ngan abg aku dah ada depan umah nak dtg bertandang..... hmmm... diulangi datang bertandang umah aku pukul 12.30 am. motif?


*sah2 la aku yg paling anggun dlm 4 jantan nih semua kan? pengantin tuh adik bongsu, yg manja tuh adik aku n yg muke poyo tuh abang aku la....


yer motif nyer lagi mengejutkan dr apa yg aku duga yer...

kata abang aku, dia dtg membawa niat. niatnya mudah jer. dia ada kenalan pompuan yg dia suke nak jodohkan ngan adik dia yg anggun sorang nih. budak tuh org johor, kerja sbg cikgu, orangya manis, sopan santun dan lemah lembut kire amat sesuai la dgn aku yg jugak manis, sopan santun dan lemah lembut nih kan???




blom pun dia sempat abis perenggan pertama ayat dia, aku terus gelak besar n jerit, "TAK MO LAH!!!"

dia terkejut. adik aku plak tumpang gelak. mak aku lagilah, gelak besar. lepas tuh ngan muke yg x reti nak cover terus tanya napa aku x nak plak?

aku lom jawab, mak aku dah jawab dulu.... "kalo dia kawin caner plak ngan dato K... sian dia tinggal sorang...." berani mati x statement mak aku?



skalik dia gelak. rupa2nyer abang aku tuh saja buat gempak jer. dia kata dia pun x hingin nak carik jodoh utk aku sebab kawan2 dia semuanyer x hensem. kaya pun x. hahahaha. baek punyer statement kan?

actually dorang dtg tgh2 malam semata2 nak bagi aku surat penting utk aku sign depan lawyer secepat mungkin. surat tuh utk tukar nama umah mak aku ke nama dia so lawyer nak lah semua adik beradik setuju b4 umah tuh bertukar milik.

motifnyer skang, perlu x gigih dtg ke rumah aku mlm2 buta semata2 sebab sekeping surat? nampak sgt aku kupu2 malam kan? ker dia yg gile harta? jeng! jeng! jeng!



ps: skang aku tgh fikir, nak pakai sunglasses besar yg mana mase jumpa lawyer tuh nanti. hmmm...

Selasa, 30 Mac 2010

he's gay, so what?


ricky martin ari nih announce bahawasanya dia adalah sorang fortunate homosexual man, gitu. anda terkejut? ataupun teruja?

aku dah berkurun tau status dia n aku respect sebab akhirnya dia nak reveal jugak sapa diri dia yg sebenar. at least dia xder lah jadik cam artis lelaki kat msia nih yg sentiasa coverina walaupun satu malaya dah tau sapa dorang tuh sebenarnya. hahah.




teringat kisah sorang kawan nih yg mati2 mengaku dia straight walhal bile lelaki pegang2 tangan, dia dah mule stim dah. pastuh ingat lagi sorang mamat nih yg dah beranak 4-5 orang, muke pun ganas giler mcm bapak sutun tp tetibe mintak no telefon aku. nak berkenalan katanya. alahai....

kat ofis aku pun sama. adalah 2-3 mamat nih yg tetibe segan2 plak nak bercakap ngan aku. nak kata dia orang kewat sebab senior, kat blakang suke2 plak usik2 pasal aku. gosip2 pasal aku. hahaha. buduh la. straight sangat lah tuh yer....




so reminder pd pompuan2 di luar sana, dunia dah terbalik. so jagalah laki korang baik2 yer. jgn esok lusa korang bermadu dgn lelaki lain... masa tuh sapa yg nak dipersalahkan?

akuuuu jugaaaaak.........

Isnin, 29 Mac 2010

si jenaka bertemu duga.

citer lucu nih n aku tau dia mesti sentap kalo dia tau aku post entry nih.... tp aku pedulik apa. hahah.



kisahnyer begini.... ada lah sorang hamba allah nih yg tetibe marah2 aku kat YM tadi sebab katanya dia dah mengikut sunah2 yg aku ajar dlm entry aku pasal interview yg aku post x berapa lama dulu. ingat lagi? sudah lupa kalu, klik saja link warna brown tuh oke....

anyway, dia kata dia dah cube yg terbaek utk berkata2 dgn konfiden n realistik walaupun bhs inggerisnyer ke longkang semua. tp berkat iltizam yg tinggi, dia dah tunjukkan kat pengetua AF penginterview tuh bahwa dia la selayak layak umat utk bekerje di bawah pengurusan beliau.

so aku tanya lah, kalo dah ko rasa ko buat yg terbaek cam budak AF (dah la muke ko cam maulana AF)... napa ko nak marah2 aku plak nih?

dia jawab, sebab aku ikut style ko lah sudahnya lelaki tuh sound kat aku balik. dia kata, "jgn byk cakap tp isi kurang...jawapan tuh biar ringkas tp padat. harap maklum. next!!!" sambil tunjuk kad merah.


pastuh aku tanya balik, apa yg ko dah meraban ngan org tuh???

dia jawab, org tuh tanya kenapa aku nak tukar bidang dr penulisan ker bidang pengacaraan.

aku jawab... life is gamble, pertaruhan, mcm games, tak blh give up, tak blh buat keputusan terburu2, aku nak cabaran, aku nak buat sesuatu yg bermakna dlm hdp, tidakkah hidup ini pertaruhan n kene brani tanggung risiko? so kenapa tidak aku cuba bidang lain?

*kire lebih kurang begini la ayat dia.....

sudahnyer aku tanya... APA POINT KO BERKATA BEGITU DEK NON? BILA MASA PLAK AKU AJAR KO CKP CAMTUH? CKP BIAR KENE DGN SOKLAN YG DITUJU JGN MAIN REDAH JER. SO DPT KER X KEJE TUH?



dia jawab, ntahlah. maybe x dapat kot....

aku balas balik, bukan maybe, memang ko x kan dapat. ayat ko sangat poyo. lenkali blaja ngan jejaka anggun sampai khatam dulu kalo nak jadik manusia yg sarcastic tp realistic...

dia letak emoticon nangis....

aku balas... maulana sangat tau kau nih. ko ingat ko nangis tuh org nak vote? ko tetap di bottom two jugak every week...

dia terus sign off.




ps: hahahaha..... sorry la dik, apa2pun aku mmg sayang ko. ko nih mengingatkan aku pada adik aku yg klaka n lurus bendul. hahaha. cukup klaka. and cute. heheheh.

Sabtu, 27 Mac 2010

kenapa degil sangat??? nak kene siat ker pipi tuh??



nih citer lama spt biasalah aku nampak dlm google so aku postlah kat sini.

kisah nih berlaku pd december 18th, 2008 kat negara China yg terchenta. katanya, ada sorang guru (namanya Guo) dah menyiat kulit pipi anak murid dia (Chao Qun Zheng) yg berusia 10thn gara2 dia x buat kerja rumah yg diberi.

kata Ah Chao nih, cikgu tuh marah sgt sebab dia x buat kerja rumah pastuh cikgu nih pun cubitlah pipi dia ngan dua2 belah tangan sampai dia terangkat.

bila dah terangkat, cikgu tuh biar plak dia tergantung sampailah cikgu tuh terperasan pipi dia dah berdarah. yg penting waktu tuh kulit pipi dia dah tanggal n jatuh kat lantai so cikgu nih kutip balik kulit pipi dia tuh, lekatkan kat muke dia n suruh la dia balik.





sampai umah, parents yg terkejut nih bawakla anak dia gi hospital. x pasal2 budak nih kene 52 jahitan. sian ek?

khabarnya parents dia nak saman cikgu nih ngan sekolah skalik tp ntahlah aku x sure plak apa jadik ngan kes nih. apa yg pasti, tetibe aku rase trauma.

iyelah kalo yer pun budak tuh degil sangat, x yah lah dera dia ngan sadis skalik sampai injured camtuh.taulah ko tuh penat ngajar kat depan tp budak nih anak org beb... bukannya anak patung. even anak binatang pun kita x kan buat camtuh, kan?

so cikgu2 diluar sana yg baca blog aku nih, amiklah iktibar. jgnlah jadik mcm cikgu yg bangang spt di atas.




ps: teringat lakonan normadiah sbg mak tiri yg jahat dlm citer lela manja. mmg malatop!!!

ps2: guru itu semulia2 pekerjaan so janganlah cemarkan kemuliaan itu. harap maklum.

Khamis, 25 Mac 2010

caner nak tau lelaki tuh masih taruna?


siang tadi aku ada berborak dgn sorang kawan yg excited nak kawin x lama lagi. biasalah, topik org nak kawin kan, citer pasal tunang, hantaran, wedding reception, family, honeymoon, anak hinggalah ke bab cara2 nak membuat anak.

kata si kawan aku nih dia masih nak dara sunti so dia x berapa reti lah step2 bersenggama nih. aku gelak sebab cara dia ckp dia virgin tuh ala2 saadiah dlm sumpah semerah padi sangat, very the gedik2 dgn tahap confident yg agak tinggi.

pastuh aku tanya la pasal tunang dia plak, apakah jejaka hensem tuh pun masih juga virgin. jawapan dia yg masih dgn tahap confident yg sama mengatakan tunang dia tuh maseh taruna lagi, sorang lelaki yg beriman n so far dia tau tunang tuh bkn jenis yg kaki pompuan. jeling kat pompuan pun jarang2. ahaks.




aku senyum, baguslah kata aku. dia cam berkerut sket bile tgk aku senyum. cam x caya lak senyum aku tuh ikhlas..... *mmg x ikhlas pun. dia tanya napa aku senyum camtuh?

aku jawab.... hmmm... lelaki mmg suka kata dia virgin. walhal.....

pastuh dia tanya aku caner nak tau lelaki tuh virgin ker x?

memula aku diam... berfikir. beberapa saat kemudian, aku dpt idea yg cukup bernas pada jawapan yg diterjah.


i rase u kene lah test main dgn dia kot? barulah u tahu dia virgin ker x kan? x pun u suruh dia main dgn org lain dulu ker so lepas tuh u tau lah dia dah x virgin lagi.... oke?


kawan aku nih tepuk dahi. pitam. sementara aku gelak mcm setan!!!!



ps: tapi betul x saranan aku tuh u ol?


Selasa, 23 Mac 2010

main ramai2 tuh elok2 yer.... jgn gaduh2....

aku terjumpa satu artikel masa tgh main2 google sekejap tadik.

ianya pasal negara jepun yg dah pun mencipta nama dlm guiness book of world record kerana telah berjaya mengumpulkan 250 couples utk membuat sex secara beramai-ramai di tempat & waktu yg sama (kire dlm erti kata lain, orgy lah). proses pembaziran sperma tuh dilakukan di dlm sebuah gudang n dirakam secara profesional utk diterbitkan di dlm bentuk DVD.

hahahaha. teruja x?

kpd penchinta DVD lucah, filem yg diberi tajuk "lakimu menebuk isteriku sepertimana aku menebuk ibumu" ini telahpun mula berada di pasaran utk dijual kpd umum. sila dapatkan yg original.


*oke.... sila berdiri ikut nombor giliran masing2 yer....


* dah bukak baju.... tunggu dgn sabar penebuk penebuk akan sampai sebentar lagi.



*oke... satu... dua... hentak!!





*yeay... buah kelapa kami sudah ditebuk tupai!!! best la.... nak lagi!!!!! peace no war!!!!! i want nobody nobody like you...


bangang laaa!!!!!!!!!!!




ps: ada org kata gaya aku tulis mcm mama juwie. hahaha. aku dah lama x dengar nama tuh. awwwww youuuu......

ps2: salam takziah kpd keluarga allaharyamah yanie mentor yg telah pulang ke rahmatullah ahad lepas akibat serangan ketumbuhan di paru2. semoga allahyarhamah ditempatkan di sisi roh2 yg disayangi Allah. al fatihah.

Ahad, 21 Mac 2010

reading is sexy.


aku baru balik dari KL international book fair 2010 kat PWTC. mulenyer aku xder niat pun nak pergi tp dato K ajak kononnya international kan so dptlah dia belek2 buku international yg dia bole sambar bawak balik satu.

sudahnye, usahkan candice bushnell, bayang JK Rowling pun aku x nampak kat situ. kata international?? kalo x salah aku, yg ada bunyi2 international pun oxford fajar jer lah kot? yg lain, yang ado....

pastuh aku ckp kat dato K yg dah mule buat muke rimas. dia mmg x suke berada di dlm kelompok manusia yg suke berhimpit himpit mcm tuh. dia jadik cepat stress. hahaha. aku ajak dia gi carik publisher PTS One. aku nak tgk ada x buku2 dr bahrudin bekri cuz ntahlah aku cam minat plak nak sambar buku dia "dunia ini sederhana kecil".



honestly, aku mmg dah berabad x baca buku novel bahasa melayu. ada dua sebab: 1st, aku x suke bahasa yg berbunga2 n 2nd, aku x suke citer pompuan bertudung jadik org yg baik2 n pompuan seksi jadi org yg gatal2... aku ingat buku bahasa melayu yg last aku beli thn 90an dulu dr matt romeo. tajuknyer aku lupe lah tp citer dia mmg lawak slamber.

anyway, pusing punyer pusing aku jumpa jugak dgn buku yg aku carik. lepas aku bayar, aku suruh staf kat situ tunjukkan aku mana satu author nyer. aku nak suruh dia sign buku yg aku beli tuh. kitorg chit chat sekejap pastuh aku blah....




sampai umah aku terus baca buku tuh sampai abis 1 chapter. so far aku rase cara penulisan dia not bad lah especially nih buku dia yg pertama. jln citer aku x berapa sure lagi, senang citer nak review panjang2 pun x bole lagi lah. insya allah, dah abis baca nnt aku akan canang satu malaya pasal buku nih oke. tungggguuuuuuu.....


ps: nak layan DVD where the wild things are. cam comel plak budak tuh ngan menatang wild things tuh...