Selasa, 31 Januari 2012

7 What Ifs part 5

yer.. guest blogger telah kembali. kali nih aku akan mempersembahkan sorang brother hensem yg digelar Hidney plak. dia nih aku first time jumper masa launching Kougar dulu. 1st and last lah tuh. lepas tuh dia sumbung, dah tak nak jumpa aku lagi dah. biasalah kan... aku nih x cantik. *tetibe.

anyway, dia berminat nak jadi guest blogger utk blog jejaka anggun nih ha. so, aku ada few soklan2 RM1 money dropped yg aku bagi utk dia jawab. korang enjoy lah eh....





jika anda diberi peluang utk membuang satu jenis cuaca yg ada dlm dunia nih, yg mana satukah yg anda akan pilih?
Soalan yang bagus. Disebabkan aku ni gila sopan dan gila benci turbulence, aku nak lupuskan cuaca buruk. Tak ada cuaca buruk, maka tak ada la turbulence. So aku boleh fly dengan girangnya *sambil pintal-pintal rambut* dan tak payah jerit suara kepit lagi. Orang sopan mana boleh jerit suara kepit. Lagipun tak anggun la kalau cabin-cabin crew tu tengok. Where to put my water face dowh!

jika anda dibenarkan utk ketagih terhadap sesuatu tidak kira sama ada halal atau haram, apakah bendanya yg anda ketagihkan itu?
Kalau akau cakap aku nak ketagih dengan diri sendiri you rasa nak bunuh diri tak Shaz? Hahaha ampun Shaz beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun…

jika anda dapat membingkaikan jockstrap atau underwear of any sports figure dan gantung di dalam bilik atau ruang tamu (ikut kesesuaian feng shui rumah anda), siapakah manusia yg bertuah tersebut?
Baik aku gantung jer terus sports figure tu. Nak gantung underwear jer buat apa? Logic tak? Hahaha *gelak horny*

jika anda dilantik utk meluluskan polisi imigrasi malaysia, apakah bentuk polisi yg anda akan luluskan?
Imigrasi? Apa tu wak? *flip rambut dan pakai lip gloss*

jika anda tiba-tiba mendapati diri anda bertukar menjadi sekecil 6 inci, apakah perkara pertama yg akan anda buat?
Jadi kecik nak buat apa? You know what they say about guys with big feet? *lari tajuk dengan sangat tetiber*

jika anda dapat memiliki satu jenis baju/kostum/pakaian yg anda sangat suka di dalam filem, pakaian apakah yg menjadi pilihan hatimu dan mengapa?
Mesti la costume Superman. Aku akan pakai hari-hari gi keje. Lepas tu aku nak jalan mengiring ke pantry sambil libas-libas mantle merah aku tu dengan handsomenya. Mesti boss-boss aku akan makan hati. Gi semayang jumaat pun aku akan pakai tau. Duduk saf depaaaaaaaaan sekali.

jika anda diberi kuasa magic utk satu hari, apakah kuasa yg anda inginkan dan apakah kepentingannya memiliki kuasa tersebut?
Aku nak jadi se-magic hantu Kak Limah. Idola aku tu. Kepentingannya? Sangat penting. *Sorry arr, karangan BM UPSR aku dapat C*

begitulah jawapan2 dia yer. jawapan imigrasi yg dia x tau tuh adalah bukti bahawa dia adalah jejaka bimbo yer. awas. apa2pun, bagi sesiapa yg ingin mengenali beliau, boleh pergi ke blog beliau di sini

ataupun baca biodata lengkap beliau di sini:

Seorang auditor grumpy kelahiran Sarawak yang sgt takut naik kapal terbang dan alergik kepada nenas. Pencinta alam yang gemar menghabiskan masa melakukan aktiviti2 riadah seperti membeli barangan keperluan dapur dan berlari setempat. Masih bujang dan permohonan untuk menjadi kekasih masih terbuka.

Untuk yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang D, E dan R beserta salinan kad pengenalan, 4 keping gambar berukuran pasport dan sekeping gambar penuh. Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.

KAU MAMPU?

8 ulasan:

  1. Borang D, E & R..? Apa tu wak? *tgh goreng telur hangus*

    BalasPadam
  2. hid: hahaha.... rambut tuh kasi blondie sket.

    ernie: tanya tuan empunya badan sendiri.

    BalasPadam
  3. vivi: mende ko? ko nak jadik guest blogger aku tak?

    hid: oh. ingatkan borang M A M P U

    BalasPadam
  4. Aku suka jawapan untuk soalan last sekali. Kepentingannya: Sangat penting. Hebat jawapanmu!

    BalasPadam