Jumaat, 12 Februari 2010

kematian.

al fatihah.



dua hari berturut-turut aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.

malam tadi aku meluangkan masa dengan best fren yang baru balik dr bercuti di Bali. selain dr bercerita tentang keseronokan dia menghabiskan masa n duit kat sana, dia jugak dah mengejutkan aku dgn berita tentang model popular 90an Mimi Aziz yang dah pun meninggal dunia secara mengejut minggu lepas. punca kematian tidak perlu lah aku kongsikan di sini. cukuplah aku katakan Allah lebih mahu dia berada di syurga dari terus berada di bumi yang penuh mengkhayalkan ini.

dlm keterperanjatan tuh aku pun update lah status di FB. saja nak inform kenalan2 lama arwah yg lain yg barangkali blom dengar berita tentang pemergian dia mcm aku jugak. tiba2 ada plak sorang lagi yang mengirimkan berita sedih sekali lagi.




katanya sorang lagi best fren aku telah kehilangan bonda tercintanya di sandakan semalam. aku pun x tau apa punca kematian orangtuanya tu lagi. sakit tua lah barangkali.

hmmm... tersedak aku seketika. nampaknya makin ramai orang yg aku kenal or org2 rapat dgn org yg aku kenal pergi meninggalkan semua. berita2 nih sikit sebanyak mengingatkan aku bahawa dunia ini terlalu singkat. setiap yg bernyawa tidak akan terlepas dr menemui ajal. sudah cukupkah amalan yang bakal dibawa?

kepada mereka yg sudah pergi, marilah sama2 sedekahkan al-fatihah dan berdoa semoga roh2 mereka itu dicucuri rahmat. Innalilla hi wainna ilaihi rojiun. amin.



ps: thanx to zery zairy for the pix. merata2 aku carik pic posing mimie dulu2 kat google tp x jumper2. seb baik ko bersusah payah scan dr majalah rias.

8 ulasan:

  1. al-fatihah... keadaan kite hampir sama ar jejaka. ramai kenalan kite yg dh pegi dulu. time kite mcm mana lak yek?... renung2kanlah.. selamat beramal :)

    BalasPadam
  2. dia ni sara kenal ar..dulu salu gak kuar kat majalah..Al-Fatihah..

    BalasPadam
  3. vivi: alfatihah.

    syah: alfatihah.

    sempoi: alfatihah.

    akukah: alfatihah.

    BalasPadam
  4. innalillah...mimi aziz tu one of the top model kan?terkejut!!

    BalasPadam
  5. dia masih hidup lah...fb laki dia zek alias..dan juga fb mimi aziz...semuabtu hoax

    BalasPadam