Memaparkan catatan dengan label berita hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita hiburan. Papar semua catatan

Rabu, 25 Disember 2013

Buku, Movie dan Lagu in 2013.

Hi semua,

Tahun 2013 dah nak melabuhkan sayapnya. Bermakna aku dan korang semua lepas ni akan meningkat tua sekali lagi. Gembira? Sedih? Ya, begitulah.

Sebagai blog penutup untuk tahun ni, kemungkinan besar, tak tulis blog dah sampai Januari 2014, maka aku nak buat entry tentang buku, lagu dan movie yg jadi feveret aku sepanjang tahun 2013. So, takyah mukadimah panjang kita mulakan dengan buku feveret aku.

Mengikut kiraan falak aku sendiri, tahun ni aku dah habiskan masa dgn membaca 15 buah buku. Aku tahu korang tentu baca 15 buah buku sebulan tapi aku ada life so aku ada banyak keje lain lagi nak buat. Anyway, buku2 tersebut adalah spt di bawah (tidak mengikut susunan abjad mahupun tarikh mula dibaca):

KL NOIR RED, SON COMPLEX, ILUSANITI, KLCC, ASRAMA, PARANORMAL, SITORA HARIMAU JADIAN, CERPEN NADIA KHAN, LORD OF THE FLIES, OSAMA VAN HALEN, TRIPPING WITH ALLAH, REVENGE, LAST GIRLFRIEND ON EARTH, SLAUGHTERHOUSE FIVE dan X OUT OF WONDERLAND.

Out of 15, my feveret adalah SLAUGHTERHOUSE FIVE dari Kurt Vonnegut dan ILUSANITI dari Adib Zaini. Aku suka 2 buah buku ni sebab best dan jalan ceritanya kena dengan jiwa aku. Kalau korang nak belikan aku buku, korang carilah buku yg ada cerita2 mcm ni. Cerita yg complicated dan putar belit sikit. Cerita straight forward pompuan bertudung kawin ngan lelaki jahat bertukar baik nih aku dah tak baca since 1994. So, renti2kan lah bagi aku buku2 yg cenggitu.

Ada satu lagi buku yg aku nak bagi anugerah khas penulis harapan iaitu buku SON COMPLEX dari Kris Williamson. Hmmm... kalau nak tau kenapa buku nih dapat anugerah spesial, korang kena beli dan baca. Heheh.



  


Yang kedua, pasal movie. Antara filem Melayu yg aku sempat tengok adalah spt KIL, PSIKO PENCURI HATI, PECAH, KL ZOMBI dan KOLUMPO. Manakala filem omputeh, seingat aku, aku ada tengok filem CLOUD ATLAS, HUNGER GAMES 2, IRON MAN 3, DESPICABLE ME 2, THE CONJURING, OZ, HOBBIT 2, STAR TREK 2, GRAVITY, THE IMPOSSIBLE, LIFE OF PI dan mcm2 lagi lah.

Nak dipendekkan cerita, filem feveret aku utk tahun 2013 nih adalah filem KOLUMPO dan CLOUD ATLAS. Filem KOLUMPO nih aku kira satu filem yg amat segar utk Malaysian di kala negara tengah dibanjiri dgn filem2 hauk bertemakan gangster, hantu dan cinta. Manakala filem CLOUD ATLAS, aku pilih jadi feveret aku kerana aku kira jalan ceritanya unik. Tentang kehidupan. Dari zaman dulukala sampailah zaman post-apokalips. Aku ni memang sukakan cerita pasal kehidupan yg kompleks so memang filem2 macam nih aku suka layan.




Last but not least, lagu. Lagu yang paling popular sepanjang tahun 2013 bagi aku adalah lagu WRECKING BALL dari Miley Cyrus manakala lagu terbaik pada pandangan aku pulak adalah lagu CAN'T HOLD US dari Macklemore & Ryan Lewis. Mungkin korang ada pendapat yg berbeza tapi ni pilihan aku so sukati akulah.

Lagu Melayu takde satupun yang menarik hati sepanjang tahun 2013. Maybe lagu Tok Ti yang ada dinding-dinding tu yg aku suka dengar, itupun sebab muzik dia catchy dan ada feel lagu Seindah Biasa sikit. Korangpun maybe suka lagu Yuna atau Hafiz atau Black atau Hazama atau Waris atau Joe Flitzow tapi aku tak dengar sangat lagi lagu2 depa ni so aku takleh nak komen apa2.





Haaa... itu je lah yg sempat aku tuliskan dalam entry ni. Ni pun aku rasa dah panjang sangat. Dah takde idea nak tulis apa lagi dah

So, sampai ketemu lagi.... Merry Xmas, Happy Holidays and Happy New Year!!

Shaz Johar, out!

Selasa, 10 Disember 2013

Aku dan Kuala Lumpur.


 Dah lama gak aku tak tulis blog. Nak kata aku busy, banyak masa aku mengangkang je kat rumah. Tolong buat kerja research sikit2, tulis2 sikit apa yg patut, dan selebihnya masa yg ada aku gunakan dgn main twitter, FB dan tengok TV. Oh, sekarang ni aku dah ada instagram, so leka jugakla aku post gambar yg bukan2. Pada siapa yg terigin nak follow tu, cariklah under shazjohar. Kalo nasib baik, korang jumpalah. Huhu.

Anyway, apa sebab aku nak blog balik ni eh? Sebab aku nak tulis pasal filem yg baru aku tengok semalam. Tajuk filem dia KOLUMPO. First, a reminder. Kalo rasa nak tengok sejarah penubuhan KL, memang takde dalam filem ni. Ini filem tentang isi KL itu sendiri. Mungkin jika lokasinya di Kuala Pilah, maka tajuk filem ni ialah PILAH.

Ada 3 short films dalam satu movie dlm filem ni. Ha, faham? Dia ala2 macam filem CINTA atau SEPI tapi secara peribadinya aku lebih suka dgn filem ni sebab ia lebih unik dan lebih dekat dgn susur galur kehidupan penghuni KL. Lebih mirip BERBAGI SUAMI atau NEW YORK, I LOVE YOU gitu. Honestly, aku tak expect apa2pun dengan filem ni. Aku fikir filem ni akan jadi sama ada terlalu deep untuk citarasa aku atau terlalu cliché untuk citarasa aku jugak. Macam first time aku tengok filem SONGLAP dulu.

Tapi ternyata aku silap.

Cerita pertama mengupas tentang kehidupan orang India yg datang ke Malaysia untuk bekerja. Hujung2 dia kerja dekat kedai mamak. Isu mamakism, kehidupan imigran, rumah kongsi, raid, ditipu dan sebagainya dipaparkan dengan baik. Indian nationals bercakap Inglish sesama sendiri bukanlah sesuatu yang asing memandangkan aku sendiri pernah bekerja sebumbung dengan dia orang ni. Memang selalu dengar dia orang cakap Inglish dgn telor Indian yg pekat sesama dia orang jugak. Mungkin dia orang ada 1000 dialects so nak amik jalan mudah, cakap je satu bahasa yg semua faham. Kan?

Cerita kedua pulak mengisahkan tentang seorang wanita yang mengelak untuk bercakap dengan ibunya membantu seorang perempuan tua mencari jalan pulang. Jiwa wanita ni sesak dengan call mak dia yg tak putus2. Sama sesaknya dengan Kuala Lumpur hari tu. Perempuan tua tu pulak tetap dengan senyuman. Bagi orang tua tu, hidup perlu mudah. Rumah perlu panjang dan setingkat. Biar nampak jauh tapi dekat dengan bumi. Bukan tinggi naik ke atas. Dia dah tua. Tak berdaya untuk memanjat. Tak bersedia untuk ke langit. Bagi perempuan itu pulak, dia hanya membantu perempuan tua tu mencari kehidupan yang simple. Deep? Begitulah.

Cerita ketiga pula tentang kisah cinta. Kisah cinta yang tidak menunjukkan rasa cinta. Kisah di mana seorang lelaki yang pemalu bertemu dengan seorang perempuan yang happy go lucky di tengah-tengah malam KLCC dan berakhir dengan satu jawapan di monorel Bukit Bintang. Remaja pasti suka dengan cerita yang ini.

Yang berjiwa sentimental pastinya sukakan cerita yang kedua.

Aku sukakan yang pertama. Ia mengingatkan aku yang Malaysia jarang utarakan filem sebegini sebaiknya. Selalunya buruh asing hanya dipaparkan sebagai bahan lawak atau si jahat semata-mata di berita, TV, atau laman sosial. Last filem lokal yg aku tonton tentang golongan buruh asing adalah filem Imigran. Aku mahukan banyak filem yang begini. Filem tentang semangat juang dia orang mencari rezeki di bumi asing.

Ataupun mungkin aku je yg patut tulis kisah cenggini sendiri. Kisah lelaki Bangladesh/India/Nepal bertemu dengan perempuan Indonesia di Malaysia. Dua2 buruh di bumi asing, dua2 terpaksa. Hmmm…

Oh, selain tu, sebab aku suka dengan cerita mamakism ni jugak adalah kerana aku sendiri ada tulis satu cerpen berkenaan dengan topik yang sama dalam buku antologi cerpen. Tajuk buku antologi tu TANDOORI NAN SEKEPING. Tajuk cerpen aku plak, NICE. Sepertimana tajuknya, begitulah ceritanya. Tak caya, korang belilah nanti. Dengar cerita akan mula dijual next week dalam Pesta Buku dan kat Annexe, CM sempena Arts for Grab.

Ha, dahlah. Itu je yang aku nak tulis buat masa nih. Dah rasa macam dua marhalah dah panjang blog aku kali ni. Korang bukannya bacapun.

In short, pada yang belum tengok filem KOLUMPO tu, gi lah tengok sementara ada kat wayang. Jarang2 aku suruh orang support filem lokal sebab aku tau korangpun dah kusut masai dengan filem2 Melayu yg ada sekarang ni, kan? Tapi yang ni konfem tak rugi. Betul. Tak tipu.

Ni trailer dia...



ps: Semoga Mak Mah menang best supporting actress dalam FFM nanti.

ps2: Ini bukan filem terbaik Malaysia, tapi ini filem terbaik yg kita ada sekarang ni...

Rabu, 19 September 2012

ko ingat artis Malaysia je yg sibuk nak berhijrah??

Lady Gaga pun tak nak kalah yer....









ko mampu???


ps: orang zaman sekarang ni yg dah tak rajin nak blog ke atau aku yg dah tak rajin nak update blog skang nih? musykil plak tetibe.

Jumaat, 25 Mei 2012

and the winner is...


Hmmm… by the time aku tulis entry nih, semua orag dah tau yg Phillip Phillips dah menang American Idol utk season yg ke 11 nih, kan? Actually, walaupun org sibuk2 kata Jessica Sanchez or Joshua Ledet (serius aku rimas dgn mamat nih jerit2) yg bole pergi final tapi dari awal2 lagi aku dah agak yg dia nih akan menang.

Sebabnya,

1. dia nih tak penah langsung jatuh ke bottom three. So, fan dia ramai yg sudi vote.

2. dia lelaki chumel. Kechumelan dia aku rasa, memang layak buat wanita, lelaki yg berpakaian wanita n lelaki yg berpakaian lelaki tetapi mirip2 wanita, merembes.

3. suara dia fresh. Suara yg budak2 skang nak dengar. (Budak2 mcm aku yg dah agak rimas dengar lagu2 menjerit nih).

Tapi Jessica Sanchez juga ada pakej yg cukup lengkap. Muda, cantik, n berbakat cuma rezeki je takde kat dia. Lagipun, cara nyanyian dia very the 90s. Mat saleh dah tak layan dah style lagu2 Whitney or old Mariah atau Mary J tuh semua. Lagu2 mcm yg dia suka bawak tuh boleh popular kat Asia jer sebab Asians memang suke dengan lagu yg menjerit2 nih…lagi pecah anak tekak tuh lagi orang Asia suka. Power voice, katanya.

Apa2pun aku harap Tommy Mottola yg katanya akan buat album dia akan bagi dia lagu2 yg fresh. Yg penuh dgn killer songs n vocal yg mantap.



Grand finale 2 jam tadi memang best. Pada aku, performance yg tak boleh blah, adalah between Joshua n Fantasia yg aku rasa dah persis berada di gereja kat New Orleans. ex-Idol si Ace Young yg propose Diana DeGarmo pun agak mcm tak perlu. N tribute pun hanya dibuat khas utk Bee Gees je sempena Robin Gibb yg meninggal baru2 nih. Donna Summer takde ok. sedih.

Oh ya, a must-watch performance adalah between Jennifer Holliday and Jessica Sanchez yg nyanyi lagu And I Am Telling You I'm Not Going. Kudos to Jen Holliday. she still can belt her lungs out after 30++ years of playing Efie White on stage. What a true screamer.

dan sepanjang 11 thn American Idol ditayangkan di TV, aku bole katakan these 2 are my favorite finalists. Again, congrats to both.


Ps: aku sukalah dengar lagu baru si Phillip Phillips nih. sangat layan eh muzik dia…

Isnin, 19 Mac 2012

bunohan...



orang kata filem Bunohan best. kata org lah. kata org yg cerdik pandai tentang filem2 art. atau filem2 yg banyak berfikir. so utk menampakkan aku poyo jugak konon2 mcm pandai baca pemikiran pembikin filem2 art nih, akupun tgk lah citer nih semalam.

citer nih berlokasikan di sebuah kampung nama Bunohan. kampung nih kat Kelantan kot sebab semua org termasuk burung tiong n tengku azura cakap kelantan.

ada 3 beradik. abang long, kaki semelih org, abang ngah, sibuk nak jual tanah bapak n adik bongsu plak peninju tomoi. jln citer berkisar tentang hidup mereka kat kampung tuh lah. rata2 yg bole aku simpulkan, filem nih different n fresh. filem yg memang kene tonton dr mula sampai habis. yg penting, xder scene nangis2 n pompuan bertudung feeling2 muslimah. yay!



ada few scenes yg mengingatkan aku dgn filem2 art yg lain. contoh lokasi tepi laut tuh mcm filem pasir berbisik and sampan2 dlm utan penuh lalang tuh mcm filem malaikat di jendela. bunuh2 semelih sampai darah memancut tuh plak, adalah ciri2 kill bill sket....

scene yg paling aku suke adalah scene tengku azura. bile dia pose dlm sungai di sebalik lalang tuh sebijik kot mcm pose angelina jolie dlm harpers bazaar... very editorial yer! anyway, pada yg nak sokong filem tempatan gi lah tgk citer nih. once in a blue moon jer ada filem melayu mcm nih, kan?



tapi pada yg suke filem2 ringan, mcm adnan sempit ker, bujang terlajak ker, xyahlah tgk citer nih. jgn jadik cam pompuan bingai kat depan aku yg sibuk tanya bf dia mcm2 sampai membingitkan telinga org belakang (yakni aku). yg paling x bley blah, dia bole geli bile tgk scene faizal husin kene urut. siap marah bf dia kenapa bawak tgk citer nih. lepas tuh lentok kat bahu bf dia tuh mcm cinta sangatlah. bingai.

so nihlah pandangan aku tentang movie nih. nak citer2 lebih, aku x pandai sebab aku bukan org filem. overall, filem nih aku nak bagi 3.95 stars jer. kenapa 3.95? sebab bukan 4 stars. okebai.

Sabtu, 10 Mac 2012

kopi, yuk!

*watak utama dalam Kopi 3 Rasa the short movie.

kepada semua peminat buku Fixi, pemfolo blog Jejaka Anggun, peminat Shaz Johar secara rahsia mahupun yg terbuka, serta penagih kopi yg tegar, mari semua rapatkan saf kerana ada sedikit pengumuman yg ingin dibuat.

Fixi dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa buku antologi cerpen pertama beliau, Kopi (yg bekerjasama dgn 19 orang penulis tersohor tanahair) akan mengadakan majlis perlancaran dan tayangan 3 filem pendek pada March 24, 2012 bersamaan hari Sabtu nanti bertempat di The Annexe Gallery, Central Market.

Majlis gilang-gemilang nih akan bermula pada jam 12:00pm sehingga 2:00pm. tiada pembayaran tiket masuk dikenakan tetapi diwajibkan kepada semua untuk membawa wang bagi membeli buku2 yg dijual. hanya buku yg original sahaja yg akan ditandatangani dan dicium dgn lipstick manakala sebarang pembelian cetak rompak tidak akan dilayan.

dan memandangkan ianya adalah perlancaran untuk sebuah buku comel maka majlis nya cuma dua jam sahaja. jika untuk novel, Fixi biasanya akan mengadakan majlis selama 20 jam. jadi sila mark your calendar dan kepada siapa yg berada jauh dari luar kota tuh, sila bawa bersama bantal dan tilam untuk tidur di luar lokasi perlancaran pada malam sebelumnya. bukan apa, takut terkilan.

3 filem pendek yg dicedok dari buku nih juga akan ditayangkan semasa majlis perlancaran. kalau nak tau filem apakah yg bakal ditayangkan itu, sila datang. (filem dr cerpen akupun ada.)

dan yg paling penting, kesemua yg hadir akan dapat merasa espresso percuma tajaan Coffex Coffee Malaysia. siapa yg nak teh tarik atau kopi lain, bole gi mamak kat belakang Annexe tuh atau kopitiam kat CM. sila bayar sendiri.

oklah, itu saja buat masa ini. utk maklumat lanjut sile ke page Pelancaran + Tayangan 3 Filem Pendek KOPI . acara nih adalah sebahagian daripada ART FOR GRABS Mar 2012 - Colourful Assembly! so silalah klik link tuh jugak.


apa2hal, kita jumpa di sana!!!!


ps: aku sendiri belum pegang naskhah Kopi aku sendiri. ahaks. siapa yg dah baca Kopi 3 Rasa tuh, apa komen anda?

Rabu, 29 Februari 2012

teaser Kopi 3 Rasa the short movie.

ok, entry aku sebelum2 nih ada tulis pasal cerpen aku yg bakal dimuatkan dalam antologi KOPI, kan? and ada few cerpen kat situ yg bakal dijadikan short movie, betul?

*siapa yg tak sure, sile klik di sini: anda ngantuk? bacalah Kopi.

so, cerpen aku telah terpilih and nih lah teaser dr short movie tersebut.

enjoy....




Selasa, 28 Februari 2012

gara2 sebelah kaki...

apa2pun aku nak ucapkan tahniah kepada pemenang Oscar semalam especially Octavia Spencer yg dapat award Best Supporting Actress utk filem The Help, so far filem yg paling best dlm tahun nih, aku rasa.



tapi tumpuan malam tuh, x lain x bukan kat artis lain. yg lebih cantik dan lawa dari pemenang. siapa lagi kalo bukan kakak kandung aku sendiri, Angelina Jolie.

tgk jer pics dia kat bawah nih ha. ada org hencap dia sebab sibuk 24 jam tayang kaki kanan. hahaha. yg penting meletop, kan? cube ko tayang kaki ko sikit, takyah sampai peha, sampai buku lali jer dah cukup... ada meletop macam nih? tidak, kan?







yg paling tak boleh blah, ada org siap create twitter akaun utk kaki dia. dah ada lebih 12000 org dah yg follow.... hahah..



atas dasar adik beradik lain mak lain ayah, aku pun nak buat account twitter jugak. aku nak dedicate akaun tuh utk tahi lalat pemanis dan juga punca rezeki kat pipi kanan aku nih ha n aku nak namakan akaun twitter tuh, @shazsmole.

hehehe... mampu tak? ada tak sesapa yg nak follow?



ps: kata horoskop, moles on the right cheek indicate a person who has an attractive persona but is flirtatious as well. betul ker? hik hik hik....

Selasa, 14 Februari 2012

congrats!!!

tipulah pic nih....





tak baik tau dia orang nih... kalo yer pun nak photoshop takkan sampai pinggang Adele jadi bak kerengga pinggang Saloma. agak2lah kan.... suke tau mengaburi mata masyarakat sekeliling.

ok, nih pic dia dlm Grammy 2012 semalam. elok jer cantik tanpa photoshop, kan?





yg penting, tahniah kat pompuan nih atas kemenangan besar n tapau 6 awards sekaligus. hopefully, dia akan terus sukses. xmo jadik mcm Amy Winehouse yg tapau 5 awards dlm Grammy 2006 n mati sebab dadah or Lauryn Hill yg tapau 5 awards jugak dlm Grammy 1998 tapi lepas tuh lesap. hilang entah ke mana...

dengar2 katanya dia nih pun nak berehat 4-5 tahun dr sebarang album lepas nih... maksudnya?

sian.


ps: Happy Valentine kepada semua. kepada yg tak sambut, Happy Tuesday.

Isnin, 13 Februari 2012

another diva is gone.



August 9, 1963 – February 11, 2012.

aku dapat berita nih mlm semalam. semenjak BB aku xder nih, susah aku nak dapat info dgn cepat. cause of death masih dlm siasatan. spt MJ n Amy Winehouse, org pasti kaitkan dgn dadah. yg best anak tunggal dia ngan Bobby Brown, si Bobbi Kristina pun dah pandai main snort2 coccain. hmmm... x fahamlah aku. asal banyak duit jer, isap dadah. isaplah bende lain, kan?





apa2pun, aku doakan semoga dia aman di sana dan Tuhan Jesus dia akan letakkan dia bersama roh2 org Kristian yg beriman. amen.

ps: aku membesar dgn lagu2 dr MJ, Madonna, Whitney n Mariah n aku selalu letak nama tuh2 dlm carta artis2 yg paling berjaya dlm dunia. now sorang2 dah pergi. oh well, i will always love you, Whitney.

Jumaat, 30 Disember 2011

jejaka anggun in review.

2011 sudahpun hampir sampai ker penghujungnya. honestly, tahun nih adalah tahun yg paling best sepanjang hidup aku.

selain dah bergelar penulis, bukan penulis biasa yer, an award winning writer, kat ofis pun aku dapat pengiktirafan jugak. few months ago, aku ngan kawan aku ada submit satu contest utk design baju dgn title SEEING IS BELIEVING. spt biasalah, kami menang (siap aku jadik model lagi, posing2 depan bosses. hahah). alhamdulillah.

harapannya, agar2 tahun2 yg mendatangpun rezeki aku akan melimpah ruah begitu. amin.



well, aku x nak citer banyak. utk kelainan, aku dah kumpulkan blog2 yg paling aku enjoy tulis n baca semula sepanjang tahun nih utk tatapan kalian semua. jika berminat utk membaca silelah klik di tajuk blog tersebut, ya!

sekian. terima kasih dan assalamualaikum.


Januari.
kisah atuk kaya-kaya

Februari.
surat cintaku yang pertama.

Mac.
cuti cuti cinta

April.
lagi pasal kougar...

May.
i will look stupid if i read in malay

June.
selamat datang ke pulau dewata.

July.
my name is kajol. bukan kojol. kajol.

August.
syawal bakal menjengah....

September.
Kougar diikitiraf... alhamdulillah.

October.
vokal... rupa jauh sekali....

November.
MUSLIM 2061

December.
lahirnya yang kedua.


ps: i had a wonderful 17th birthday yesterday. to all, thanks for all the love and bday greetings. wishing you all the best in the year ahead. will upload some of the pics later.

Selasa, 20 Disember 2011

ATURCARA PENUH BOCO! 2011



kpd sesiapa yg free pada 24hb nih sile hadir ke Gravy Baby, Shah Alam utk meraikan perlancaran novel kedua aku, Tabu dan juga pesta (pesta ke? lebih kuranglah...) BOCO yg bermula pada pukul 10am dan berakhir jam 6pm.

kpd sesiapa yg blur2 (mcm aku), Boco (known as Hari Bintang Jatuh) adalah market yg memfokuskan jualan bahan bacaan, CDs n DVDs. juga ada pembacaan puisi n live acoustic show utk memeriahkan suasana. by the way, Boco means read (baca) in Javanese.

maklumat lanjut tentang event bole didapati di sini: BOCO



dan di antara mereka2 yg terlibat dlm penjualan buku pada hari tuh nanti adalah spt berikut:

Distro Buku, The Syndicats, FIXI, Dubook Press, Lejen Press, Monalyssa & StickyBox World, Juxta Art, Jargon Books, The Zines: 9Belas, I-Me & Lagenda Budak Sekolah, Illuminant Shop & The Ricecooker Shop dan Sindiket Soljah.

manakala yg membuat persembahan pula ialah:

Log Out!, Najho, Kerusi Sepi, Monalyssa, Shabab & Co., Kereta Kecil Warna Merah, Julie Goes Overseas, Jabatan Audio, Min'z, Prakash Daniel, Ok Lille!, Asboon, Bob Cincin Suasa, Adi Wafi Ahli Silap Mata!, Juxtaposed, Ohsukisuki, Captain G, Rina S. dan Acid Hadi.

ramai kan? yg penting, perlancaran novel Tabu & Kelabu by FIXI, Langit Vanilla by Wani Ardy dan Telegram by Mosyuki Borhan akan bermula pada jam 3pm onwards. aku akan berada di sana dalam pukul 2pm, insyaallah. so, jika nak menyaksikan sendiri keanggunan novel Tabu dan juga tuan penulisnya, datanglah yer. jgn menyesal di kemudian hari....


ciao! jumpa di sanaaaaaa.....


ps: berdebarnya tunggu reaksi pembaca Tabu.... sudahkah anda membelinya di online?

ps2: and congrats to penulis Pecah yg novelnya telahpun dlm produksi utk dijadikan pilem.

Ahad, 18 Disember 2011

tengok aja pun boleh...


aku dah tgk citer Songlap kat KLCC semalam. on the whole, aku berani bagi 4 out of 5 bintang kat filem nih (n personally aku juga rasa filem nih adalah filem melayu terbaik utk thn 2011 nih. no kidding).

1st, aku suke storyline dia. ada mcm2. ada citer pasal anak luar nikah, sindiket jual bayi, dadah, judi, pelacuran, shuffle, curik dan sebagainya tp semuanya diadun dgn kemas n cantek. ada parts yg gelak2, ada gak yg sedih n spt biasa kalo dah citer penuh ngan gejala sosial mesti ada samseng dgn scene parang memarang. tatu tampal takder. tuh busana khas utk KL Gangster jer uolz!

2nd, lakonan sam n syafie mmg mantap. aku doakan dorang menang award best actor lead/supporting role utk ffm akan dtg. paling best, lakonan kak normah damanhuri. dia jadik pelacur tua. lepas aku tgk movie nih tetibe aku feeling2 nak tulis novel pasal pelacur tua plak. pasal hidup dorang kat lorong. n yea, si fauzi husband lisdawati punyer lakonan pun klaka. dia jadik bapak ayam. ada satu scene tuh dia ajak org lalu lalang buat part time melacur kat tempat dia. cam bengong. LOL.

3rd, ending dia pun aku suker. pada aku, ending sesebuah cerita sepatutnya begitu sebab kehidupan manusia itu masih lagi panjang utk diteruskan dgn 1001 cerita yg lain. kalo korang asyik nak happy ending jer, korang tgk lah citer Ombak Rindu.. ataupun aku sarankan korang gi rumah urut. dapatlah happy ending tuh nanti... ahaks!

so pada yg belum menonton, silalah ke pawagam berdekatan anda. biar filem nih cecah rm12 juta (or lebih) jugak!





ps: ofis mate aku cakap kalo nak bagi filem laku, sila letak muka aaron aziz atau sam jadik hero. citer datin ghairah ada aaron aziz, so laku ker citer tuh? dah berapa juta yg dikutip?

Ahad, 11 Disember 2011

between redha dan pasrah.


"redha itu ikhlas. pasrah itu menyerah"

siapa yg dah tgk citer Ombak Rindu pasti ingat kat tagline nih, kan? nih ayat si Lisa Surihani kat Maya Karin bile dia tau yg dorang berdua tuh sebenarnya bermadu.

ok, situasi nih sama berlaku kat aku. bkn sebab aku bermadu ngan maya karin atau lisa ataupun angelina jolie, tp sebab aku in between redha n pasrah masa nak tgk movie nih mlm semalam.

citernye begini, ada member aku nih dia ajak aku berkali-kali tgk citer nih. dia kata dia sanggup nak tgk citer nih kat wayang utk kali yg kedua sebab best sgt. dia sampai leh declare yg citer nih antara citer melayu terbaik (or perhaps yg terbaik) since 20 thn lepas. giler seram sejuk aku dengar.

aku nih kureng percaya sket ngan statement dia sebab dulupun dia kata citer Hantu Kak Limah best tp bile aku tgk, aku rasa biasa jer. xder lah klaka sangat sampai aku ketawa terbahak-bahak. tp dia kata, impak menonton di wayang x sama dgn di dvd rm8 ataupun di astro first. so atas dasar sahabat karib n nak membuktikan yg kata2 dia tuh benar... akupun tgk.

hasilnya, aku akui memang citer nih best. nak bagi sampai taraf filem terbaik tuh, memang taklah. jln citer dia cliche jer. (lagipun apa sgtlah ko nak expect, kan? dah namapun novel 90an). ada few scene yg tiru2 citer P. Ramlee atau citer hindustan sket... mcm scene angin kuat tgh2 mlm, ataupun berlari n jatuh dlm ujan ataupun pakcik ko nak rogol ko sebab ko sengal, ataupun ko sebenarnya anak org gaji bkn anak or kaya ataupun ko selam dlm laut/sungai utk carik jam. haaa... lebih kurang camtuhlah.

tapi lakonan pelakon mmg superb. kudos kat maya karin n azizah mahzan. aku x expect langsung maya leh berlakon buat muke seposen camtuh. dulu sumpah aku x faham kenapa dia leh dapat best actress asia pacific utk filem Pontianak but now aku tau lah yg dia mmg pelakon yg bagus. cuma accent dia yg kengkadang terdengar cam sinetron kena polish sket.

azizah mahzan lagi satu. aku mmg x suke ngan pompuan nih. kalo berlakon mesti nak speaking n ngada2. tp dlm citer nih karekter dia kena ngan watak yg dia bawak. aku rasa next year dia ada potensi dpt title best supporting actress dlm FFM. n lagi satu, kalo ada director nak buat movie pasal Bik Mah, sila amik dia. muke dorang nak dekat sama dah aku tgk...

aaron aziz kalo korang minat dia, korang sukelah scene dia yg meleleh airmata tuh. pada aku lakonan dia memang mantap tapi compared to maya, dia kalah. lisa plak, aku x rasa watak jadik pompuan garang2 sesuai kat dia. dah nampak mcm push sgt. aku rasa bagi kat fazura or tiz watak tuh mesti citer nih lagi meletop. bagi kat aku pun oke... hahah!

oh ya, lagi satu aku mmg suke ngan kerja kamera dlm filem2 osman ali. shot dia cantik sgt. ada sawah padi, ada laut, ada gajah, ada ladang teh, cantik giler. cuma satu shot nih yg buat aku pening2 sket. shot tang perut julia ziegler masa dia pakai short dress putih ala2 video klip kak eton. takutlah tgk shot tuh...

haaa.... tuh jelah personal opinion aku utk citer nih. pada siapa yg masih blom tonton tuh silalah tgk citer nih. kalo korang kata aku propa, well, sukati akulah. aku x kene bayaran apa2pun utk puji2 citer nih. cuma aku nak nasihatkan, korang silalah pakai tudung masa masuk wayang. jgn jadik cam aku semlm. tetibe rasa awkward sebab aku sorang jer yg pakai hot pants.

eh?



ps: next malay movie yg aku nak tgk is SONGLAP. aku suke kat adik Syafie Naswip tuh, aku rasa dia ada potensi utk jadik pelakon yg berjaya kat malaya nih....

Jumaat, 2 Disember 2011

cantikkan mereka?







oke. dua dua lelaki.

yg atas tuh namanya Andrej Pejic dari Serbia. yg kat bawah nih plak Lea T dari Brazil.


makan hati tak?

Isnin, 21 November 2011

malam pesta buhsan.



tadi aku tonton Festival Filem Melayu ke 24. seperti yg dah diduga, show nih memang hambar but better lah sikit dari Anugerah Skrin. aku x salahkan hosts, (Johan ngan Kak Ogy) sebab aku rasa they did their very best dah. aku salahkan penonton.

mereka2 yg datang kat situ mlm tuh mcm x bersemangat. very typical malaysian. duduk diam2, dr mula sampai abis main twitter. org suruh tepok, barulah tepok sikit. yg penting yg dtg tuh semua majoriti org seni so kalo dah org seni sendirik mcm x appreciate event tuh, baik x yah buat festival. membazir duit. baik ko announce kat Melodi siapa yg menang pastuh award antar jer melalui pos laju.

secara rumusannya, aku dapat rasa yg organizers n juri pilih filem gangster ngan filem yg govt sponsor juta2 utk dapat banyak award. syabas.

paling x bole blah, filem Libas. bola takraw ala bola2 api dgn teknik CGI yg lemah giler dapat menang award jugak. hehehe. x fahamlah. kalo kat US, filem2 mcm tuh layak dapat Razzies award jer. kat sini dah consider antara yg terbaik. baguslah. dah rezeki dia tuhan nak bagi, kita xyah nak sangkal lah eh.

anyway, pada yg kalah tuh, jgn putus asa. next year ada lagik.


ps: aku just ralat filem ANU SEBESAR BOTOL x menang apa2 award. aku x tgk pun citer tuh tapi aku rasa citer tuh ada kelainan. Arja Lee patut ternominasi dlm kategori Best Actor. bukan senang org nak bawak watak jadik mak nyah dlm filem dek non. hanya yg betul2 menjiwai watak jer dpt berlakon dgn baik... ;)



ps2: sesiapa yg ada Facebook, sila like page TABU - sebuah novel Shaz Johar
utk baca petikan dari novel tersebut.

Khamis, 17 November 2011

makhluk tuhan paling seksi katanya...



aku nak ucapkan tahniah kepada pasangan kembar aku Bradley Cooper yg dah berjaya menawan mata editor People Magazine utk menggelarkan beliau The Sexiest Man Alive.

persoalannya, seksi ke?

jawapannya, sah2 lah seksi.... lebih2 lagi dlm citer Hangover. walaupun nampak busuk tetap seksi... ko ada? tak kan?

skang cube ko bayangkan kalo artis Malaysia plak diletakkan dlm kategori nih. ko rasa sapa yg layak?


ps: aku tak tercalon sebab tak seksi. aku anggun. sekian.

Selasa, 1 November 2011

pelamin chapel ku musnah.



malam tadi tengah aku leka2 main twitter, tetibe aku dapat tweet dari E Online pasal citer cerai Kim Kardashian ngan hubby nyer yg persis raksasa putih itu, yakni si Kris Humphries selepas 72 hari mereka kahwin. syabas.

aku masa kes dorang bercinta, aku dah agak dah semua tuh dah di-staged semata2 sebab nak menaikkan rating show realiti tv yg x realiti dorang kat E channel tuh. yg penting, lepas 6 bln dating, trus kahwin. hmmm... lagilah sengal. nampak sgt semuanya dah di arranged oleh pihak produksi.



masa dorang kawin plak, satu dunia tayang, mengalahkan perkahwinan diraja. kononnya fairy tale wedding lah sangat. dikatakan couple nih dpt almost USD18mil dr magazine deals, TV coverage n endorsements dr perkahwinan tuh saja. aku yakin, dorang akan trus buat duit dgn kes bercerai nih plak... mungkin another USD18mil. hebat, kan?

aku ketawa jer baca news pasal dorang nih. memanglah org kata jodoh maut tuh semua di tgn tuhan tp cube ko bayangkan... org yg betul2 nak kawin, yg xder duit nak pinang anak dara org, yg x dapat sponsor juta2, yg nak sehidup semati, dan yg betul2 ikhlas nak mendirikan masjid/gereja/kuil/tokong segala, gigih berusaha utk selamatkan perkahwinan walau badai dan ombak rindu melanda sekalipun. yg dorang nih, selebriti2 kelas C mcm dorang nih, suka2 jer kawin cerai x sampai setahun. mentang2 tak kuar duit sesen pun.



aku harap, dorang nih tak jadik cerai. mungkin si Kim K nih confuse April Fool dgn hari Halloween. dia kan seng2 ubs...


ps: jejaka anggun dah lama nak kawin tapi tok kadi plak yg tak nak approve. x taulah kenapa...

Isnin, 17 Oktober 2011

vokal... rupa jauh sekali....

tadi aku berpeluang menonton rancangan baru jelmaan The Voice dr TV3 berjudul Vokal... rupa jauh sekali. eh bukan. Vokal... bukan sekadar rupa.

baru minggu pertama so aku x berapa nak paham sket apa konsep yg cube diterapkan dlm rancangan nih. oleh itu, kpd sesiapa yg paham cube explain kat aku sket few points yg aku x berapa nak faham di bawah, eh. please.



1st, kenapa mesti yg masuk nih nak salahkan public n nangis2 masa diinterview? sedey kononnya pakej dorang tuh x cukup so dorang x dapek nak jadi penyanyi. alahai, setahu akulah manusia dlm dunia nih semua shallow, dek non. ko sendiripun kalo diberi peluang nak tgk or dapat yg cantik2 jer walaupun diri sendiri astaghfirullahalazim, kan? so xyah nak sedey2 sangat.

2nd, kenapa mesti rancangan berbentuk pertandingan vocal jer nak panggil azmeer? bagus sangat ker dia nih? kalo x dia, ajai. tolonglah panggil org lain. asik2 muke dorang jer. ramai lagi kot musician or composer yg bagus2. ker dorang jer yg paling berkaliber kat malaya nih?

3rd, komen Tok Ti, "sebutan biar lebih jelas" bile budak tuh nyanyi lagu Rolling in the Deep. hahah. lagu inggeris kot, Tok... Sebutan u jelas ker?

4th, erra fazira. kata show nih bukan sekadar rupa tapi yg pergi letak miss msia 1992 kat situ buat apa? kan lebih afdal kalo bagi kat adibah nor ker, barulah lebih sesuai ngan tema, kan? ko gi letak erra kat situ, sah2 lah rupa dia jer yg mendahului vokal.





ok dah. so far tuh jer. actually ada lagi beberapa points lagi yg aku nak tulis but xperlah, points2 kat atas nih yg buat aku terfikir2 sampai termenung. kpd reader semua, tolonglah balas.

pesanan aku selaku penyampai khidmat komuniti masyarakat:




kpd org2 yg rasa diri dia serba kekurangan tuh, kalo korang ingat nak jadi penyanyi nih just depends on suara atau ruper jer mmg korang silap. Semuanya based on personality n luck yer. makanya, kalo ko nak berjaya, ko kene usaha. kalo ko rasa pakej ko tuh x cukup, ko kena cukupkan.

ko tgk pic akak ZZ kat atas tuh. ko x nampak mcmana perubahan drastik dia dah buat dr zaman madah berhelah sampai skang? ko ingat dia berjaya ker kalo dia malas2 nak berusaha mencantekkan diri sendiri?

utk network yg ada kat malaya nih plak, tak yah lah nak tiru2 show dr negara luar. kitorg lagi suke tgk yg original lah. buatlah show yg ada identiti kite sendiri... haish!


Rabu, 12 Oktober 2011

Sariku berjenama Hermes. Sari kau Hamis. Okebai.



jenama terkenal lagi mahal Hermès baru2 nih dah launched sari limited-edition kat India. ada 27 designs, dijual dgn harga sekitar GBP6,100 to GBP8,200, n mengekalkan ciri2 skarf hermes yg fofuler itu.

persoalannya, berapa ramai kalangan jutawan kat India tuh yg nak membazir beli sari harga ribu2 pound nih? kalo sedekah kat anak yatim slumdog tuh kan lebih afdal????? coi lah korang.

OKEBAI!


ps: tengah tunggu baju melayu jenama Roberto Cavalli dan Alexander Mc Queen berada di pasaran dlm negara. nak beli sepasang utk pakai semayang jumaat.