Memaparkan catatan dengan label yoyooh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yoyooh. Papar semua catatan

Khamis, 25 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu terakhir

Photobucket

aku diberi dua tugasan utk kali yg terakhir ini. in short, mereka mau aku menulis tentang apa transformasi yg aku dah buat n apa yg aku dah faham n iktibar yg aku dah amik sepanjang join cabaran nih.

n sec, blogger mana yg aku rase yg dahpun berjaya menjadik transformer, layout palling kemas n tulisan paling kreatif.


oke. aku bukan pelajar AF atau pelajar OIAM yg asik nak rendah diri depan TV konon2 nye bila reporter tanya, siapa yg layak menang pastuh jawab si polan ni or si polan tuh or x kesah x dpt masuk final sebab rase ada rakan2 lain yg bole buat lg baik di final....

aiyo! tuh skrip biasa masa kene tendang kuar sebab x cukup undi. haha. please! i like to be honest here.

sesungguhnya, soalan kedua tuh aku x leh nak jawab cuz aku x bijak menilai or mengkritik. maybe dats why aku masuk cabaran nih supaya ada org yg bijak menilai n mengkritik aku. plus, if this is a competition i think id rather put myself first. so kalo org tanya aku siapa yg dah buat transformasi ker layout kemas ker kreatif ker... rasenyer, kalo bukan blog aku sendiri, aku x tau lah blog siapa. aku sendiri jarang2 masuk blog orang especially yg join cabaran nih so i couldnt answer dat question lah eh. mahap. utk menyedapkan hati semua pihak, aku bg sama rata jer semua.... xder kurang xder lebih. fair?


berbalik pada soalan ketama: apa yg aku dah pelajari selama aku join cabaran nih?

well, honestly again, overall judges hanya mau aku tulis sesuatu yg lebih n berilmu supaya org gain something bila baca. then, judges juga mahu aku ubah layout or cara penulisan supaya lebih mudah dibaca, x nampak suram, n timbulkan reader utk terus melawat blog aku yg x seberapa nih. last but not least, diorg juga mahu aku teruskan menulis n share info dgn cara yg tersendiri supaya aku x jadik hipokrit atau terlalu mengikut kehendak org lain sampai lupa apa matlamat sebenar aku menulis.

n thx for that... aku rasa aku dah achieved apa yg mereka n diri sendiri mahukan. at the same time, aku rasa aku perlu untuk terus menerima advice serba sedikit utk terus menjadi blogger yg baik. reader aku pun dah bertambah dr masa ke semasa, so hopefully, dgn tranformation yg aku blaja selama nih aku dpt menarik lebih ramai lagi org ramai utk memfollow blog jejaka anggun ini.


so thx to yoyooh for the opportunity. to kak el, adi n cik me... thx juga sebab meluangkan masa utk baca n drop tips n advices, jejaka anggun appreciate that so much.


ps: good advice is always certain to be ignored, but that's no reason not to give it.. kan??? so my beloved reader yg x henti2 singgah n drop comments... what say you? ada apa2 yg masih kurang yg aku perlu perbaiki ker?

Sabtu, 13 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu ketujuh

tajuk: dapat RM300 - ke manakah hala tujunya?


aku suka kanak-kanak. aku kira semua kanak-kanak itu adalah satu makhluk yg jujur, suci, dan seni ciptaan tuhan. kanak-kanak istimewa yg dilahirkan dengan sifat dan kelebihan yang tiada pada kanak2 normal yang lain pula bagi aku adalah satu anugerah yang pastinya ada hikmah dan azimat yg tersendiri.

baru2 nih aku terbaca satu entry dlm blog favorite aku - Niamah!!! (klik here) tentang seorang reader blog yg bernama Mr. Yong (klik here) yg memerlukan bantuan demi meneruskan sumbangan amalnya untuk menubuhkan pusat baru bagi kanak2 yg menghidapi penyakit autisme nih.



Mr. Yong mempunyai 2 org anak yg autistik. menurut beliau, pusat autistik yg diuruskannya dahulu dijalankan secara percuma especially kpd keluarga yg tidak berkemampuan. mungkin kerana itu dia tidak mendapat pulangan dr segi wang ringgit yg cukup untuk meneruskan niat murninya itu. hasilnya, hujung bulan lepas dia telah diberi tempoh sehingga 14 Jun sebelum diarahkan untuk ditamatkan perkhidmatan. memandangkan hari ni hari terakhir tempoh yg diberi, aku kurang pasti dengan apa kesudahan kisah tragis nih.

timbul persoalan di dalam diri. dimanakah badan2 kebajikan kerajaan yang sepatutnya dapat menghulurkan bantuan? apakah kerana jumlah kewujudan anak2 istimewa spt ini yg dikatakan kecil untuk dibandingkan dgn penyakit "popular" kanak2 yg lain, maka mereka dilupakan begitu saja? sedarkah kita bahawa sesuatu yg kecil itu akan menjadi besar apabila tidak dibendung sedari awal?


aku tidak punyai wang untuk membantu. jika diberi RM300 ini mungkin ianya akan dapat diagihkan kepada pusat seumpama ini. aku akui, jumlahnya mungkin agak kecil tetapi ianya sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli makanan atau mainan ataupun alat tulis/lukis untuk digunakan bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak sebegini.

mungkin juga hasrat aku untuk membantu Mr. Yong sudah terlambat memandangkan tarikh akhir yg diberi kepada beliau ialah hari ini tetapi itu tidak bereeri kita harus berhenti membantu. siapa tahu mungkin beliau dapat menggunakan wang yg dihulur bagi membuka pusat yang baru dan seterusnya membantu keluarga2 lain yg juga mengalami nasib yang sama.

renung2kan dan selamat beramal....




2 fakta tentang autisme:

1. Autisme bukan down syndrome. ia ialah gangguan perkembangan minda dlm interaksi sosial dan komunikasi kanak-kanak dan hanya tertumpu kepada pelakuan yg berulang spt menggerak2kan tubuh atau menyusun sesuatu di satu tempat yg sama ataupun mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.

2. kanak2 lelaki dikatakan mempunyai peluang 4 kali ganda untuk menghidapi penyakit ini berbanding kanak2 perempuan.


Sabtu, 6 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu keenam

Tajuk: SAYA ANAK MALAYSIA

Masa aku kecil dahulu, aku dibesarkan di satu kawasan kampung. Hidup sebagai anak penoreh waktu itu boleh dikatakan hanyalah sekadar kais pagi. Ayah sudah hampir setengah tahun tiada di sisi keluarga. Bila aku tanya Mak ke mana dia pergi, jawapannya ringkas.

"Ayah naik kapal terbang. Pergi jauh-jauh!"

Sejak dari itu aku mula menanam niat. Aku pun ingin naik kapal terbang seperti Ayah. Asal lalu saja kapal terbang di atas kepala, aku sorak gembira kerana aku bangga Ayah aku ada bersama dengan orang lain waktu itu.


Mak menangis. Kadang-kadang dia sorokkan tangisannya itu dengan senyuman lembut. Bila aku tanya kenapa dia menangis, jawapan yang sama juga diberi.

"Mak sedih tengok citer Oshin ni…"

"Mak, nanti Shaz dah besar, Shaz nak naik kapal terbang macam Ayah, eh?" Soal aku pula.
Dia tergamam, "Jangan nak mengada-ngada. Naik kapal terbang, nanti tak balik-balik. Dah! Gi mandi! Sembahyang!"



Aku terkedu tiba-tiba apabila Mak mula meninggikan suara sebegitu. Seperti anak kecil yang lain, makin ditegah makin sifat ingin tahu itu terus melekat dalam diri. Aku janji. Habis sekolah, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan merantau jauh-jauh ke negara orang.

Masuk sekolah rendah, kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Aku berkawan baik dengan Lim, anak doktor berketurunan cina. Dia bijak dan baik. Dia ajar aku bahasa Inggeris seperti mana aku ajar dia bahasa Melayu. Dia ajar aku Matematik, seperti mana aku ajar dia macamana nak main tikam 50 sen sebab selain BM, aku memang tak pandai belajar.

Hobi Lim baca kamus. Aku teruja tengok setiap kali ada masa terluang, dia akan duduk baca kamus sambil buka buku buat rujukan. Aku waktu itu sibuk dengan main SOS ataupun Hangman dengan budak-budak yang pilih jalan gelap yang lain.


Selepas UPSR, Lim dan aku masuk ke sekolah menengah yang sama. Tetapi kami ditempatkan di kelas yang berlainan. Waktu itu keadaan sudah jauh berbeza. Jika dulu, dia dan aku sama-sama duduk di bawah pokok menunggu bas sekolah ataupun makan bersama di kantin, kini masing-masing telahpun membuat haluan sendiri. Aku perhati, anak Melayu seperti aku lebih senang untuk bersama pelajar Melayu manakala kaum yang lain lebih mudah untuk bersekutu dengan kaum mereka sendiri.

Waktu itu, aku mula terfikir. Apakah faktor budaya dan bahasa sudah semakin menjauhkan kami?



Tamat tingkatan 5, aku terus bekerja. Di sana, aku terjumpa lagi besar lingkungan manusia yang pelbagai ragam. Aku mula kenal pada Kak Nab yang lebih suka duduk di meja kerani hingga bertahun lamanya, Abang Ramu yang lebih senang menggunakan kekuatan kipas yang ada untuk berjaya menaik taraf hidup, dan tak lupa juga pada Mr. Tan, yang bermotto kan hidup dan matiku hanyalah di pejabat ini.

Aku baik dengan semua kerana aku kira hidup akan lebih berwarna jika kita bersosial dengan manusia yang pelbagai ini. Jika di sekolah menengah dulu, rakan karib aku cuma satu bangsa, di sini, aku kembali rapat dengan rakan dari bangsa dan agama yang lain. Aku ada Lourdes, perempuan serani yang hanya ke gereja setiap Ahad semata-mata kerana hendak menunjukkan baju dan kasut yang baru, aku juga baik dengan Brett, kasanova yang pernah meniduri semua wanita yang ada di pejabat, Halim yang memang alim orangnya, dan juga Ranjeet, satu-satunya manusia dalam dunia ni yang menggunakan tangan kiri untuk menyuap makanan.


Kemudian, aku bertukar kerja sebagai penulis sambilan di syarikat yang baru. Kerja sambilan memberikan aku peluang untuk menguruskan masa dan lokasi kerja aku sendiri. Maka aku memilih untuk menggunakan peluang yang ada itu dengan bekerja sambil bercuti di negara lain.

Destinasi aku yang pertama ialah Melbourne, Australia. Kemudian, tahun berganti tahun, aku luaskan langkah ke negara lain. Ke Amerika, ke Eropah, ke Egypt, ke negara-negara Asia, dan akhirnya aku kembali ke Australia dan mengambil keputusan untuk bermastautin di sini.


Aku tinggalkan Mak, aku lupakan tanahair seketika, dan yang paling penting, aku kotakan niat aku untuk naik kapal terbang untuk pergi jauh-jauh.

Rindu? Ya, aku rindu. Aku anak Malaysia. aku rindu dengan teh tarik. Teh tarik dalam paket yang aku beli di kedai runcit tak sama dengan teh tarik yang panas berasap di kedai mamak tepi jalan. Roti canai yang cuma kurang dari seringgit sekeping di KL dulu kini aku bayar hampir RM5 harganya, dan nasi lemak, aku kira tiada yang dapat menandingi kehebatannya di Kg. Baru.

KLCC. Satu-satunya bangunan yang aku rindu di KL itu. Segah manapun Eifel Tower menyinar di Kota Paris, atau rekahan-rekahan batu Coloseum di Rome itu, belum dapat menandingi Twin Tower yang tersergam berdiri di dalam hatiku ini.


Dan Mak, walaupun aku kini mempunyai keluarga baru di US, sayang mereka tak sama dengan sayang yang Mak beri sejak aku kecil lagi. Susah payah dia membesarkan aku dulu aku kira sampai ke mati tak akan dapat aku lupakan.

Akhir sekali Malaysia, cuma satu saja yang aku tidak rindu. Politik di dalam negara. Kalau di sekolah dulu, aku percaya dengan apa saja yang disogokkan di dalam berita, kini semakin jauh aku berjalan, aku sudah semakin bijak untuk menilai. Maaf. Terus terang aku akui, pentadbiran negara masih lagi kucar kacir, 2020 sudah semakin hampir tetapi wawasannya entah hilang ke mana. Dan satu Malaysia seperti yang dicanangkan kerajaan dahulu, pada aku sama seperti canangan yang lain. Hanya sekadar hiruk pikuk yang kosong.






Kata Mak aku dulu, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri."
Aku jawab, "emas dengan batu mana yang boleh kayakan kita, Mak?"

Mak terdiam.
Aku tersenyum.

Isnin, 1 Jun 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu kelima

Dlm tugasan minggu kelima nih, aku diberi amanah utk menyiapkan satu entry bertajuk kerohanian/spiritual. Aku tahu, tentu ramai di kalangan blogger yang lain yang akan bijak menulis tentang Islam dan ajaran yang terkandung di dalam agama suci itu. Terus terang aku akui, aku sudah terlalu banyak didedahkan dengan ajaran agama suci tersebut. Kali ini untuk menarik minat pembaca membaca sesuatu yang baru dan di samping untuk merubah persepsi masyarakat tentang makna kerohanian itu sendiri, aku akan menulis tentang satu agama kuno yang diberi nama Wicca yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan ajaran Witchcraft di zaman English Tua di Eropah satu ketika dulu.

*plus, aku memang suka story pasal witches witches ni…. Hahah!!!

Sebelum tu, aku nak beritahu kepada reader semua, bentuk penulisan aku kali ini berbau serius dan anda seakan-akan seperti membaca buku ataupun Wikipedia ketika membaca entry ini. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada pengkritik di luar sana bahawa, selain menulis dengan cara yang bersahaja, aku juga mampu untuk menulis artikel dengan nada serius. Diminta, reader di luar sana yang ingin mendapatkan mood, sila baca dengan nada yang sama seperti pembaca berita, ya!!! Harap maklum.




Wicca dianut oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai witchcraft, iaitu ahli sihir. Tujuan mereka mewujudkan agama ini ialah semata-mata untuk mengelakkan segala tanggapan negatif yang diberikan oleh masyarakat kepada ajaran mereka. Wicca juga dipercayai sebuah agama yang menyanjung alam semesta dan setiap kejadian atau kehidupan di dalam alam itu sendiri adalah suci. Di samping itu, penganut Wicca juga mempercayai kewujudan sepasang tuhan (deity) yang dikatakan telah saling bekerjasama untuk mencipta alam semesta ini.



Tiada ilmu hitam atau putih di dalam ajaran Wicca kerana mereka menghormati roh alam (human nature) itu sendiri iaitu roh yang dikatakan tidak langsung mempunyai elemen positif ataupun negatif. Bacaan mentera (spells) yang digunakan oleh penganut ajaran ini pula adalah sama seperti ritual atau sembahyang yang bertujuan untuk meminta pertolongan atau mencari sesuatu di dalam hidup. Setiap bacaan itu hendaklah berteraskan amalan Wiccan Rede iaitu amalan yang mengharamkan penggunaannya untuk memanipulasi, mendominasi, atau mengambil kesempatan ke atas orang lain. Setiap bacaan itu juga berbeza mengikut personaliti pengikut Wicca tersebut.



Sama seperti agama lain, mereka juga mempunyai sebuah kitab suci yang diberi nama A Good Book of Shadows di mana di dalamnya tertulis petunjuk, bacaan, dan ritual yang perlu diikut atau digunakan. Maksud mistik yang terkandung disebaliknya juga dipercayai dapat membantu penganut ajaran ini dalam melalui kehidupan mereka berlandaskan agama yang mereka anuti.

Undang-undang Witchcraft yang diberi nama Threefold Law pula dipercayai digunakan ke atas ahli sihir yang telah menyalahgunakan kuasa mereka. Seperti karma, undang-undang ini menekankan bahawa setiap perlakuan yang dibuat itu akan dibalas kembali kepada si pelaku sama ada dengan cara baik ataupun tidak.




So itulah serba sedikit entry aku tentang kerohanian dan kepercayaan masyarakat Eropah kuno dahulu. sehingga kini aku masih percaya bahawa ajaran Wicca ataupun Pagan ini masih lagi diikuti oleh sesetengah pihak yang mempercayai terhadap kewujudan ilmu mistik dan mandrem mandrem nih. di Malaysia ni pun ramai juga bomoh khurafat ataupun Mak Esah 12 yang kita dengar cuma nama jer saja yang berbeza, kan?


Esok lusa, aku tulis pasal agama kerajaan langit pulak eh….

Isnin, 25 Mei 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu keempat

yay!! cabaran dtg lagi!!!

kali ni cabarannye berbunyi do's n dont's or buat jgn x buat. eh? betul ker nih?

anyway, aku mmg ada terniat nak post pasal do's and don'ts dlm blog aku nih dulu tp yer lah, bila tibe masa nak tulis jer muncul plak citer lain yg lebih menarik. so aku abaikan jer lah niat murni aku tuh.

tapi bile tetibe abg adi hemu mencabar aku menulis ttg isu do's n dont's or buat dan jgn buat dlm cabaran minggu ke ampat nih aku rase teruja plak nak kutip entry yg dah bermakam dulu tuh balik.

so kawan2 nih lah dia tajuk entry aku kali nih: do's and don'ts with babies.


entry nih ditujukan khas buat para2 ibu dan para2 bapa yg baru menimang cahayamata ataupun kepada pari-pari yg teringin nak menimang cahayamata tp saluran peranakan dah pecah so xleh nak beranak mcm aku. ENJOY!!!!



1. MENGANGKAT BAYI




DO: kalo nak angkat baby tuh elok gunakan kedua2 belah tangan. satu rangkul di bhg badan n satu lagi cover kepala so xder lah kepala dia teleng semacam masa dukung kan? kalo sesapa yg ada tangan 3 plak, mungkin boleh letak satu lagi di celah kangkang untuk menyokong tubuh bayi yg masih kecil tuh la. kalo ada tangan 4 ker 5 ker lagi afdal... kalo ada 8, tuh serangga kan?

DONT: spt gambar di atas, walaupun anda dilahirkan dgn bertangan satu, jgnlah dicekup kepala budak tuh mcm tuh. gunakanlah skill yg ada sebab baby tuh bukan beg plastik nak angkat mcm tuh....



2. MANDIKAN BAYI


DO: badan baby tuh pun mcm kita jugak, kena sentiasa dimandikan dan bersuci. so kalo nak bersihkan baby tuh, elok la kita masukkan dia ke dalam besen kecik lepas tuh rub kan badan dia perlahan2 dgn sabun n towel yg lembut. bukan towel good morning, tuh utk budak penanggah. nih towel mandi baby yg lembut. sabun pun kene gunakan yg sesuai dgn kulit bayi yg sensitif. kalo baby yg mcm aku (org kata aku babyface) kena guna lux or dove supaya lebih terserlah sari dari pati urang aring marthaa tilaar tuh.... kan!!!

DONT: jgn plak ko gi siram dia mcm pokok bunga ataupun buat snow wash mcm keta!! sian baby tuh lemas nnt. kucing ngan hanjeng pun x mandi macam tuh lah...



3. KERINGKAN BAYI



DO: dah lepas mandi kenalah keringkan baby tuh kan? so keringkan lah dengan towel yg lembut n bersih. towel tuh kene pastikan 2 3 ari sekali cuci, jgn dah kerak2 pun sental jugak kat bdn baby tuh. x pasal2, beruam berkudis plak kat badan baby tuh nanti.

DONT: kalo baby tuh x kering2 jugak, jgn plak korang keringkan dgn dryer machine ataupun hair dryer. kalo nak buat jugak mcm tuh make sure korang call org masjid awal2 senang diorg nak dtg baca tahlil lepas tuh nanti.



4. BERMAIN DENGAN BAYI



DO: kita memang suke bermain dgn baby. kalo jumpa baby yg comey2 n anggun mcm i, mesti nak timang2 kan? kalo boleh masa nak main ngan baby tuh ingat2 org belakang sikit. rasa nak buai ker timang ker berpada-pada sebab aku penah baca artikel, baby bole dpt seizure (sawan) kalo kita timang2 dia kuat sgt.

DONT: walaupun lagu timang tinggi2 sampai cucur atap tuh lagu yg mak2 kita suke nyanyikan masa kita kecik, jgn la plak kita merealisasikan lagu tuh spt gambar di atas. tuh bukan timang lagi dah tuh. tuh dah mcm xtreme games la plak kaedahnyer....



5. SENAMAN BAYI


DO: baby pun kadang2 penat jugak. penat menangis, penat berguling, penat merangkak, so ringan2kan lah badan dia yg kepenatan tuh dgn buat senaman ringan mcm tarik2 kaki ker... tarik2 tangan ker... picit2 perut ker... ramas2 jari ker...

sentuhan lembut tuh penting cuz selain mengeratkan kasih sayang maternal ia juga bagus utk kecerdasan mental n fizikal baby tuh sendiri. xder lah baby tuh nampak sengal jer dr kecik sampai besar.

DONT: tapi jgn lah plak over-acting bawak baby tuh gi gym. bukan nak suruh baby tuh jadik jaguh bina badan pun. cukup2la dgn senaman ringan yg ringkas. x yah nak suruh dia buat pumping ker push up ker, buat latihan fying fox ker...baby x kan tumbuh six pack. x perlu, oke?



6. BAGI BAYI MINUM


DO: dah lepas bermain , bersenam, mesti baby tuh mule merengek nak minum kan? bagi yg memiliki kantung di dada yg berisi susu, sumbatkan jer mulut baby tuh ke situ. hilang la dahaga dia. tapi diulang yer - mulut baby, bukan mulut bapak baby.

DONT: bagi kantung yg tandus ibarat di tanah gersang, jgn lah sumbatkan jugak. nak nak plak yg ada bulu serumpun dua, x ker choking hazard tuh?



7. RASA SUSU.



DO: kalo nak rasa susu tuh sejuk ke panas, titik2 kan kat pergelangan tangan b4 suapkan kat mulut baby tuh. nih semua tuk mengelakkan tekak & organ internal baby tuh melecur.

DONT: kalo yer pun nak rasa, bukan lah bermakna kita kene rasa ngan lidah. berpada2lah sikit. susu tuh utk baby bukan utk kita. plus, bimbang gak kalo kita ada swine flu ker x pasal2 terkena plak kat baby tuh nanti. sian.


8. TEMPAT TIDUR

DO: tempat tidur baby hendaklah disediakan dgn betul. crib baby tuh plak jgn penuhkan dgn toys takut boleh melemaskan baby tuh semasa tidur.

DONT: kalo yer pun xder crib, ker buaian ker, jgn la simpan baby tuh dlm drawer. mak bapak bengong mana yg buat mcm nih x tau lah aku nak cakap.



9. KENALKAN BAYI ANDA KEPADA HAIWAN PERLIHARAAN


DO: tujuannye supaya haiwan tuh (especially anjing) xder la main sergah baby tu bila dia tahu baby tuh family dia jugak. dlm masa yg sama jugak baby tuh pun bole mengenali makhluk tuhan yg lain selain manusia. nih penting utk perkembangan minda baby tuh sendiri.

DONT: tapi, kalo nak kenalkan baby tuh kat binatang pun jgn lah letak dia dlm akuarium atau kandang binatang tuh. tuh bukan nak kenalkan lagi dah, tuh dah nak buat umpan maksudnyer

10. LAST BUT NO LEAST, MEMBELI BELAH BERSAMA BAYI


DO: setiap minggu, or bulan ker kita mesti nak gi shopping2 beli barang dapur tapi mengalami situasi di mana xder plak org yg nak jaga baby kita masa tuh. nak antar kat umah mak, jauh plak kat kampung. nak bagi hubby, dia sibuk main golf, so nak x nak terpaksa la kita angkut dia gi supermarket skali.

so para ibu yg meluangkan masa bershopping ngan baby nih kene make sure lah baby tuh wujud depan mata dia n baby tuh diletakkan di dlm troli & di tempat yg betul.

DONT: jgn pula shopping sampai lupa diri pergi letak semua barang atas baby tuh mcm pic kat atas.... haha!!! babe... botol air 2.5ml jer dah boleh bunuh baby dlm troli tuh lagi plak korang gi letak beras sekampit kan. sure lah baby tuh jadik arwah.... unless korang memang sengaja nak shopping utk kenduri arwah. yg tuh dikecualikan la.

hahah.... so caner?
setuju dgn point2 aku di atas?
boleh x jejaka anggun ni jadi bapa mithali?
ada x sesapa yg nak jadik bini tumpangan?

Isnin, 18 Mei 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu ketiga




minggu ketiga n kali nih aku dicabar plak dgn tiga topik.

1. dilema bloggers.
2. generasi bebas jenayah.
3. kalau aku jadi perdana menteri

first of all, aku kene pilih salah satu dr tajuk di atas. setelah 2 saat aku berfikir, at last aku pilih tajuk yg ketama. nak tau kenapa? cuz aku rasa semenjak dua menjak aku bergelar blogger tahap amatur ni maka aku tau serba sedikit dilema yg blogger2 nih hadapi. plus, aku x berapa tau pasal generasi bebas jenayah nih sebab aku xder kat KL so aku x tau apa bende alah nih actually. so x nak tulis bende2 yg aku x berapa reti. topik ketiga, kalo aku jadik PM plak, well... aku mmg x suke citer pasal politik. politik dlm dunia nih mmg korup. especially kat malaysia sendiri. aiyo! nak tulis pun buat fenin jer. so x yah lah fenin2 kan kepala aku yg jendul nih, kan?! life is short, babe! enjoy to the fullest!

so spt biasa, mukadimah sbl buka citer, adik2 rapatkan saf. cik me, asik hilang jer lately nih. keje umah pun x buat. cik shaz nak citer nih. pasang telinga, jgn dok fikir pasal hal lain.

dilema blogger.

actually aku dah list down beberapa dilema yg blogger nih hadapi sepanjang aku melibatkan diri dlm membaca, menulis, menghayati, mengomen, n mengeji blog sendiri n org lain. tuh belum lagi masuk tahap menutup dan membuang komputer di sungai2 berdekatan. bagi mendapatkan mood yg sebenar, sbl aku kuarkan list2 tuh di bawah, mari kita hayati cebisan lirik lagu Di Dalam Dilemma dendangan K...R...U!!! (tang KRU tuh MC majlis jerit sikit. MC majlis biasanya adibah noor la siapa lagi. kalo x pun aznil, or afdlin or AC, muke2 tuh jer balik2).

Luangkanlah sedikit masamu
Tak ingin lagi terkurung dalam belenggu
Masanya 'tuk berbicara
Secara seriosa kita
Selesaikan segala sengketa

Ku terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu
Ku terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu


hahaha!!! gila gila lah!!!!





1. dilema yg ketama - idea x muncul2 walaupun jari jemari halusku ini masih lagi nak menulis. err..menaip. ini dilema yg paling kerap berlaku kpd blogger yg gatal nak mencarut dlm blog tapi x tau apa yg nak dicarutkan or idea tuh ada tp x tau caner nak sedapkan ayat. nasihat aku sbg org yg sentiasa menulis nih kalo rasa2 idea tuh hilang, gi lepak depan TV. or main facebook dulu ker, myspace ker, chat ker, burak ke, baca news online ker. sure korang akan jumpa something yg menarik utk ditulis. kalo x jumpa gak, gi tidur. gurau senda dgn suami/isteri masing2 pun oke gak. kalo x dpt2 gak... kelar pergelangan tangan. lepas tuh leh tulis blog dah. tajuk entry: cubaan membunuh diri sebab aku buduh tahap swine.

2. dilema kedua - layout blog x cantik atau kaler memeningkan ditambah pulak dgn isi citer yg x menarik. ini pun dilema blogger gak nih. khususnya kpd pembaca blog cuz kalo dah layout blog tuh memeningkan pastuh entry plak balik2 asik citer ari nih pakai lipstik kaler apa, esok nak date kat bawah pokok mana, atau ada mamat tegur aku dlm LRT semalam, tapi aku buat jual mahal sebab aku rasa muke aku dah setaraf supermodel, org akan jadik malas + geli geleman nak baca. bila org malas nak baca ianya mendtgkan dilema plak kpd blogger yg menulis kerana memikirkan kenapalah org x baca blog dia. sian ek? so renung2kan dan selamat beramal.

3. dilema yg ketiga tentang fitrah alam. semua manusia itu shallow. even org buta pun pandai pilih port nak minta derma so blogger yg tak menepati taraf piawaian pembaca spt x cukup anggun ker, x berapa nak hensem ker, takut takut nak berani mati ker, dan juga blogger yg hidup dlm keadaan separa sedar iaitu x tau dia tuh syok sendiri pun kadang mendatangkan dilema jugak. samalah spt point di atas, blogger kena amik tau sensitiviti n hal sekeliling sikit b4 nak menulis sbb takut kalo direct sgt nnt org marah plak. kita hidup nih musuh lagi ramai dr kawan so x yah lah nak biakkan lagi, oke?!

ps: tapi jejaka anggun berani mati. statement dia ikhlas. sapa yg x suke baca jgn masuk.

4. nih dilema yg dtg drpd reader/follower blog plak iaitu bile diorg x faham apa yg blogger tulis, atau diorg mmg jenis x faham bahasa, atau worse mmg reader nih dah tahap sangap. reader gini biasanya bila dah x faham mule nak tinggalkan komen2 yg berbau negative atau cepat nak terasa hati atau tulis kat blog dia kutuk2 blogger lain. manusia mcm ni kalo hidup zaman pagan mmg dah kene bakar dah hidup2. nasihat pada reader (termasuk diri sendiri), kalo x suke baca blog someone tuh sebab kita terasa ke marah ke, kita jgn baca. kalo x der apa nak komen, kita jgn komen. senang. kalo nak berbalas2 komen kang jadik hal lain plak.

5. last sekali, dilema yg paling tahap maha dilema skali di kalangan bloggers ialah kata2 yg ditulis yg boleh mengakibatkan kita dicampak ke dlm ISA. haha!! nak komen ke x pasal nih? kang kalo aku komen kang aku plak yg kena campak ISA. haha... so caner tuh? perlu ke hidup dlm ketakutan mcm nih? kata demokrasi tp xder hak nak bersuara? perlu ker? perlu? (jejaka anggun menjegilkan matanya yg sepet itu). cik me? perlu?!!



actually ada banyak lagi la dilema yg blogger nih hadapi tp nak tulis panjang2 kang dan jadik esei utuk sayembara penulis DBP la plak. so aku stop kat sini jer dulu. secara ringkasnya, blog tuh cabang baru untuk kita mendekatkan diri dgn semua org. kalo kat western countries dah masuk tahap VLog dah sini jer lah yg baru2 nak femes blog nih pun. so dilema yg dtg tuh kalo bole tepis, tepis kan jer la... kalo rasa dah berat sgt tuh... take a deep breath n relax....


ada nada serius ke entry aku kali ni? kalo ada, aku tukar!

Isnin, 11 Mei 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu kedua

aku baru terbaca mesej kat yoyooh.com tentang cabaran minggu kedua hari ini.
Tak serik2 mencabar aku.

Hmmm… katanya aku dicabar untuk menerangkan blog yg paling aku gemari
dan kenapa aku paling gemari blog yg aku paling gemari tuh
dan apa yg aku belajar dr blog yg aku paling gemari tuh.
Banyaknya paling gemari.

Dan yg kedua, diorang nak aku komen pasal blogger yg syok sendiri.
Sian.
Aku tak berapa reti nak komen tang ni sebab ramai orang yg syok kat aku dalam diam.
eh, nih statement syok sendiri lah ni kan?
anyway, diorg nak tahu apa yg perlu aku buat untuk mengelak dr digelar blogger simbol seks.
Eh bukan. Blogger syok sendiri nih.

Sila hurai dlm 100 patah perkataan. Oke tipu. Tuh aku yg memandai tambah.


Okelah, seperti biasalah nak dengar citer aku, adik2 amik tempat masing2 dulu.
Rapatkan saf yer.
Cik me jangan degil. berhenti melukis, letak charcoal tuh dulu.
Nak dengar citer tak?

citernyer bermula begini…

**Tetibe kamera fokus kat langit utk menayangkan flashback.



Blog yang aku paling gemari setakat ni cuma ada dua.
Yang ketama ialah blog vidadarisakura (cik vivi aku promo blog nkau bah!).
Meh aku citer kenapa aku suke baca blog nih.

aku nih periang orangnye.
bukan riang-riang itu serangga. periang.
dan blog yg ketama nih aku suke baca
sebab entry nyer mcm main game polis entry.
suke buat aku keletihan ketawa.
Gusi aku pun tak kering
so para datuk2 dan nenek2 yg memakai gusi palsu
ataupun sesiapa yg menghadapi masalah gusi kering,
rajin2lah baca blog nih.
Insya allah, berkesan.
Kalo x berkesan, pakai bonjela pun oke.

Selain tuh ayat dia memang sempoi dan selamba.
isinya pun ringkas dan menarik
itu yg buat aku teruja nak tunggu apa entry baru dia setiap hari.
usually, blogger nih cuma letak ayat-ayat dan story yg pendek tapi tebal.
Eh silap. Tapi ringkas.
Makanya itu membuatkan masa aku tak dibuang ketika membacanya kan?

Apa yg aku belajar dr blog nih? Ada tiga.

Ketama, aku blaja ketawa dari pankreas kalo perut dah senak.
Kedua, aku blaja ilmu mempertahankan diri. oke tipu.
Ketiga, aku blaja buat lawak dgn lebih selamba dan bermanfaat.



Blog yang kedua yg aku gemari ialah aku ->pelukis<- (cik me! Promo kire markah kene lebih nih!) pasal aku minat lukisan ngan fotography.
Lebih2 lagi lukisan ala2 andy Warhol.
Tp so far xder plak lukisan camtuh dlm blog dia.
Foto yg di snap pun menarik.
Ada satu foto aku dah curik.
Foto gambar kucing sebab aku rasa kucing tuh anggun cam aku.



So apa yg aku blaja dari blog yg nih plak?

Aku blaja caner nak melukis dgn baik.
Haha!! Buhung. Aku mana tau lukis.
Aku blaja apa ek?
Oh, amik gambar kot?
Kamera pula dah hilang!!!!
Entahla so far aku x blaja apa…
Aku suke jer layan blog dia.
Sebab foto n lukisan yg menarik tuh jer lah…
cik me lenkali ajar eh?

haha!!
dah panjang gile dah entry aku kali nih.
Dah macam hikayat merong mahawangsa dah panjangyer.
Aku sendiri x suke baca entry panjang2 dr blog org lain.
Sebab aku rasa cam syok sendiri la plak kan?

citer pasal syok sendiri nih....
aku tak kisah actually kalo aku dilabel sbg blogger yg syok sendiri
sebab kalo aku nak tunggu org lain yg syok ngan blog aku
mahu sampai ke mati lah aku nunggu eh dek non.
Walaubagaimanapun, aku menerima sebarang teguran n komen yg constructive.
Bukan construction, constructive.
Awek constructions ada dlm blog nih: video lawak malam ini
Sebab dr teguran dan komen2 yg sebegitu
Aku dpt belajar dan meningkatkan lagi diri ini
Untuk menjadi blogger yg lebih matang dan sempurna.
Amin.

Rabu, 6 Mei 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu pertama



hehe. tajuk kat atas kenkadang buat aku tersengih sendirian.
berani mati mencabar jejaka anggun eh?
siapalah yg mencabar aku tuh?
tak tahu ke aku nih dulu pemantun terbaik peringkat wilayah persekutuan?
ahaks!

Photobucket

dua tiga hari lepas aku terpilih utk menyahut
satu cabaran dari pihak yoyooh
bukan cabaran Tariking
ataupun Cabaran minggu pertama pelajar AF
nih cabaran yg dipanggil cabaran the blog squad yoyooh
takut x?
takut?

cabaran nih memaksa aku utk bercerita tentang salahsilah dan liku liku hidup
yang pernah aku tempuhi sepanjang aku mengenali dunia blogging nih.
lebih kurang macam nak tahu
bagaimana aku boleh terjerat untuk menulis entry dlm blog
dan juga tentang bagaimana blog nih kadang2 bole menyesatkan aku dlm
dunia khayalan aku sendiri lah kan...

so oke, adik2 semua dah sedia nak dengar citer?
duduk duduk... rapatkan saf...
cik shaz nak citer nih.
en. me mulut tutup nanti masuk lalat!
(cik me mesti baca entry cik shaz kan?)

memula skali tajuk blog.
ramai gak follower/reader aku yg bertanya
kenapa jejaka anggun?
kenapa tak jejak chumel (setuju)?
atau jejaka hensem (setuju gak)?

jawapan demokrasi aku
sebab jejaka chumel ngan hensem dah ramai org tapau
so aku pilih anggun jer la.
lagipun aku ngan anggun c sasmi sedara.
tuh jawapan berbentuk demokrasi
kalo jawapan berbentuk sarcastic
berbunyi begini: sebab aku punye suke, kot?
ahaks!

pastuh ada lagi mulut nak bertanya
bila ko start blogging nih?
ngaji x nak, baca buku x nak
semayang jauh sekali
tapi blogging cukuplah pandai....

aku jawab blog nih aku mula tulis
pada hari Rabu bersamaan 11 Februari 2009 (baca seperti penyimpan mohor besar)
tajuk blog pertama aku ialah salam permulaan (klik here)
masa tuh aku memang busan giler
n ada hamba allah yang baca blog lama aku = jejaka anggun malaya (klik here)
minta aku tulis blog tentang diri sendiri
sebab blog jejaka anggun malaya nih aku tujukan khas untuk entertainment news & commentary jer.
aku mule2 malas gak nak citer pasal diri sendiri
sebab aku nih jenis low profile
merendah diri so malas nak citer lebih pasal kehebatan diri sendiri
tapi kawan aku tuh kata,
kalo nak org lebih dekat dengan tulisan kita
baik kita tulis pasal diri sendiri
sebab tuh yg lebih ikhlas dan benar.
aku diam. 2 minit kemudian aku terus setuju
maka terhasil lah blog yg tidak seberapa nih.
kalo x kerana dia maybe blog nih takde sampai sekarang
so tahniahlah pada hamba allah itu
yg berjaya menyesatkan akidah aku.

ada plak yg skema sikit tanya lagi tuh,
apa kategori blog ko nih?
18SX aku x leh baca. aku belum akil baligh.

aku jawab dgn tenang,
walaupun mak aku dr negeri sembilan darul khusus
ingin aku tekankan bahawa
blog aku nih takder kategori yg khusus.
(ada kene mengena x?)
so segala citer n bahasa rojak-pasembur-kuah kacang-lebih
mangga-ngan-timun-tak mo pun aku letak.

tapi aku cube jugalah mengetengahkan bahasa ibunda aku sendiri
dlm entry yg aku tulis.
sebab sebelum ni aku ada jugak blog lama aku kat myspace
aku guna 100% bahasa english
tapi sambutan terhadap blog tuh dingin n entry nyer terlalu personal
so aku tamatkan jer lah riwayatnya.
lagi satu, aku kira kalo aku yg tak usahakan menaik taraf bahasa aku sendiri
siapa lagi ek?
tak kan nak suruh bangsa asing?

pengaju soalan kemudiannya terkesima.
mungkin terpegun dengan jawapan aku.
mungkin juga leka dengan muke aku yang anggun
atau mungkin rimas panjang sgt dah aku berceloteh.
so aku berenti kat sini jer lah dulu ek?
lain jawapan bakal timbul di cabaran
soalan untuk minggu kedua.
till then,
au revoir n assalamualaikum.....



oke tak ngan jawapan cabaran nih?
tak oke, aku tulis baru....
hahaha...