entry nih bertujuan utk mengucapkan terima kasih kpd semua yg telah berjaya membuatkan KOUGAR meraih anugerah Bakat Muda Selangor 2011 bagi kategori cerpen/novel BM pada malam sabtu lepas. ia terlalu panjang so feel free utk buat kerja lain yg lebih berfaedah dulu.
first n foremost, terima kasih kpd Allah swt yg telah memberikan aku mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan otak untuk terus hidup dan berkarya. novel nih asalnya hanya ditulis sekadar main2. aku boring2 dlm tren, x tau nak buat apa so aku amik phone n mula taip perlahan2... sikit demi sikit... tau2 lengkap satu cerita. segala perjalanan cerita yg berlaku dlm tren adalah apa yg aku nampak di depan mata sendiri. watak, karekter, percakapan, semua yg berlaku, terjadi di sekeliling. ada yg diubah. ada juga yg dikekalkan. maaf kalo ada isi dan inti cerita ini yang menyakiti hati mana-mana pihak tetapi aku percaya hidup tidak seharusnya menjadi hipokrit. ada masa kita menangis di kala orang lain sedang bergembira. itu lumrah.
2nd, terima kasih banyak2 kepada penerbit Fixi sendiri, iaitu saudara Amir Muhammad. dia banyak memberi idea dan membuka peluang untuk aku menjadi penulis yang baik. novel kedua bersama Fixi, judulnya Tabu (eng. Taboo) insyaallah akan menyusul November ini dan aku percaya jika Allah masih mengurniakan bakat dan rezeki kpd kami berdua maka kami akan terus bekerjasama sampai novel yg ke 2 juta. insyaallah. sebelum Kougar, aku ada hantar cerpen berjudul Milah utk Body2Body and novel Pucuk utk Fixi and dua2 kene reject. so, kpd penulis baru jgn give up menulis atau hasilkan karya yg bagus. rezeki itu ada. cepat atau lambat itu urusan tuhan...
*aku bersama penulis baru Fixi, Dayang Noor. novelnya Jerat sedang berada di pasaran sekarang. sila dapatkan yg original. yg terselit di belakang itu ialah Gina, penulis novel Ngeri n abang hensem berbadan kekar itu ialah Saharil, penulis novel Kentang dan Tentang. sila follow blog saharil Conteng dia. gile kiut.
3rd, kepada family n kenalan rapat. mak especially. watak Mak dlm novel ini serba sedikit bersangkut paut juga dgn dia. mak memang kuat berleter. mulut dia x habis2 dgn cerita2 dan komplen. aku tahu nanti akupun akan jadi tua macam dia sebab akupun banyak komplen. so, sebelum org tulis pasal aku, better aku yg tulis pasal mak dulu. heheh. kawan2 pun begitu. kalo rasa2 nak cerita ko dlm kelambu ditulis dlm buku, terus2kanlah gossip2 pasal laki or boyfren korang dgn aku. ;p
4th, kepada rakan2 n pembaca yg menyokong. aku mula menulis ketika berusia 16 tahun. masa tuh aku habiskan kertas kajang (note pad) kat sekolah utk menulis bila ada jer masa yg terluang. aku dah lupa apa cerpen/novella aku yg pertama but dari review classmates yg membaca, aku tahu yang aku memang ada bakat. then lepas sekolah, aku stop menulis terus. aku concentrate dgn kerja hinggalah tahun 2005 bila aku start kerja dgn publisher, aku banyak didedahkan dgn novel2 fiction n non fiction seluruh dunia. aku lebih sukakan buku berbentuk memoir n first buku yg aku beli waktu tuh ialah Slave dr Mende Nazir. aku tertarik utk membaca jln hidup seseorang. bagaimana payah dorang nak jalani hidup utk jadi seperti org lain or better dr orang lain. sebab tuh novel aku, aku lebih gemar fokuskan kpd satu watak. biar ia dtg dr sudut pandangan individu atau narrator cerita itu sendiri. yg lain, aku kekalkan jd pertanyaan n andaian pembaca. pembaca skang dah bijak, kan?
5th, kpd akademi SEYTA (Selangor Young Talents' Award) sendiri yg mengiktiraf karya ulung aku ni. insyaallah, kalo ada rezeki, next year aku akan submit utk next novel plak. masa Diana Rafar umum yg dia dengar novel yg bakal menang award nih hebat n dia teringin nak baca, aku mcm dah agak dah yg dia akan sebut nama Kougar. heheh. terharu....
last but not least, kpd semua pembaca yg memuji, mengeji, mengutuk, yg x faham ending dia, yg sukakan ending dia, yg kata cerita nih pasal hidup dia, yg nak cerita nih dijadikan movie, yg bayangkan aku akan jadi setaraf JK Rowling, yg kata x minat nak habiskan baca sebab boring, yg komplen kenapa cerita aku x cukup sastera, dan yg kata aku sangat anggun dan layak menjadi model antarabangsa (ok, aku tipu)... well, aku sgt2 hargai ulasan kalian n aku kira sudah tiba masanya utk aku terus serius menulis.
terima kasih, assalamualaikum dan lihatlah dunia!
ps: bila aku habis type text ucapan nih, aku dah dapat membayangkan yg muzik dah lama berkumandang sampai ada security naik atas stage tarik aku turun.... hahaha.
riben: thanx.
BalasPadamtahniah pakcik.. semoga pakcik akan lebih berjaya...
BalasPadamboleh tak aku rasa sedih baca text ko ni...huhuhu
BalasPadamcongrats again ..aku dh tweet tahniah awal2 kt twitter...tataulah sbb celcom/bb/ko sendr dh kekwat x nak layan peminat..
:P
TAHNIAH
BalasPadamtahniah....teruskan !
BalasPadamthanx semua.
BalasPadambuyui: mmg twitter for BB buat hal. xder notification org lain melainkan tweet sendiri. sendiri type, sendiri baca. sian.
Mujurlah kau tak diberi peluang beri ucapan di pentas malam itu! Ha ha ha ha! Apa pun, Pak Cik tumpang bangga kerana mengenali penulis "diva" ni.
BalasPadamuthaya: heheh... so bile nak blanja mkn?
BalasPadamhid: tenkiu. me is so proud of u too.
Tahniah.. *Speechless*
BalasPadamHahaha.. Macam aku plak menang..
Btw, tajuk buku kau memang menarik minat nak baca.. Sabar ye, insya Allah aku akan ulas buku kau.. Teruskan menulis ok..
patut la ko kekwat sekarang.. hehe
BalasPadamd: ok...
BalasPadamleli: dr dulu lagik kot?
aha!
BalasPadamcongratulations!
ngee...
=)
shand: terima kasih...
BalasPadamtahniah! =D
BalasPadamhana: thanx....
BalasPadam