Jumaat, 7 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 1)


on my way to KLIA.


Hai-hai... hari ni hari Jumaat, local time 12.34am. bersiaran dari Ankara, Turki.

Aku dah seminggu ada kat sini. bertolak dari KL hari Ahad 2 June hari tu ke Istanbul via Doha ngan Qatar Airways. Best Qatar Airways. Makanan best, seatpun luas n yg paling penting ada beratus movie utk aku tengok sepanjang perjalanan.

Aku chose filem Hitchcock dan One Flew Over the Cuckoo's Nest selain sibuk main Candy Crush guna ipad Dato K, dengar lagu n baca novel Revenge by Yoko Ogawa (honestly, aku tak minat sangat buku ni. mcm tak masuk dlm kepala otak plak citer dia).

Sampai airport Istanbul, keadaan sangat busy ngan manusia. teksi bersepah-sepah tapi takde kaunter kupon atau even queue. ko tahan je teksi yg lalu depan mata and terus drebar tu akan bawak kau ke hotel. peringatan: org Turki rata2 tak paham bahasa ingris so takyah nak slang sangat dengan dorang. ko tunjuk je alamat mana kau nak pergi atau apa yg ko nak makan kat menu. mudah. 

Istanbul sangat cantik. penuh dengan narrow lanes dan jalan yg berbukit-bukit. sebijik macam San Francisco so kalo ko maukan bontot yg pejal, datanglah buat senaman kat sini. malangnya, sampai kat hotel, Comfort Hotel Istanbul, mood aku tu bertukar secara otomatik. Hotel ni sangat kecik and kita orang ingat takde tempat nak cucuk plug sampai esok hari baru sedar yg benda alah tu ada dorang sorokkan dalam cabinet. motif????
 
Hari pertama dihabiskan dengan tido di dalam bilik bagi melepaskan penat jetlag duduk dalam flight berjam-jam. Segala aktiviti bermula dengan hari kedua tapi aku tak nak cerita sekarang. Aku nak cerita dlm entry yg akan datang. Harap bersabar, ya?

Ni pics yg aku sempat amik....


The best airlines in the world. aku suka.

Qatar yg kering kontang...


 
ps: Thanks to Nina yang tolong jaga rumah sepanjang aku bercuti nih. Semoga dia jadi mak tiri kepada Snow White dengan baik.... 

1 ulasan: