Jumaat, 7 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 2)

Hari kedua dimulakan dengan breakfast di atas terrace/rooftop mengadap laut. bunyi mcm gah tapi sebenarnya hauk gila terrace ni. kau nak amik gambarpun geli.


 lepas breakfast, kitorg memulakan perjalanan ke Blue Mosque. lokasinya dekat je ngan hotel so takdelah susah sangat nak mencari. Blue Mosque ni sangat cantik. Cantik gila. Cantik. Masuk kena pakai, pakaian yg tutup aurat. kalo korang datang pakai shorts, dorang bagi kain. Untuk pompuan yg free hair plak, dorang bagi selendang. Sleeveless tak boleh.

Niat utama aku kononnya nak solat kat masjid ni tergendala bila puas aku carik pintu nak masuk kat tempat solat tapi semuanya tutup. Bila aku tanya kat pengawal, dia tunjuk je kat mana2 yg dia suka. Last2 aku fed up. Ha, nampak tak aku mudah mengalah bila Tuhan bagi sedikit dugaan?

ni memang kepala aku disengetkan. jgn rotate kepala anda...




tak sahlah kalau aku tak pose depan masjid biru, kan?
 


siling masjid. sangat gah.


Dari Blue Mosque, nak gi Hagia Sofia tapi semua museum tutup hari Isnin. Nak pergi Topkapi Palace plak tiket masuk mahal gila. dlm TL40. Perlulah aku nak bayar banyak tu untuk masuk istana? Kalo aku bayar mahal2 macam tu tiba-tiba ada game macam Istana Takeshi boleh jugaklah diterima akal, kan? Okebai.

So, aku n Dato K berjalan-jalan je sekitar area kat situ sampai terjumpa cute town yg ada tempat makan yg sedap2. Basically, Turki takdelah semahal yg aku sangka. Kalo nak makan pizza ke, kebab ke, bole jer dapat dlm less than TL10. RM dengan TL cuma kali dua je so oklah, kan?




Lepas lunch kitorang teruskan berjalan kaki ke tepi laut plak. Naik cruise keliling Bosphorus sea. Nice experience. Tiket harga TL10 je, perjalanan keliling laut dr Eropah side ke Asia side dlm sejam setengah. Sangat berbaloi.



Turun dari cruise, kitorang jalan2 sekitar Galata kejap. Naik Galata tower yg sempit utk lihat pemandangan bandar Istanbul dari puncak.



Actually, aku ada kenalan yg datang bekerja/bercuti n stay kat area Galata ni tapi entahlah aku antar mesej kat FB dia tak reply. Maybe dia sibuk bercuti ngan partner dia kot. Or maybe dia join org yg buat rally kat Taksim park tu. Huhu.

Oh by the way, Taksim dekat dgn Galata (agak jauh jugaklah dgn hotel aku) so aku nampaklah few kids yg bawak bendera jalan2 nak ke rally tu. Aku takdelah plak nak join, cam malas je... yer lah, sedangkan rally kat Msia pun aku tak join, perlu plak aku nak gigihkan diri kat sini?  

Apa2pun, lepas jalan2 kat situ, kitorang kembali ke tempat cruise tadi utk makan di bawah jambatan. Tak sedap sangat. Takyahlah korang buang masa makan sini. Lepas perut kenyang, kitorang terus berambus balik hotel dan pengsan sampai pagi.

Ha, itu je cerita hari kedua aku kat Istanbul. cerita hari ketiga, akan diceritakan dalam entry yg akan datang.... tunggu....


1 ulasan:

  1. penah dgr ade org kata kucing2 kat sana gebu2, walaupun kucing jalanan. betul ke JA?

    BalasPadam