Isnin, 10 Jun 2013

Live, travel, adventure, bless, and don't be sorry - Jack Kerouac (part 3)

Hari ketiga di Istanbul.

Breakfast kat hotel sama macam breakfast hari kedua. Takde apa yg special. lepas breakfast, aku jenjalan gi Grand Bazaar. Besar jugak pasar ni. ala2 Victoria Market kat Melbourne. aku tak beli apa pun dalam ni, macam benda yg sama je ulang2 dorang jual cuma bila dah kat luar2 tu barulah aku jumpa satu tea set yg klasik for TL25. So, sambar jer lah. saja nak buat hiasan kat umah.







Lepas pusing2 area pasar ni, aku gi plak meredah jalan ke Valens Aqueduct. Ini tempat saluran air untuk bandar Constantinople masa Roman empire 2000 thn dulu. Punyalah jauh aku berjalan utk sampai kat sini semata-mata nak tgk benda alah nih jer. Hmmm... next time, kalau aku datang sini, malas dah aku nak visit tempat ni. bukannya ada apa-apa pun.





Dah penat melampiaskan penat kat area ni, kitorang sambung balik jalan ke Hagia Sofia. Walaupun cuaca tak sepanas KL tapi berpeluh jugaklah celah tek aku ni ha. Nasib bila sampai je kat Hagia Sofia, hati aku rasa tenang. Cantik sangat. Masya Allah.

By the way, korang tau tak apa Hagia Sofia aka Aya Sofya ni?

Building ni asalnya orthodox cathedral yg dibina pada abad ke 6, later dijadikan masjid semasa empayar Othmaniah merampas Constantinople (nama asal Istanbul) dan sehinggalah ia ditukar jadi museum untuk tatapan umum sampailah sekarang.

Aku impress gila dgn building ni. ada usaha2 renovate dijalankan utk memulihkan kembali mana2 bahagian yg dah rosak or cacat so korang boleh nampak lukisan2 kristian yg dipadam dulu, tengah di touch up balik. Menariknya, ada gambar Virgin Mary dgn Baby Jesus kat tengah2, diapit plak oleh tulisan Allah dgn Muhammad. Ha, macam tu lah...

gaya seorang fotografer amatur.








aku memang suke pose kat lorong-lorong...


OK, tu jer projek jalan2 aku untuk hari ketiga. Part 4 akan menyusul di entry yg akan datang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan