Jumaat, 31 Disember 2010

bye bye dua ribu sepuluh



hai... salam hujung tahun.

aku percaya kiter semua dah merasai banyak kenangan n cerita sepanjang thn nih kan? ada yg suke n x lupe jugak yg duke. well, thats life. kalo suke jer 24 jam tuh bukan drama namanya. tuh filem seram. tapi apa2pun, aku harap ada something yg kite semua dpt belajar dr apa jua yg dah berlaku sepanjang thn kita hidup. something yg boleh menjadikan kita manusia yg lebih sempurna hendaknyer.

kepada semua yg terus menyokong blog jejaka anggun, terima kasih kerana rajin memfollow blog nih setiap masa. (saya happy bile anda happy baca blog saya!) ... kepada semua sahabat handai yg x jemu nak menjadi sahabat aku dlm suke dan duke, terima kasih kerana sudi melayan kerenah aku yg pelbagai nih... n kepada pembenci2 yg meluat dgn tulisan aku or dgn diri aku personally.... errr... ada aku kesah? FYI, you actually are my biggest fan because you keep on wasting your time just to watch my every move... keep it up!

akhir kata, aku lambakkan pic2 terakhir yg aku sempat amik dlm bln Dec nih utk tatapan anda semua.... enjoy n tataplah wajah2 anggun aku nih sampai korang muntah darah. sekian. wasalam.


* with Dato K aka mr jejaka chumel - despite our 1001 differences, i still like to have u around. thanx for being a great fren n supporter.


* nih pic kat chilis, sementara menunggu waiter sampai, paparazi sibuk amik pic kami.


*tengah makan pun, still pic kami ditangkap oleh paparazi yg tidak mengenal erti penat lelah.


* lepas dinner, kami beransur ker iCity Shah Alam, feeling2 bermandikan cahaya di bawahan sinaran lampu minyak tanah...



*bergambar bersama PA dan pengurus, tulang belakang kejayaan aku.



* muke kami berdua mmg tidak dapat lari dari lensa kamera paparazi yg sudah siap sedia menunggu


*oke, nih pic xmas plak. xmas breakfast.... krispy kreme!!



* Hi-Tea kat Restoren Seri Angkasa, KL Tower. food wise oke2 jer but the ambience tuh yg best. berputar sambil melihat bandaraya KL dari puncak.


*heading to observation deck after makan. tgk lah xmas tree tuh, huduh benar.



*my 21st (again) bday on 29hb arituh... makan2 di malones, kl sentral. lama giler tunggu, waiter bole x datang tanya order walaupun restoren tuh kosong... ingat aku datang nak duduk2 tumpang berteduh ker?


*finally, paddy's steak sampai. nasib baik sedap! aku recommend kat korang, dtg ah makan kat sini. chill2 cosy2, best!




*last but not least, one of the hadiah bday dari Dato K. buat sendiri painting nih katanya. kalo aku gantung, mesti org ingat lukisan nih karya salvador dali ataupun gustave courbet, kan? sangat menakjubkan. tahniah!



oke, apakah anda sudah pitam????


Isnin, 27 Disember 2010

harta suamiku, milikku

lama giler aku x post entry baru... ada ker sesapa yg rindu?

anyway, aku ada terbaca kisah pasal tokey majalah Playboy, Hugh Hefner, 84, yg dikatakan buat surprise kat girlfriend dia, Crystal Harris, 24, dgn menghadiahkan sebentuk cincin pertunangan masa mlm hari Xmas yg lalu.... aaahhhhh so sweeetttt.....

lihat pic di bawah...secocok kan mereka berdua?



Hefner, 84 thn sebelum nih pernah berkahwin 2 kali. first pd thn 1949 dgn Mildred Williams n bercerai pd thn 1959. mereka dikurniakan 2 cahayamata; iaitu Christie, kini 58 thn n David, 55.

lepas tuh dlm thn 1989, dia berkahwin sekali lg dgn Kimberley Conrad (ex Playboy Playmate). mereka berdua dikurniakan pula dgn 2 anak lelaki, Marston Glenn, 20 thn n Cooper Bradford, 19. pasangan ini dah confirmed bercerai March yg lalu. sian.

so harap2 ini perkahwinan terakhir Hef. bukan apa, aku kesian jer ngan org tua nih.... dia ingat pompuan nih cinta sepenuh hati ker kat dia.... dia sedar x kalo dia setakat tukang kebun ker atau nelayan ker atau buruh binaan ker atau pencacai najis ker, ada ker pompuan cantik mcm nih nak pandang muke dia? ada? mampu?

lainlah muke jejaka anggun bawah nih... rebutan dan idaman satu malaya... kan? kan? kan?





ps: teringat kat makhluk allah sorang nih... x kesah dpt anak ikan kaki cukur, asalkan meletop n bole bangga tayang depan khalayak ramai.... ko mampu???


Rabu, 22 Disember 2010

translator diperlukan.

aku banyak terima email mcm nih... ada sesapa yg paham apa orang nih nak?



From:




反片 寄了一則文章給你喔!!
------------------------------------------------------------
給您的留言: .
.
.
.

只要你会说华语

就可以在家工作赚钱

在家工作系统创造出

月收入RM8万以上超过95位

月收入RM3万以上超过300位

月收入RM8000元以上超过1000位

月收入500元以上不计其数

了解过后有两个结果

(一)每月增加500元以上的收入

(二)浪费5分钟看电视的时间

想了解请输入网址 on9.to/mywfs



aku tahu part on9 tuh jer.... dia ajak aku online kot ek? ker dia slalu tgk aku online?? ker dia offer aku pose nude secara online nih... aku nampak RM RM tuh.. ish, pintu rezeki nih! rugi kalo x sambar....




ps: sila klik di sini utk baca Bobby Bikin Panas ch 12 enjoy!!!!!

Isnin, 20 Disember 2010

KOUGAR bakal dibukukan....



hari sabtu lepas balik kerja, aku ada meeting ngan encik Amir Muhammad kiter di Bangsar Village... katanya dia interested nak publishkan novel sulung aku yg bertajuk Kougar. yay!!!

(Kougar mengisahkan tentang Kisha, wanita bujang berusia 40 thn yg berada di dalam kemelut di antara cinta dari anak2 muda, duda bergelar ustaz, dan lelaki kaya pertengahan umur.)

hmmm... insya allah, kalo tak ada aral yg dtg melintang, novel aku tuh akan dilancarkan pada pesta buku dlm bulan april thn depan kat PWTC. target jualan so far disasarkan sebanyak 40 juta naskhah. so far yer, diulangi, so far. kemungkinan besar aku akan up kan lagi jadik 80 juta naskhah bile aku rasa taraf keyakinan aku makin meninggi di saat2 akhir nnt. hahaha.

lepas habis meeting, cik Amir bawak aku jumpa bintang you tube terkini... saudara Azwan Ismail. semua org dah tgk blog dia kan? lebih kontroversi dr blog Jess (sila klik) nih kan? aku baru jer tengok pagi tadi before gi kerja. all i can say is, biarlah dia nak jadik apa pun. gay ker, ustaz ker, ayah pin ker, ai oke jer. ai punyer dosa sendiri lagi berlambak uolz, so x payahlah nak canang satu malaya pasal dosa orang...


ps2: bak kata steven dlm filem I Love You Phillip Morris, "being gay is really expensive." mampu?

Jumaat, 17 Disember 2010

cinta Adam dan Hawau

Aku baru tonton filem cinta sesama jenis hebat malam semalam. Tajuknya I Love You Phillip Morris. Filem lakonan Jim Carey n Ewan McGregor. Jalan citer dia amat lain dari yang lain. Tak sama macam citer sesama gayboy yang biasa aku tonton iaitu sama ada sorang end up akan mati kena AIDS or sorang lagi akan bertaubat n bertukar jadi straight. Hmmm…

Citer ni bermula dgn kisah Steven (Jim) yang ada family yg sempurna except family dia tak tahu yg dia nih sorang pencinta lelaki atau bahasa lembutnyer kaum sodom dan gomorrah. One day, dia kemalangan n masa tu dia decide nak jadi gay yg tegar n x nak tipu sesapapun lagi especially wife dia. kelaasssss...


Masalahnya dia tak sedar yg being gay is really expensive. hahaha. Baju kene branded, idop kene bergaya 24 jam, life kene maintain up to date, n memandangkan duit dia pun ala2 jer kan…. So dia pun plan carik duit dgn cara yg paling cepat n senang. buat fraud n scam. Long story short, dia kene tangkap n masuk penjara.

Dlm penjara tu lah dia berjumpa ngan sorang mamat jambu nama Phillip Morris (Ewan). Kire cinta sesama rakan sebanduan lah nih kan…. Long story short lagi, dia nih sanggup lakukan apa saja utk si Phillip nih lah. kire cinta Adam dan Hawau sangat lah nih kan… perlu?



Bile dia keluar dr penjara, dia pun pakat nak bawak bf dia kuar penjara jugak. So kat sinilah twist nyer bermula. Dia sanggup menyamar jadi lawyer utk selamatkan bf dia tuh. Bila dorang dah happily duduk kat dunia luar, dia tipu plak details dlm resume utk carik kerja. Last2 dia dapat offer kerja kat company besar n dpt post Chief Financial Officer. Kau mampu?

Again, biler dah pecah lobang skalik lagi, dia masuk penjara lagi. then, dia mule fikir mcm2 cara fraud n scam yg lain lagi utk kuarkan diri dia sendiri plak dari penjara tuh. begitu lah citernyer sampai abis yer…. Asyik penuh dgn penipuan jer lah hidup dia nih….

Tapi ending dia sangat menarek n different. Kalu nak tau ngan lebih lanjut, korang gi lah dapatkan dvd haramnyer di pasaran gelap. Pada yg homophobic tuh, xyah lah buang masa anda. Sah2 korang akan geli tgk dia orang sesama lelaki nih ber make-out kan.... walhal kalo korang tgk budak2 pompuan bertudung ngan suar legging berkepit ngan mat rempit dlm tren oke jer plak... hahaha. Sungguh x paham!




ps: teringat ayat dlm cerpen Sembang Ratu (novel Orang Macam Kita) yang berbunyi, "ye lah noks, ponen nih, ramai yang berangan. Kalau mak boleh kutip seringgit untuk setiap ponen yang buat statement dia tak akan lolo cek nek lagik selepas dia kahwin, sekarang ni mak dah boleh buat downpayment untuk beli rumah baru, okay!"

hahaha...okelah, jejaka anggun nak tido dah. selamat malam semua... assalamualaikum...

Isnin, 13 Disember 2010

pe bende lah citer ko nih..... *menguap!

aku ada terbaca satu artikel pasal satu pembikin filem yg mmg sengaja buat citer utk bagi org tido. hahaha... korang teruja?

nama pembikin filem ni Sondra Lowell. kata dia, dia skang tgh mencipta satu genre filem yg diberi nama "film sleepy". korg penah ker dengar genre movie mcm tuh? x penah kan? aku pun x. so far genre filem melayu yg aku tau cume ada 3 jer iaitu "horror non horror sleepy", "comedy slapstick sleepy", n "rempit/car racer sleeps wt bohsia sleepy". genre lain blom ada lagi eh....



so trus terang aku ckp cume pompuan nih sorang jer lah yg berani ngaku filem dia tuh betul2 bole buat org sleepy. bukan jln citer dia boring yer... tp sleepy.... heheh. tahniahlah kepada beliau.

bile ditanya kenapa dia nak buat genre mcm tuh? kenapa x ngaku jer citer dia x best sampai dia terpaksa buat genre mcm tuh kan? dia jawab....

"saya mmg pembikin filem yg tegar. dulu saya blaja di UCLA n cikgu saya tidur masa saya bacakan skrip saya kat dia. org lain pun mcm tuh, mereka tidur ketika menonton filem saya. memula saya pelik tp last2 baru saya tahu sebenarnya memang saya telah ditakdirkan utk membuat filem khas bagi org senang tidur...."


* no no no... akak punyer citer x boring oke.... akak punyer citer buat org ngantuk jer....


huh?!!!! korang dah koma ker belom dengar statement dia? ada rasa cam nak sepak x muke dia, suruh dia wake up n kembali ke jalan yg benar? *serius aku pitam!!!

jadik kpd sesiapa yg mengalami masalah insomnia atau mmg dah xder halatuju dlm hidup tuh, silalah tonton 2 filem karya unggul pompuan nih yg bertajuk WebcamMurder.com dan Sublime Crime: A Subliminal Mystery kat youtube. aku cube nak post vid tuh kat sini tadi, entah caner aku leh terlelap plak. hehehe. so korang cariklah sendiri yer. usaha sikit....




ps2: klik di sini http://shazjohar.wordpress.com utk Bobby Bikin Panas ch 11.