guest blogger yg kedua nih aku dah kenal dia lama. dari laman blog dia Aku Pelukis dan Deluqies. aku admire dia punye lukisan n pics yg dia post. kengkadang aku selamba curik utk aku jadikan wallpaper laptop aku atau copy paste masuk dlm blog aku sendirik. tapi aku mintak izinlah, xder lah curik pastuh ngaku sendiri yg buat. nampak sangat menipu....
anyway, nih soalan2 ratu kaamatan yg aku bagi utk dia jawab...enjoy!
1. jika anda boleh namakan satu haruman/wangian/ bau2an yg boleh meninggalkan aroma yg mencengkam kalbu dan nostalgik, namakan haruman/wangian/bau2an itu.
'Grenouille' ~ nama karekter utama,dari filem Perfume:The Story of a Murderer (2006)
2. jika anda diberi peluang utk mendengar perbualan di antara dua manusia, perbualan siapa yg anda ingin dengar dan apakah topik perbualan yg ingin anda dengari?
Brad dan Angelina ~ Topik : 'Mana satu anak ? mana satu props ? mana satu pelakon2 extra di dalam family mereka ".
3. jika anda ditakdirkan memiliki rambut selebriti terkenal, siapakah selebriti tersebut?
Oprah ~sebab sekarang me rasa,diri ini macam semakim pendek-gemuk dan hitam.
4. jika anda boleh jelaskan tentang malam yang terindah di dalam hidup anda, namakan satu perkara yg ingin anda ingin jelaskan?
Malam ? Hurmmmmm apa yang lagi 'syurgaloka',dari duduk supper sama teman-teman..sambil mabuk shisha.*sambil kenyit mata kat pak arab hahahahahahah.
5. jika anda terpaksa menyerahkan (give up) makanan kegemaran anda buat selama-lamanya, berapakah jumlah wang yg anda ingin minta utk menebusnya sebagai ganti rugi?
Cekodok Cili padi ~ Yay,perlukah nak tebus harga ? kos masakan lagi rendah dari caj masuk toilet awam.
6. jika anda diberi peluang utk menambah bulan yg ke 13, di manakah anda ingin meletakkan bulan tersebut?
Saya tak terima.Saya tak akan letak di mana-mana.Sebab jika saya terima sebulan tambahan itu.Malaysia akan jadi negara paling banyak cuti,di seluruh alam semesta.
7. jika anda cuma diberi seekor haiwan utk menemani hidup anda sehingga ke akhir hayat, haiwan apakah yg akan anda pilih?
Kura-kura Aldabra ~ tempoh hayat lebih dari 100 tahun.Moga,saya boleh hidup selama itu.*silang jari
sedikit bio tentang beliau:
Aku bukan seorang lelaki serius.Aku suka duduk menonton filem-filem Iran dan Perancis.Aku juga suka Fotografi dan Origami.Sepanjang hari~aku akan habiskan dengan menconteng Buku Journal,Membaca Buku Puisi dan Tidur di hadapan tv.
ada sesiapa lagi yg berminat utk dipaparkan sebagai guest blogger utk minggu2 yg akan dtg? sila tinggalkan alamat emel anda di ruangan komen.
ps: esok hari perlancaran Tabu. info ada kat entry BOCO sebelum nih. kalo free tuh, datanglah yer.
ahhahahahahahahaha yups sekarang baru me teringat.kamulah pembaca yg paling banyak download hasilseni,dari my blog !!! hahahahahahaha :P
BalasPadamterima kasih ya shaz :-)
heheh... cik mat....
BalasPadamHehe. Mcm pernah nmpk je mamat muhammad ni!
BalasPadamaznee: katner eh?
BalasPadam