Rabu, 30 November 2011

MUSLIM 2061




few months ago, 6 novelis label Fixi telah diberi cabaran utk menulis sebuah cerpen yg berkisarkan tentang bagaimanakah corak dan rentak hidup di KL pada 50 tahun dari sekarang. hahah. syarat2nya, cerpen kami tuh mesti ada karekter dari novel asal. ia x semestinya ada unsur2 sci-fi tapi mesti ada something yg speculative tentang masa depan kita.

so utk minggu pertama, FUTURA menampilkan karya aku yg berjudul MUSLIM 2061. citer nih aku buat bile aku terfikir apa akan jadik ngan org melayu n muslim di tahun tuh nanti. nak tau dgn lebih lanjut, silelah klik link FUTURA nih ok?

perlu diingatkan citer nih hanyalah fiksyen semata2. xder kene mengena ngan yg masih mati atau yg baru hidup. and kepada sesiapa yg dah baca MUSLIM 2061 tuh, aku alu2kan kalian utk meninggalkan komen kat blog nih...


thanks.

Isnin, 28 November 2011

kau teristimewa



hari sabtu lepas aku jadik duta keamanan PBB persis Angelina Jolie melawat Pusat Penjagaan Kanak Kanak Cacat Taman Megah. spent few hours kat sana entertained bebudak istimewa nih main game, chit-chat, posing2, dukung2 n gelak2 especially biler tgk telatah anak2 nih n office mate aku yg lebih kurang sama jer...

semuanya yg ada kat umah tuh ada mcm2 citer. ada yg syndrome down, ada yg cacat anggota, ada yg mcm autisme, ada yg ada fluid dlm kepala, semualah ada bahagian masing2 sampai aku yg dilahirkan anggun dan sempurna nih, rasa bersyukur sangat diberikan peluang utk melihat dan merasai pengalaman yg precious mcm tuh. alhamdulillah.



yg x bole blah ada satu citer sedih. ada sorang anak kat situ yg parents dia tinggalkan dlm bakul luar rumah nih dgn pakaian n susu jer. masa tuh umur dia 1.5 tahun (skang dah 3-4 tahun kot?). parents dia leh campak kat situ jer. apa punyer parents pun x tau lah. bila polis tangkap, dia cakap dia x mampu nak bela budak nih sebab kos perubatan n makanan dia sangat tinggi...

hmmm... urut dada aku sekejap dengar citer mcm nih. kalo yer pun x nak baby nih, antarlah cara baik. jgnlah letak dlm bakul tepi jalan. dia kan manusia jugak... bukan buah durian ko nak buat mcm tuh. x fahamlah ada manusia mcm nih...



apa2pun, azam baru aku di tahun baru islam dan non islam nih, aku nak jadik manusia yg lebih baik. yg sentiasa beramal. insyallah. jadik korang doakanlah rezki aku melimpah ruah mcm oprah winfrey so aku bole derma kereta Kia Forte satu dewan atau bina sekolah kat Afrika. ok?

ps: ari jadi aku x lama lagik... ada sesiapa yg sudi nak belikan aku keta tuh?

Khamis, 24 November 2011

selamat menyambut hari kesyukuran.



sempena hari kesyukuran nih aku ingin memanjatkan jutaan terima kasih kepada:

1. Allah swt kerana sudi memberikan rezeki utk aku terus hidup dan melakukan dosa dan pahala.

2. Mak, Jahara Yusof n ayah, Johar Husin kerana melahirkan seorang anak yg anggun.

3. Dato K yg dah bawak aku keliling dunia, penyabar n kadang2 tingtong.

5. Rakan2, famili dan followers yg terlalu sporting.

6. Fixi yg sanggup kuarkan 2 buku aku - Kougar and Tabu in a same year. ko ada?

7. Mark Zuckerberg, Jack Dorsey, Evan Williams n Meg Hourihan kerana mencipta Facebook, Twitter n Blogspot. tanpa dia org nih aku tak tau caner nak promote buku dan diri aku sendiri.

8. pembeli2 buku Kougar dan bakal pembeli Tabu yg gigih menyokong.

9. semua haters kerana sanggup meluangkan masa mencari kesalahan aku lantas memberikan aku pahala secara free.

last but definitely not least...

10. all politicians kat Msia yg buat aku nampak lagi cerdik dari dorang.

SEKIAN.TERIMA KASIH.WASSALAM.

‎"God gave you a gift of 86,400 seconds today. Have you used one to say thank you? ~ William A. Ward."


ps: anda kini bole membeli tabu di Amazon (sila klik)

ps2: juga bole membaca baca pertama di kedai buku Fixi (sila klik)

Rabu, 23 November 2011

jualan serigala besar yg jahat

nih berita yg baru kami terima.


4 judul Fixi (200 fresh new copies each of DENDAM, KASINO, KOUGAR and PECAH) akan dijual dengan harga 'murah giler' yakni RM5 senaskhah di Big Bad Wolf Aftershock Sale dari Khamis hingga Isnin (24 hingga 28 Nov) ni. suker tak? suker tak? suker tak?

menurut pihak Fixi, mereka melakukan kerja ibadah ini bukanlah kerana buku2 itu tidak laku yer (sentap!) tetapi ingin memancing pembaca baru yang masih blom kenal dgn Fixi dan juga penulis2 hebat keluaran syarikat tersebut.

lagipun rata-rata yg tidak rata dtg ke sinun hanya utk membeli barangan import, so Fixi rasa tak salah jika mereka menjadi wakil tunggal (satu2 nye publisher Msia yg turut serta) utk support saranan kerajaan yg suruh beli barangan tempatan tuh. *belilah, buku Fixi semuanya berkualiti.

mereka juga tahu tindakan mereka nih bakal mengundang kontroversi. tapi ada mereka kisah? kerana bagi mereka apalah ertinya hidup jika tidak diselang-selikan dgn risiko. bak kata pepatah, mandi di telaga di tepi jalan, bersuntingkan bunga tahi ayam. *maksudnya, lelaki yg suke perempuan jahat. rasa2nye ada kene mengena tak?

so dtg lah beramai-ramai n beli sampai penuh satu bonet kereta, ok!!!

The Big Bad Book Wolf Aftermath Sale will be held at South City Plaza. sile klik utk info.

ps2: korang dah like page Tabu - sebuah novel Shaz Johar kat FB ke belom? korang tunggu apa lagik? setiap hari akan ada petikan novel tuh kat situ tau....

Isnin, 21 November 2011

malam pesta buhsan.



tadi aku tonton Festival Filem Melayu ke 24. seperti yg dah diduga, show nih memang hambar but better lah sikit dari Anugerah Skrin. aku x salahkan hosts, (Johan ngan Kak Ogy) sebab aku rasa they did their very best dah. aku salahkan penonton.

mereka2 yg datang kat situ mlm tuh mcm x bersemangat. very typical malaysian. duduk diam2, dr mula sampai abis main twitter. org suruh tepok, barulah tepok sikit. yg penting yg dtg tuh semua majoriti org seni so kalo dah org seni sendirik mcm x appreciate event tuh, baik x yah buat festival. membazir duit. baik ko announce kat Melodi siapa yg menang pastuh award antar jer melalui pos laju.

secara rumusannya, aku dapat rasa yg organizers n juri pilih filem gangster ngan filem yg govt sponsor juta2 utk dapat banyak award. syabas.

paling x bole blah, filem Libas. bola takraw ala bola2 api dgn teknik CGI yg lemah giler dapat menang award jugak. hehehe. x fahamlah. kalo kat US, filem2 mcm tuh layak dapat Razzies award jer. kat sini dah consider antara yg terbaik. baguslah. dah rezeki dia tuhan nak bagi, kita xyah nak sangkal lah eh.

anyway, pada yg kalah tuh, jgn putus asa. next year ada lagik.


ps: aku just ralat filem ANU SEBESAR BOTOL x menang apa2 award. aku x tgk pun citer tuh tapi aku rasa citer tuh ada kelainan. Arja Lee patut ternominasi dlm kategori Best Actor. bukan senang org nak bawak watak jadik mak nyah dlm filem dek non. hanya yg betul2 menjiwai watak jer dpt berlakon dgn baik... ;)



ps2: sesiapa yg ada Facebook, sila like page TABU - sebuah novel Shaz Johar
utk baca petikan dari novel tersebut.

Khamis, 17 November 2011

makhluk tuhan paling seksi katanya...



aku nak ucapkan tahniah kepada pasangan kembar aku Bradley Cooper yg dah berjaya menawan mata editor People Magazine utk menggelarkan beliau The Sexiest Man Alive.

persoalannya, seksi ke?

jawapannya, sah2 lah seksi.... lebih2 lagi dlm citer Hangover. walaupun nampak busuk tetap seksi... ko ada? tak kan?

skang cube ko bayangkan kalo artis Malaysia plak diletakkan dlm kategori nih. ko rasa sapa yg layak?


ps: aku tak tercalon sebab tak seksi. aku anggun. sekian.

Selasa, 15 November 2011

Tabu delay lah plak...

correction adik2 sayang sekelian. ada good news n bad news.




ada sedikit bad news yg diterima dari pihak pengurusan Fixi. katanya atas hal2 yg tertentu, novel yg ditunggu2 abad nih Tabu (sila klik) yg sepatutnya mula dijual di online pada Nov 28 ini terpaksa didelay ke tarikh baru yakni Dec 20, 2011. hmmm... mintak mahap yer. ada masalah teknikal sket.... x dapek nak elak. ujung2 tahun kan? printing slalu buat hal...

apa2pun good news nyer plak, penjualan novel Kougar dgn diskon 40% di online yg sepatutnya berakhir pada Nov 30 telah dilanjutkan tarikhnya ke Dec 20, 2011. nih semua tanda terima kasih kpd penyokong2 setia yg kureng berkemampuan mcm korang yg main pinjam2 buku org x pulang2, atau yg curik trus kat Popular bawak balik, atau yg baca kat Kino, hari2lah dtg nak baca satu hari satu chapter... so dgn ada diskon ni, maka korang (insan2 yg spt disebutkan itu) dapatlah merasa memegang novel sendiri....

kalo nak merasa lah kan....



and, jika korang sudah membelinya, maka masa book launching utk Tabu (Dec 24, insyaallah) nnt, korang leh lah dtg n bawak Kougar skalik utk aku sain. aku akan sain cantik punyer dgn dakwat basah bau wangi. teruja tak? tentu teruja kan? jangan tipu....

hahah. okelah dah pagi. esok aku kerja.

thanx n muah muah!



ps: kepada hadek2 yg mengambil SPM esok, semoga berjaya n kalo x nak jadik cam aku bila dah lepas sekolah nanti, janganlah main2 masa jawab soklan. okebai.

Jumaat, 11 November 2011

adik adik propavor propasional.

aku ada terbaca satu artikel nih, cik gayah cik gayah propasional kat ofis nih bagi.

katanya ada sorang mamat nih, namanya Chris Birch, dia nih sorg rugby player. ada satu ari tuh dia accident masa tgh training. teruk accident dia sampai dia kena stroke uolz. yg penting, bile dia pulih jer dr strok tuh terus dia jadik gay.... *pitam.

kata dia, sebelum dia kene strok, dia ada tunang. skang bile dia dah jadik gay nih, dia putus tunang, berhenti kerja kat bank, ada boyfren n memulakan kerjaya baru sbg hairdresser. heheh. gigih.

korang percaya ker citer aku nih? x nak caya pun xper sebab aku pun rasa dia propa. yerlah, taulah ada proof yg mengatakan strok bole menyebabkan brain damaged dan merubah peribadi seseorang secara drastik, tapi perlu ker berubah dari straight ker gay? tolonglah!

kalo betul strok bole merubah personaliti seseorang sesenang mcm tuh, sah aku pun nak kene strok. sedar2 jer jadik angelina jolie. ha... kau mampu?





PERLU?


ps: apa2pun aku nak ucapkan salam 11.11.11 kpd semua. ada sesapa yg kene pinang dgn bismillah harinih?

Khamis, 10 November 2011

partis en vacances....

aku bercuti ke Colmar Tropicale sehari dua lepas. gi sana pagi selasa. balik tengahari rabu. aku gi naik shuttle dr berjaya times square. rm55 sorang return. bilik plak semlm dlm rm200 kot? okelah kan... honeymoon... eh?

so nih pic yg aku sempat amik...


french chataeu.

front view...

view dari observation deck. betul ker observation deck? ntahlah. aku kene panjat tower gak lah nak amik pic view nih...

bilik tidur. seputih sesuci murni katanya. sesuailah ngan aku yg masih dara nih.

mencari oshin di japanese garden...

aku paling suker pic nih. ala2 tahanan perang jepun. embun sangat!

setelah gagal mencari oshin, maka aku pun duduk di celah2 tangga batu.


pose kat taman berdekatan chateau.

aku memang giler pose. maafkan aku.

colmar di waktu malam. chilly a bit. a bit jer.



ha, puas x? nih antara pic yg sempat aku uploadlah. pic aku diwarnakan sephia sebab aku nak menimbulkan ciri2 klasik... hehehe. oke aku tipu. sebenarnya muke berminyak sebab berpeluh. tempat nih panas. walaupun tema french yer... french di musim panas sangat!!!!

honestly, selain gigih posing sana posing sini, aku x rasa ada bende lain yg boleh menarik minat aku utk dtg kat sini balik. pada sesapa yg nak chillax2 tuh okelah kot. tp kalo korang tanya aku, better aku chillax kat Cameron ker Frasers Hill ker, sejuklah sikit kan.... n akupun dah gi europe, so xder plak aku nampak persamaan apa2 ngan tempat nih. maybe ada cume aku jer yg x perasan. ntahlah.

lokasi dia sejam jer dari KL so nak balik hari pun bole. xyah nak buang duit stay kat resort. ngeheheheee...

ok, nak tido. esok start kerja balik setelah few days bercuti. uggghhhh!!!

Ahad, 6 November 2011

sacrifice is the passion of great souls.

kepada semua pembaca blog nih teristimewa kepada mereka2 yg sudah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit utk terus menyokong Kougar, dan insyaallah akan meneruskan sokongan itu kepada Tabu pula, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha dan terima kasih.

teruskan sokongan anda.

sesungguhnya pengorbanan anda itu dihargai....




ps: if you could do one good deed that you had the opportunity to do but didn't, what would it be?


Jumaat, 4 November 2011

Tabu - sneak peak.

sari berita panas!

aku nak tunjuk sket sneak peak cover next novel aku, TABU. menurut publisher nyer, 3 sumber yg menjadi inspirasi pada cover nih ialah Twilight, Freakonomics & Steve Jobs. ia akan di release pada Nov 28 dlm Buku Fixi website (sile klik) and official launch plak akan diadakan sometime in Dec.

apakah kalian sudah teruja?



nak lagi teruja?

1st novel, KOUGAR akan dijual di Kedai Fixi(sila klik) dengan diskaun tambahan iaitu 40%. Diskaun ini akan berakhir pada 30/11. so pada yg blom beli tuh or yg tengah2 bajet tuh silelah beli.

Dah beli Kougar, jgn lupe beli TABU tau!

thanks and love you all....

ps: kibas2 rambut macam Ella...

Khamis, 3 November 2011

something to ponder.

sile klik picture utk kutembesaran jika anda mengalami masalah rabun, katarak, ketumbit ataupun terkena cili...

Selasa, 1 November 2011

pelamin chapel ku musnah.



malam tadi tengah aku leka2 main twitter, tetibe aku dapat tweet dari E Online pasal citer cerai Kim Kardashian ngan hubby nyer yg persis raksasa putih itu, yakni si Kris Humphries selepas 72 hari mereka kahwin. syabas.

aku masa kes dorang bercinta, aku dah agak dah semua tuh dah di-staged semata2 sebab nak menaikkan rating show realiti tv yg x realiti dorang kat E channel tuh. yg penting, lepas 6 bln dating, trus kahwin. hmmm... lagilah sengal. nampak sgt semuanya dah di arranged oleh pihak produksi.



masa dorang kawin plak, satu dunia tayang, mengalahkan perkahwinan diraja. kononnya fairy tale wedding lah sangat. dikatakan couple nih dpt almost USD18mil dr magazine deals, TV coverage n endorsements dr perkahwinan tuh saja. aku yakin, dorang akan trus buat duit dgn kes bercerai nih plak... mungkin another USD18mil. hebat, kan?

aku ketawa jer baca news pasal dorang nih. memanglah org kata jodoh maut tuh semua di tgn tuhan tp cube ko bayangkan... org yg betul2 nak kawin, yg xder duit nak pinang anak dara org, yg x dapat sponsor juta2, yg nak sehidup semati, dan yg betul2 ikhlas nak mendirikan masjid/gereja/kuil/tokong segala, gigih berusaha utk selamatkan perkahwinan walau badai dan ombak rindu melanda sekalipun. yg dorang nih, selebriti2 kelas C mcm dorang nih, suka2 jer kawin cerai x sampai setahun. mentang2 tak kuar duit sesen pun.



aku harap, dorang nih tak jadik cerai. mungkin si Kim K nih confuse April Fool dgn hari Halloween. dia kan seng2 ubs...


ps: jejaka anggun dah lama nak kawin tapi tok kadi plak yg tak nak approve. x taulah kenapa...