Sabtu, 1 Oktober 2011

cerkon. (cerita kontot).

aku tgh sedih nih. sejak tukar laptop baru aku dah xleh bukak blog wordpress aku lagi. aku x tau apa username n password dia. tuh la masalahnya kalo semua aku biar autosave, now aku dah x leh bukak dah. cibai.

anyway, aku ada tulis cerkon baru2 nih. cerkon tuh perkataan yg aku cipta sendirik. diambil dr 2 patah perkataan, cerita dan kontot. bukan cerita dan konek yer. yg tuh lain tema dia yer. awas.

tajuk cerkon nih, Hutang Darah. aku tulis utk suker2 jer, so enjoylah...




Jari-jemari Azlan bijak memetik saluran yang dilanggan satu-persatu.

TV1 menayangkan iklan mengenai seorang ibu menangis yang sedang teresak-esak memeluk anak lelakinya yang cacat. Di TV2 pula, iklan seorang ibu yang juga sedang meratap hiba tentang anaknya yang telah berjaya melangsaikan hutang PTPTN. TV3, drama Melayu yang mengisahkan tentang seorang ibu dengan kakinya yang sudah berulat tetapi masih ingkar untuk ke klinik kerajaan menanti kepulangan anak-anaknya dari Kuala Lumpur.

Azlan terus memicit lagi angka-angka yang ada.

Astro Ria menayangkan filem yang baru ditayangkan beberapa bulan sebelum itu di pawagam. Filem berkenaan samseng jalanan. Astro Prima, juga menayangkan filem yang berunsurkan jalan cerita yang sama cuma tajuknya saja yang berbeza. Pelakon juga sama.

NTV7 dan 8TV menyajikan hiburan. Satu konsert Datuk Siti secara solo dan satu lagi dia bersama artis-artis lain. Sementara di TV9, ada drama lawak slapstik dari bekas peserta Maharaja Lawak. Terlalu slapstik sehinggakan kedua-dua biji mata terasa seperti mahu mengalirkan airmata darah.

Jantung makin berdegup kencang. Azlan terus memilih lagi saluran yang lain. Hajat di hati agar ada perubahan dengan apa yang pernah disajikan kepadanya sejak 30 tahun yang dulu tetapi malangnya wajah Rosmah yang tiba-tiba muncul membacakan ucapan Selamat Hari Raya kepada rakyat jelata betul-betul membuatkan dia hilang sabar.

"That’s it!" Dia menyumpah. Pisau yang digunakan buat mengupas kulit mangga sebentar tadi dikelar pada kedua-dua pergelangan tangannya. "Kalau macam ni tiap-tiap tahun, better aku mati. Cibai!" jeritnya.

Itu janjinya pada Hari Raya pada tahun lalu. Akhirnya dia kotakan juga apa yang dikata.


ps: aku nak buat satu entry tribute utk pembaca2 Kougar. aku nak semua org yg ada beli buku Kougar utk amik gambar bersama buku tersebut dgn cara yg paling kreatif skalik. contohnyer, mcm dia nih ha.... kreatif sgt kan? ada rasa cam nak sepak2 tak?


lepas tuh sila post dlm FB Kougar

n siapa yg paling kreatif, akan dapat buku Tabu secara free.

ha, teruja x? teruja x???

9 ulasan:

  1. gambar yg aku amik aritu lps tu aku ade wt entri psl kougar ko tu [yg aku ckp aku suka bau kertas dia tu..hahah] boleh x?

    BalasPadam
  2. leli: ngelat tuh mende?

    BalasPadam
  3. suka baca kougar. ada kelainan. dan aku berjaya hasut adik-adik aku yang lelaki terutama baca kougar dan diorang suka.

    BalasPadam