Khamis, 16 Julai 2009

wajah kesayangan hamba - lagu hail amir

aku terbaca kisah sedih di akhbar siang tadi pasal seorang wanita yg bernama Connie Culp. lihat pic di bawah. ini gambar dia sebelum kejadian. cantik kan?


kisah tragis Connie bermula pada September 2004 apabila dia ditembak di bahagian muke oleh oleh suaminya sendiri di luar sebuah bar di bar Hopedale, Ohio yg menyebabkan seluruh tisu di bhg hidung, pipi, mulut dan matanya hancur. lihat wajahnya selepas kejadian. nauzubillah....


pada December 10, 2008, dia telah menjalani 30 jenis pembedahan pemindahan wajah (face transplant) dgn dibantu oleh pakar bedah Maria Siemionow bersama doktor2 yg lain. pembedahan yg mengambil masa 22 jam itu telah berjaya menggantikan 80 peratus dari keseluruhan wajahnya dgn menggunakan wajah wanita lain yang baru saja meninggal dunia.


walaupun matanya kekal buta tetapi doktor mengatakan bahawa dia telah boleh bercakap, senyum, bau, dan rasa dengan baik semula dan baru2 nih juga dia telah tamat belajar membaca tulisan braille. wajahnya yg bengkak, bersegi dan agak menggeleber (betul ker aku eja ni?) itu kata doktor hanya sementara kerana ianya akan dapat dibetulkan semula apabila tisu2 dan muscles baru mula terbentuk kelak.

takut taaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

yang paling best apabila ditanya sama ada dia marah atau tidak pada suaminya yg kini di penjara selama 7 tahun atas tuduhan cubaan membunuh, dia cuma kata dia telah memaafkan suaminya itu dan akan menunggunya sebaik saja dia keluar dari penjara nanti. tapi dia x kata plak dia nak tunggu ngan machine gun ke sagat ubi kayu ker cuke getah ker apa... cume dia kata dia nak tunggu jer... so same2 lah kita tunggu apa dia nak buat ngan laki dia nanti kan?


ps: hmmm... tetibe jejaka anggun rasa takut plak. yer lah, wajah yg sering menjadi kesayangan orang ramai nih anytime jer tuhan tuh bole tarik bile2 masa dia nak. masa tuh botox ker, collagen ker, plasenta ker, minyak sapi ker dah xder apa yg bole nak tlg lagi dah! coi!!!!!

16 ulasan:

  1. wah ayat...
    wajah ko jadi kesayangan ramai org ke..??
    ahaks!
    well. kita tak bley duga apa akan jadi future nnt...
    jaga la baik cam ne pon, kalu tuhan nak tarik nikmat.. kejap je..
    kan..

    BalasPadam
  2. betul tuh cik adam...
    takut ketika saya membacanyer.....

    BalasPadam
  3. moral of the story ... kita ni tak punya apa2 sebenarnya *tak usah nak berlagak n mengaku hebat*, semua yg ada adalah harta yang dipinjamkan Allah buat sementara .. anytime DIA nak ambil semula, DIA tak payah tanya n beri notis .. cara DIA nak ambik balik pun ikut suka DIA juga .. kun fa ya kun!!

    ~~AiLing~~

    BalasPadam
  4. ailing lengloi....
    apa blog hang? i leh ank singgah kalo u letak tanpa nama nih sayang.....

    tp betullah tuh.. semua di dunia ni hanya pinjaman... so marilah kita meminjam dgn kadar faedah yg rendah yer supaya kat akhirat nnt leh bayar....

    BalasPadam
  5. insap kejap!rasa2 kan akak2 pki botox tu ade nk rase ape2 x baca entry ni?

    BalasPadam
  6. amboi..kemain dia perasan ek?? hehehe....
    salam ziarah...

    BalasPadam
  7. sgt2 takut la

    dh la tgh mlm ni

    ermmm

    BalasPadam
  8. karl;
    baca bismillah 22 kali.. insya allah perasaan takut itu hilang...

    BalasPadam
  9. alamak...
    takut + kesian.. mesti byk perbelanjaannye..

    dugaan..

    anyway, hidup perlu wasatiah..

    BalasPadam
  10. kita wajib bersyukur kepdanya......kesedaran itu penting bagi mengingati kekuasaannya.

    salam perkenalan

    BalasPadam
  11. salam airel...

    yer. oleh itu rajin2lah kite menyedarkan diri masing2...

    BalasPadam
  12. hahahahaa........

    masa i memula scroll ke bawah tu, i ingtkan gambar yg bawah skali tu la laki pompuan tu...

    wakakakakakaka.... (gelak sakan)

    pastu, i rasa, i macam penah je baca pasal pompuan ni...

    BalasPadam
  13. yer cik puteri,
    memang jejaka anggun itu la laki pompuan tuh!!!

    BalasPadam