siapa yg follow a/c twitter or FB aku taulah yg last Saturday, aku and beberapa org family member yg ada dlm kereta abang ipar aku telah menemui kecelakaan.
kami waktu tuh dlm perjalanan ke kampung. ada kenduri kahwin cousin n kebetulan haritu memang aku tak sihat (sewaktu blog nih ditulis aku still makan ubat yg mcm2 doktor bagi). so sepanjang perjalanan, aku lebih banyak membuta dan mamai2.
sampai kat satu kampung, tetibe kereta yg abang ipar aku pandu dah melanggar lembu yg nak commit suicide. aku x tau kenapa lembu tuh bole muncul tetibe plak dr dlm semak kat situ. maybe dia kechewa sebab kekasih dia dah dijadikan rondang. maklumlah, musim kenduri kahwin.
lembu tuh terpelanting tgh jalan n yg penting, hidup. aku rasa dia cuma patah kaki jer sebab dia terhinjut-hinjut n blah tanpa meminta maaf. kereta abang ipar aku plak dah rupa kereta potong lepas tuh. sian. cuba korang bayangkan kalo kereta kancil ke viva ke atau motor yg langgar lembu tuh, sah2 org tuh tak jadi pulang ke kampung akan tetapi pulang ke rahmatulah, kan? coi!!!!!
keadaan kereta selepas kejadian. |
mangsa yg sempat melarikan diri sebelum digulai |
sudahnya, aku pun postlah pic kereta yg dah tak rupa kereta tuh kat FB. masing2 yg nampak pic tuh terus like tanpa segan silu. aku blur kejap ngan kawan2 aku kat dlm FB nih. aku post aku demam pun dorang like, aku post aku accident pun dorang like. esok lusa, kalo aku post aku sakit masuk spital dah nazak pun aku rasa dorang like jugak. silap2 kalo aku post kata, "aku dlm kubur nih, baru kene pukul ngan malaikat tadi, sakit sangat..." pun dorang like jugak. haish!
hmmm....