Isnin, 16 April 2012
drama LIHATLAH DUNIA!
Mengikut Wikipedia, drama bermaksud “the specific mode of fiction represented in performance.” Terma drama tuh datangnya dari perkataan Greek yg memebawa maksud, “action”.
Ok, kenapakah aku memulakan entry nih dgn citer pasal drama adalah kerana kat ofis aku especially department aku, E channel ada banyak drama.
E channel tuh membawa banyak erti. Erti sebenarnya adalah Electronic channel, yakni kami hamba abdi di sini melayan kerenah pelanggan melalui surat-menyurat dan caci-maki yg dihantar melalui elektronik sahaja. Akan tetapi, semenjak aku bernaung di bawah empayar Clive Davis di sini (bukan Dato M. Nasir, Aubrey Suweto ataupun Ahmad Dani), aku mula dapat aura yg E yg ada kat dlm dept nih membawa sejuta makna.
Antaranya, Entertainment channel, Emergency channel, Exit channel, Eating channel, Experience channel serta Eh eh eh channel. (Tang eh eh eh tuh yg paling aku geram).
Harinih telah berlaku lagi satu insiden di mana staf kesentapan dgn bos gara2 tak dapat cuti. Cuti di sini membawa maksud annual leave (AL). Staf yg dimaksudkan tuh bising kenapa dia tak dapat cuti sedangkan dia sakit dan tak larat utk bekerja.
Staf tersebut tidak mahu mengambil MC kerana undang2 hamba abdi di sini menyatakan bahawa bonus bulanan akan dipotong separuh jika staf ada sehari MC n burn habis jika ada 2 or more. *Baguslah company buat mcm tuh utk avoid pengambilan MC secara berleluasa.
Aku faham, staf yg betul2 sakit akan rasa terkilan ngan undang2 tuh n sedaya upaya nak jugak mintak kat bos tuh supaya approve dia punya cuti as AL instead of MC. Tapi kalo dah kat department tuh short-handed staff, xkan bos nak bagi lepas mcm tuh jer, dia pun kene jawab ngan bos dia jugak, kan?
Yg penting, bos tuh bukan x bagi dia blah langsung, bos cakap kalo dia sakit, amik jer MC tuh. Rehat kat umah. Dia plak bila bos tak bagi dia amik AL, mulalah dia nak mengamuk bagai.
Hmmm… persoalannya di sini, kalo staf tuh betul2 sakit, apakah dia perlu fikir pasal AL, bonus dan duit lagi? kan lebih afdal jika dia fikir pasal hidup mati dia?
So, tang nih yg aku x berapa nak faham... Ada sesapa yg sudi explain?
ps: ok, entry aku panjang kali nih.... mungkin aku takkan tulis entry baru sampai jumaat nanti...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bila kerja takde cuti weekend tak best .. tapi apakan daya kerja .
BalasPadammida: berkojo lah kito, sekueknyo...
BalasPadamsarahkah? shaz, aku perlukan nasihat profesinal ko sebagai novelis. boleh tolong?
BalasPadamSila hantar email utk sebarang pertanyaan lanjut. HP akan dipadamkan utk satu jangka masa yg lama. Terima kasih.
BalasPadam