Rabu, 6 Mei 2009

cabaran the blog squad yoyooh minggu pertama



hehe. tajuk kat atas kenkadang buat aku tersengih sendirian.
berani mati mencabar jejaka anggun eh?
siapalah yg mencabar aku tuh?
tak tahu ke aku nih dulu pemantun terbaik peringkat wilayah persekutuan?
ahaks!

Photobucket

dua tiga hari lepas aku terpilih utk menyahut
satu cabaran dari pihak yoyooh
bukan cabaran Tariking
ataupun Cabaran minggu pertama pelajar AF
nih cabaran yg dipanggil cabaran the blog squad yoyooh
takut x?
takut?

cabaran nih memaksa aku utk bercerita tentang salahsilah dan liku liku hidup
yang pernah aku tempuhi sepanjang aku mengenali dunia blogging nih.
lebih kurang macam nak tahu
bagaimana aku boleh terjerat untuk menulis entry dlm blog
dan juga tentang bagaimana blog nih kadang2 bole menyesatkan aku dlm
dunia khayalan aku sendiri lah kan...

so oke, adik2 semua dah sedia nak dengar citer?
duduk duduk... rapatkan saf...
cik shaz nak citer nih.
en. me mulut tutup nanti masuk lalat!
(cik me mesti baca entry cik shaz kan?)

memula skali tajuk blog.
ramai gak follower/reader aku yg bertanya
kenapa jejaka anggun?
kenapa tak jejak chumel (setuju)?
atau jejaka hensem (setuju gak)?

jawapan demokrasi aku
sebab jejaka chumel ngan hensem dah ramai org tapau
so aku pilih anggun jer la.
lagipun aku ngan anggun c sasmi sedara.
tuh jawapan berbentuk demokrasi
kalo jawapan berbentuk sarcastic
berbunyi begini: sebab aku punye suke, kot?
ahaks!

pastuh ada lagi mulut nak bertanya
bila ko start blogging nih?
ngaji x nak, baca buku x nak
semayang jauh sekali
tapi blogging cukuplah pandai....

aku jawab blog nih aku mula tulis
pada hari Rabu bersamaan 11 Februari 2009 (baca seperti penyimpan mohor besar)
tajuk blog pertama aku ialah salam permulaan (klik here)
masa tuh aku memang busan giler
n ada hamba allah yang baca blog lama aku = jejaka anggun malaya (klik here)
minta aku tulis blog tentang diri sendiri
sebab blog jejaka anggun malaya nih aku tujukan khas untuk entertainment news & commentary jer.
aku mule2 malas gak nak citer pasal diri sendiri
sebab aku nih jenis low profile
merendah diri so malas nak citer lebih pasal kehebatan diri sendiri
tapi kawan aku tuh kata,
kalo nak org lebih dekat dengan tulisan kita
baik kita tulis pasal diri sendiri
sebab tuh yg lebih ikhlas dan benar.
aku diam. 2 minit kemudian aku terus setuju
maka terhasil lah blog yg tidak seberapa nih.
kalo x kerana dia maybe blog nih takde sampai sekarang
so tahniahlah pada hamba allah itu
yg berjaya menyesatkan akidah aku.

ada plak yg skema sikit tanya lagi tuh,
apa kategori blog ko nih?
18SX aku x leh baca. aku belum akil baligh.

aku jawab dgn tenang,
walaupun mak aku dr negeri sembilan darul khusus
ingin aku tekankan bahawa
blog aku nih takder kategori yg khusus.
(ada kene mengena x?)
so segala citer n bahasa rojak-pasembur-kuah kacang-lebih
mangga-ngan-timun-tak mo pun aku letak.

tapi aku cube jugalah mengetengahkan bahasa ibunda aku sendiri
dlm entry yg aku tulis.
sebab sebelum ni aku ada jugak blog lama aku kat myspace
aku guna 100% bahasa english
tapi sambutan terhadap blog tuh dingin n entry nyer terlalu personal
so aku tamatkan jer lah riwayatnya.
lagi satu, aku kira kalo aku yg tak usahakan menaik taraf bahasa aku sendiri
siapa lagi ek?
tak kan nak suruh bangsa asing?

pengaju soalan kemudiannya terkesima.
mungkin terpegun dengan jawapan aku.
mungkin juga leka dengan muke aku yang anggun
atau mungkin rimas panjang sgt dah aku berceloteh.
so aku berenti kat sini jer lah dulu ek?
lain jawapan bakal timbul di cabaran
soalan untuk minggu kedua.
till then,
au revoir n assalamualaikum.....



oke tak ngan jawapan cabaran nih?
tak oke, aku tulis baru....
hahaha...

5 ulasan:

  1. huhuhu tu dia
    lebih 500 patah perkataan yang tidak berbaku !!!!

    wahh,,,perlu ke seru namaku ??
    kan me dah muncul !!!

    BalasPadam
  2. next cabaran tunggu next week eh cik buyui..
    agak2 sikit org belakang....

    cik me,
    timbul juga wahai ibuku si ikan kaloi!!!

    (siti tanjung perak siul2 pastuh cucuk ngan buluh)

    BalasPadam
  3. wah jejaka anggun dah cerita asal usul dia..
    patutla

    BalasPadam
  4. patutla apa bir?
    heheh... bir itu haram

    BalasPadam