Rabu, 25 Disember 2013

Buku, Movie dan Lagu in 2013.

Hi semua,

Tahun 2013 dah nak melabuhkan sayapnya. Bermakna aku dan korang semua lepas ni akan meningkat tua sekali lagi. Gembira? Sedih? Ya, begitulah.

Sebagai blog penutup untuk tahun ni, kemungkinan besar, tak tulis blog dah sampai Januari 2014, maka aku nak buat entry tentang buku, lagu dan movie yg jadi feveret aku sepanjang tahun 2013. So, takyah mukadimah panjang kita mulakan dengan buku feveret aku.

Mengikut kiraan falak aku sendiri, tahun ni aku dah habiskan masa dgn membaca 15 buah buku. Aku tahu korang tentu baca 15 buah buku sebulan tapi aku ada life so aku ada banyak keje lain lagi nak buat. Anyway, buku2 tersebut adalah spt di bawah (tidak mengikut susunan abjad mahupun tarikh mula dibaca):

KL NOIR RED, SON COMPLEX, ILUSANITI, KLCC, ASRAMA, PARANORMAL, SITORA HARIMAU JADIAN, CERPEN NADIA KHAN, LORD OF THE FLIES, OSAMA VAN HALEN, TRIPPING WITH ALLAH, REVENGE, LAST GIRLFRIEND ON EARTH, SLAUGHTERHOUSE FIVE dan X OUT OF WONDERLAND.

Out of 15, my feveret adalah SLAUGHTERHOUSE FIVE dari Kurt Vonnegut dan ILUSANITI dari Adib Zaini. Aku suka 2 buah buku ni sebab best dan jalan ceritanya kena dengan jiwa aku. Kalau korang nak belikan aku buku, korang carilah buku yg ada cerita2 mcm ni. Cerita yg complicated dan putar belit sikit. Cerita straight forward pompuan bertudung kawin ngan lelaki jahat bertukar baik nih aku dah tak baca since 1994. So, renti2kan lah bagi aku buku2 yg cenggitu.

Ada satu lagi buku yg aku nak bagi anugerah khas penulis harapan iaitu buku SON COMPLEX dari Kris Williamson. Hmmm... kalau nak tau kenapa buku nih dapat anugerah spesial, korang kena beli dan baca. Heheh.



  


Yang kedua, pasal movie. Antara filem Melayu yg aku sempat tengok adalah spt KIL, PSIKO PENCURI HATI, PECAH, KL ZOMBI dan KOLUMPO. Manakala filem omputeh, seingat aku, aku ada tengok filem CLOUD ATLAS, HUNGER GAMES 2, IRON MAN 3, DESPICABLE ME 2, THE CONJURING, OZ, HOBBIT 2, STAR TREK 2, GRAVITY, THE IMPOSSIBLE, LIFE OF PI dan mcm2 lagi lah.

Nak dipendekkan cerita, filem feveret aku utk tahun 2013 nih adalah filem KOLUMPO dan CLOUD ATLAS. Filem KOLUMPO nih aku kira satu filem yg amat segar utk Malaysian di kala negara tengah dibanjiri dgn filem2 hauk bertemakan gangster, hantu dan cinta. Manakala filem CLOUD ATLAS, aku pilih jadi feveret aku kerana aku kira jalan ceritanya unik. Tentang kehidupan. Dari zaman dulukala sampailah zaman post-apokalips. Aku ni memang sukakan cerita pasal kehidupan yg kompleks so memang filem2 macam nih aku suka layan.




Last but not least, lagu. Lagu yang paling popular sepanjang tahun 2013 bagi aku adalah lagu WRECKING BALL dari Miley Cyrus manakala lagu terbaik pada pandangan aku pulak adalah lagu CAN'T HOLD US dari Macklemore & Ryan Lewis. Mungkin korang ada pendapat yg berbeza tapi ni pilihan aku so sukati akulah.

Lagu Melayu takde satupun yang menarik hati sepanjang tahun 2013. Maybe lagu Tok Ti yang ada dinding-dinding tu yg aku suka dengar, itupun sebab muzik dia catchy dan ada feel lagu Seindah Biasa sikit. Korangpun maybe suka lagu Yuna atau Hafiz atau Black atau Hazama atau Waris atau Joe Flitzow tapi aku tak dengar sangat lagi lagu2 depa ni so aku takleh nak komen apa2.





Haaa... itu je lah yg sempat aku tuliskan dalam entry ni. Ni pun aku rasa dah panjang sangat. Dah takde idea nak tulis apa lagi dah

So, sampai ketemu lagi.... Merry Xmas, Happy Holidays and Happy New Year!!

Shaz Johar, out!

2 ulasan:

  1. Salam saudara ...

    Saya sudah baca buku tulisan saudara berjudul Tabu, Kougar dan Mental. Tahniah, cerita yang sungguh menarik. Saya beli kaugar dan tabu dalam bentuk kombo dari buku fixi.

    Jenuh saya mencari naskah asal kougar di kedai buku malah di online tapi semuanya sold out dan saudara amir sendiri memaklumkan ia tidak akan diterbitkan lagi melainkan dalam bentuk kombo.

    Kalau saudara masih ada extra buku kougar yg masih disimpan harap bolehlah hubungi saya. Tak lengkap koleksi fixi saya tanpa naskah tu. Saudara boleh email saya di wadihot@gmail.com. Terima kasih. Teruskan berkarya.

    BalasPadam