Jumaat, 18 April 2014

Mak.





Aku lepak rumah Mak hari ni.  Kita orang baru balik dari HUKM lepas antar dia scan tangan utk fistula. Dia akan operate next week, 22/4.

Aku ingat lagi pagi Rabu dua minggu lepas masa Akak aku call kata, “Mak masuk spital. Ambulans datang.” Honestly, aku tak rasa kaget sangat masa tu sebab Mak memang slalu masuk emergency room.  Dia memang ada mcm2 penyakit, darah tinggi la, diabetes la, jantung la, kidney failure la… 

Tapi pagi tu bila aku pergi tengok dia kat hospital, aku nampak dia nazak sangat. Doktor kata Mak kena buat jugak dialysis kalo tak dia boleh bagi masa 2 minggu je utk hidup. Mak memang tak nak buat dialysis, dia kata kawan2 dia semuanya kecundang lepas buat benda tu. Ada tu siap keluar darah kat tempat yg kena tebuk masa arwah meninggal so Mak takut. Tapi entahlah, maybe sebab dia dah sakit sangat2 masa tu plus anak2 semua dah pujuk2, last2 dia setuju jugak buat.  

Sekarang dah seminggu dia buat treatment dialysis kat HUKM n dialysis centre kat Tasik Permaisuri. So far, keadaan dia dah nampak perubahan besar. Mula2 dulu dia komplen jugak pening2 kepala masa buat dialysis tu, badan sakit2, tak lalu makan, etc. Tapi nampaknya sekarang dah boleh nyanyi2 bila dengar lagu lama kat radio. Hihi.

Dia pun dah tak ada pantang apa2 lagi. Cuma badan dia dah tak sekuat dulu. Kena guna wheelchair kalo nak bergerak n pakai pampers kalo nak buang air. Sedih jugak aku tengok dia sebab aku tau dulu dia perempuan yg kuat. Stubborn. Semua dia nak buat sendiri. Macam aku.

Yang paling sedih, dia cakap terima kasih kat aku n anak2 lain. Dia taktau caner nak balas jasa kita orang semua.  Hmmm…

Aku jawab, "tak payah balaslah, Mak. Dah memang tanggungjawab kita orang plak membahagiakan Mak sekarang ni."

Dia diam. Aku tau dia sedih. 


Semoga dia benar2 sembuh dan terus sihat seperti biasa. Amin.

1 ulasan:

  1. Ameeen......Mudahan your mum sentiasa dalam keadaan yang baik

    BalasPadam