Dah lama gak aku tak tulis blog. Nak kata aku busy, banyak masa aku mengangkang je kat rumah. Tolong buat kerja research sikit2, tulis2 sikit apa yg patut, dan selebihnya masa yg ada aku gunakan dgn main twitter, FB dan tengok TV. Oh, sekarang ni aku dah ada instagram, so leka jugakla aku post gambar yg bukan2. Pada siapa yg terigin nak follow tu, cariklah under shazjohar. Kalo nasib baik, korang jumpalah. Huhu.
Anyway, apa sebab aku nak blog balik ni eh? Sebab aku nak tulis pasal filem yg baru aku tengok semalam. Tajuk filem dia KOLUMPO. First, a reminder. Kalo rasa nak tengok sejarah penubuhan KL, memang takde dalam filem ni. Ini filem tentang isi KL itu sendiri. Mungkin jika lokasinya di Kuala Pilah, maka tajuk filem ni ialah PILAH.
Ada 3 short films dalam satu movie dlm filem ni. Ha, faham? Dia ala2 macam filem CINTA atau SEPI tapi secara peribadinya aku lebih suka dgn filem ni sebab ia lebih unik dan lebih dekat dgn susur galur kehidupan penghuni KL. Lebih mirip BERBAGI SUAMI atau NEW YORK, I LOVE YOU gitu. Honestly, aku tak expect apa2pun dengan filem ni. Aku fikir filem ni akan jadi sama ada terlalu deep untuk citarasa aku atau terlalu cliché untuk citarasa aku jugak. Macam first time aku tengok filem SONGLAP dulu.
Tapi ternyata aku silap.
Cerita pertama mengupas tentang kehidupan orang India yg datang ke Malaysia untuk bekerja. Hujung2 dia kerja dekat kedai mamak. Isu mamakism, kehidupan imigran, rumah kongsi, raid, ditipu dan sebagainya dipaparkan dengan baik. Indian nationals bercakap Inglish sesama sendiri bukanlah sesuatu yang asing memandangkan aku sendiri pernah bekerja sebumbung dengan dia orang ni. Memang selalu dengar dia orang cakap Inglish dgn telor Indian yg pekat sesama dia orang jugak. Mungkin dia orang ada 1000 dialects so nak amik jalan mudah, cakap je satu bahasa yg semua faham. Kan?
Cerita kedua pulak mengisahkan tentang seorang wanita yang mengelak untuk bercakap dengan ibunya membantu seorang perempuan tua mencari jalan pulang. Jiwa wanita ni sesak dengan call mak dia yg tak putus2. Sama sesaknya dengan Kuala Lumpur hari tu. Perempuan tua tu pulak tetap dengan senyuman. Bagi orang tua tu, hidup perlu mudah. Rumah perlu panjang dan setingkat. Biar nampak jauh tapi dekat dengan bumi. Bukan tinggi naik ke atas. Dia dah tua. Tak berdaya untuk memanjat. Tak bersedia untuk ke langit. Bagi perempuan itu pulak, dia hanya membantu perempuan tua tu mencari kehidupan yang simple. Deep? Begitulah.
Cerita ketiga pula tentang kisah cinta. Kisah cinta yang tidak menunjukkan rasa cinta. Kisah di mana seorang lelaki yang pemalu bertemu dengan seorang perempuan yang happy go lucky di tengah-tengah malam KLCC dan berakhir dengan satu jawapan di monorel Bukit Bintang. Remaja pasti suka dengan cerita yang ini.
Yang berjiwa sentimental pastinya sukakan cerita yang kedua.
Aku sukakan yang pertama. Ia mengingatkan aku yang Malaysia jarang utarakan filem sebegini sebaiknya. Selalunya buruh asing hanya dipaparkan sebagai bahan lawak atau si jahat semata-mata di berita, TV, atau laman sosial. Last filem lokal yg aku tonton tentang golongan buruh asing adalah filem Imigran. Aku mahukan banyak filem yang begini. Filem tentang semangat juang dia orang mencari rezeki di bumi asing.
Ataupun mungkin aku je yg patut tulis kisah cenggini sendiri. Kisah lelaki Bangladesh/India/Nepal bertemu dengan perempuan Indonesia di Malaysia. Dua2 buruh di bumi asing, dua2 terpaksa. Hmmm…
Oh, selain tu, sebab aku suka dengan cerita mamakism ni jugak adalah kerana aku sendiri ada tulis satu cerpen berkenaan dengan topik yang sama dalam buku antologi cerpen. Tajuk buku antologi tu TANDOORI NAN SEKEPING. Tajuk cerpen aku plak, NICE. Sepertimana tajuknya, begitulah ceritanya. Tak caya, korang belilah nanti. Dengar cerita akan mula dijual next week dalam Pesta Buku dan kat Annexe, CM sempena Arts for Grab.
Ha, dahlah. Itu je yang aku nak tulis buat masa nih. Dah rasa macam dua marhalah dah panjang blog aku kali ni. Korang bukannya bacapun.
In short, pada yang belum tengok filem KOLUMPO tu, gi lah tengok sementara ada kat wayang. Jarang2 aku suruh orang support filem lokal sebab aku tau korangpun dah kusut masai dengan filem2 Melayu yg ada sekarang ni, kan? Tapi yang ni konfem tak rugi. Betul. Tak tipu.
Ni trailer dia...
ps: Semoga Mak Mah menang best supporting actress dalam FFM nanti.
ps2: Ini bukan filem terbaik Malaysia, tapi ini filem terbaik yg kita ada sekarang ni...
ni yang rasa nak pegi tengok je..pelakon2 dia pun jenis yang menjiwai....terima kasih atas ulasan anda
BalasPadam