Selasa, 17 Disember 2013

Tandoori Nan Sekeping dan Shaz Johar Nan Seorang

 


Sabtu lepas selesai satu lagi perlancaran buku antologi Tandoori Nan Sekeping, hasil usahama Mocha Mocha Ink dengan beberapa penulis, termasuk aku di The Annexe, CM.

Ini merupakan projek pertama aku yang dibukukan bersama publisher lain selain Fixi. Ya lah, sebelum ni apa2pun aku dulukan Fixi dulu. Huhu. Tapi memandangkan Mocha Mocha Ink muncul dengan satu konsep antologi yg aku kira menarik, so why not aku try submit satu story yg aku kira menarik jugak.

Seperti tajuknya, korang mesti faham yang antologi ni berkisarkan tandoori dan roti nan yang membawa kepada kehidupan mamakism atau latar rencah hidup di kedai mamak. Maka dengan itu, aku hasilkan sebuah cerpen berjudul Nice, cerpen yang sedikit sebanyak menceritakan tentang ramuan rahsia dan behind the mamak scene itu sendiri. Tak boleh cerita lebih, kalau nak tau dengan lanjut, sila beli.

Anyway, ada 10 cerpen dalam antologi ni. Semuanya dari beberapa penulis yang bagus. Kepada yang sudah baca, harap boleh review di laman blog sendiri atau di goodreads atau di mana2 je yg anda suka tapi sila maklumkan kat aku whether cerita aku best ke idok. Kalo tak best pun, cakap je. Boleh aku improve utk karya yang akan datang.

OK, takyah merepek lagi. Berikut adalah gambar2 dlm majlis perlancaran yang aku cilok dari FB page atau Insta orang lain (sebab aku tak amik gambar). Semoga terhibur.

Editor, Ridhwan Saidi (R) bersama penulis2.

Ridhwan Saidi dan aku tengah berfacetime dengan Fasyali, penulis yang kini berada di Calgary, Canada.

peminat. ahaks. aku ada peminat. #retis

peminat lagi. ahaks!! #retis

ps: pada yg mau terus menyokong Shaz Johar dan sibuk tanya bila next novel akan keluar,  insya allah bulan 4 tahun depan. insya allah. Semuanya tak confirm lagi. Yang penting, sekarang tengah tulis novella berjudul LELAKI SESUATU ITU. Nanti dah siap lagi sebulan dua dan kalau ada rezeki, dapatlah korang baca...

3 ulasan: