Ahad, 22 Mei 2011

KOUGAR versi omputeh.

kawan aku si marsilla dewi kournikova putri adjeng nubillah, baru2 nih melempap kat kino utk carik satu buku pasal anne boleyn kat sana. dia nih berangan dialah the other boleyn girl yg sebenar tuh pasal dia obses nak carik buku tuh. dlm sibuk2 selak2 buku kat rack tuh tetibe dia terjumpa satu buku omputeh bertajuk COUGARS.

hahah. kau mampu???

dia terkezut lah dia ingat buku aku dah di translate kan ke bahasa ingrish so dia pun gigih bbm aku utk beritahu. aku yg x tau apa citer plak, gigih lah google carik citer yg sebenar...

utk pengetahuan semua, buku nih xder kene mengena ngan buku KOUGAR aku tuh walaupun kalo covernye digabungkan, jadilah keseluruhan tubuh sorang wanita tanpa dahi dan ubun2. so pada sesapa yg nak carik buku aku berjudul KOUGAR tuh, jangan lah terkeliru dgn buku nih. kami berdua xder pertalian darah mahupun silaturrahim. apa yg berlaku adalah kebetulan.

harap maklum.

oh, cerita kedua... 28hb nih aku akan berada di Seksan utk sesi readings. nih posternya. sesiapa yg free n tau tempat nih datanglah yer....




ps: aku baru jer beli satu lagi buku bertajuk The Bookseller of Kabul menambahkan lagi bilangan buku yg aku masih belum sempat dibaca sebanyak 9 buah kesemuanya. tahniah kepada diri sendiri.

ps2: al-fatihah kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. kepada semua, marilah kita berdoa agar roh2 mangsa ataupun jika ada yg terselamat, ditemui dan disempurnakan dengan sebaiknya. amin.

10 ulasan:

  1. Bila Fixi nak launchkan buku Kougar dlm bhs omputeh? Rugi ah org Melayu Damansara...mana leh faham versi bhs Melayu sahaja? Sket2 jer kan?

    BalasPadam
  2. reading tu mcm mana uols?tlg bacakan buku ke tlg bg review?ke tlg baca buku mcm utk org buta tu?

    BalasPadam
  3. simpati ngan keluarga mangsa tragedi tanah runtuh tu

    BalasPadam
  4. aku tengah cari buku ko sekarang ni.

    BalasPadam
  5. buyui: reading tuh mcm aku baca satu dua page pastuh org puji2 bangga pastuh senyum2 amik gambar, puji2 bangga lagi... pastuh grab buku aku n tuan2 dia skalik.

    faiz: simpati ngan ko jugak...

    vivi: kat mph ada. kat tempat ko ada mph x?

    BalasPadam
  6. hid: spt yg tertera di poster readings itu. terima kasih.

    BalasPadam
  7. dah lama x singgah sini.nasib bek URL unik!sesi readings utk bebudak je ek?chaiyok2!

    BalasPadam
  8. hid: wow. tahniah. bole selebret lepas tuh...

    BalasPadam