Rabu, 27 Mac 2013

KLCC



hey you allz!! apa kabar!!! kembali bersiaran kita nampaknya.

malam ni aku tak leh tido sebab hidung tersumbat so aku amik masa yg ada ni utk update blog.

kali nih aku nak citer pasal buku antologi KLCC. ingat lagi tak? alah, buku yg Fixi buat sempena ulangtahun ke 15 menara KLCC tu.... 

aku cuma nak bagitau yg korang dah boleh beli buku ni secara online kat kedai BUKU FIXI. harga RM15 je, takde lah mahal so korang sure mampu beli.  kalo tak mampu jugak, silalah menabung dari sekarang.

dan sebagai peringatan, buku ni dicetak secara ekslusif (yakni terhad) so konsepnya siapa cepat, dia dapat. siapa tak dapat, jangan meroyan. simple.

apa lagi nak citer? oh, apa yg menariknya, perlancaran buku ni akan diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 17 April 2013 bersamaan hari Rabu, jam 8.30pm. pada mlm tu nanti sebuah teater berjudul Gadis dan 2 Menara yang diadaptasi dari buku ini akan dipertontonkan kpd semua yg hadir.

ini poster teater tersebut:




errr.... teater ni kene bayar. tak mahal, tiket berharga RM25 je so selain dari beli buku KLCC yg dijual jugak kat sini, kita boleh layan teater sama2. habis je teater, ada plak sesi otograf dgn semua penulis yg hadir. insya allah, aku datang pada malam pertama so jangan segan2 utk tegur. 

sebagai teaser, di bawah nih ada first page dari cerpen MATA yang aku tulis khas utk buku nih. cerpen ni berkisarkan tentang pandangan dua manusia dalam dua dunia berbeza tentang masa depan masing2.


 


best tak? heheh.

nanti kalo boleh, sesiapa yg dah abis baca silalah review. nak review kat blog pun boleh, kat twitter #KLCC pun bole, or nak review kat Goodreads pun bole. klik je kat sini: KLCC: GOODREADS

 ok lah guys, dah taktau dah nak tulis apa lagi. apa2 hal kita jumpa je masa malam launching nanti, OK?

ciao!

2 ulasan:

  1. eksaited nak berlaga bahu dgn jejaka anggun nih... (belek-belek baju nak pakai kaler purple sbb ala2 cover klcc)

    BalasPadam