Sabtu, 10 Mac 2012

kopi, yuk!

*watak utama dalam Kopi 3 Rasa the short movie.

kepada semua peminat buku Fixi, pemfolo blog Jejaka Anggun, peminat Shaz Johar secara rahsia mahupun yg terbuka, serta penagih kopi yg tegar, mari semua rapatkan saf kerana ada sedikit pengumuman yg ingin dibuat.

Fixi dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa buku antologi cerpen pertama beliau, Kopi (yg bekerjasama dgn 19 orang penulis tersohor tanahair) akan mengadakan majlis perlancaran dan tayangan 3 filem pendek pada March 24, 2012 bersamaan hari Sabtu nanti bertempat di The Annexe Gallery, Central Market.

Majlis gilang-gemilang nih akan bermula pada jam 12:00pm sehingga 2:00pm. tiada pembayaran tiket masuk dikenakan tetapi diwajibkan kepada semua untuk membawa wang bagi membeli buku2 yg dijual. hanya buku yg original sahaja yg akan ditandatangani dan dicium dgn lipstick manakala sebarang pembelian cetak rompak tidak akan dilayan.

dan memandangkan ianya adalah perlancaran untuk sebuah buku comel maka majlis nya cuma dua jam sahaja. jika untuk novel, Fixi biasanya akan mengadakan majlis selama 20 jam. jadi sila mark your calendar dan kepada siapa yg berada jauh dari luar kota tuh, sila bawa bersama bantal dan tilam untuk tidur di luar lokasi perlancaran pada malam sebelumnya. bukan apa, takut terkilan.

3 filem pendek yg dicedok dari buku nih juga akan ditayangkan semasa majlis perlancaran. kalau nak tau filem apakah yg bakal ditayangkan itu, sila datang. (filem dr cerpen akupun ada.)

dan yg paling penting, kesemua yg hadir akan dapat merasa espresso percuma tajaan Coffex Coffee Malaysia. siapa yg nak teh tarik atau kopi lain, bole gi mamak kat belakang Annexe tuh atau kopitiam kat CM. sila bayar sendiri.

oklah, itu saja buat masa ini. utk maklumat lanjut sile ke page Pelancaran + Tayangan 3 Filem Pendek KOPI . acara nih adalah sebahagian daripada ART FOR GRABS Mar 2012 - Colourful Assembly! so silalah klik link tuh jugak.


apa2hal, kita jumpa di sana!!!!


ps: aku sendiri belum pegang naskhah Kopi aku sendiri. ahaks. siapa yg dah baca Kopi 3 Rasa tuh, apa komen anda?

2 ulasan:

  1. insyaAllah i akan membuat kemunculan sbb nk bersenggol bahu dgn u. ahaks.

    BalasPadam
  2. shandye: nak senggol2an cubit2an lah nih?

    BalasPadam