anyway, kepada yg hadir, korang memang ohsem dan ekselen. kepada yg tak hadir, korg dah maha rugi kerana x dapat menatap wajah anggun aku. kepada yg dah beli buku Kopi dan buku2 Fixi yg lain, terima kasih banyak2.
enjoy...
*tuan guru Amir Muhammad yg sedang berceloteh memperkenalkan buku Kopi.
*barisan penulis2 cerpen Fixi yg sempat hadir. 13 out of 19. (masing2 berdiri tanpa mengikut abjad, konsonan mahupun giliran cerpen di dlm buku so korg tekalah sendiri).
*secawan Cappucino tajaan Coffex. sangat sedap and brother yg buat pattern daun atas coffee tuh sgt kreatif (aku ada suruh dia lukis muka aku tapi dia x reti buat...)
*bersama rakan blogger Nuke Rude dan Iyllienaz (hope i spelt your name right). thanks for the picture.
*Redza Minhat yg tak berapa nak pasti kenapa dia kena sign buku aku. dia kata aku dah glamer. (Haha. Red, aku belom glamer cam ko lagilah!)
*pose sengih kerang bersama aisa linglung yg ekselen. aku beli buku Sperma Cinta dia harituh.... dia beli ker tak buku aku, eh? heheh.
*si Dato K yg sentiasa memberikan sokongan. tenkiu n muah muah!!!
*Rojak dan Kopi, bergabung meletop! (Mir, lepas nih buat buku NASI plak!)
*last but definitely not least, penulis yg paling anggun pada hari itu... aku. tetap nak pose dgn buku nih jugak.
heheh. aku belum baca lagi 18 cerpen yg lain. sekarang tg habiskan novel UGLY by Constance Briscoe. lagi sehari dua habislah. aku x reti baca buku dlm sehari. at least kena 2 minggu. itupun kalo aku rajin baca hari2.
and dah ada org review pasal filem pendek Kopi 3 Rasa. aku curi di sini: TONTONFILEM. thanks kepada tuan pengarah, Nazri M Annuar dan krew2 yg terlibat yg dah buat sebaik mungkin. anda memang rawk!
Cerpen nukilan Shaz Johar ini sudah diketahui ramai, amat mengambil sisi Desperate Housewives, (yang mana mereka yang mengingati Blue Velvet dan Rebel Without A Cause akan memahami dari mana kegilaan ini datang), ini merupakan penggayaan Shaz, khusus Tabu, ini kekuatannya. Filpen ini sebuah komedi kelam (dark comedy) yang buat aku, secara dasarnya sudah cukup inti menyatakan hal "segala yang indah tak semestinya benar". Ia geli hati sekali gus menghayat. Paling mengena (menyampaikan maksud ke dada) adalah saling babak tersunting antara Datin, Dato dan anaknya di bilik masing-masing. Ini intimasi yang paling menyakitkan, dan hanya si orang gaji "luar" yang menanggungnya. Sebenarnya, dialognya begitu "pedas" dan menyindir "depan-depan" dunia masyarakat kelas atasan kita yang "hilang mencari bintang dan menjumpai binatang" dalam dunia serba material. Ini moralis, tetapi moral yang pahit manis. Adakah Shaz dan Nazri M Annuar, sang pengarahnya tokoh moralis pascamoden kita? Imej dan objek kopinya pun cukup menyindir, dari segi kenyataan "siapa untuk kopi apa" hingga kepada Tok Rimau yang kemarukkan "Kopi O kaw kaw punya". Lakonan kalangan kawan(?) pengarahnya amatur, mencuba tetapi buat aku, si Datin itu punya potensi, walaupun deruan zikir tariqat sesat "Pipiyapong"nya kedengaran canggung dan dibuat-buat. Suara merupakan pencoret kotor filem ini ke arah kesempurnaan. Bahagian akhirnya indah, menawan dan tidak ada satu hal pun perlu diubah. Sila rujuk bagaimana sisi dalam kereta sengaja gelap, dan semua sisi rumah terang (sepertimana semua isi dalam bilik putih, rujuk imej si orang gaji dari keterangan rumah menghampiri kekelaman kereta), ini kenyataan, atau momokan sosial (atau sosialis) yang berani. Kenapa ruang orang gaji itu gelap (dalam kereta)? Kerana beban yang perlu dia tanggung melihat "kebenaran" sisi keluarga atasan itu (ini kotemporari ironi yang memikat, mata vouyeur, asing seberang, menyimpan kebenaran negara jiran). "Diam"nya dia itu menyakitkannya, dan dia perlu memikulnya secara paksa. Kita tahu, si orang gaji ini tidak akan menyatakan rahsia "kebenaran keluarga disfungsi ekstrem" yang disimpannya, dan ini lebih menyakitkan, kerana masalah, atau "tragedi" ini tidak akan diselesaikan bila-bila. Inilah kegelapannya. Penggambaran bagus, sudut menarik. Suntingan tampak kemas walaupun mungkin ada yang boleh diperbaiki.
terima kasih!!!
ps: oh ya, aku ada few copies of Tabu kat rumah. baru dapat masa launching Kopi harituh. sapa yg nak, sila hantarkan nama penuh n address anda ke malayrhapsody@hotmail.com. harga RM20. thanks.
olahan Kopi 3 Rasa sangat menyentuh. Tahniah sekali lagi Shaz! Hope we will meet again:)
BalasPadamLepas ni, jangan lupa buat name card, tau?! :)
BalasPadamHey, aq dengar filpen Kopi3Rasa menang 3rd place kat Malaysian Shorts film competition kat Damansara tadi. Tahniah pakcik!
BalasPadamhamagaahhh...
BalasPadamrasa macam tanak caye je dapat senggol2 bahu dgn u.
ahaks...
anyways, congrats sbb ur shortie menang 3rd place for M'sian Shorts...
=)
wah! tahniah!(refer kat Kris).. aku tak sempat la ari tuh.. time meseg tu da ada dekat ktm KL..
BalasPadamningna: hahaha... x mampu....
BalasPadamkris: terima kasih, datuk!
shandye: alahai... senggol2 biasa jer...
naa: sentapz!
hid: padan muka!
BalasPadamawesome lah! like ur Kopi 3 rasa tu :D
BalasPadamnuke: thanks....
BalasPadam